Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

29 December 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 35



NADIA membebel-bebel kepada tukang gunting itu dengan kata-kata yang agak kasar. Manakan tidak, tukang gunting rambut itu sudah tersalah mewarnakan style rambut yang Nadia kehendaki. Wajah gadis itu kelihatan sangat mendung kerana diherdik oleh Nadia. Pada mulanya ingin sahaja aku ketawa berguling-guling kerana melihat 'style' rambut baharu Nadia benar-benar mencuit hati. Bayangkan Nadia behendakkan rambutnya berwarna chesnut, sekali gadis itu tersilap membuat bahan campuran warna terus rambut Nadia menjadi oren macam watak Puss dalam cerita Shrek. Sekali pandang macam Garfield pun ada. Dua kali pandang macam nenek tua yang warnakan rambut untuk menutup uban! Ha ha ha...

Aku tersengih panjang dahulu kemudian mengambil udara untuk berlagak tiada apa-apa. Mahu Nadia masam mencuka dan silap haribulan boleh diajak bercakaran pula. Moodnya bukan boleh diagak bagaimana. Sekejap ok, sekejap tak ok, sekejap sinis, sekejap penuh agenda. Contoh macam permintaan dia malam tadi benar-benar buatkan hati aku bengkak. Namun aku isthiqfar banyak-banyak supaya tidak termakan hasutan syaitan. Bersabar lebih banyak hikmahnya kerana Allah memang selalu menolong orang-orang yang kuat menjaga kesabaran hatinya.

Gadis itu aku lihat sudah kelihatan bergenang airmatanya apabila diherdik oleh nadia tidak henti-henti. Kalau kot ya marah janganlah sampai jatuhkan airmuka budak itu. Aku cepat-cepat mendapatkan Nadia supaya meleraikan ledakan amarahnya yang berpanjangan. Lagiun tidak manis kalau wajah cun tetapi perangai hodoh. Nadia pun satu, lupakah dia bahawa dia berada dinegara mana? Buatnya gadis itu berpakat dengan rakan-rakan senegara menculik dirinya bagaimana? Mahu tercetus seperti drama sineteron yang senantiasa terpampang dikaca televisyen.

"Sudahlah tu nadia, dia tak sengaja pun kan. Sekejap lagi dia betulkanlah semula warna rambut awak. Elok-elok warna hitam kenapa awak nak tukar warna lain? Kan lebih ayu kalau rambut berwarna hitam?" Pujukku untuk menghentikan perbalahan yang sudah sebiji macam drama Indonesia yang selalu aku tonton dirumah. Ahaks.

Nadia mencerlungkan matanya kepada aku. Eh! hendak marahkan aku pula ke?

"Kau buat balik rambut aku elok-elok ya. Kalau tidak nahas kau. Silap haribulan kau kena berhenti kerja!" Nadia menjerit kasar.

"Maafin saya ya nyonya. Saya akan bikin semula rambut nyonya baik-baik. Maafin saya." Terketar-ketar aku tengok gadis ini memohon maaf. Menundukkan sahaja wajahnya daripada bertentang mata dengan Nadia.

"Kalau kau tak buat sampai aku puas hati, aku tidak teragak-agak surah boss kau berhentikan engkau sekarang jugak! Mengerti?!" Bagaikan halilintar membelah bumi aku mendengar Nadia menjerit. Makan malam semalam bukan main lembut lagi, bersopan ala-ala ayu gitu. Sekarang? Ambik kau, mak tiri Indonesia pun kalah tahu. Aku menggeleng.

"Baik...baik nyonya..."

"Nyonya...nyonya...aku bukan cina tua lah!" Aku menekup mulut dari ketawa. Nadia kembali semula ditempat duduknya sambil menghentak-hentakkan kaki.

Terketar-ketar dan betapa kelam kabut pekerja yang ada didalam salon ini. Mereke bernasib baik kerana majikan mereka keluar sebentar untuk urusan peribadi. Kalau tidak memang gamat bertambah gamatlah suasana. Silap haribulan memang gadis itu berhenti kerja jugaklah agaknya.

"Nadia...tak baik awak marahkan gadis itu tadi sampai tercalar maruah dia. Lagipun kita dekat tempat orang takut nanti jadi lain pula kalau kita tak jaga bahasa kita." Aku memujuk Nadia supaya tidak lagi marah-marah.

"You diamlah! Bukan kepala you yang kena! Kepala I tahu! Rambut I!" Nadia menengking aku. Tersentak aku sekejap. Wah! Ini sudah lebih, sukahati mak bapak dia hendak tengking-tengking aku! Apa dia ingat aku ini adik-adik dia? Sedara mara dia? Eh! Apa yang aku merepek ini? Sudah macam dialog Ahmad Nisfu sahaja. Ah! Teruskan sahaja.

"Saya cakap benda betul. Kita kena beringat kita sekarang ditempat orang. Kalau ditermpat sendiri pun kita tak patut mengherdik orang sesuka hati Nadia. Kenalah jaga perasaan orang lain juga. Memang kita patut marah tetapi bukan seperti tadi. Sampai awak lempang pekerja perempuan itu." Aku cuba berdiplomasi dengan secara bijak. Tetapi rasanya macam bikinkan ribut lagi. Lantak, aku sudah tidak peduli. Suka-suka dia nak herdik aku pula. Nasib baik aku hendak temankan dia ke salon, kalau tahu tadi duduk sahaja dalam bilik sambil berangan sorang-sorang lagi bagus. Dari melayan orang mengada-ngada amcam Nadia Dato' Rahim ini.

"You tak payah menyibuk dalam urusan I. You pergi duduk sana baca majalah. Huh!" Nadia menjeling masam. Aku sudah isthiqfar banyak-banyak menahan kecabulan Nadia berkata-kata. Ini sudah lebih tau minah!

"Bukan I nak menyibuk. Macam inilah, baik I balik hotel tunggu sampai diaorang balik meeting. Assalamualaikum Nadia." Hambik kau, senang cerita baik aku berambus dari sakit kepala melayan rajuk kau yang tak habis-habis.

"Err...Intan...wait, sorry I tak sengaja marahkan you pulak. Please temankan I. Ok I janji I takkan marah-marah lagi." Tiba-tiba suara Nadia yang macam halilintar tadi sudah lembut kembali setelah aku berpusing 390 darjah untuk cabut balik ke hotel.

Satu sahaja perangai aku, susah ambil hati dan mudah maafkan orang walaupun secara amnya tadi kena herdik tidak pepasal. Aku lembutkan semula hati yang sedikit agak terbakar sebentar tadi.

"Ok..." Aku duduk semula sambil membelek majalah. Nadia tersenyum kembali.

Plastik betul!

********************************************************************************************

PERBINCANGAN Hafiz, Kamal dan rakan niaga baharu sahaja bersurai dengan kepuasan kedua-dua pihak. Hafiz dan Kamal mengundurkan diri untuk melanjutkan rancangan mereka untuk melancong petang ini. Kamal hendak meringankan sahaja mulutnya untuk memberitahu agenda sebenar Nadia tetapi entah kenapa lidahnya bagaikan terkunci. Hafiz hairan melihat kelakuan Kamal umpama cacing kepanasan. Resah gelisah tidak henti-henti. Hafiz mendekati Kamal dan membuatkan dirinya terperanjat.

"Apa kena dengan kau ni bro? Daripada tadi aku tengok kau tidak duduk diam. Nasib baiklah rakan niaga kita itu tidak bertanya apa-apa dengan aku tadi. Kau ada masalah ke? Tak payah segan-segan nak kongsi dengan aku. What are friend for right?" Hafiz menepuk bahu Kamal.

"Hah! Takde apa...takde apa. Biasalah orang tengah demam fikiran  pun kelain lah." Kamal tersenyum tawar.

"Dengan  orang lain kau boleh berlakon tapi bukan dengan aku. Come on bro...what's up?" Hafiz menyengih. Kamal mengeluh.

"Aku...aku..." Kamal runsing tidak tahu bagaimana mahu mulakan kata-kata. Dia tidak mahu Hafiz menganggap yang bukan-bukan tentang dirinya dan Nadia. Dia harus bijak menyusun kata-kata agar Hafiz, Intan dan Nadia tidak terluka seandainya perkara ini didedahkan.

"Hey, sejak bila jadi mat gagap ni? Setahu aku kan masam di universiti dulu, kaulah mat romeo yang paling berani dan lantang bersuara. Itu pasal Nadia jatuh hati dengan kau." Hafiz tergelak apabila mengenangkan kembali zaman remaja mereka dahulu. Kamal tersenyum sumbing.

"Mana ada bro. Setahu aku kau tu yang paling popular. Ramai perempuan nak dekat dengan kau. Last..last..." Kamal terhenti untuk meneruskan perbicaraannya.

"Kisah aku dan Nadia dah lama berlalu bro. Tak usahlah diingat-ingatkan lagi. Lagipun aku bersyukur diatas perkahwinan antara aku dan isteri aku sekarang. Mula-mula aku sangka aku tak bahagia bila berkahwin mengikut kehendak orang tau. Rupanya restu ibu bapa ini memang penting dan benar-benar buatkan aku bahagia sekarang. Intan tu walaupun masih muda mentah tapi memang buatkan hidup aku ceria selalu." Hafiz meluahkan perasaan hatinya. Kamal tersenyum.

"Aku gembira tengok kau bahagia sekarang."

"Aku pun hendak tengok kau bahagia bersama Nadia. Cepat-cepatlah masuk meminang Nadia tu. Kerjaya kau pun dah semakin maju, insya'allah kalau rezeki kita baik aku cadang kita jalankan perniagaan bawah satu bumbung. Kau dengan aku bukan siapa-siapa pun." Hafiz mengusulkan cadangannya dan membuatkan Kamal terkejut. Dia tidak menyangka Hafiz setulus itu meskipun suatu masa dahulu mereka pernah bermusuhan.

"Eh! Tinggi sangat tawaran kau tu Fiz...cukuplah apa yang ada sekarang." Kamal merendah diri. Dia makin rasa bersalah.

"Kau kenalah maju ke hadapan lagi. Senang sikit nak jaminkan kehidupan selesa dengan Nadia tu." Hafiz memberikan semangat.

"Bukan senang nak ajak Nadia kahwin. Aku berdoa supaya hati dia terbuka cepat."

"Aku doakan supaya rancangan kau berkahwin dengan Nadia dimakbulkan. Kalau pasti, jangan lupa jemput aku dengan Intan. Apa kau mintak waktu itu akan aku tunaikan!" Hafiz ketawa lagi dan Kamal berterus-terusan terasa bersalah dengan kejujuran Hafiz.

"Terima kasih Hafiz. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Sekarang aku rasa malu dengan kau dengan kebodohan aku dahulu."

"Apalah nak berkira sangat. Kita waktu itu masih mentah dan masing-masing ada hangin sendiri. Ada hikmah yang terjadi selepas aku dan Nadia putus dahulu. Allah hadiahkan aku seorang wanita yang sangat-sangat aku cintai sekarang."

"Maafkan aku Hafiz."

"Sudah-sudahlah tu, banyak sangat kau minta maaf dengan aku ini. Salah aku dengan kau pun belum tentu cukup untuk aku minta maaf seribu kali."

"Tapi aku..."

"Sudahlah...kita tak perlu ungkitkan kisah yang sudah jadi sejarah tu. Jom kita balik, nanti makcik-macik duaorang itu membebel masak tahi telinga kita berdua bro." Hafiz berseloroh.

"Ha ha ha..biasalah perempuan..."

"Ya...perempuan kan... Ha ha ha..."

"Agak-agak kau siapa ratu bebel?" Kamal menduga.

"Dua-dua!" Hafiz menjawab selamba.

Kau tidak tahu perkara yang sebenarnya Hafiz.

Kamal bermonolog seorang diri. Hafiz masih tertawa.

*********************************************************************************************

SEPERTI yang telah dijanjikan, Kamal dan Hafiz balik semula ke hotel masing-masing sambil menunggu Intan dan Nadia balik dari salon. Intan seperti biasa dengan gelabahnya apabila Hafiz mengatakan dia sudah lama menunggu dihotel. Padahal baharu sahaja tiba tidak sampai lima minit! Sengaja hendak menyakat isterinya yang tercinta itu. Kalaulah Intan ada didepan mata memang sudah muncung apabila diusik.

"Assalamualaikum...sayang..." Hafiz bersuara romantis. Aku sudah seperti hendak gugur jantung tatakala ini.

"Waalaikumsalam abang... Dekat mana tu?" Aku berbasa basi. Sedikit gelisah melihat rambut baharu Nadia masih lagi belum siap-siap. Sudah hampir tiga jam dia masih setia menemani Nadia. Kalau bersama kawan-kawannya dahulu, sudah lama dia cabut lari balik rumah. Namun apakan daya, dia tidak sanggup pula biarkan Nadia berseorangan disini setelah kejadian ribut yang berlaku tadi. Kalau apa-apa yang terjadi nanti, tidak pasal-pasal dia pula yang menyesal tak sudah. Meskipun perangai Nadia itu menjengkelkan hati!

"Abang tengah dating dengan awek-awek Indon kat hotel. Sayang takde abang ajaklah siapa-siapa yang temankan abang dekat hotel." Hafiz sengaja menyakat dan tertahan-tahan mulutnya hendak ketawa.

Aku terasa terbakar sangat-sangat dalam hati. Aku tanya betul-betul dia buat bahan pula. Tapi benarkah Hafiz bergurau? Bagaimana jikalau betul-betul berdating dengan awek-awek gebu Indonesia? Tidak! Dengan nadia pun aku sudah panas punggung apatah lagi dengan wanita-wanita hot disini.

"Abang jangan buat hal ye. Jangan macam-macam ye abang. Kalau sayang nampak abang kat mana-mana waktu macam ini, siap abang sayang tomoi laju-laju!" Aku sedikit menggugut.

"Eh sayang tak bolehlah marahkan abang. Sayang takde, jadi abang sunyi so abang carilah teman untuk berdating sekejap." Hampir meletus tawa Hafiz. Dia pasti muka isterinya itu tentu sudah kemerah-merahan tahan marah kerana cemburu.

"Abang jangan mengada-ngada. Abang melawak sahaja kan dengan Intan?" Suara aku yang sedikit meninggi menjadi kendur tiba-tiba. Hati isteri mana yang tidak risau kalau memiliki suami yang mempunyai segala-galanya. Maka ramai mata yang memandang untuk mencari peluang. Tidak perlu cari jauh-jauh, Nadia yang dihadapan matanya pun sudah cukup buatkan hatinya terkuis.

"Bila masa abang mengada-ngada? Abang betul-betul ini tau. Kan Melati..." Hafiz semakin galak mengusik.

"Melati? Melati mana pulak ni?" Aku bertanya soalan bodoh. Lagi mahu tanya Melati mana, Melati wanita hot Indonesia lah!.

"Melati awek hot..." Hafiz sudah tidak dapat menahan ketawanya.

"Ini bukan Maharaja Lawak Mega Hafiz Hadi! Fine! Buat apa yang awak suka!" Aku sudah hilang sabar. Sudahlah kesabaran aku menipis dengan perangai manja Nadia, sekarang Hafiz pula sengaja menambahkan petrol Shell dihatiku yang sudah pun terbakar.

Aku terus mematikan talian telefon bimbit. Airmataku hendak tumpah tatkala ini kerana benar-benar sakit hati dengan Hafiz. Sampainya hati dia menduakan aku. Tidak sayangkah lagi dia padaku? Dadaku berombak menahan kesedihan hati yang tidak tertanggung. Belum apa-apa hafiz sudah berlaku curang dengan aku. Meskipun bukan dengan Nadia!

"Hello...hello...sayang...sayang..abang gurau sahaja. Abang dalam bilik sayang...hello...hello...." Hafiz telan air liur. Dia sendiri mencari penyakit dengan menyakat isterinya secara melampau. Padan dengan muka aku sendiri!

Nadia terpinga-pinga melihat wajah Intan sudah mendung mengalahkan gadis yang diherdiknya tadi. Rambut Nadia baharu sahaja selesai dirapikan. Dia berpuas hati kerana mendapat seperti apa yang dia idamkan. Selepas membuat pembayaran itupun dia telah mendapat diskaun sebanyak lima puluh peratus sebagai ganti rugi.

Aku sudah tidak keruan. Mahu sahaja menangis sekuat hati namun aku sabarkan sahaja. Mahu balik ke hotel berkemas-kemas semua pakaian dan hendak balik ke Malaysia sekarang jugak! Apa hendak jadi, jadilah. Aku sudah tidak peduli sekarang.

"Intan, are you ok?" Nadia pula bersuara lembut. Aku hanya menggeleng dengan mata yang sudah merah menahan kesedihan.

"Nadia, jom balik hotel. Kepala saya sakit. Sorry tak dapat join korang pergi jalan-jalan petang ini. Kalau korang semua hendak pergi, tak mengapa saya tunggu dalam bilik sahaja. Maaf, saya nak balik hotel sekarang. Awak tolong hantarkan boleh?" Aku memohon pertolongan Nadia.

Nadia hanya mengangguk macam burung belatuk. Aik! Baik pula dia.

Aku sudah malas hendak berfikir. Dalam kepala otak ingin balik ke bilik dan tidur. Hafiz? Lantaklah dia hendak berdating dengan siapa pun. Hati aku sangat sakit! Kalau dia hendak berpasangan dengan Nadia pun aku sudah tidak ambil peduli. Melati? Nadia? Apa bezanya?

Sama sahaja!

6 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

amboiii..
marah nye intan..
nk blk mesia ye..
hikhikhik..
nak lggggg

DALIA NA ZA said...

may lin : hi hi hi...kali ini intan marah betul sebab hafiz sakat dia melampau sangat...hi hi hi...alaaa may lin...ini bab terakhir kita upload..yang lain2 saya tengah habiskan dalam bentuk manuskrip...kalau ada yang sudi nak publish cerita saya jadi buku kita inform awak ye. Now tengah nak habiskan semua bab then cari publisher...

thanks for support...

sorry yang...^_~

Seorg Wanita said...

Sensitifnya Intan lately ni... :-) May be sebab si Nadia nilah.. horror..mmg lebih teruk drp mak tiri Indon..

Akak suka citer ni... tapi, sorrylah, sekarang dah tak sempat nak komen2.. baguslah kalau Dalia tgh buat manuskrip utk dipublish.. gud luck to you.. :-) gonna miss Intan & Hafiz... huhu...

DALIA NA ZA said...

seorang wanita : he he he...mungkin ada sebab kenapa Intan sensitif tu kak...jeng jeng jeng...tengah berusaha keras nak habiskan citer ni kak..huhuhu...takpe kak sayaok aje...amin kalau cerita ni dapat dipublish..tq jugak ye kak...mekaseh sudi baca citer saya ^_~

syaz said...

bila novel nie akan di jual?

syaz said...

bila novel nie akan di jual?

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*