Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

20 March 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 15



BERMACAM-MACAM cara Intan mencari idea bagaimana mahu memujuk rajuk Hafiz yang masih sama seperti semalam. Tiada gurauan senda, tiada usikkan manja dan tiada gelak tawa daripada Shuhada. Di meja makan masing-masing mendiamkan diri. Bercaka hanya perlu. Kak Long yang melihat perubahan yang berlaku antara aku dan Hafiz menarik perhatiannya. Soalan Kak Long memerangkap aku. Aduh! Bila hendak berakhir?

"Ni masing-masing tidak bercakaran seperti selalu kenapa? Hada...Intan...memasing muka tak bersemangat aje tengok ni..."

Aku tidak berani memandang wajah Kak Long. Wajah Hafiz aku lirik dengan ekor mata sahaja. Wajah Shuhada memang mengalahkan mak tiri.

"Kak Long...minggu depan kitaorang jadi berangkat ke Bandung."

Aku hampir tercekik. Cepat-cepat aku menguk minuman yang terhidang di depan mata. Shuhada berdehem dan menunjukkan ibu jari kepada Hafiz.

"Hah! Baguslah macam itu. Bila tarikhnya?"

"Jumaat depan Kak Long, 19 Februari..."

"Jumaat depan?" Aku menyampuk seperti biasa. Shuhada sudah mengjenggelkan matanya ke arahku.

"Ye...Jumaat depan..takkan Jumaat tahun depan pulak. Acik Intan jangan nak mengada-ngada pulak lepas ni eh. Kalau tak...."

"Intan...Hada...kenapa dengan kamu berdua? Macam berperang aje..."

"Acik ni mama...mengada-ngada sangat. Kesian Acik Hafiz..."

"Hafiz...Intan buat apa kali ini?"

Hafiz tidak menjawab persoalan itu. Dia hanya tersenyum. Aku pelik. Sejak bila Hafiz menajdi pendiam sebegini?

"Mana ada Intan buat apa-apa Kak Long..."

"Acik tipu mama..."

"Hada jangan menyampuk..."

"Eleh Acik Intan tu yang mengada sangat...susah ke nak mengaku sukakan Acik Hafiz..."
"Err...err...Acik...Acik..."

"Pasal ini sahaja? Kamu berduakan membesar bersama? Kenapa boleh jadi tidak sependapat begini. Mama tak suka Hada melampaui batas. Ingat pesan mama ni..."

"Maaf mama...Hada bukan apa geram sangat dengan Acik Intan ni...Pentingkan diri betul..."

Aku pentingkan diri? Benarkah? Mengapa pedih ulu hati ini secara tiba-tiba? Wajahku sudah mula mengeruh. Lantas aku bangun dan terus menuju ke sinki. Makanan tidak aku habiskan. Selepas itu aku terus naik ke atas. Hafiz secara tiba-tiba mengikuti langkahku.

"Awak belum habis makan. Saya tak apa-apa...Maaf kalau saya buat salah dan silap. Kak Long... Intan naik dululah, tiba-tiba kenyang."

"Eh...kenapa semua orang dalam rumah harini?"

"Maaf Kak Long, Intan rasa tak sedap badan pulak. Semua makanlah...Intan naik atas."

"Acik...Hada minta maaf..."

Aku mendiamkan diri dan membiarkan kata-kata maaf Shuhada itu berlalu pergi. Shuhada pula sudah tidak dapat duduk diam. Tersedar akan kekhilafan dalam berkata-kata. Ketahuilah dia bahawa makciknya itu sudah menjeruk rasa. Kalau Intan merajuk memang payah benar untuk mulutnya berkata-kata dan sukar melihat keceriaan wajahnya.

Hafiz memegang tangan Intan.

"Kak Long...Hafiz dengan Intan keluar sekejap. Maaf sebab suasana agak genting malam ini. Hafiz minta maaf kalau sebab Hafiz membuatkan Intan dan Shuhada tidak sepakat."

"Acik Hafiz tak salah..." Kendur sahaja jawapan daripada mulut Shuhada.

Aku hanya mendiamkan diri dan airmata hampir tumpah. Shuhada memeluk aku dan kami sama-sama menangis! Apakah!

Hafiz tersenyum dan memujuk isterinya.

"Acik...Hada minta maaf okey. Hada geram tau dengan Acik Intan..."

"Acik pun minta maaf jugak..."

"Peace?"

"Peace..." Intan dan Shuhada berpelukan seperti mahu berpisah terus!

Hafiz menarik semula tangan Intan, mereka beriringan bersama. Intan malu. Ini pertama kali mereka keluar bersama waktu malam. Mungkin ini cara terbaik untuk berbicara daripada berbincang di dalam bilik.

Intan diam membisu dan Hafiz tetap memandu tanpa mengetahui hala tuju. Hanya lagu di radio berkumandang memecah hening sunyi. Awan Nano dendangan Hafiz AF memang lunak kedengaran. Hafiz masih setia memaut jemariku. Aku semakin resah apabila seharian Hafiz kurang bercakap. Aku memejamkan mata dan memberanikan diri untuk berkata-kata...

"Awak marah ke?"

"Tak..."

"Habis tu diam aje sehari ni..."

"Saje nak diam..."

"Tapi macam peliklah..."

"Pelik macam mana tu?" Sengaja Hafiz bertanyakan soalan mahu menguji isi hati Intan.

"Peliklah...selalu awak kuat betul menyakat saya..."

"Saya tak nak awak sakit hati..."

Saya? Mana perginya perkataan itu?

"Sakit hati?"

"Ye saya takut awak akan sakit hati dan akan menyebabkan awak semakin terluka..."

"Terluka?" Tapi saya tidak terasa seperti itu pun..."

"Betul? Kalau macam itu...jangan nak bersaya awak lagi...bolehkan panggil diri saya ini abang..."

Intan sudah terjerat. Hafiz tersenyum. Intan memandang semula ke luar tingkap. Hafiz masih lagi memaut jemari Intan dan sesekali mencium tangan Intan. Bergetar perasaan Intan seketika ini.

"Errr...panggil awak itu..."

"Itu?"

"Yelah perkataan yang awak sebut tadi..."

"Awak?"

"Err abaa...abaaa...abang..."

"Hai nak panggil abang pun susah...Ada berlian ke dalam mulut tu?"

"Tak..."

"Habis tu kenapa...?"

"Malu..."

Malu?"

"Ye segan pun ada jugak..."

"Segan? Dengan suami sendiri pun segan?"

Intan mengangguk laju dan membuatkan tawa Hafiz meletus. Intan hairan. Hafiz memberhentikan kereta di seberang jalan. Dia mula mengadap memandang wajah Intan. Intan sudah tidak keruan.

"Sayang tahu tak sayang ini kan memanglah perempuan pelik tahu. Ada ke nak panggil nama timangan manja untuk suami sendiri pun malu..segan...hahahaha"

"Dah mula lah tu... Memang Intan malu apa...Abang lainlah lelaki..."

"Kalau abang ini lelaki kenapa pulak ada kaitan dengan malu segan bagan sayang tu?" Hafiz sengaja memanjangkan topik untuk melatih Intan menggelarkan dirinya 'abang'. Hafiz seronok dan terasa bahagia dipanggil sebegitu.

"Yelah...abang lelaki mestilah ada rasa berani dan selamba...Intan ini perempuan...Kejap nak tanya..apa yang pelik pulak apsal Intan ni?"

"Sayang akan dapat jawapan itu sendiri. Abang tak boleh bagi..."

"Mana adil macam itu....Abang main ngelat..."

"Takpelah..main ngelat dengan suami sendiri ye tak?"

"Ni bila masa abang tempah tiket kita pergi Bandung? Intan tak tahu pun.."

"Lama dah..."

"Yelah...tapi bila?"

"Banyak tanya nampak..."

Intan terkedu dam masih sempat lagi Hafiz menyakat dirinya. Intan sudah tidak peduli. Pergi bulan mandu mestilah kena banyak tanya kan? Faham-faham sahajalah kalau sudah melibatkan segmen 'berbulan madu'.

"Mestilah kena banyak tanya. Kita nak pergi berbulan madu."

"Abang tak cakap macam itu pun..."

"Erkkkk...habis tu nak buat apa kat sana?"

"Bercuti..."

"Owh ok..."

"Kenapa sayang takut ke kalau abang kata bercuti sambil berbulan madu?"

"Jadi memang betullah?"

"Ada abang cakap salah?"

"Adoii layan bercakap dengan abang buat Intan kalah tahu..."

"Tapi abang suka..."

"Abang suka?"

"Abang suka sebab Intan dah berani..."

"Berani?"

'Masya'allah kenapalah bengap benor ko ini Intan. Adoihai...'

"Ye berani.."

"Berani apa pula?" Hafiz sudah tersengih.

"Berani panggil ABANG"

"Erkkk..."

Seperti biasa dengan pernagai Intan, pasti akan termalu-malu apabila mula tersedar. Hafiz tetap setia mengucup tangan Intan. Entah dimana datang keberanian itu Intan tidak pasti. Namun inilah langkah pertama untuk memulihkan hubungan yang tiba-tiba menjadi keruh. Intan mula terasa bibit-bibiat bahagia.

"I Love You..." Hafiz membisikkan kata-kata keramat itu di telinga Intan. Terpanar seketika apabila Intan terdengarkan perkataan itu.

"I Love You too..." Kata-kata yang terlahir daripada hati tanpa terduga. Kalimah hebat itu akhirnya terpacul jua dari bibir milik Intan. Hafiz terharu dan Intan termalu!

Beginikah rasanya cinta? Beginikah kehebatan kuasa cinta? Jika benar tiupkan rasa nikmat ini jauh ke dalam hatiku. Benar aku cintakan kamu, wahai suamiku. Dengan bersaksikan bulan serta bintang malam, kalimah sakti ini yang terlahir untukmu. - Intan

Aku bahagia memiliki dirimu. Terima kasih untuk segalanya. Kehadiran kamu telah menerangi seluruh hidupku. Kamulah permaisuriku. - Hafiz

6 kata-kata pujaan:

Kisah Ku Dan Ianya Tetap Aku said...

yea , yea , yea , akhirnya , baik juga mereka berdue , best cite kamu ini , syg kamu , ,

DALIA NA ZA said...

kisah :

maklum nak pergi bulan madu kan..mana boleh gaduh2..hehehehe..itu asam garam...ekekeke... thanks for reading.. ^_^..sayang kamooo jugak...ekekekeke

blinkalltheday said...

camtue lah intan!!gud gurl,,he2, apelagi, mission bulan madu!!!

DALIA NA ZA said...

yuna : errkkkk...sabar2...intan segan bagan lagi tu...ekekekeke... ^_^

MaY_LiN said...

:)

cikYAn said...

sweet.....sweet i like..... ermmm Intan nie malu sangat la....

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*