Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label PREVIEW. Show all posts
Showing posts with label PREVIEW. Show all posts

13 March 2012

PREVIEW : TERUKIR DIBINTANG



Tak dan nak tulis apa-apa. Cerita ini minggu satu lagi ye.

Bye! Tido dulu. Ahaks!

12 March 2012

PREVIEW CERPEN : PENERANG HATIKU


GHAZ?

"Ha ha ha...macam bunyi tong gas sahaja. Weih pilihlah nama samaran yang sedap sikit bunyinya."

Zara mengejek setelah ternampak pesanan ringkas yang ditaip. Ghaz Sulaiman nama penuh dia, tapi aku lagi suka panggil dia Man. Bila dia guna nama samaran baharu Ghaz, ok sedap jugaklah tapi aku sengaja mengusik. Ghaz Sulaiman memang seorang yang baik hati sangat-sangat. Sebab itu dia memang sesuai jadi partner aku buat audit disalah sebuah syarikat yang dilantik.

"GHAZ! Bukan Gas! Kau ni apahal mengacau hidup aku? Nama sahaja perempuan tapi perangai tak serupa perempuan. Baik kau jadi lelaki teruslah!" Ghaz Sulaiman mengherdik Izara Aishah.

"Eleh, dah basi herdikkan kau tu la tong gas!"

"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kasut."

Perang mulut seorang lelaki lembut tetapi bukan ke arah perempuan dan seorang lagi perempuan kasar tetapi bukan ke arah lelaki. Mereka merupakan teman rapat ditempat sekerja malah satu unit lagi.

"Tu dokumen tu belum settle lagi. Kau kerja lebih masa harini kan? Kau siapkanlah. Esok turn aku pulak."

"Weih Man janganlah macam tu. Kesianlah dekat aku. Banyak tu dokumen nak kena settle, kau apahal balik awal pulak ni?"

"Aku ada hal."

"Hal apa pulak? Dah dekat dateline hantar audit ni weih."

"Mak aku nak jumpa calon menantu dia lah!" Ghaz Sulaiman sudah tersenyum-senyum itik!

"Hah!" Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Ghaz Sulaiman. Bila masa dia keluar dating? Kenapa tak pernah nak cerita dengan aku pun. Sampai hati kau, Ghaz Sulaman. Kecik tahu hati aku sekarang!

"Esok aku tolong kau. Bye Zara."

Ghaz Sulaiman berlalu pergi dan tinggallah aku seorang diri hadap dokumen yang perlu disiapkan hujung bulan ini. Gilalah, lagi dua minggu sahaja tau! Memang mata aku akan jadi lebam macam burung hantu gamaknya.

"Tong gas punya GHAZ!"

**********

Tadaaaaa...lama dah tak buat cerpen, asyik gila Mini cerpen je. Kuang..kuang..kuang..

Insya'allah akan siap hujung minggu ini....

Peace Yo!

03 March 2012

PREVIEW CERPEN BERSIRI KEDUA : BOOT BEABOO



"SEBELUM boot saya ni melekat dekat muka awak, baik awak pulangkan balik beg saya tu!" Aku memang pantang kalau orang sengaja hendak menyakat dengan buat kerja bodoh.

"Entah apa yang ada dalam beg dia ini. Rasa macam nak selongkar pulak."

"Hoii! Bagi baliklah beg aku. Nahas kau karang kalau kau berani selongkar!" Aku memang sudah hilang sabar.

"Hekeleh Beaboo...rilekslah weih. Ada berlian ke kat dalam beg kau ni."

"Janganlah usik beg aku tu! Kau ni kan!" Lantas aku menanggalkan boot aku yang sebelah kiri ini dan terus membaling ke arah Ashaari yang masih degil untuk menyelongkar beg kesayangan aku.

Bukannya apa dalam itu ada benda yang tak sepatutnya orang lelaki tengok. Apa benda itu? Adalah....

"Aduh!" Tepat terkena kepala Ashaari.

Lantas aku berlari dapatkan beg aku dan boot yang aku baling tadi. Jaguh bola baling suatu masa dahulu tahu.

Ashaari menggosok kepalanya yang sakit itu. Aku mengejek.

"Lain kali buat hal lagi. Lepas itu aku baling dengan dua-dua buah boots ni pulak. Jangan sampai kau koma sudah! Ha ha ha..."

"Beabooooooo!"

**********

ITULAH kisah aku teringat kembali yang sudah berlalu sepuluh tahun dahulu. Apa khabar agaknya Ashaari sekarang? Oh lupa hendak sebut nama penuh dia, Johan Ashaari. Ala nama dia ala-ala pelakon cerita sensasi lagi glamour, JUVANA. si Botak, tapi Johan Ashaari ini tidak botaklah. Mempunyai rambut yang lebat, berhidung mancung serta tinggi lampai.

Berita terakhir aku dengar dia melanjutkan pelajaran di luar negara. Hebat betul! Agaknya hasil daripada balingan boot aku barangkali? Ahaks!

Jam hampir ke lima setengah petang, masa untuk balik tetapi aku masih ada kerja yang menimbun perlu untuk diselesaikan. Kena kerja lebih masalah gamaknya. Boss besar semua sudah balik tinggallah aku seorang diri yang masih tekun menaip itu dan ini.

Babah sebenarnya tidak berapa gemar aku balik lewat, maklumlah anak dara dia seoarang sahaja. Abang Badri kini bertugas di Sarawak. Selalunya Abang Badri yang akan ambil aku dipejabat. Pernah sekali terkena gosip kata Abang Badri pakwe aku. Pecah perut aku gelak sorang-sorang.

Itu abang kandung akulah. Abang yang senantiasa memahami jiwa adik perempuannya ini. Penuh koleksi boot kegemaran aku. Macam-macam warna ada. Mama sampai pening sebab selalunya almari kasut yang bersar itu penuh dengan kepunyaan aku seorang. Bila mama hendak buang yang mana-mana sudah lama, aku terus lancarkan mogok lapar.

Konon mogok lapar, padahal bila semua orang sudah tidur akulah tikus mondok jadian menyelongkar edkat dapur cari makanan. Masakan mama memang terbaik dari ladang tahu. Sebab mama adalah bekas chef tersohor di hotel yang bertaraf lima bintang itu. Ala yang J.W Marriot tu. Hah! Ternganga kau!

"Aduh! Korang ni semua memang suka daftar last minute lah! Nasib baik hati aku ini murni hendak juga siapkan cepat-cepat. Kalau tidak tak kuasa aku hendak melayan." Aku mengomel seorang diri.

Tanpa sedar jam sudah meninjak ke lapan malam. Waktu yang dibenarkan oleh babah untuk kerja lebih masa. Tempoh perjalanan mengambil masa hanya satu jam. Paling lewat aku kena sampai dirumah adalah jam sembilan sepuluh minit malam. Nasib baik motor TZM aku ini selalu memberikan perkhidmatan yang cukup membanggakan.

Punyalah hendak kejar masa, aku bawak motor agak laju malam ini. Mana tidaknya lapan setengah baharu aku keluar daripada pejabat. Mahu jam sembilan setengah malam baru sampai. Kalau selewat itu memang telinga aku akan menadah syarahan percuma daripada babah. Bukan mama. Pelik, orang lelaki kuat membebel?

Entah dimana silapnya, aku terlanggar bontot kereta BMW malam ini. Tapi tidaklah teruk, kemek pun takde cuma adalah tercalar sikit.

Kelam kabut siempunya kereta keluar daripada perut keretanya untuk memeriksa keadaan. Aku yang masih pakai helmet fullface hampir-hampir hendak jatuh tergolek. Nasib baik takde kereta ke motor ke langgar aku daripada belakang. Kalau tidak memang nayalah.

"Jahanam kereta aku! Woi mamat lu bawak motor lu macam mana hah! Siapa nak ganti ni?" Lelaki ini menyergah aku. Kurang ajar betul! Tahulah aku salah sebab makan bontot kereta dia tapi tak boleh cakap elok-elok ke? Inilah manusia zaman sekarang, pentingkan harta benda tapi budi bahasa tergadai.

"Wa takde masa sekarang. Wa kejar masa lagi ada. Bagi kad business lu, esok wa call then lu cakap berapa bayar ganti rugi yang wa kena tanggung. Sorry." Aku menadah tangan. Tapi mamat ini terkejut beruk dengan perlakuan aku. Ini yang aku letih, aku nak cepat boleh pulak mamat ini dudu tegap tengok cermin helmet aku.

"Hoi! Lu ni dengar ke tak? Wa dah lambat ni." Aku menyergah terus mamat itu memberikan business card sepantas kilat. Boleh pulak bagi cepat-cepat. Sajalah tu hendak buang masa aku. Aduh jam dah pukul sembilan malam, mesti babah goyang-goyangkan kaki dia menunggu anak daranya balik rumah.

"Lu jangan lari pulak. Ingat! Esok lu call wa, bayar ganti rugi." Sempat lagi tu sebelum aku memulas handle motor.

"Wa bukan bangsa mungkir janji. Wa call lu esok." Aku terus memecut laju. Setakat bercalar aje takkan sampai beribu kot kan kena bayar ganti rugi. Tapi itu kereta BMW! Aduh mak aku mula mengenangkan duit poket aku akan hancur leburlah. Cis!

"Habis calar balar. Tak guna punya mat motor ni. Mata letak dekat mana agaknya. Ini kalau abah tahu mati aku. Sudahlah BMW ini kesayangan dia. Menyesal pulak tak pakai kereta sendiri. Amira pun satu, sibuk suruh bawak BMW ni sebab lebih selesa. Kalau tak bawak merajuk pulak." Johan Ashaari memeriksa kereta BMW itu berulang-ulang kali. Nasib baik calar sikit sahaja.

**********

Malam karang sambung. He he he....

03 February 2012

PREVIEW : MENANTI HUJAN


"AWAK janji awak takkan tinggalkan saya kan?" Sayu aku bersuara. Empangan airmata hampir pecah. Konon dahulu takkan menangis punya! Sekarang apa sudah jadi?

"Itu dulu sebelum awak kahwin dengan sepupu saya." Ujar Aiman sambil menghela nafas pendek. Dia memanggung kepala yang agak serabut.

"Senangnya awak tuduh saya macam itu. Awak tak tanya saya pun perkara sebenar. Awak tak mintak penjelasan saya pun Aiman kenapa saya terpaksa tinggal awak. Sampai hati awak kan!" Aku tadi beria-ia hendak menangis langsung menarik balik sebak didalam dada.

Kita dok berngogoi macam nak pecah dada, dia sedap aje selamba macam takde apa-apa berlaku. Macam orang gila aku cari dia kesana kemari, bila da depan amta buat endah tak endah sahaja. Dahulu konon cinta sayang, sekarang? Macam kertas terbakar abunya terbang melayang!

"Kenapa awak sendiri tak hubungi saya? Puas saya dail nombor telefon awak tapi satu pun tak berangkat. Pesanan ringkas saya pun tak berjawab. Sekarang ini siapa yang tinggalkan siapa?" Aiman bersuara dan aku rasa macam muka aku kena tepek dengan tepung!

Macam mana nak jawab telefon kalau suami terpaksa ada depan mata melihat gerak geri aku? Macam nak nak reply pesanan ringkas dia sekali telefon aku diperiksa? Kata tak nak langgar hak privasi masing-masing! Entah angin apa yang merasuk si Haizam ini pun aku tak tahulah.

Masa hendak menikah terpaksa dahulu, berjela-jela surat perjanjian ditayangkan. Bila sudah menikah surat penjanjian kemana dia pun mungkir janji kemana. Hendak melawan, berapa sangatlah kudarat aku sebagai seorang wanita yang lemah? Kononnya.

"Saya tersepit dengan keadaan Aiman! Kesitu saya terkunci kesini saya tergari. Awak ingat saya suka sangat ke kahwin dengan mamat biol seorang itu? Saya tahulah itu sepupu baik awak tapi awak tak boleh tuduh saya macam-macam tanpa usul periksa tahu! Manalah saya tahu waktu merisik itu dia. Mati-mati saya ingat awak yang pinang saya." Aku melepaskan sedikit amarah. Senang-senang tuduh aku melulu.

"Tak payah ungkit kisah dah lama. Saya tak suka." Sinisnya jawapan!

"Tak suka ungkit kisah lama konon. Habis tu kenapa tadi ungkit pasal pernikahan saya dengan Haizam biol tu?" Marahnya aku bertubi-tubi.

"Itu bukan ungkit tapi mengingatkan batasan antara awak dan saya. Sudahlah...saya nak balik. Nanti nampak Haizam kelain pulak dia fikir."

"Birlah dia nampak supaya senang dia lepaskan saya!" Aku terasa seperti hendak menangis semula. Aiman ini buta ke? Aku memang tak suka Haizam aku suka dia! Payah betullah.

"Tak baik runtuhkan masjid yang sudah terbina. Awak terimalah dia seadanya. Dia lagi baik daripada saya. Insya'allah perlahan-lahan awak akan lupakan kisah antara kita berdua. Saya sudahpun akur dengan kehendak Allah yang kita berdua memang takde jodoh. Mungkin saya dengan orang lain. Doakan kebahagiaan saya dan saya pun akan doakan kebahagiaan awak jugak." Aiman tersenyum. Aku sudah mengalirkan airmata.

Sah! Aiman yang akan tinggalkan aku! Pecahnya berkeping-keping hati aku. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Selepas itu aku tidak lagi bertemu dengan Aiman. Khabar berita yang aku dengar Aiman sendiri menawarkan diri untuk menjadi wakil syarikat Haizam untuk berkhidmat diluar negara, Arab Saudi.

**********

SEMENJAK pemergian Aiman aku sudah hilang semangat untuk hidup. Hari-hari aku murung dan tiada mood untuk melayan perang mulut dengan Haizam. Samaaada Haizam ada atau tidak dirumah aku buat tak endah. Seolah-olah aku duduk dalam sangkar emas yang dipenuhi macam-macam tetapi jiwa aku kosong. Haizam pula berpeleseran bersama dengan rakan-rakannya sama seperti dahulu.

Ianya terjadi sewaktu pergaduhan besar yang berlaku antara aku dan dia. Katanya dia ternampak kelibat aku dan Aiman bukan lagi mesra. Aku yang pada mula menyorok tentang perhubungan aku dan Aiman akhirnya terbongkar jugak!

"Kau cakap dengan aku, apa hubungan kau dengan Aiman?! Cakap Zaira!" Haizam menengking dan membuatkan telinga aku menjadi bingit. Suka-suka dia hendak menjerkah aku. Aku belum pekak dan nanti tak pasal-pasal menjadi pekak diatas sebab pekikkan dia. Huh!

"Jangan sibuk campuri urusan peribadi saya seperti mana saya tidak mencampuri urusan peribadi awak. Hubungan saya dan Aiman tidak ada kena mengena dengan awak. Baik awak jaga diri awak sendiri." Aku membalas dengan mendatar. Kesedihan masih belum pulih selepas perjumpaan antara aku dan Aiman berakhir dengna kelukaan. Aiman benar-benar tinggalkan aku.

"Kau tu isteri aku! Jadi aku berhak hendak tahu apa yang kau buat belakang aku. Tak hingin aku digelar sebagai lelaki dayus kalau isteri curang depan mata! Bagitau aku apa hubungan kau dengan sepupu aku!" Haizam mencengkam lengan aku dan aku mula terasa sakit. Kuat betul cengkaman dia! Kalah robot-robot yang ada dalam cerita Real Steel.

Tangan besi cap apa dia ini?

"Aku dengan dia sepasang kekasih!" Bagaikan halilintar aku memekik. Pertama kali menjerit dalam rumah villa yang besar itu tetapi hanya dua orang sahaja yang menduduki. Kadang kala seorang diri. Siapa lagi bukan aku! Hendak berkerja sudah awal-awal dalam surat perjanjian tidak dibenarkan!

"Apa!"

"Apa...yang apa? Awak dengar apa yang saya cakap tadi. Saya yakin awak bukan pekak kan?" Sindir aku.

Panggg!

Tiba-tiba pipi aku terasa panas. Berderai airmata aku mengalir. Belum pernah sesiapa yang naik tangan ke pipi aku. Mak dan ayah pun tak pernah pukul aku. Tak gunanya punya budak! Umur sahaja sudah meningkat dewasa tetapi perangai macam orang tak cukup akal.

"Itu hukuman pertama kerana kau curang. Itu jugak hadiah pertama kerana kau kurang ajar dan itu juga hadiah pertama kau bermain cinta dengan sepupu aku sendiri!" Haizam berlalu pergi dan menghempas pintu utama. Nasib baik berkayu, kalau ada cermin ataupun berkaca memang pecah berderai pintu itu.

Aku berlari menuju ke bilik aku. Aku mengadap cermin dan memandang wajah aku. Aku menggosok-gosok pipi aku yang mendapat tamparan percuma daripada Haizam. Bertanda lima jari!

Lama kelama aku terlena dalam sendu hingga keesokkan hari.Bukan sedih kerana ditampar ataupun dikasari oleh Haizam. Tetapi aku sedih apabila Aiman sudah jauh berlari meninggalkan aku. Andailah hati ini dapat bersuara secara nyata, akan menjerit berkata...

HATI AKU SAKIT!

**********

BAGAIKAN hendak roboh pintu bilik diketuk. Ini tidak lain tidak bukan si Haizam yang sudah balik memunculkan diri. Aku buat pekakkan telinga, malas hendak melayan. Aku meneruskan pembacaan majalag Wanita keluaran terbaharu. Meskipun sudah seminggu Haizam tidak pulang kerumah, duit perbelanjaan setiap hari tidak pernah berkurangan malah tidak disekat langsung! Pelik betul.

Sekali lagi pintu bilik aku diketuk dengan ditendang-tendang dari arah luar. Aku mengetap bibir menahan marah. Geram meihat perilaku Haizam yang semakin lama semakin melampau.

"Bukak pintu ni! Kalau kau tak bukak memang aku pecahkan jugak karang!" Suara Haizam malam ini kedengaran agak pelik. Macam orang mabuk!

Astagfirullahalzhim! Dia minum ke? Macam mana boleh jauh tersasar macam ini? Oh Ya Tuhan bersihkanlah hati yang hitam itu.

Aku semakin takut melihat perilaku Haizam seperti mahu membaham aku bila-bila masa sahaja. Bau arak itu membuatkan aku seperti mahu loya sahaja. Siapa kata bau arak tidak busuk? Kalah bangkai biawak tahu!

Aku ingin keluar daripada bilik tetai lengan aku tiba-tiba sahaja direntap kasar. Aku sudah sesak nafas dan terasa amat takut dengan keadaan Haizam yang tidak sedarkan diri itu akibat pengaruh air kencing syaitan ini. Kalau sudah diteguk habis hilang semua pedoman! Aku bermohon pada Allah supaya aku diberikan perlindungan.

Airmata sudah hampir kering dan tidak boleh menangis lagi. Aku kesal dengan apa yang terjadi. Haizam aku jeling masih tidur mati dan tidak sedarkan diri. Tangannya masih memeluk pinggang aku dengan kemas. Tidur mata pun boleh peluk-peluk orang kuat-kuat. Ke sengaja buat-buat tidur mati? Aku hendak bergerak sana sini pun susah. Aku ingin melarikan diri menuju ke bilik air untuk membersihkan diri yang sudah dicemari tanpa kerelaan hati.

Sampai hati kau buat aku macam ini Haizam! Kau paksa aku menyerahkan tubuh yang bukan dari kerelaan hati aku sendiri. bukan keredhaan aku sendiri! Kau paksa aku! Kau paksa aku Haizam! Aku benci kau!

Aku sekadar menjerit didalam hati sambil mata sudah terkebil-kebil memandang kipas yang ligat berpusing. Kepala aku jugak ikut serta seperti hendak pecah kerana pening dan membuatkan pandangan aku mula berpinar-pinar. Mungkin akibat daripada tangisan airmata yang berpanjangan daripada malam tadi sehinggalah ke pagi buta ini. Azan Subuh kedengaran, aku ingin bersolat untuk memohon ketenangan hati.

Haizam! Lepaskan aku! Ya Allah tolonglah hambaMU ini. Aku ingin bersujud memohon ketenangan daripadaMU. Tolonglah aku Ya Allah!.

Tidak semena-mena rangan Haizam berkalih dan aku bernafas lega. Aku bersyukur Allah mendengar permintaan aku. Meskipun doa aku yang memohon perlindungan tidak dimakbulkan. Allah yang lebih mengetahui segala-gala diatas apa yang menimpa pada diriku.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik air dengan jalan yang sedikit terjungkit-jungkit. Aku membersihkan diri dan mengambil whuduk untuk berserah diri kepada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mendengar.

Usai mengenakan telekung aku memulakan bacaan untuk menunaikan solat tahajud memohon ketenangan hati yang sedang berkecamuk.

Khusyuk aku melontarkan kalimah-kalimah suci kepada yang Maha Esa. Aku mengadu dan meluahkan segala-galanya yang terbit didalam hati. Airmata yang kering tadi kini tumpah kembali dan akhirnya aku terjelepok ditikar sejadah tidak sedarkan diri.

**********

PERLAHAN-LAHAN aku membuka mata dan merasa sedikit sakit keran diterangi cahaya yang terang. Aku memandang ke kanan dan mendapati Haizam sudah terlena menemani aku disisi. Aku cuba bangkit unutk melarikan diri tetapi tidak terdaya. Aku terbaring kembali dikatil dan Haizam sudah tersedar.

Aku memejamkan mata dengan rapat sekali. Tak mahu memandang wajah lelaki yang telah merampas permata berharga yang tidak ternilai yang satu-satunya aku jaga dengan sepenuh hati. Namun malam durjana itu telah menjadi titik hitam didalam kehidupan aku.

Siapa yang suka tubuh diserah secara paksa rela?

Sayup-sayup aku mendengar Haizam memanggil namaku. Jemari aku diusap perlahan. Berbeza benar dengan kejadian malam tempohari. Kenapa tiba-tiba berubah pulak? Haritu bukan main lagi menjadai setan!

"Zaira....maafkan saya. Maafkan saya. Saya tak patut buat macam itu Maafkan zaya Zaira. Hati saya sakit bila fikirkan awak dan Aiman. Saya cemburu Zaira." Haizam bersuara lemah. Angin takda ribut takda, apsal jadi baik semacam?

Aku masih menguncikan mulut dan mata juga terpejam rapat. Masih tidak mengalah melayan perasaan berkecamuk didalam hati. Meskipun hubungan aku dan dia halal tetapi dia sebagai suami tidak sepatutnya merampas begitu sahaja. Ianya perlu seimbang dengan penerimaan dua jiwa. Bukan satu jiwa! Aku menjerit lagi didalam hati. Airmata aku tumpah lagi. Hendak mengesat tahu sangat aku sudah sedarkan diri nanti.

Tiba-tiba airmata aku disapu dengan perlahan. Aku semakin galak mengalirkan airmata. Biar tahu bahawa hati aku memang sakit sangat-sangat. Kecewa sangat-sangat. Derita sangat-sangat.

"Zaira..." Lembutnya suara itu memanggil namaku.

"Zaira Raihana...maafkan saya..." Sekali lagi nama aku dipanggil. Bagaikan terpukau dengan panggilan itu, mata aku terbuka. Otak tidak selari dengan hati!

"Baliklah...saya tak nak tengok muka awak."

"Zaira...saya...saya..." Haizam kehilangan kata.

"Baliklah. Saya tak nak tengok muka awak disini. Biarlah saya seorang diri didalam hospital. Saya tak boleh tengok muka awak setelah apa yang awak buat pada saya. Ingat Haizam, awak buatkan pertalian kita semakin jurang. Saya dah sihat nanti saya hendak mintak awak lepaskan saya selamanya. Saya tak boleh dihup sebumbung dengan orang yang telah merampas hak saya." Aku mengesat airmata yang masih berbaki.

"Zaira Raihana...apa yang awak cakap ni? Saya takkan lepaskan awak. Biar apa pun yang telah berlaku itu semua sudah suratan. Saya mengaku saya bersalah dan berdosa kerana merampar hak awak yang bukan lahir daripada hati. Saya tak kisah awak bencikan saya tetapi jangan mintak saya lepaskan awak. Saya takkan lepaskan awak Zaira Raihana." Haizam meraih jemariku dan aku mnegelak. Haizam menghela nafas yang berat.

"Awak hendak seksa saya lagi ke? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat Saiful Haizam! Saya benci awak! Saya bencikan awak!"

"Saya terima kalau awak bencikan saya tetapi jangan sekali-kali awak mintak penceraian daripada saya. Saya tak sanggup kehilangan awak Zaira Raihana. Saya cintakan awak daripada dahulu lagi, sebelum awak dan Aiman berhubungan." Haizam sekali lagi meraih jemari aku. Dada aku sudah berombak laju.

"Awak ni tak faham bahasa ke? Saya bencikan awak! Pergilah, saya tak nak tengok muka awak." Aku sudah menangis. Namun tangisan aku terhenti apabila ternampak kelibat kedua orang tua kami tiba.

"Mak..." Aku memanggil emak yang baharu sahaja sampai.

"Zaira...anak emak, kenapa sampai jadi begini? Teruk ke penyakit Zaira ni Haizam?" Mak menyoal dan Haizam sekadar menggeleng namun perlahan sahaja butir bicaranya memberikan alasan.

"Cuaca dalam vila panas barangkali mak. Itu yang buat Zaira jatuh pengsan agaknya."

"Zaira tak apa-apa?" Mak menyoal. Aku tidak bersuara dan hanya mengangguk sambil erat memeluk pinggang mak untuk melepaskan segala kesedihan.

"Haizam balik dahulu mak." Haizam menciumi tangan emak dan tidak semena-mena dia mencium ubun-ubun aku. Aku terpanar seketika, mengapa berbeza benar layanan Haizam pada aku?

"Tak mengapalah Haizam, kamu balik bersihkan diri. Biar mumi dan ayah jaga Zaira buat sementara waktu. Kamu pun perlukan rehat. Tentu kamu penat seharian menjaga Zaira. Kalau ada apa-apa ayah akan telefon kamu." Ayah mentuaku bersuara lembut. Haizam aku perhati mengangguk lemah.

Apa yang membuatkan dia berubah menjadi sebegitu? Kemana hilangnya singa lapar tempohari?

Haizam memerhatikan aku dengan lama dan dihadiahkan aku satu senyuman manis yang belum pernah aku lihat sepanjang peperangan antara kami. Kenapa senyuman itu membuatkan hati aku yang marah tiba-tiba menjadi sejuk? Menjadi tenang?

Kemudian Haizam berlalu pergi. Aku sekadar memandang tanpa bersuara apa-apa. Ikut keterangan doktor, aku ditahan selama seminggu dua lagi didalam wad khas untuk memantau kesihatan aku. Penyakit apa yang melanda aku kini? Berbahayakah? Baharu aku sedar lengan sebelah kanan berselirat dengan wayar.

Sudah berapa lama aku berada di wad?

**********

BERSAMBUNG...

Assalamualaikum wbt...

Tak janji bila boleh publish sebab minggu saya sibuk kembali. Kawan sepejabat berkahwin minggu ini. Wah! Macam saya punya majlis pula.

Kalau boleh saya akan cuba siapkan cerpen terbaharu ini secepat mungkin. Kalau terlewat, kita minta maaf awal-awal ya... hew he hew...

Peaco Yo

^_~

30 January 2012

PREVIEW : KISAH HATI KITA



BILA kita sudah kehilangan sesuatu yang kita sayang memang sukar untuk dilupakan begitu sahaja. Meskipun itu adalah suratan takdir yang tidak mampu untuk kita tolak. Biarpun dihalang dengan sepenuh tenaga namun kehendak Allah, siapalah yang berani mempersoalkannya? Hati yang terbuai rasa rindu yang mendalam belum tentu cukup terhapus hanya sekadar mengingati kisah silam.

Hanya kepada Allah jua tempat kita mengadu segala keperitan hati.

Pemergian Nazrin benar-benar membuatkan hati Zarinn dipagut rasa pilu. Cinta yang baru bersemi akhirnya terputus ditengah jalan. Pertemuan mereka bermula sewaktu mereka sama-sama menjalani kursus pembinaan yang dijadualkan oleh pihak syarikat masing-masing. Perkenalan yang singkat itu menjadikan mereka semakin rapat walaupun telah tamat kursus sebulan yang lalu.

**********

NAZRIN terpikat dengan kelembutan Zarinn dan malah petah berkata-kata. Kalau tidak takkan kumpulannya akan menjadi juara dalam pertandingan merekacipta bangunan yang disokong dengan hujah-hujah terbaik daripada Zarinn. Rakan-rakan yang lain tidak dilupakan juga jasa mereka dari sudut kreatif dan inovatif.

Zarinn yang pada mulanya tidak banyak bercakap sekali diminta menyampaikan hujah, ternganga mulut Nazrin melihat kepetahan Zarinn memberi penerangan. Hebat tak hebat anak kepada seorang arkitek yang agak mahsyur namanya.

Salah satu sifat Zarin yang memikat hati Nazrin adalah senyumannya. Ya senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Nazrin mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan Zarinn. Ibarat jinak-jinak merpati emmbuatkan Nazrin semakin bersemangat untuk mengenali gadis ini.

Dalam pada masa yang sama, Zarinn juga menyenangi sikap ramah tamah dan berbudi bahasa dari Nazrin. Disamping itu juga lesung pipi kiri dan kanan Nazrin sedikit sebanyak memikat hari Zarinn. Tidak mahu digelar perigi mencari timba, Zarinn membiarkan sahaja rasa hatinya.

Tegarkah dia menyanyangi lelaki itu didalam diam?

**********

"ZARINN..." Seperti biasa lembut sahaja bicara Nazrin kepada aku. Oleh kerana mahu menjaga perasaan aku, sengajalah aku berlagak tenang sedang didalam hati bagaikan mahu pecah.

"Ya..."

"Lagi dua hari kursus kita hendak habis, petang esok keluar berjalan-jalan nak? Naik kereta saya sahaja, jimat sikit minyak." Nazrin mempelawa aku. Bagaikan disorong dengan bantal aku mengangguk laju bersetuju dengan pelawaan Nazrin.

"Ok...tapi nak Zarinn tunggu Nazrin dekat mana?"

"Depan lobby..."

"Ok tapi solat Zuhur ye."

"Ok..." Nazrin mengangguk laju. Terasa malu dengan Zarinn kerana dia sendiri jarang-jarang untuk bersolat. Meskipun Zarinn tidak bertudung namun perintah Allah menunaikan solat tetap dia lakukan.

Aku hanya tersenyum melihat perubahan yang terpancar diwajah Nazrin.

**********

BERSAMBUNG...kali ini pendek sahaja sebab tak boleh nak stay dengan idea kerana kawasan rumah dok boom..boom..bang...bang...

Idea kena heart attacked...hehehe

Tunggu kita publish. (takmo dah janji hari apa sebab mesti tak settle Y_Y...maaf ye..huhuhu)

^_~

27 January 2012

PREVIEW : EMIL DAN EMILDA - KOMEDI ROMANTIKA



"SAYANG..lagi dua bulan kita nak menikah. Jangan lupa hujung minggu ni kita pergi buat ujian AIDS ya." Ujar Emil digagang telefon dan membuatkan Emilda terkedu.

"Err...awak bukan ujian AIDS...tapi ujian HIV la. Mana ada orang buat ujian AIDS...belum pernah saya dengar ujian jenis macam itu." Emilda menahan sakit diperut untuk melepaskan tawanya. Namun dia bimbang Emil akan berkecil hati.

"Eh....HIV eh? He he he...saya tersasul pulak..."

"Apalah yang awak dok berangan tu kan? Awak kat mana ni?" Emilda tertawa kecil.

"Saya berangan awak dah jadi isteri saya yang sah. Saya dekat area stesen keretapi Universiti ni." Emil mengusik dan selama jawapan yang kedengaran daripada mulutnya. Emilda terkejut.

"Keretapi? Awak biar betul. Area keretapi mana awak tiba ni?"

"Ala....keretapi yang jalan diatas tu."

"Emil Huzaimi Bin Abdul Rashid....bukan keretapi sayang...stesen LRT Universiti...awak kenapa?" Emilda sudah tidak dapat menahan tawanya dari meletus. Kedengaran kuat dia tergelak gara-gara Emil yang tersasul bukan-bukan.

"Eh...haaa..itulah yang saya nak sebut. Terlupa pulak tiba-tiba..."

"Ada...ada.. aje awak ni Emil. Lagi berapa lama saya nak kena tunggu ni?"

"Lagi lima puluh minit sampai."

"Emil! Kalau awak dah area LRT Universiti bukan lagi lima minit ke? Apsal kena sampai lima puluh minit pulak tempoh perjalanan?"

"Hah? Eh...eh...lima minit lagi sampai sayang...maaflah sejak akhir-akhir ni darah gemuruh saya sampai sebab excited kita nak menikah ni."

"Awak...awak...oklah saya tunggu depan lobby ok."

"Ok sayangku lagi comel cun menawan..."

"Mengadalah...bye... Assalamualaikum...Tengku Emil..."

"Waalaikumsalam Puteri Emilda..."

Aku menggeleng sambil tawa masih berbaki dengan perbualan antara aku dan Emil. Ada sahaja sasulnya yang selamba itu membuatkan aku tidak pernah henti-henti ketawa. Dunia walaupun selalu berhadapan dengan cabaran namun masih tetap ada orang tersayang disisi menggembirakan perasaan.

"Zara... Eida balik dulu ye. Si Emil ajak pergi tengok wayang. Kau balik pukul berapa?" Aku menegur Zaya yang dok tersengih mendengar perbualan aku dan Emil sebentar tadi. Zara memang pantang dengar cerita lawak antara aku dan Emil. Memang tawanya akan meletus kuat sampai terkeluar airmata.

"Aku balik dalam pukul enam setengah, maklumlah si Khairul keluar dari tempat kerjanya pukul enam. Jadi aku kena stay lagi setengah jam. Kau dengan Emil kan memang sepadan tau Eida, sweet aje comelnya. Tapi tadi aku terdengar korang berbual memang buat aku ketawa sampai keluar airmata la..."

"Biasalah Zara...aku dengan Emil memang serasi. He he he...Ok aku balik dulu eh. Kau tu jangan kerja lebih masa lama-lama sangat. Jaga kesihatan ok, lagipun boleh sambung Sabtu minggu hadapan filing tu. Aku sendiri pun dah tak larat. Ini belum kahwin, esok kalau dah kahwin larat lagi ke tak nak datang kerja hari cuti Sabtu macam ni." Aku sudah mengomel.

"Ala...setengah jam aje. Ini pun aku lepak-lepak aje untuk hilangkan penat lelah. Tahniah tau kawan baik aku ni nak kahwin dah tak lama lagi. Tinggallah aku dengan Mia tak kahwin lagi. Ini yang tak sabar suruh Khairul pinang cepat-cepat... He he he." Zara mula pasang angan-angan.

"Amboi! Gatal. He he he...Kalau cepat lagi bagus Zara, boleh kita rancang bersalin sama-sama. Ha ha ha..." Aku berseloroh.

"Tang bersalin aku memang gerun. Eh pi turun cepat karang Tengku Emil kau tu panas punggung lama-lama." Ujar Zara kepadaku mengingatkan. Kalau sudah berborak kosong memang akan berpanjangan.

"Bye Zara...Jumpa hari Isnin..." Aku mula mengorak langkah.

"Bye Eida...kim salam dengan Tengku Emil kau tu tau...hehehe...pesan dekat dia bawak rileks sudah..."

Aku tersenggih dan melambai-lambai sewaktu keluar dari pejabat.

**********

"EMILDA, harini jom kita pergi tengok wayang nak. Cerita apa best?" Emil bertanya dan aku sedang sibuk membelek telefon bimbit.

"Tak kisah cerita apa-apa pun. Awak belanja kan? He he he."

"Kita tengok cerita  Pink Panther la nak?"

"Cerita kartun?"

"Bukanlah, cerita yang diadaptasi dari cerita kartun tu." Emil memberi penerangan. Kalau setakat pergi wayang hendak tengok cerita kartun, aku sanggup ajak pergi window shopping. Nasib baik Emil membetulkan keadaan. Aku dengan cerita kartun tidak berapa masuk dalam kepala otak. Kalau Zara Hushaifa memang semua genre dia belasah.

"Nasib baik...oklah...bolehlah...lepas tu kita pergi window shopping pulak ye. Saya nak pergi survey minyak wangi LANCOME."

"Ok...harini patik dengan rela menemani tuan puteri patik yang teramat disayangi ini."

"Aduh! Dia dah mula dah wayang bangsawan dia..."

"Eleh...gurau sikit pun tak boleh."

Aku tersenyum. Kebiasaan riadah aku dihujung minggu memang kami akan keluar tengok wayang bersama. Dalam mood bercinta la katakan. Esok-esok ajak pergi lepak kedai mamak pun belum tentu lepas ni. He he he...

Setibanya tempat letak kereta, Emil mengunci apa yang patut. Aku membetulkan blouse berwarna putih yang agak berkedut sedikit akibat duduk terlalu lama. Kami beriringan masuk ke dalam shopping complex Sunway Pyramid yang tersergam indah itu. Unik sungguh design yang dilakarkan seolah-olah berada di Egypt!

Sampai sahaja dikaunter pembelian tiket, aku lihat agak ramai orang beratur menunggu giliran. Hendak atau tidak kami tetap jugak berdiri menuggu barisan bergerak perlahan-lahan. Kaum Cina mendominasi kaunter pada cuti hujung minggu ini. Kaum India biasa-biasa sahaja. Kaum Melayu pun boleh tahan juga, ramai pasangan yang sama-sama hendak menonton wayang terbaharu. Inilah dinamakan 1Malaysia! He he he...

"Kita nak duduk bahagian tengah ke? Tepi ke?" Emil bertanya.

"Couple seat ajelah senang. Takde bersesak-sesak nak masuk sampai terpijak kaki orang awak tu." Aku tersengih. Emil ketawa.

"Ye Encik...nak pilih wayang gambar apa yang harini? Kita ada macam-macam movie terbaharu."

"Ok dik. Kami nak tengok cerita PeterPan dan mahu bahagian couple seat."

"Emil Huzaimi! Bukan PeterPan lah....Pink Panther..." Aku sudah tergelak langsung tiada marah. Nak kata malu? Sudah berbakul sebelum ini. Tapi aku tetap layankan jugak Emil Huzaimi, tunang tersayang.

"Eh...haa..cerita itu saya nak sebut tadi..."

"Tak mengapa Encik. Ok couple seat harganya RM 34.00"

Itu dia harga untuk kerusi istimewa. Kalau tempat lain RM 22.00 sahaja tau. Selepas membayar haraga tiket, kami berdiri di pintu masuk sebelum jam 3.00 petang. Aku yang ketawa tidak henti-henti menahan sakit diperut. Emil menggarukan kepalanya yang gatal itu. Emil seperti tiada perasaan malu dengan sikap selambanya yang tersasul sebentar tadi. Emil tidak pernah marah malah gelak ketawa boleh tumpang sekaki ikut serta dengan aku.

Nasib baik berdua. Kalau ada Zara dengan Khairul, memang gamatlah duaorang itu bergelak sakan. Siapa tak kenal si Zara Hushaifa yang ketawa memang tidak ingat dunia! He he he...

"Macam mana awak punya confident sebut PeterPan Emil? Awak memang lawaklah. Ha ha ha."

"Entah. Spontan. Itu dia gelak besar sungguh nooo...He he he..."

"Walaupun tahap confident awak tinggi, jangan risau awak tetap berada didalam hati saya, bakal suami pilihan. Terima kasih sudi hendak memperisterikan saya."

"Terima kasih jugak sayang sebab awak terima diri saya seadanya."

Aku tersenyum, Emil tersenggih dan kami melangkah menuju pintu masuk wayang bersama-sama. Bagaimanalah nanti agaknya alam rumahtangga aku dengan Emil? Mesti penuh gelak dan tawa. Ah! Bahagianya rasa dihati meskipun aku pernah terluka dengan bekas tunangan aku yang terdahulu. Aku benar-benar rasa dihargai sepenuh hati.

Kau memang bunga cintaku, Emil Huzaimi!

**********

BERSAMBUNG tau...

Saya tengah garap cerita ini berlandaskan sedikit sebanyak kisah benar. Memang saya tersenggih ketika buat cerita idea komedi romantika.

Mohon maaf ya, saya lakukan sebagai hiburan dan tiada niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

^_~ saya sayang kawan-kawan saya.

Peace Yo!

22 January 2012

PREVIEW PILIHAN HATI



"AKU dah kata aku tak suka kau..maknanya keputusan aku muktamad! Aku tak suka E.N.G.K.AU...kalau tak faham pergi masuk sekolah balik belajar pandai-pandai dalam subjek bahasa melayu! Faham!"
"Kalau aku kata aku tetap suka kau..maknanya keputusan aku juga muktamad! Kau katalah apa sahaja, aku tak peduli! Kalau aku tak dapat kau cara baik aku guna cara lain, kau jangan menyesal Ayu Raudah!"
"Kau ...gila ke apa? Sampai nak menganiaya perempuan macam aku? Banyak lagi perempuan cantik-cantik kau boleh jadikan isteri. Perempuan kolot macam aku yang kau nak kejar sangat apahal? AKu rasa otak kau ni patut kena format baliklah Zaquan Aidil!"

Ayu Raudah mendengus kasar dan menolak tangan Zaquan Aidil yang cuba meraih jemarinya. Zaquan Aidil tersengih melihat keberangan Ayu Raudah. Kolot macam mana pun Ayu Raudah, Zaquan Aidil tetap menjadikan dia pilihan dihati.

Ayu Raudah berlari meninggalkan Zaquan Aidil yang tidak semena-mena mengganggu waktu santainya. Asal pergi berjogging pasti akan ternampak kelibatnya yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Entah apa nasibnya kali ini terserempak lagi dengan Zaquan Aidil yang tidak habis-habis mengacau waktu peribadinya.

Mentang-mentanglah satu taman perumahan. Lepas itu selalu memyibuk datang rumah lepas tu boleh siap lepak, makan sekali. Buat macam rumah sendiri pulak. Abang Ashraf pun satu, ajaklah lepak dekat kedai makan dekat luar ke, pergi karaoke ke ini tidak asyik ajak datang ke rumah. Sudahnya tidak pasal-pasal aku terpaksa mengadap mamat muka tembok ni! Boleh pulak buat lawak bengong mintak makan suap-suap kononnya praktis sebelum kahwin besok. Gila ke apa?

***********

MALANG sungguh nasib aku, entah kenapa hari ini tayar kereta boleh kempis pulak! Sudahlah lewat dari waktu yang sepatutnya hendak ke pejabat. Tayar spare pulak aku boleh terlupa hendak gantikan dengan tayar baharu! Aduh...abang Ashraf pulak pagi-pagi buta sudah keluar bekerja. Angin apa pulak yang melanda abang Ashraf pergi kerja seawal begini? Dan macam mana pulak tayar kereta aku tiba-tiba kempis? Semalam rasanya aku tidak keluar kemana-mana. Sebab mood sudah lari bila mamat senget ini datang bertandang ke rumah.

Terus langkah aku dimatikan apabila emak meminta tolong memasak untuk tetamu kesayangannya. Siap jadi anak angkat lagi! Tak cukup ke aku dengan abang Ashraf? Emak...emak... Ayah pulak tidak pernah bercakap apa-apa bila mak jadikan mamat senget ni hendak dijadikan anak angkat. Ayah tersenyum bila tengok aku orang pertama yang membangkang. Abang Ashraf bantai gelak bila mak cakap aku ini terlalu prejudis dengan orang sebaik Zaquan Aidil.

Baik? Phuiiiii... Baik konon... Pirah mabuk!

Guruh takde, kilat sabung menyabung tiba-tiba muka mamat ini tersengul depan pagar! Macam tahu-tahu pulak kereta aku tayarnya tengah kempis. Apakah berlaku satu komplot terancang untuk mengenakan aku agaknya? Aku tengok mamat senget kecik sahaja tau, rasa macam hendak cekik-cekik batang leher dia yang jinjang itu.

"Tayar kempis ye kak?" Sengaja 'provoke' aku waktu tengah berhangin baik punya. Kalau tak kawal emosi mahu sahaja kaut tumit tinggi aku melayang dan terpacak dekat hidung mancung mamat senget ni!

"Jangan nak perli-perli! Ini semua kau yang buatkan? Kau memang sengaja nak pedajal aku pagi-pagi Isnin kan! Kau ni memang menyakitkan hati akulah!" Aku sudah tidk peduli adab sopan bercakap dengan mamat senget yang berada didepan mata aku sekarang.

"Aaah...memang sengaja pedajal kau supaya pagi ini kau mesti kena naik kereta pergi kerja sama-sama dengan aku ya sayang..." Zaquan Aidil sengaja mengejek-ngejek aku.

"Kau ni kan memang manusia paling bengong aku pernah jumpa tahu tak. Huh! Geramnya...daripada aku naik kereta kau, baik aku pergi naik teksi lagi bagus lah!"

"Mana kau nak dapat teksi pepagi buta ni Ayu Raudah oii! Daripada kau jual mahal, baik kau terima aje tawaran aku kan senang kita rapatkan hubungan silatarurrahim yang telah sedia ada ni...kan kan kan..."

"Arghhh! Lama-lama aku boleh jadi sewel lah macam ni!" Aku sudah menjerit-jerit melepaskan amarah yang terbuku dihati.

"Ayu Raudah! Apa jerit-jerit pagi buta ni? Mak tak ajar perangai Ayu hodoh macam ini tahu. Kamu ni kenapa? Karang marah pulak jiran-jiran terdekat dengan kebisingan kamu." Mak yang keluar tiba-tiba menyergah aku yang tiba-tiba sudah hilang pedoman. Ini semua mamat senget punya pasal.

"Mak tengok tayar kereta Ayu. Mamat senget ni sengaja pedajal Ayu pagi-pagi buta! Dia sengaja kempiskan tayar kereta Ayu tu mak...Macam mana Ayu nka pergi kerja?" Aku sudah mengadu domba. Mamat senget ni boleh tersengih-sengih sambil tangannya masuk dalam poket. Macholah kononnya tu?

Nan hado!

"Tayar kempis? Oh malam tadi mak ajak abang kamu pergi market sekejap. Balik-balik abang kamu kata tayar kereta pancit. Malam tadi mak ketuk-ketuk bilik kamu tak buka-buka, mak dengan abang pergi ajelah pakai kereta kamu. Itulah dengar lagi ipod yang tersumbat dalam telinga kamu tu kuat-kuat." Penerangan mak tiba-tiba buat wajah aku merah padam sebab menyangka betul-betul si mamat senget ini pedajal aku. Rupanya Abang Ashraf yang perjadal adiknya yang comel ini. Patutlah berdesup pagi-pagi sudah hilang.

Errr...comel ke aku? Huhuhu...

Tahap kebengangan aku makin meluap-luap apabila mamat senget ini meminta kebenaran mak supaya tumpangkan aku terus ke pejabat. Mak pulak bagi keizinan tanpa terkeluar satu patah perkataan daripaa mulut aku saa ada setuju ataupun tidak. Mak pun komplot ke? Huwaaaa..

Lantas aku mengeluarkan blackberry bold 5 berwarna putih didalam handbeg coach berwarna merah. Aku ingin menelefon Abang Ashraf yang ingin bagi syarahan percuma daripada mulut aku yang nampak comel ini yang berlipstik berwarna pastel. Tup...tup mata aku tertancap satu message yang telah dihantar oleh abang aku yang kacak bergaya itu.

Ok, sila muntah!

Assalamualaikum wahai adikku yang comel selalu kena buli dari abangmu yang kacak dan macho ini. Maaf kerana telah terpancitkan kereta Honda Jazz kesayanganmu malam tadi. Oleh kerana ingin berjasa kepada mak dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Abangmu telah memakai keretamu tanpa meminta keizinan. Adik-beradik jangan berkira ha... Oleh itu abang telah meminta tolong sahabat baik abang Zaquan Aidil yang hensem seperti pelakon Hugh Jackman itu menumpangkanmu wahai adikku. Jangan banyak songeh dan tumpang sahaja kereta Zaquan itu ok?

Terbaik dari abangmu..Peace Yo!

Hampir pitam aku membaca pesanan ringkas itu. Tapi pelik, bila aku tuduh mamat senget ini dia main mengaku sahaja. Nak ambil hati aku lah tu! Oleh kerana terdesak, hendak atau tidak aku memang tiada pilihan kenalah juga menumpang kereta Lancer Merah Hitam milik mamat senget ini. Tahulah kereta hot! Tapi sila jangan badjet hot dengan aku ok! Menyampah tau.

***********

SETIAP malam hantar pesanan ringkas yang buatkan aku hendak termuntah selalu. Jiwang bagaikan nak rak bunyinya. Eeeuuwww...tolonglah! Aku tak suka ye. Jiwang karat punya mamat senget ini. Muka aje macho tapi hati jambu betul! Kalau orang lain berbunga-bunga dapat pesanan ringkas yang berbaur romantika. Aku maaflah ye, memang tidak masuk dalam kamus hidup aku.

Assalamualaikum wahai puteriku yang comel selalu. Esok jangan lupa aku akan hantar dirimu lagi sekali lagi. Lagi bagus kalau hari-hari aku yang hantar. Kau tak perlu bayar minyak ataupun tol. Semuanya percuma asalkan kau berada disisi. Sayang kau selalu. Rindu aku tak? Mesti rindukan. Muah..muah..

Phuiii! Tak pepasal kena tumpang kereta mamat ini seminggu. Padahal tayar kempis aje pun. Esok dah tentu aku boleh pergi naik kereta sendirilah. Entah apa kena kedai kereta berdekatan dengan rumah mak ayah aku (belum mampu beli rumah sendiri hu hu hu) tutup seminggu. Nak kata tengah hari perayaan tidak jugak. Apasal kedai Robert boleh tutup seminggu pulak? Tak rugi ke? Orang berniaga ni kan nak untung-untung aje. Kalau rugi masing-masing sakit kepala macam nak pecah!

Aku terus padam pesanan ringkas itu. Klaau terus disimpan akan jadi berkulat pulak nanti. Hew hew hew...

Aku keluar daripada bilik dan terus hendak isytiharkan peperangan dengan abang aku. Sekali turun bawah aku tengok mamat senget ini ada dekat sini. Paling mengejutkan mak cakap dia akan tidur disini selama seminggu. Kata mak senang nak pergi dan balik kerja sama-sama dengan aku. Ini sudah lebih!

"Mak ni...mana boleh. Ayu boleh pergi sendiri. Abang Ashraf kan ada. Kereta abang Ashraf pun Ayu boleh tumpang jugak apa. Kenapa mesti kena naik kereta dengan mamat senget ni. Ayu tak nak!" Aku memberontak. Cukuplah siang tadi telinga aku hampir bernanah dengar mamat ini bercakap-cakap tanpa henti. Lepas itu dengan selambanya dia akan datang meminang aku hujung bulan ini jugak. Katanya senang ikat awal-awal supaya tidak ada yang berani hendak mencantas! Gila punya orang!

"Kereta abang besok boss abang nak tumpang. Abang ikut jalan tak sama tempat Ayu nak pergi. Tumpang ajelah si Zaquan ni."

"Mana boleh! Banyak cantik muka abang Ash, dah lah kempiskan tayar kereta Ayu. Lepas tu tak nak pergi betulkan pulak. Sekarang ni Ayu nak tanya kenapa kedai Robert boleh tutup seminggu? Kenduri apa Robert tu?"

"Eh...eh...manalah abang tahu kenapa kedai Robert tutup. Abang Ashraf mana ada syer dekat kedai Robert tu. Sukahati Robert lah nak tutup kedai seminggu ke sebulan ke. Kedai dia lantak dia lah. Ayu ni teruk betul la prejudis dekat orang!" Abang Ashraf pula bersuara lantang. Sekarang ini aku yang patut marah ke Abang Ashraf eh? Terkeliru sekejap.

"Mak...Ayu tak nak pergi dengan Zaquan tu..."

"Jangan bantah cakap mak Ayu, zaman sekarang ni bahaya tahu. Kamu itu perempuan, kena berjaga-jaga. Sementara si Zaquan tu ada tumpang ajelah. Bukan kita tak kenal si Zaquan tu. Dia dah jadi anak mak pun. Kamu jangan nak mengada-ngada sangat Ayu."

Aku rasa hendak melalak sekarang jugak. Tiba-tiba aku berlari dapatkan ayah.

"Ayah tak nak masuk campur. Dalam rumah mak kamu adalah mem besar. Tumpang sahajalah Zaquan tu. Sejuk sikit perut mak dengan ayah kalau kamu pergi kerja dengan orang yang dikenali. Naik teksi tu belum tentu selamat Ayu."

Apakah...apakah... ini satu komplot yang terancang? Aku sudah berputus asa. Benar kata ayah, mak memang mem besar apabila berada dalam rumah. Apa yang mak suruh, memang kena buat. Nanti kena label anak derhaka.

Aku mendengus kasar apabila terpandangkan Zaquan Aidil sudah menyengih tanda kemenangan. Mangkuk tingkat punya mamat senget! Takpe...takpe ini hari adalah hari aku...esok lusa hari dia pulak. Kau tunggulah mamat senget! Pembalasan akan terbalas suatu hari nanti. Ini Ayu Raudah Binti Mohammad Razif. Pantang mengalah sebelum dicabar! Kalau tak cabar, takkan mengalah pulak?

Aku menghentakkan kaki sewaktu naik tangga masuk ke dalam bilik. Protes punya pasal, aku tidak mahu makan malam bersama-sama dengan mereka. Aku masuk ke dalam bilik menghempaskan diri diatas katil. Nasib baik tilam lembut, kalau kerasa macam batu tentu malam ini aku sudah tidur didalam wad kerana mengalami kecederaan.

Telefon bimbit berbunyi lagu shuffle. Pergh! Urban betul aku ini! Aku membaca pesanan ringkas itu dan terasa hendak turun kebawah karate mamat ini cukup-cukup.

Assalamualaikum sayang. Kau pergi ajelah dengan aku. Jangan banyak songeh. Bahagialah aku untuk seminggu ini. I Love You sayang. Muah..muah..

Aku sudah menumbuk-numbuk bantal peluk untuk melepaskan geram. Memang aku geram tahap supersaiya sekarang ini!

Zaquan Aidil kau memang mamat physco!

**********

Kita sambung tengah malam nanti. Sekarang nak pergi makan ikan bakar. Ala...dekat aje dengan kampung kita, Hulu Langat.

Oh ya sekarang tengah bercuti balik kampung sebab nenek saya sakit angkara terjatuh didalam bilik air. Ini nenek sebelah mak. Tinggal ini sahaja kecuali nenek busu saya sebelah abah. Lain-lain sudah pulang ke rahmatullah. Sob...sob...

Doakan nenek saya cepat sembuh ya dan cerpen ini cepat siap...hi hi hi

Peace Yo!

p/s : dup dup dap dap... my big days will come soon. Will announce the actual date ya! Daaaa...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca setia laman blog yang sudah menjadi 'tunggal' saya ini. Lain-lain sudah ditutup untuk keamanan sejagat. Al-maklumlah dulu mulut macam puaka yang confirm masuk neraka huhuhu..tapi kini saya sudah berubah dah tidak lagi seperti dahulu.

"Human is not perfect but time flies will make someone matured to thinked wisely. So am I." ^_~v

Wah berbahasa Inggeris mak sekarang.. hew hew hew

Harap ampun dan maaf jikalau ada kata-kata kesat yang terkeluar sewaktu masa dahulu telah mengcengkam hati anda-anda sekelian

15 January 2012

PREVIEW CERPEN KE TUJUH


CINTA? Apa itu cinta sebenarnya? Apa yang digilakan tentang cinta? Entahlah, aku sendiri tidak pernah mengalami perasaan itu. Oleh kerana sememangnya aku tidak percaya pada erti cinta maka bagiku cinta hanya membuang masa. Benarkah antara pasangan itu benar-benar setia? Benar-benar sayang? Benar-benar kasih? Namun mengapa setelah diijabkabulkan perang mulut berlaku? Tiada lagi sefahaman? Dan akhirnya masing-masing tersungkur dengan ego sendiri membawa kepada penceraian. Itu yang aku nampak dalam zaman moden ketika ini.
Jariku menari bersama pena yang aku luahkan di dalam diari buruk kesayanganku. Di sini aku meluahkan segala-galanya. Agaknya kalau sesiapa yang membaca diariku ini pasti akan dibakar depan-depan mata. Hu hu hu

Di sekolah aku lebih gemar memerhati pelajar-pelajar yang seangkatan denganku memadu kasih tanpa segan silu tatkala tamat waktu persekolahan. Banyak betul duit kekasih hati mereka. Dari mana datangnya duit itu ya? Tentu sahaja dari mak bapak bukan? Jadi mengapa perlu mensia-siakan duit perbelanjaan itu untuk sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah? Apa nak jadi budak-budak remaja zaman sekarang...

Ramai pelajar sekolah mengatakan aku ini seorang yang terlalu prejudis terhadap cinta. Ya barangkali?! Namun aku tidak mengambil pusing , terus membiarkan sahaja apa yang dilontarkan dan apa yang diluahkan oleh mereka. Hak masing-masing tetapi sekiranya melebihi batasan. Awas ya!

Sedang aku terleka mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba aku menerima sepucuk surat dari pelajar lain. Katanya ada peminat misteri yang mengagumi aku. Gila barangkali orang ini? Bukankah aku ini kaki prejudis terhadap cinta? Kasihan pada peminat misteri ini kerana tersalah perhitungan untuk mengagumi perempuan seperti aku.

Aku hanya membiarkan dahulu surat layang yang tidak seberapa layang lagaknya kerana dihulurkan melalui tangan ke tangan. Aku menumpukan kembali tugasanku mencari bahan ilmiah untuk menghadapi peperiksaan SPM yang tidak lama lagi akan muncul. Inilah waktunya untuk menentukan masa depanku. Aku tidak mahu menjadi seseorang yang hidup hanya setakat itu sahaja. Perlu ada iltizam dan cita-cita.

Ewah! Kalau Abang Fariz mendengar ngomelan kecilku ini, pasti dia akan menyindir tahap bernanah di dalam telinga! Abang Fariz merupakan teman gustiku di rumah. Ibu dan ayahku semakin naik pening melihat perbalahan mengarut antara kami. Maklum sahajalah hanya kami berdua menjadi penyeri . Kakak sulungku telah lama dipanggil Illahi kerana menghidap barah hati. Ketika itu aku masih kecil dan masih belum mengerti apa yang terjadi. Aku rindu arwah Kak Farizah! Semoga roh kakakku dicucuri rahmat.

Amin...

*******

MASIH setia bersama buku-buku yang disusun di atas meja. Satu persatu helaiannya aku selak. Tidak ramai pelajar yang hadir ketika waktu ini. Masing-masing lebih suka melepak di kedai makan Makcik Munah yang merupakan satu-satunya yang bertapak di dalam kawasan kolej ini. Aku? Lebih suka bungkus dan bawa balik ke dalam bilik.

Aku membuat nota ringkas untuk persediaan ujian yang akan menjelang tidak lama lagi. Segala bahan yang penting aku highlight menunjukkan bahawa ianya nota yang penting. Beberapa kali aku menguap menahan kantuk. Jam di tangan aku kerling dan menunjukkan sudah ke angka sepuluh malam. Aku mula mengemas peralatanku dan buku-buku di susun di tempat yang sepatutnya. Namun mataku tertancap sebuah buku yang berwarna coklat gelap tersusun di bahagian psikologi. Ia menarik minatku dan buku itu aku tarik perlahan.

TENTANG CINTA

Aku terus menuju ke bahagian kaunter dan membuat pinjaman. Aku memeluk erat buku berwarna coklat itu. Helaian pertama aku baca ianya mudah menarik minatku.

“Hmm...habis ujian nanti bolehlah aku luangkan masa untuk menyelongkar isi kandung buku ni.”

Aku mengomel sendirian dan tidak semena-mena aku terlanggar belakang badan seseorang. Membuatkan aku jatuh terduduk dan punggungku mula terasa sakit.

“Aduh! Sakitnya!”

“Maafkan saya saudari...”

Pemuda itu pula yang memohon maaf sedangkan aku yang bersalah kerana terlanggar dirinya. Alangkah malunya aku, bagaimana orang aku langgar begitu mudah untuk memohon maaf.

“Eh...saya yang patut mintak maaf. Bukan saudara...”

“Oh...tak mengapa. Bukan susah pun kita nak ucap kata maafkan. Awak tak apa-apa?”

Sekali lagi aku merasa terpukul dengan pengakuan sebegitu. Sungguh!

“Err...tak...tak...saya tak apa-apa. Maaf ya. Saya beransur dulu...” Cepat-cepat aku mengundurkan diri. Perasaan malu bukan kepalang aku rasakan saat ini. Itulah terlalu khayal dengan buku yang aku pinjam langsung tercuai pada pandangan mata. Nasib baik pemuda itu tidak menengking aku.

“Eh! Alamak mana buku tadi? Tertinggal ke? Matilah kalau buku itu hilang. Belum sempat menyelongkar lagi.” Baru aku sedari buku yang aku pinjam tadi sudah tiada lagi dalam genggam. Lantas aku berpatah semula menuju ke tempat yang aku jatuh terduduk sebentar tadi.

Puas aku mencari keliling tapi tidak berjumpa. Belum sempat aku hendak membaca isi kandungan buku itu, sudah hilang dari pandangan. Bab bayar denda itu aku tak kisah langsung tapi hati ini akan tercarik rasa. Itulah mata ini tidak mahu pandang ke depan, sudahlah terlanggar orang aku tidak memohon maaf dan alih-alih buku pula sudah hilang.

“Eh!... Ntah-ntah mamat tu tadi tak terambil buku tu? Alamak! Macam mana nak cari mamat tu...? Dahlah tadi aku tak fokus muka dia...nama dia pun aku tak tahu! Aduh! Masalah! Masalah!...” Aku mengumam sendiri sambil menepuk dahi sebelah tangan dan tangan yang satu lagi mencekak pinggang. Salah sendiri sebab tidak melihat muka pemuda itu. Bertambah salah lagi sebab tidak sabar-sabar melarikan diri kerana malu punya pasal. Apalagi... memang padan dengan muka aku!

Aku berlalu pergi dengan hati yang sebal. Lemah sahaja langkahku sambil menggalas beg dibelakang badan aku. Perut yang agak lapar terus kekenyangan dan mati selera hendak makan mee goreng basah kedai Mak Munah. Dalam hati masih mengomel kesilapan diri. Kenapalah saat-saat begini aku seperti orang bengong? Tajuk buku itu bermain-main difikiran. Kenapa tiba-tiba hati aku terpaut mahu mengetahui rahsia TENTANG CINTA?

Hampir sahaja diperkarangan kedai Mak Munah, aku terdengar seperti seseorang memanggil namaku. Suara orang lelaki. Siapa pula yang malam-malam begini panggil nama aku? Dan setahu aku, aku tidak rapat dengan sesiapa lelaki di dalam kolej ini. Maklumlah aku ini masa di zaman sekolah dahulu dikenali sebagai makhluk misteri kerana tidak berkawan rapat dengan lelaki mahupun perempuan. Lebih senang dengan dunia sendiri. Kecuali teman gusti aku, Abang Fariz. He he he...

Aku memalingkan pandanganku dan seperti macam pernah dengar suara pemuda ini. Tapi dekat mana ya?

“Saudari Annissa... Maaf. Saya cuma nak pulangkan buku awak. Mungkin terambil semasa pelanggaran tadi. Maafkan saya sekali lagi?” Pemuda ini mudah benar mengucapkan kata maaf. Dan aku? Kenapalah berat sangat mulut ini? Bukan susah pun.

“Err...errr... takpe...takpe.. Terima kasih kerana pulangkan. Tapi macam mana tahu nama saya?”

Pemuda itu hanya tersenyum dan membuatkan aku merasa pelik. Lain macam sahaja...

“Maaf ye. Saya pergi dulu. Nanti kawan-kawan saya merungut kalau saya terlambat. Salam perkenalan Annissa Shuhaida... Assalamualaikum...” Pemuda itu tersenyum lagi dan terserlah lesung pipi di kedua-dua pipi kiri kanannya. Aku semakin binggung. Siap nama penuh aku meniti dibibir nipis milik pemuda itu. Siapa dia sebenarnya?

Buku yang dihulurkan kepada aku sebentar tadi aku memegangnya dengan erat. Tidak mahu kehilangannya tadi. Tetapi misteri yang berlaku tadi telah membuatkan separuh minat aku terhadap isi kandungan buku ini hilang tak semena-mena. Separuh itu melayang teringatkan pemuda misteri yang mengetahui nama penuh sedangkan aku tidak mengenali siapa dia. Beban di kepala mula terasa dan membuatkan aku merasa sesak!

***********************************
 
Cerita ini pulak hari Selasa (kalau ada kesempatan). INi belum ada cover agi sebab saya belum jumpa yang sesuai.
 
Kalau tak saya garap hari cuti minggu hadapan pula. He he he
 
Selamat membaca. Peace yo!

PREVIEW CERPEN KE ENAM



TIDAK tahu kenapa sejak dua menjak ini rindu yang sudah lama terkubur kini berdetak kembali. Entah kenapa diri menjadi tidak keruan teringatkan kembali kisah aku dan dia suatu masa dahulu. Kata orang cinta monyet memang tidak membawa apa-apa pengertian. Tapi aku tidak begitu, sungguh aku memang suka dia waktu itu. Namun bila tiba-tiba aku sedar bahawa itu semua tentu tidak akan terjadi. Aku dan dia bagaikan langit dengan bumi. Aku pendam dan biarkan rasa itu berlalu dengan sendiri. Siapalah aku dikala itu.

Tipulah kalau aku kata aku tidak rasa sesuatu didalam hati. Ada, cuma aku sendiri yang sembunyikan rasa itu supaya luka aku tidak semakin teruk. Tidak semakin parah. Paling takut tidak semakin kecewa. Perlahan-lahan hilangkan rasa. Namun kini ia datang kembali menerjah diri. Aku terkelu dan terkaku disaat itu.

Kalaulah dapat aku undurkan putaran dunia, ingin sahaja aku ubah semula supaya aku dan dia tidak pernah akan bertemu. Tidak pernah berkenalan antara satu sama lain.
***********************************

"JOM datang rumah aku minggu ni. Lama dah tak jumpa kau sejak dua menjak ni." Kata Rina yang tiba-tiba bertanya sewaktu kami berjumpa dikampung ibu kami masing-masing. Meskipun saudara jauh, dua pupu kami memang rapat sebab sebaya. Cuma caranya sedikit berbeza dengan aku yang tinggal dikota Metropolitan Kuala Lumpur. Dia lebih bersikap terbuka tetapi aku memang terkenal dengan sikap pemalu itu. Segan pasal pun tak tahu. Padahal duduk bandar yang serba moden.

Kelakar kan?

"Ada apa dekat rumah kau?" Soalku sambil mengunyah goreng pisang yang dimasak oleh ibu saudaraku. Ibu saudaraku ini masak apa pun sedap. Ke memang aku kaki pemakan? He he he...

"Datang ajelah lepak rumah aku. Nanti boleh aku kenalkan kau dengan kawan-kawan tempat kerja aku sekarang. Diaorang best. Kalau kau join dengan diaorang aku rasa kau memang gelak non-stop la." Rina ini kalau bercakap memang tak berhenti. Idea dia yang gila itu buat aku pelik tiba-tiba.

"Ah...tak nak aku. Tak kenal diaorang tu siapa tiba-tiba kau ajak join. Kau demam eh? Agak-agaklah Kuala Lumpur dengan Kuala Pilah. Walaupun Kuala tu sama...hehehe..." Aku tekankan sedikit tentang kuala itu.

"Jomlah Ad...lama dah kau tak lepak rumah aku. Tak sudi dah ke nak datang rumah dekat Kuala Pilah macam dulu-dulu. Kau tak sayang aku lagi ke?" Rina sudah memulakan lakonan babk ke berapa pun aku tak tahu. Ini yang buat aku lemah!

"Yelah...yelah...seminggu aje tau. Nasib baik aku penganggur terhormat buat masa ini. Kalau tidak jangan harap tau. Grown up girl!" Mahu tak mahu aku mengalah jugalah. Nanti muncung panjang kalah itik serasi.

"Yeay! Sayang kau banyak-banyak Ad. Mama minggu depan kerja malam, jadi siang mama ada dekat rumah. Kau layan mama borak-borak ok. Aku siang keje, tengahari aku balik rumah. Malam-malam kita boleh keluar minum-minum. Bab minum-minum jangan risau aku belanja sempena kedatangan kau ke Kuala Pilah."

"Wah! Ghaib terus sedih kau tadi kan? Oleh kerana offer kau sangat menarik, baiklah aku datang sana minggu depan. Tugas kau ambil aku dekat perhentian bas ok. Aku naik komuter ajelah dari Kuala Lumpur, lepas tu berhenti dekat Seremban. Nanti suruh ambil dekat komuter Seremban tercungap-cungap. He he he..."

"Deal"

"Amboi...cepat betul deal nya. Aku sampai petang, takdelah kacau kau kan."

"Sayang kau banyak-banyak Ad."

"Woi..woii...jangan cium banyak-banyak kat pipi aku. Nanti orang ingat kita lesbian pulak. Haru nanti! Eh aku nak balik dah ni tau. Lepas Isyak nak gerak balik Kuala Lumpur. Bye...kirim salam semua eh."

"Sob...sob...sob..."

"Ala...nak sedih pulak. Kau kan dah ada kawan-kawan baru. Hari Jumaat ni aku dah datang sana. Seminggu dua aje aku lepak rumah kau ok. Lepas tu aku dah busy cari kerja baru." Aku sedikit memujuk. Sepupu aku ni memang, manja lebih. Sampai sanggup suruh aku cari kerja area Seremban. Tak nak buat kerja gila aku. Elok-elok boleh dapat kerja area Kuala Lumpur.

"He he he...sayang kau banyak-banyak macam lemon yang berjuta-juta Ad. Janji tau datang Jumaat ni. Aku tunggu tau, boleh bawak kau jalan-jalan, lepak dengan kawan-kawan pejabat aku yang baru tu. Mana tahu kau boleh terjebak geng dengan diaorang ke."

"Tengoklah macam mana diaorang boleh terima ke tak penyegan aku. He he he." Aku tersengih.

"Kau penyegan? Nak pitam aku dengar tau.."

"Eh! Oklah nak balik ni. Nak masuk Maghrib dah. Kau tau ajelah nenek ngah macam mana. Kalau dah senja macam ni tak balik lagi cucu-cucunya, hambat dengan penyapu lidi pulak. Daaaaa..." Aku terus bergerak balik. Berjalan kaki seolah-olah berlari menuju kerumah yang hanya makan masa 5 minit sahaja.

Rina melambai-lambai dan aku hanya tergelak kecil sambik menggeleng.

************************************

Cerpen ini akan keudara hari Isnin nanti.

Oh ya, saya ada plan nak perkenalkan Novel baharu pulak. Tajuknya masih belum terfikir lagi.

PREVIEW CERPEN KE LIMA



AKU melangkah lemah menuju ke pejabat pagi ini. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku tidak gembira dan selesa hendak membuat kerja. Lagi-lagi kena mengadap muka lelaki yang semakin hari semakin menyampah aku tengok. Pelbagai cara dia lakukan untuk menyakitkan perasaan aku. Elok-elok kerja yang sudah sedia ada aku buat, tup..tup terus 360 darjah aku kena tukarkan buat kerja lain.

"Airin, apsal monyok aje aku tengok kau pagi ni? Mana hilang ceria kau ni? Orang kalau baru kahwin seronok gembira. Ini tidak, muncung aje aku tengok pagi-pagi."

"Hmmm...aku takde mood nak buat keje la. Lagi satu bermula bulan hadapan dah kena buat keje lain. Kalau tak menyusahkan aku takpe. Ini esok-esok datang dekat aku minta yang bukan-bukan! Aku tak nak ikut versi orang lain. Lagipun perkahwinan ini pun sudah dirancang kedua orang tua kami. Manalah aku nak tahu rupanya boss sendiri jadi laki aku! Menyampah betul." Aku mendengus.

"Tak baik cakap macam itu Airin. Walau macam mana pun, dia tetap boss kita dan merangkap suami kau. Terima sahajalah hakikat yang korang berdua dah kahwin." Suhana berkata sambil menasihati aku.

"Eeiii...tak kuasa aku. Lagi dia buat macam itu lagi sakit hati aku tau. Dah lah..tak nak cerita pasal dia. Kau dah minum? Jom teman aku pi minum nak?" Aku mengulumkan senyuman.

"Belum. Tapi boleh ke turun minum jam sekarang?"

"Kau ikut ajelah. Kalau dia bising aku pulagkan paku buah keras dekat dia pulak. Kalau dia tak nak orang lain keluar minum lambat, jadi dia pun tak boleh buat macam itu. Setakat seminggu sekali takpe kan? Ini hari-hari aku tengok, berbulu jugak mata. Lepas tu terus tanya, itu dah siap ini dah siap. Ingat aku ini robot ke apa.."

"Ok...ok...jom gi minum. Kau ini bukan boleh, karang hangin kau merebak sampai ke tempat lain. He he he."

"Kalau bab dia aje aku naik hantu. He he he...Jom..laparlah...kat rumah tadi takde selera nak makan." Aku tersengih.

"Itulah, kat rumah jual mahal. Tak nak minum dengan laki kau tu."

Aku sudah menjenggilkan mata. Suhana tesengih.

************************************

AKU terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Rasa hendak ghaib sekarang jugak. Apalagi dia hendak? Aku kan dah tak buat semua kerja tu. Apsal aku pulak yang kena panggil! Tension betul.

"Masuk!"

"Ada apa Encik Hakim panggil saya? Hendak 'hakim' saya pasal apa pulak?" Aku tidak menunggu lama. Meluncur laju sahaja pertanyaan aku.

"Kalau ya pun duduk dulu. Ingat sikit saya ini siapa." Hakim membalas sinis. Semakin lama semakin sesak kepalanya melayan sikap dingin Airin yang telah dilantik menjadi pembantu peribadinya. Daripada bahagian operasi terus melencong ke bahagian korporat. Isteri yang baharu sahaja dinikahinya tidak sampai tiga bulan telah melancar perang besar-besaran. Dirumah jangan kata hendak berbual mesra. Hendak bercakap sepatah pun sudah terjadi perang teluk.

"Hah...ada apa Encik Hakim. Saya nak buat kerja yang berlambak-lambak Encik Hakim bagi dekat saya. Nanti kena 'hakim' pulak kan..." Sinis sahaja mulut aku bercakap. Malas sudah hendak menjaga perasaannya. Dari zaman belum kahwin sampai dikenakan kahwin aku memang anti sikit dengan dia. Yelah, orang kain punya salah aku pulak yang kena. Telinga sampai naik pekak bila kena tengking tau.

"Awak ni Airin, tak habis-habis ke nak bertekak dengan saya. Bermusuh dengan saya? Hormatlah sikit siapa saya sekarang. Dosa pahala isteri dibahu saya sekarang. Awak nak digelar menjadi isteri derhaka ke?" Tempelak Hakim dan membuatkan aku terdiam. Balik-balik ugut aku benda yang sama. Aku pun tak tahu, hangin apa yang tengah merasuk aku sekarang. Asal bertembung mata, mulut aku kalah bertih jagung yang sedang menggelegak.

"Huh..."

"Saya tak tahu macam mana lagi saya nak kena buat supaya hati awak tidak sedingin ini. Kalau dekat rumah kita bergaduh tak mengapa sebab luar dalam kita yang sahaja yang tahu. Tapi kalau bergaduh memanjang dipejabat rasanya tidak professional. Awak tetap pekerja saya dan saya tetap majikan awak. Awak kenalah asingkan hal peribadi dan kerja. Tak bolehlah nak dicampur adukkan sekali. Bukan saya seorang yang jadi buah mulut. Awak pun sekali akan terbabit. Malah boleh buat kedua keluarga kita terjebak sama." Panjang lebar Hakim bersuara dan membuatkan hati aku benar-benar semakin sakit.

"Saya berhenti dua puluh empat jam bermula dari sekarang!" Aku terus keluar daripada bilik Hakim dan dada aku berombak laju. Apa hendak jadi, jadilah sekarang. Aku tidak mahu luka dihati semakin bernanah sekian hari.

"Airin! Airin!" Aku terdengar Hakim menjerit memanggil aku. Nasib baik bilik ini hanya kami berdua duduki. Aku pantas mengambil tas tangan aku dan berlari keluar daripada pejabat. Airmata aku merembes kerana hati terlalu sakit.

Entah dimana silapnya tiba-tiba pandangan aku kini menjadi gelap. Gelap sangat sehingga mata aku tidak boleh dibuka.

"Hakim..." Hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut aku kerana tersayup-sayup terdengar suara lelaki itu memanggil namaku.

*********************************

PERLAHAN-LAHAN aku membuka mata. Aduh! Sakitnya melihat cahaya terang itu. Rasanya baharu semalam sahaja aku terlelap. Kepala semuanya terasa sakit. Paling sakit adalah bahagian dada. Terasa macam hendak pecah.

"Airin...baring sahaja. Airin belum sembuh lagi tu..." Kedengaran suara ibuku yang cuba membaringkan aku semula. Semua aku lihat berdiri melihat keadaan diriku. Cuma satu wajah sahaja aku tidak nampak. Mana dia? Isteri tengah sakit boleh pula dia menghilangkan diri. Nampak sangat membencikan diri aku. Makin bertambah benci aku kepada Hakim.

"Sakitlah ibu dada Airin. Macam nak pecah rasanya." Aku merengek bagaikan anak kecil.

"Memanglah, kesan pemedahan tu belum baik lagilah Airin. Lagi sebulan dua baiklah tu. Airin rehat ya. Airin nak makan? Ibu suapkan bubur ni ya."

"Lapar juga ibu. Tapi Airin nak tanya kenapa dada Airin kena bedah? Haritu apa yang berlaku kepada Airin ya? Berapa lama Airin berada dalam wad?" Bertalu-talu soalan aku lontarkan.

"Sekarang ni Airin rehat dulu. Makan. Bila dah sihat sikit nanti ibu cerita ya. Abang tolong tengokkan Airin sekejap. Anum nak sediakan bubur untuk Airin." Aku melihat ibuku berlalu pergi dan ayah hanya mengangguk sambil tersenyum. Mak dan bapa mentuaku hanya sekadar melihat kearah aku dengan wajah yang sayu. Aku melihat airmuka Adam seperti orang menahan marah sahaja. Aku cuba tersenyum tetapi aku tersentak melihat Adam mendengus marah. Aku terkejut.

"Kenapa dengan Adam tu ayah? Kenapa semacam Airin tengok muka Adam tu?" Ujarku perlahan.

"Biasalah orang sedang hadapi peperiksaan. Takkan Airin tak kenal sikap adik Airin tu. Mari ayah betulkan bantal Airin supaya selesa." Ayah menepuk-nepuk bantal sambil membantu diriku duduk dalam keadaan yang selesa.

"Kenapa Hakim takde? Dia tak ingat isteri dia yang tengah sakit nazak ni ke?" Luncur sahaja perkataan sinis yang keluar daripada mulut aku.

Ayah, mak dan bapa mentuaku berpandangan sesama sendiri. Aku hairan melihat perilaku mereka yang secara tiba-tiba itu.

"Airin...Hakim...Hakim..." Tersekat-sekat mak mentua aku untuk berbicara.

"Kenapa dengan Hakim? Dia dah ceraikan Airin kan? Baguslah kalau macam itu." Aku menempelak. Adam datang menghampiri aku.

"Kak Airin jangan tuduh abang Hakim sembarangan tahu! Adam malu ada kakak yang perangai macam budak sekolah. Umur kakak dah nak masuk dua puluh lima tahun bukan umur lima tahun! Kalau takda abang Hakim, tak tahulah macam mana nasib Kak Airin!" Adam bersuara dan membuat aku merasa jelek. Entah apa yang hebat sangat tentang Hakim pun tak tahulah. Kenapa semua orang kuat sangat membela dia? Aku ini yang sakit bukan dia.

"Kalau Kak Airin mati pun tak mengapalah!" Adam bersuara lagi dan membuatkan aku benar-benar terkejut dan tersentak dengan kata-kata yang tajam itu. Sedihnya adik kandung sendiri berkata sebegitu.

"Adam!" Ayah bertempik. Tiba-tiba dadaku sakit. Kelam kabut mak mentuaku mendapatkan aku. Ayah dan bapa mentuaku berlari memanggil jururawat yang bertugas. Ibu yang datang bersama semangkuk bubur terkejut melihat suasana yang tiba-tiba menjadi tegang. Adam sudah terkaku.

**********************************

Bersambung ^_^

01 January 2012

PREVIEW CERPEN KEDUA TAHUN 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tahun baharu sudah pun tiba dan saya bersemangat baharu hendak buat cerpen banyak-banyak tahun ini (kononnya hew hew hew).

Ok ini cerpen kedua saya nak buat sempena awal-awal tahun (semangat gila ah!)

Selamat membaca walaupun separuh untuk promosi preview gitewww... :P

 

“Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa...oh! aku tergoda...aku tergoda dan terkecewa...dari kerana mata...”

     FUH! Lagu klasik ini memang menangkap jiwa kalau benar-benar menyelaminya. Jangan tidak tahu bahawasanya lagu ini memang lagu kegemaran ayah aku! Sampaikan ibu aku pun boleh layan apabila ayah mula menyanyi bersama set karaoke kesayangannya itu. Amboi merpati dua sejoli ini memang romantik dari muda sampailah aku sudah menjangkau 27 tahun! Aman bahagia dan mesra sahaja aku tengok. Cemburu juga sebab aku masih lagi belum berpunya. Bukannya aku tidak ada rupa tapi masih belum berjumpa dengan mana-mana wanita yang benar-benar buatkan hati lelaki aku jatuh tertawan. Ewah! Memilih pula!

Dahulu masa sekolah menengah aku pernah bermusuh dengan seorang perempuan ganas ini. Mulut dia yang becok itu mahu sahaja aku sumbatkan stoking masam ke dalam mulut dia. Asal bertembung mesti bergaduh! Tipikal ala-ala drama melayu macam dalam siaran television Malaysia kita itu. Kisah aku pun lebih kurang begitulah jalan ceritanya.

Kadang-kadang aku tersenyum sendiri apabila teringatkan minah kerek seorang ini! Selalu perasan cantik sewaktu sekolah dahulu. Dalam kotak memori aku, minah becok ini bermata empat (bercermin mata) yang besar gedabak. Rambut berketak-ketak macam maggi. Gigi sedikit ke depan (agak jonggang). Jalan bersepah dan badan sedikit berbau. Inilah gambaran minah becok yang masih melekat dalam kepala otak aku! Ha Ha Ha... Cuma satu sahaja, disebalik kaca mata yang minah ini pakai aku pernah terlihat warna anak mata dia yang sangat cantik. Coklat terang ataupun erti kata lain hazel! Ya, warna matanya berwarna hazel! Jarang wanita asia memiliki warna anak mata seperti itu.

Kamal Affendi tersenyum lagi...

***********************************

Terimakah Kamalia Shafika dengan kehadiran Kamal Affendi ke dalam hatinya? Insan yang pernah melukai hatinya suatu ketika dahulu.


Ah! Perang mulut tetap perang mulut! Handsome ke tidak itu letak tepi dulu. Janji hati aku yang berapi-rapi ini perlu dilunaskan! Inilah baharu betul insan bernama Kamalia Shafika!

Bersambung...hew hew hew...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*