Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

23 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 12

     ZULIA dibenarkan cuti berehat selama seminggu selepas pulang dari klinik tempohari. Sepanjang minggu itu Zulia hanya duduk melepak di dalam biliknya sambil membaca beberapa buah novel yang dibeli minggu lalu.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam...”

“Baru balik Yanti...?” Zulia berbasa basi.

“Hmm...”

“Kaki awak tu dah rasa macam mana? Dah baik sikit? Ada rasa sakit-sakit lagi?” Soal Yanti ketika menghampiri Zulia.

“Bolehlah bergerak sikit-sikit. Thanks sebab tolong saya itu ini. Buat susahkan awak dan Rina aje. Teruk betullah saya ni kan...”

“Eh mana ada teruk. Awak baik sangat. Lagipun kita ni kan kawan baik. Apa salahnya tolong rakan dalam kesusahan. Takkan nak tengok aje.” Ujar Yanti sambil tersenyum.

“Err... Awak...Ermm... Saya nak tanya sikit boleh? Tapi awak jangan kecil hati ye.”

“Boleh. Nak tanya apa? Insya’allah tak kecil hati.” Jawab Yanti dengan tenang.

“Awak suka pada Abang Zam ke? Maaf kalau soalan ini mengguris perasaan awak. Saya tak berniat nak masuk campur urusan awak.”

Agak lama Yanti mendiamkan diri. Tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang.

“Assalamualaikum...” Rina memberi salam.

“Waalaikumsalam...” Zulia dan Yanti menjawab serentak.

“Zizi...Aku ada belikan kau makanan ni. Aku tau mesti kau laparkan. Aku salin letak dalam pinggan eh. Jap aku pergi ambil air basuh tangan.”

“Kot ye pun duduk ler berehat dulu. Kau mesti penat balik dari kelas. Kesian dekat kau.” Zulia mula rasa bersalah.

“Alah... Takde penat mananya. Senang aje nak buat semua ni. Hari ini hari kau mana tau esok lusa hari aku pulak.” Ujar RIna sambil mengenyitkan mata. Rina terus berlalu pergi.

Zulia memandang Yanti yang tiba-tiba mendiamkan diri. Dilihat Yanti mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Yanti mendekati. Zulia terkedu.

“Kalau ada masa awak bacalah. Tapi janji jangan beritahu apa-apa dulu dekat Rina. Saya harap lepas awak baca diari ni baru soalan yang awak tanya tadi akan terjawab. Mungkin di lain masa baru kita berbual tentang Abang Haizam.” Yanti menghulurkan diari kecil miliknya dan tersenyum.

“Ini rahsia saya sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini. Saya nak berkongsi dengan awak dan Rina. Tapi belum jumpa waktu yang sesuai.” Yanti tersenyum. Zulia memeluk Yanti dengan erat.

*****

     KAMARUL masih bengang melihat rakan-rakannya mula menjauhkan diri. Haizam langsung tidak menegurnya. Masih marah di atas kejadian tempohari.

“Hish! Biol otak aku lama-lama macam ni.” Kamarul mengumam sendirian.

“Otak tu takkan biol kalau kau hentikan peperangan ni.” Tiba-tiba Haizam bersuara. Kamarul mendengus kecil.

“Habis tu takkan aku pulak yang terhegeh-hegeh nak minta maaf dekat budak tu?”

“Habis siapa yang buat pasal dulu? Kau ke dia?” Haizam menyoal semula.

“Malulah aku!”

“Minta maaf pun malu? Tinggi betul ego kau kan?” Haizam mengejek. Kamarul mencebik.

“Selagi kau tak minta maaf dekat Zulia tu selagi itulah kau akan berperasaan macam ni.” Haizam memulakan diplomasi secara bijak dan tenang. Jika bertengkar dua-dua akan rugi.

“Nantilah aku fikirkan.”

“Jangan fikir lama-lama. Tak elok. Tapi yang paling penting kau kena bersihkan nama dia semula. Itu langkah pertama.” Haizam memberi idea.

“Hmm...tengoklah.” Kamarul menjawab acuh tak acuh. Hatinya yang sakit sedikit sebanyak terusik.

Haizam tersenyum lantas menepuk bahu Kamarul. Dia gembira Kamarul sudah mula beralah. Jikalau tidak pasti akan bertikam lidah. Haizam menarik nafas lega.

“So sekarang kita berkawan balik ke ni?” Tiba-tiba Kamarul bertanya soalan yang menggelikan hati Kamarul.

“Bila masa pulak kita putus sahabat? Aku tak cakap apa-apa pun. Lalalalala...”

“Cis! Habis yang korang tak layan aku tu apa? Aku ingat kita dah putus sahabat.”

“Mana ada geng. Cuma malas nak layan baran kau tu. Amacam best tak kalau kena pulau? Hahaha...”

Kamarul membalingkan bantalnya ke arah Haizam.

“Macam mana aku nak pujuk As ni ye. Minah tu kalau merajuk memang payah betul nak pujuk. Pening jugak aku.”

“Esok kitaorang pegi library. Kau datang ler mintak maaf kat situ. As tu bukan jenis keras hati. Kau cakap aje elok-elok. Lepas tu cakap sekali kau nak berdamai dengan si Zulia tu. Mesti As gembira.”

“Si Zulia tu rapat sangat ke dengan As tu?”

“Rapatlah. Dah macam adik beradik aku tengok. Tetiap malam dia melawat budak tu. Sebab haritu dia tergolek kat belakang anak bukit tu.”

‘Tergolek! Hahaha. Padan muka!” Kamarul tergelak besar. Haizam menjeling tajam.

“Opss...Sorry. Macam mana awek cute miut tu boleh tergolek? Kelakar betullah.”

“Apa kau kata kat Zulia tadi?”

“Aku kata apa?” Kamarul kehairanan.

“Awek cute miut?” Haizam mengangkat keningnya dan tawanya meletus. Lagi sekali Kamarul membalingkan bantal keduanya.

“Tersasul la!” Kamarul memberikan alasan. Haizam masih ketawa.

*****

     ZULIA sudah bertekad. Biarlah dia yang mengalah. Dia akan bersemuka dengan Kamarul untuk berlutut dan meminta maaf kepadanya. Dibuang jauh-jauh egonya sebelum ini. Tidak mahu melihat Asmira dan Haizam kehilangan kawan baiknya semata-mata kerana dirinya.

“Apa? Kau nak melutut dan mintak maaf dekat harimau lapar tu? Kau ni biar betul. Kau demam ke apa ni?” Rina tidak percaya dengan kenyataan dari mulut Zulia. Terus dia memegang tangan dan dahi rakannya.

“Tak apalah aku beralah. Dia nak sangat macam tu kan. Aku ikut ajelah. Lagipun aku rasa bersalah pulak bila tahu Abang Zam dan Kak As asyik bertekak dengan monyet tu. Mereka bertiga tu kan kawan baik.” Zulia memberikan alasannya.
“Aku rasa kau ni dah tersampuk ni. Mesti pasal tergolek haritu kan? Zizi...Sebelum apa-apa aku nak minta maaf dulu.”

“Minta maaf? Pasal apa pula nak minta maaf? Peliklah kau ni.”

“Aku nak tergelak bila teringat kau tergolek haritu. Hehehe...”

“Cis... Hahaha. Aku pun tak tau macam mana aku boleh tergolek. Aduhai kalaulah abang-abang handsome ada kat situ. Naya aku. Saham jatuh!”

“Yanti!” Rina terjerit kecil. Dia sengaja memanggil nama sahabatnya itu. Sedari tadi dia perasan yang Yanti asyik termenung.

“Err...err...ye.”

“Awak buat apa tu? Asyik termenung aje. Sinilah kita berborak. Saya tengok awak ni macam ada masalah aje. Ada apa-apa nak kongsi?”

“Eh..tak adalah. Tak lama lagikan kita nak test. Jadi saya ulangkaji sikit. Semak balik bab-bab silibus yang mungkin akan keluar. Manalah tahu kan?” Yanti tersenyum. Rina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zulia hanya memandang sepi. Dia teringat akan diari kecil milik Yanti.

“Bila kaki ni dah sihat aku nak baca amanat Yanti. Mungkin ada rahsia yang Yanti sukar nak ceritakan pada aku.” Zulia mengomel sendirian. Rina memandangnya.

“Apa yang rahsia-rahsia ni?”

“Siapa pulak kata rahsia? Kau ni salah dengar ni.”

“Habis tu kau kata apa tadi?”

“Aku kata aku dah mengantuk. Esok nak tido sakan. Hehehe.”

“Cis! Hahaha...” Rina tertawa besar.

Yanti hanya memandang dengan senyuman yang tawar. Gejolak rasa itu pelu dia padamkan secepat yang mungkin!

*****

     TIDURNYA tidak lena seperti selalu. Fikirannya mula terawang-awangan. Keluh kesah sendirian memikirkan jalan terbaik untuk berhadapan dengan sidia. Dia sendiri tidak tahu bagaimana harus memulakan perbicaraan. Hatinya sendiri tidak pasti. Keraguan mula timbul di atas keputusannya lewat petang tadi.

“Hish! Susah betul nak lelapkan mata ni. Kenapalah lancang sangat mulut aku kata nak mintak maaf dengan monyet tu? Hati aku ni betul ke tidak? Otak aku ni waras ke tidak? Haih...” Gumam Zulia Zafira sendirian. Dilihat rakan-rakannya sedang lena diulit mimpi indah. Dirabanya tangan di bawah bantal.

“Hmm...Perlu ke tidak aku baca diari milik Yanti ni sekarang? Kenapalah lewat malam ni kusut pulak fikiran aku?” Lantas Zulia bangun dan duduk di meja belajarnya. Dibuka perlahan-lahan diari kecil itu.

*****

NUR AZRIYANTI BINTI ABDUL RAHMAN.

~CETUSAN RASA SEKEPING HATI~

07 Januari 2010

Tanggal 02 Januari 2009. Hari pertama daku menjejakkan kakiku di sini. Alangkah bangganya aku apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Di sini juga menemukan aku dua orang sahabat baru. Zulia Zafira dan Shaharina Zahirah. Dua-duanya berasal dari negeri yang berlainan.

Zulia Zafira seorang gadis yang lincah dan agresif tapi sangat kelakar perwatakannya. Shaharina Zahirah sahabat yang gemar ketawa dan mulutnya yang becok selalu membuatkan hati ini terhibur.

Seminggu berada di sini pelbagai ragam manusia aku lihat. Ada yang begini ada yang begitu. Namun apa yang melucukan adalah peperangan antara Zulia dan Kamarul. Senior yang sangat sombong. Kasihan melihat Zulia menjadi mangsa bulinya.

Mata hati tertancap pada seseorang yang amt aku senangi perwatakannya. Haizam Mikail. Suatu nama yang indah. Hati bagaikan terpaut apabila terpandangkan keramahan dan senyumannya yang memikat. Aku jatuh suka! Dengarkah dia isi hatiku ini?

19 Januari 2010

Setiap kali aku memandang wajahnya yang mulus itu hatiku semakin bergetar hebat. Senyumannya tidak pernah kurang malah semakin ramah. Aku menjadi tidak keruan apabila hati ini semakin pasti menyukai dirinya dalam diam. Aku terjatuh sendiri dalam harapan yang menggunung. Adakah dia seperti diriku? Semakin hari aku ingin selalu berada dekat denganya.

23 Januari 2010

Apakah ini dinamakan cinta? Apakah sidia juga merasai apa yang aku rasa kini? Mungkinkah hanya aku yang bertepuk sebelah tangan? Perasaanku semakin gusar.

27 Januari 2010

Aku tidak dapat mengelak daripada ingin berjumpa denganya setiap hari. Biarpun hanya dari jauh. Peperangan antara Zulia dan Kamarul akhirnya semakin mendekatkan diriku dengan sidia. Termia kasih sahabat! Tetapi itu bukan pintaku semata-mata. Tidak ingin kamu menjadi mangsa kepada musuh kamu itu sahabat. Harapanku agar perbalahan antara kamu akan berakhir.

05 Februari 2010

Hatiku sakit bukan kepalang rasanya. Apabila melihat dua insan ini mesra di hadapan mataku. Mengapa mesti mereka membuatkan aku mencemburui persahabatan antara mereka? Aku tidak sanggup melihat kemesraan itu.

Bagaimana harus aku meluahkan segalanya? Apakah sidia akan menerima diriku ini? Aku buntu!

12 Februari 2010

Aku semakin pasti bahawa aku sudah mencintai dirinya dalam diam. Inginku luahkan rasa hati ini. Aku perlukan kekuatan untuk merealisasikan impian ini.

Haizam Mikail aku amat menyayangi dirimu. Aku amat mencintai kamu. Oh Tuhanku berikanlah hambaMu ini kesabaran.

Namun sekiranya dia bukanlah takdir untukku. Aku redha pada ketentuanMu Ya ALLAH.

Sahabatku maafkan aku kerana aku menyembunyikan perasaan tulus ini.

*******
  
     ZULIA mengeluh berat. Dia tidak menyangka apa yang dia fikirkan sememangnya benar. Sahabatnya itu mula menyimpan satu perasaan yang ikhlas. Perasaan yang mungkin tidak di ketahui oleh pihak sebelah sana!

“Yanti...”

Zulia memandang muka sahabat yang masih nyenyak dalam tidurnya. Dia meletakkan semula dairi kecil milik itu di sebelah Yanti. Cukuplah hanya sebahagian itu yang dia baca. Tidak mahu meneruskan helaian yang berikutnya. Dia sudah memahami bahawa sahabatnya itu sudah jatuh cinta!

Zulia kembali ke tempat pembaringannya. Cuba melelapkan mata yang tidak kantuk.

“Yanti... Yanti... Hmm...” Zulia hanya menggeleng.

“Pasal mamat ni. Aku rasa dia yang patut minta maaf. Bukan aku! So! Aku tak jadi ikut plan aku yang asal. Mana boleh senang-senang dia nak buat aku macam tu. Dia yang kena melutut dan minta maaf pada aku di depan khalayak ramai!”

“Zizi...tido ler.” Rina menegur.

“Opss…ok...ok.... Sorry... Hehehe.” Zulia tersengih dan terus keluar menghirup udara segar di depan koridor. Termenung sendirian.

*******

     KELUH-KESAH dia bersendirian. Ke kiri salah. Ke kanan salah. Terus dia bangun dan beredar ke koridor di depan biliknya. Puas dia cuba melelapkan mata namun tidak berjaya.

“Aduh! Macam mana aku nak minta maafd ekat budak tu eh. Hish! Malulah aku! Aku kena cari idea ni. Otak...Tolong fikirkan sesuatu.”

Mundar mandir Kamarul memikirkan idea bagaimana mahu berdepan dengan musuh ketatnya. Dia terpaksa mengalah demi pertalian persahabatannya. Bukan kerana ikhlas mahu memohon maaf kepada musuhnya.

“Arghh! Kusut pulak kepala otak aku fikir pasal budak sorang ni.” Kamarul semakin sesak. Puas dia memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dia sendiri war-warkan.

“Hmm... Apakata aku buat kem motivasi? Boleh jugak aku tau peel budak sorang ni.” Kamarul mengurut dagunya yang ditumbuhi jambang nipis

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*