Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

20 March 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 14



AKU bangun melihat Hafiz masih lagi melingkar di atas katil. Seperti biasa, bantal busuk tetap menjadi penghalang antara aku dan Hafiz. Aku merenung wajah Hafiz dan tiba-tiba segaris senyuman terukir. Hafiz secara tiba-tiba membuka mata dan aku terkejut sehingga jatuh terjelepok dari katil!

"Intan!"

"Aduh!"

"Kenapa ni? Sakit tak?"

"Taklah sedap! Kalau dah jatuh macam ini sakitlah...apa punya soalanlah..."

"Seronok tenung wajah abang ke?"

"Errrkkk...oklah saya nak pergi mandi..." Intan lari topik lagi. Hafiz hanya menggeleng. Faham benar kalau sesuatu yang mengusik naluri isterinya, cepat-cepat cari idea untuk melarikan diri.

"Jom..."

"Eh! Apsal pulak jom?"

Hafiz tidak menjawab pertanyaan Intan. Terus masuk ke bilik air sambil tersenyum. Intan terus duduk melutut di atas katil. Hafiz keluar semula dan menuju ke arah Intan. Kekalutan terjadi membuatkan Intan menggeletar. Hafiz tersengih panjang. Intan sudah menutup mata. Hafiz menarik tangan Intan. Intan terkedu tetapi kaki tetap melangkah membuntuti jejak Hafiz. Intan sudah hampir mengeluarkan airmata, gara-gara takut punya pasal.

"Abang mandi kat bilik bawahlah..penakut betul... Hahaha"

"Arghhh....asyik kena sakat aje. Tension betul!"

"Hahahaha...nak tahu tak cara-cara menghilangkan tension?"

Intan hanya menggeleng sambil mencebik bibirnya tanda protes. Hafiz tersengih lagi dan membuatkan Intan terasa rajuk dihati. Seringkali dipermainkan oleh suaminya sendiri. Airmuka Intan mula berubah menjadi mendung. Hafiz berhenti ketawa.

"Maafkan abang...bukan niat nak sakitkan hati sayang..."

"Hakikatnya begitu. Sudahlah saya nak mandi.."

"Abang..."

Intan menolak lembut tubuh Hafiz dan terus menutup pintu bilik air. Intan menangis semahunya. Entah mengapa harini Intan merasa terlalu sensitif. Keliru dengan perasaan sendiri, Intan mula tersedu sedan.

"Ingat aku ni apa?! Suka-suka hati nak mempermainkan perasaan aku! Sakit hati aku ni tahu tak..!" Intan menjerit ke arah dirinya sendiri. Tanpa sedar, Intan terlupa bahawa Hafiz masih setia menanti dibalik pintu. Hafiz terkedu mendengarkan pengakuan daripada Intan. Hafiz meraup wajahnya dan melepaskan nafas yang panjang.

Hafiz mencapai tualanya dan terus menuju ke tingkat bawah. Hafiz berjanji bermula saat itu dia tidak akan menyakiti hati Intan lagi.

*****

USAI mandi Intan keluar menjenguk kelibat Hafiz. Namun bilik itu kosong. Intan bernafas lega dan terus mengelap rambutnya yang masih basah. Diambil t-shirt berwarna merah serta seluar khaki berwarna coklat. Disarung dengan sempurna. Hafiz masuk ke dalam bilik dan Intan hanya memandang kearahnya. Hafiz diam. Intan menjungkitkan bahu. Hafiz mengambil t-shirt berwarna putih serta seluar pendek berwarna hitam. Intan tetap memandang kearahnya. Hafiz hanya tersenyum tawar dan menghilangkan diri di dalam bilikn air. Intan hairan melihat kelakuan Hafiz. Selalunya Hafiz selamba menyalin pakaian dihadapannya. Tetapi tidak pagi ini.

"Sejak bila pulak jadi pemalu ni?"

Intan mengomel sendirian. Malas mahu melayan, Intan mengemas katil dengan rapi. Diambil semua pakaian kotor yang berada di dalam bakul untuk dibasuh. Hafiz masih diam. Intan mula rasa tidak sedap hati. Intan memandang k arah Hafiz semula. Masih sama, Hafiz hanya tersenyum. Tiada lagi kedengaran usikkan nakal Hafiz. Intan mula terasa resah. Ingin bertanya namun mulut tetap rapat terkunci. Intan menggaru kepalanya yang mula terasa gatal.

"Abang tunggu di bawah." Ringkas sahaja perkataan yang terkeluar daripada mulut Hafiz. Intan terasa seperti ditikam dengan paku. Hafiz hanya berlalu pergi selepas kedengaran tiga perkataan daripada mulutnya. Intan mula memikirkan adakah dia telah salah berkata-kata? Adakah rajuknya itu membuatkan Hafiz terluka? Intan mula serba salah.

"Dia dengar ke apa yang aku cakap dalam bilik air tadi? Alamak!" Intan menepuk dahinya, tentu sahaja Hafiz akan terdengar jeritannya tadi. Intan mengigit bibirnya. Intan mula berfikir bagaimana mahu memujuk Hafiz. Satu sahaja yang Intan amat lemah kalau bab-bab merajuk. Bagaimana caranya mahu memjuk orang yang sedang merajuk? Kerana Intan memang tidak pandai bab-bab memujuk orang. Kalau dia sendiri merajuk pun memang tidak gemar orang pujukkan. Dia lebih gemar memujuk hatinya sendiri. Intan sudah mula tergaru sana dan sini. Mundar mandir untuk mencari ilham.

Intan turun perlahan-lahan sambil membawa bakul kain yang sudah terisi penuh dengan kain kotor. Di menjenguk Hafiz di dapur. Kosong! Kemudian Intan memasukkan kain kotor ke dalam mesin basuh. Sabun dimasukkan dan dipasangkan plug mesin basuh. Air mula terisi di dalam perut mesin basuh itu. Intan menutup pintu mesin basuh dan mula menjenguk ke ruang tamu. Masih kosong. Intan mula terasa tidak sedap hati lagi. Dia berlari keluar melihat kelibat Hafiz. Masih tiada. Dilihat parkir kereta. Nasib baik ada. Tetapi di mana Hafiz?

Shuhada melihat tingkah laku Intan. Dia tersenyum. Tahulah dia bahawa makciknya itu sedang tercari-cari orang yang tersayang.

"Padan muka Acik!"

"Errrkkk...apsal pulak padan muka acik?"

"Cari Acik Hafizkan?"

"Mana ada! Acik saja nak ambil angin luar..."

"Alasan!"

"Betullah...mana ada bagi alasan..."

"Huh! Hada tak faham dengan Acik Intan ni. Kejap suka datang dekat...kejap tak suka jarakkan diri jauh-jauh. Apalah masalah Acik ni. Kekadang Hada rasa macam nak sangkutkan Acik Intan dekat pokok besar depan taman permainan tu."

Intan terkejut dengan kata-kata Shuhada. Benarkan dirinya sebegitu?

"Tu rasa bersalahlah tu."

Intan mendiamkan diri. Shuhada seperti mahu menerkam diri Intan. Intan menundukkan wajahnya.

"Terkuis-kuis kaki tu...Acik Hafiz ada dekat taman permainan tu. Pergi pujuk cepat! Kalau Acik Hafiz merajuk lagi, Hada tak nak kawan dengan Acik Intan lagi." Intan mengangguk laju dan todak menyangka garang juga anak buahnya yang satu itu. Ikut gen Kak Long barangkali?

Intan berlari mendapatkan Hafiz. Dia bernafas lega melihat Hafiz sedang berbaring di atas bangku panjang yang disediakan oleh pemaju. Intan mendapatkan Hafiz. Hendak dikejutkan tidak sampai hati, kalau kejut nanti melarikan diri. Intan hanya merengun Hafiz sambil kakinya menguis-nguis rumput kering itu. Agak lama seketika tiba-tiba Hafiz bangun dan terkedu melihat Intan sudah duduk sambil memegang lutut dan menundukkan kepala disebelahnya. Dia mendapatkan Intan.

"Sayang...buat apa kat sini..."

Intan terpinga-pinga rupanya dia juga sudah terlena! Hampeh betul!

"Errr...saja nak teman..."
"Kenapa tak panggil abang? Sudah bangun, kotorkan duduk kat bawah tu."

"Takpe..rumput tak marah sebab rumput memang untuk dipijak, ditidur dan diduduk. Hafiz tersengih mendengarkan jawapan Intan. Baharu sahaja ingin mengusik semula kata-kata Intan, Hafiz teringat akan luahan Intan di dalam bilik air tadi. Terus mati begitu sahaja.

"Ada sahaja jawapan. Jomlah, mari kita balik. Matahari pun sudah mula terik." Intan hanya mengangguk dan dia hampa kerana tiada usikkan seperti selalu.

"Merajuk lagi ke?"

"Taklah..."

"Maaflah saya ni memang tak pandai nak pujuk-pujuk. Maafkan saya kalau-kalau ada tersalah cakap."
"Intan takde salah apa-apa. Abang yang salah." Pendek sahaja jawapan Hafiz. Intan semakin resah.

"Errr...I..I...I...lovvvv..." Intan tergagap-gagap. Hafiz berhenti seketika dan memandang ke araha wajah isterinya.

"Eh...silap cakap pulak..."

"Teruskan yang tersilap cakap tu. Abang nak dengar..."

"Hah! Saya nak balik masak..."

"Bukan yang ini...tapi yang itu..yang tadi tu..."

"Betullah saya nak balik masak. Kain tengah basuh tu. Lepas tu rumah tak kemas lagi..."

"Cakap ajelah I Love You Abang...susah ke?"

"Errkkk...tak pandai..."

"Alasan..."

"Betullah..."

"Cintakan abang?"

"Errr....errr..."

Hafiz mengeluh berat. Intan terkelu untuk kesekian kali. Hafiz menarik tangan Intan. Masing-masing mendiamkan diri. Tiada lagi pertanyaan daripada Hafiz. Intan pula terasa seperti ingin menjerit meluahkan segala rasa yang terbuku dihati. Intan geram dengan perasaannya sendiri.

Kenapa susah sangat hendak mengaku! Arghhhhhh!

4 kata-kata pujaan:

cikYAn said...

lama dh tggu sambungan nie..... cik penulis cepat la sambung x sabo nk tgk perkembagan cinta intan n hafiz nie...

MaY_LiN said...

tamo gaduh2

blinkalltheday said...

betul3..sian hafiz..intan, awatnya susah sgt nak habaq, na?pleass cepat sambung,,,

DALIA NA ZA said...

cik yan : tak lama dah...intan tu memalu kucen..ekekeke...terima kasih sebab sudi tunggu ye..maaf tau...kita agak bz lately ni.. ^_^

may lin : huhuhuhuhu...mesti kena ada gado-dago manja...tak gitu..ekekekeke...thanks ye sebab sudi baca cerita ni.. ^_^

yuna : ekekekeekeke...dan sebenarnye? ekekekeke...alah...biasa budak baru lepas sekolah fikirannya agak kebudak-budakkan sikit..ekekekeke...sabar eh...thanks sebab sudi baca cerita CBM ni...

love you'lls...^_^

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*