HOMESTAY
-
Dapatkan di semua cawangan kedai buku POPULAR sekarang!
RM 10.00 sahaja.
Dapatkan buku 'TULIS NOVEL? Anda pun BOLEH!' Buku yang memberi panduan dan
tunju...
Tempat Wisata Di Flores Indonesia
-
[image: Tour De Flores Ini 12 Tempat Wisata Menarik Di Flores]
Tour De Flores Ini 12 Tempat Wisata Menarik Di Flores - Source
Download Tempat Wisa...
Bid A Good Bye
-
Surat yang siap ditulis dibaca sekilas.
Nafas ditarik dalam-dalam, satu keluhan dilepaskan.
Kertas dilipatkan kepada empat bahagian, sebelum dimasukkan...
Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[39]
-
Dalam silau-silau cahaya lampu kereta pandangan matanya menangkap pada satu
susuk tubuh yang baru melangkah keluar dari perut kereta yang berhenti
tidak...
WARNA HATI special episode
-
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
buat semua pembaca blog Desa Itu Indah. lama sudah tidak bersua. sibuk
dengan pekerjaan juga talian internet yang...
Queen Control (versi baru) - PROLOG
-
Setiap cerita ada kisahnya… Kisah itu mewarnai kehidupan… PROLOG PUTRI
Tasnim melontarkan batu-batu kecil ke arah laut. Perasaannya sednag
bercampur-baur. ...
Tujuh Warna Pelangi 2
-
“ Okey, semua dah ada kecuali Arjuna… nak teruskan meeting tergempar kita
ni atau nak tunggu dia sampai?” Maryam memerhatikan wajah-wajah di
hadapannya. ...
CERPEN CIKGU MURNI
-
CERPEN : CIKGU MURNI
PETANG sudah lama menjelang. Kurang setengah jam lagi, azan maghrib pasti
akan berkumandang. Dalam bilik guru, hanya aku seorang yang...
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 3
-
Bab 3 “Cik Nancy saya rasa tak patut la Cik Nancy buat macam ni. Teruk dah
saya tengok mamat tu kena bash dengan satu Malaysia.” Ujar Abon yang
sememangn...
Announcement!
-
Assalamualaikum…
Hai, VVIPs semua! Tengah buat apa tu? heee… Okay, ni Rara nak bagitau
sesuatu ni. Semuanya ada tiga benda. Semua dah tahu novel Jodoh Temu...
Novel: Mungkin Ini Takdir Cintaku 11
-
SYAFIQ mengikut sahaja rentak langkah Sameer dan Shameena. Entah ke mana
arah yang hendak dituju dua beradik itu, langsung dia tak tahu. Matanya
liga...
Tersenarai Dalam AGBK 2013.
-
*Alhamdulilah. Menumpang pada yang ada, meminta pada yang kasih.Tercalon
atau dicalonkan, yang penting semangat setiakawan dalam penulisan.*
*Perhatikan...
Darah_(Bab2)
-
Plot 2
ERY menanggalkan jaket kulitnya. Malam ni stay alone. Yaya pula tak nak
teman. Dia anak jantan nak takut apa. Budak satu sewa tak der. Dia duduk
...
Joran Nan Sebatang
-
1
Hujan masih belum mahu berhenti. Titis-titis air yang lahir dari kegelapan
awan berguguran lebat hingga mengaburkan pandangan serta menghilangkan
warna m...
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
Bukan benci dia tapi benci sikap dia
-
#ceritaemas
Adik cincin ni berapa harga?
Lebih kurang RM800 hat besar ni Kak.
Akak ni ikutkan banyak kali dah datang.
Tapi tiap kali tu, sambil menanya b...
2017
-
hai gais.
aku rasa aku mahu start blog balik. sebelum tu bagi aku jalan-jalan blog
yang aku pernah follow dulu. mahu tahu masih wujud ka tidak. haha
...
MY PREGNANCY JOURNEY
-
Assalamualaikum.
This blog hasn't been updated for so so long! Tetiba update cerita pasal
pregnant. Terkejut ke tidek? Hahaha! Ada lagi ke orang bukak blog...
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
-
Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced
Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati,
TAP...
His Back
-
How i miss my Blog
Lama gila tak bukak...
Aku yakin sangat korang rindu...
Maklumlah akukan HOT gituw..
(Perasan)
Skang aku bz sebab aku banyak Job.
(Peras...
KITAB USANG UNTUK DEWI CINTA
-
Aku sering buntu bila lihat kitab ini.ianya semakin berdebu dan usang.tiap
kali aku cuba mengarang pasti tandus dan tiada nafsu.tapi ini kali aku
tutup...
SEDANG aku khusyuk mentelaah tiba-tiba datang musuh yang tidak ingin aku pandang walaupun sekilas. Sakit mata aku. Boleh buta kalau selalu macam ini!
Kamarul mula mengambil tempat. Kedengaran jelas suara jantannya yang tidak tahu nak tutup dan diam. Inikan library! Bongok!
“Hekeleh! Takde tempat lain ke nak duduk? Asal aku melepak kat mana-mana ada aje minah ni menyemak! Sakit betul mata aku.” Kamarul mengejek dan aku masih buat-buat pekakkan telinga. Malas nak layan orang yang jiwanya tengah meroyan tak tentu pasal.
“Wah! Bisu pulak minah ni. Ajaib sungguh harini. Aku rasa macam nak mandi bunga terus. Hahaha!” Kamarul masih setia mengacau hidup aku. Ikutkan hati mahu aku lempar muka dia dengan kasut sneakers aku ini. Biar padan muka! Hahaha.
“Hoi! Apsal kau sengih sorang2? Gila ke apa kau ni?” Kamarul menolak buku yang ada depan mata aku dengan kasar.
“Hoi! Bengap! Jangan kacau aku boleh tak? Gila meroyan apa kau ni? Tak pun gila talak. Ceh!” Aku dah tak tahan. Laju mulut aku maki si Kamarul monyet ini.
“Bengap? Kurang ajar kau kan! Mulut tak ada insurans! Rugi siapa memperisterikan kau ni tau tak! Mulut macam mintak telan meja aje dengan aku!” Kamarul mengherdik. Ramai pelajar lain hanya memerhati pertengkaran antara aku dan dia. Memang glamour! Kalah artis-artis yang bergaduh main tarik-tarik rambut!
“Dah kau memang bengap. Aku nak buat macam mana! Tak habis-habis menyemak dalam hidup aku. Pergilah kacau hidup orang lain. Tak malu ke terhegeh-terhegeh kejar aku setiap hari?” Aku menghamburkan segala kemarahan. Aku dah tak peduli di mana dan dengan siapa aku ajak bertekak.
“Saudara-saudari. Maaf kamu berdua di minta keluar dari perpustakaan ini. Pergaduhan kamu berdua telah menganggu pelajar-pelajar lain.” Kehadiran pembantu perpustakaan berjaya meleraikan 'kebisingan' kami berdua. Tak pasal-pasal aku kena halau. Geram betul!
“Maaf. Bukan salah saya. Tapi salah dia yang ajak saya bergaduh.” Aku mendengus kasar di depan Kamarul. Aku menjeling apabila Kamarul tersenyum sinis. Macam minta pelempang dengan aku gamaknya!
“Padan muka kau!”
“Diamlah! Monyet!” Aku berlalu pergi sambil mengemas semula buku-buku yang aku pinjam sebentar tadi. Semakin galak Kamarul tersenyum dan mengejek aku. Kurang asam keping betul!
*******
AKU berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki. Akibat terlampau geram aku terhentak kuat sangat sampai rasa macam nak terkehel. Aduh! Nasib baik tak terseliuh. Kalau tak naya jalan terhencot-hencot balik hostel.
“Apalah malang aku jumpa budak 'sental' sorang ni. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Nama aku dah lah busuk, dia nak tambah lagi jadi busuk. Gila meroyan ke apa dia ni agaknya.” Aku membebel sambil memeluk erat buku-buku yang dipinjam.
Aku tidak menghiraukan keadaan sekelilingku. Melayari perasaan marah sendiri. Tiba-tiba...
“Alamak minggu depan kena pergi kem motivasi tu! Bencilah! Kalau tak pergi nanti nama kena masuk rekod pulak! Dah satu keje pulak nak kena mengadap Koordinator! Pening otak aku! Haih!” Aku mengomel sendirian dan membuatkan beberapa pelajar lain berpaling memandang aku.
Sampai depan hostel aku berhenti dan tidak terus menuju ke bilik. Sebaliknya aku duduk di depan pejalan kaki. Aku mengeluarkan novel yang aku bawa bersama untuk meredakan perasaan.
Aku mengosongkan fikiran dan menumpukan perhatian membaca novel Gelak Tergolek hasil penulisan dari saudara Wann Azlan. Agak mencarik kegelian dihatiku yang sedang membara. Aku tak sengaja ketawa berdekah-dekah sehingga bahu aku disentuh kasar. Kurang ajar betul!
“Hoi! Pergi masuk bilik! Siapa benarkan melepak di sini? Tak tahu malu?” Suara nyaring macam pernah aku dengar tapi siapa ya?
“Diamlah! Jangan nak memekak pulak dengan aku! Aku tak kacau kau, jadi kau pun jangan kacau aku! Berambus!” Aku menjawab tanpa berpaling. Ini baru sedikit tahap kurang ajar aku. Mama pun tak pernah ajar begini. Huhuhu...
“Amboi suara dah macam jantan aku dengar kalau sekali bertempik! Muka saja lawa, tapi mulut macam nak kena tonyoh dengan cili api!” Empunya suara itu bersuara lagi dan mengeluarkan puitis-puitis berbaur sindiran. Ini nak kena sembur tahap suria baja hitam dengan aku! Siap kau!
“Aku punya sukalah nak suara macam jantan ke, macam ayam berak kapur ke, yang kau nak pedu... Rina! Hantu betul kenakan aku! Nasib baik tak kena maki tahap gaban dengan aku. Tak pepasal hati bengkak tu kang! Hish!” Aku berpaling dan melihat Rina dan Yanti sudah tercegat mengenakan aku. Hampasgas betul!
“Ha ha ha... Itulah gelak lagi sorang-sorang macam orang gila dekat sini. Padan muka kena sakat! Selalu sakat orang kan! Sekarang diri sendiri kena sakat! Bluekkkk!” Rina melarikan diri dan aku terkial-kial bangun hendak mengejar. Tiba-tiba Yanti yang sedang tersenyum menarik tangan aku. Airmukanya kembali berubah. Serius...
“Zizi, kita perlu berbicara. Bukan hari ini tetapi esok. Kita bertemu di perpustakaan jam lapan malam. Aku tunggu di sana.” Aku terkedu dan Yanti kembali tersenyum. Rina sudah hilang dari pandangan.
*******
SEPERTI yang telah dijanjikan, aku menuju ke perpustakaan sendirian. Aku memberi alasan kepada Rina bahawa ada diskusi bersama teman sekuliah. Rina pada mulanya hendak ikut bersama tetapi cepat-cepat aku katakan bahawa perbincangan kami mungkin habis lewat. Rina membatalkan rancangannya.
Laju langkahku menuju ke perpustakaan yang sudah tidak berapa jauh dari pandangan. Aku pelik melihat airmuka Yanti petang tadi. Apa-apa pun malam ini akan menjadi saksi bual bicara antara aku dan Yanti.
Apabila aku sampai di depan pintu perpustakaan aku melihat pembantu yang sama masih belum pulang. Aku hanya tersenyum sumbing. Aku membuat tanda isyarat memohon maaf atas kejadian siang tadi. Pembantu perpustakaan itu mengangguk tanda faham.
Aku mencari-cari kelibat Yanti tetapi gagal. Aku menuju ke tingkat dua perpustakaan dan melihat Yanti sedang leka mentelaah sebelah hujung kanan yang berdekatan dengan rak buku. Aku mula menghampiri Yanti. Dia tersentak kerana aku tiba-tiba muncul dan duduk di hadapannya. Kalau orang lain pun boleh jadi terkejut macam itu!
“Kuss semangat! Terkejut saya tau!” Yanti mengurut dada dan aku seperti biasa tersengih bagaikan kerang busuk.
“Sorry! Lama ke tunggu?” Aku memohon maaf.
“Takdelah lama. Awak beritahu Rina ke kita berdua ada buat perjumpaan dekat sini?” Yanti memandang ke arahku dan mencari kepastian. Aku tersenyum dan menggeleng. Yanti bernafas lega. Aku sendiri tidak berapa gemar berjumpa secara rahsia begini. Maklumlah kami semua menginap satu bilik dan hostel yang sama. Kalau Rina tahu apa pula kata dia.
“Saya terpaksa bagi alasan pada Rina tadi. Sebenarnya saya tak berapa gemar kita berjumpa cara macam ni. Rina tu rakan sebilik kita. Kalau dia tahu apa pula yang dia akan fikir pasal kita. Saya tak nak kita bertiga mempunyai jurang antara satu sama lain.”
“Insya’allah saya akan terangkan pada dia satu persatu Zizi. Awak jangan risau.” Yanti memberi jaminan dan aku masih rasa tidak sedap hati. Macam ada orang tengah pandang pertemuan sulit antara aku dan Yanti. Harap tiada yang tersalah anggap.
Assalamualaikum wbt..
Hai kawan-kawan, kita suka menulis tapi itulah selalu sangat tak cukup masa hendak menghabiskan satu-satu tajuk. Dalam kepala otak macam-macam cerita nak buat tapi tak terbuat. Adeh...
Kita harap sangat awak-awak semua tinggalkan komen untuk semua cerita yang kita tulis supaya kita boleh betulkan yang mana silap dan buangkan yang mana tidak perlu. Maklumlah masih merangkak. Huhuhu..
Wish me luck ^_~
0 kata-kata pujaan:
Post a Comment