Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

04 February 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 12



AKU menanti kepulangan Hafiz dengan gusar. Kenapa pula hari ini aku tidak ubah seperti cacing kepanasan? Hairan sungguh! Apakah ini dinamakan RINDU? Ya terus terang tiba-tiba aku rindukan Hafiz. Wajahya, suaranya, usikkannya dan yang paling aku rindu adalah kata-kata romantisnya. Beginikah rasanya apabila kita mula jatuh cinta, jatuh hati dan jatuh sayang? Aku tersenyum sendirian.

Aku melangkah malas menuju ke ruangan bilik bacaan milik arwah abah. Di sana banyak terkumpul pelbagai koleksi buku yang sama-sama kami aturkan untuk ruangan bacaan di masa lapang. Abah suka benar dengan bahan bacaan yang berbentuk agama, ilmiah serta politik. Aku? Lebih suka baca novel. Hik hik hik... Arwah mak selalu kata koleksi aku sudah boleh dibuat jualan lelong. Aku mula minat membaca novel semenjak aku berumur dua belas tahun. Itupun tidak sengaja kawan baik aku semasa sekolah rendah Yati namanya mengajak aku pergi ke kedai buku. Dia sedang mencari buku rujukan dan aku terleka memerhati rak ruangan bacaan novel. Novel pertama yang aku beli adalah cerita Fauziah Ashaari, Ombak Rindu. Cerita novel ini memang best dan buatkan perasaan aku terbuai-buai untuk menghayati setiap plot yang disampaikan.

Sekarang, macam-macam koleksi yang aku simpan. Pinjam pada kawan? Oh tidak sama sekali. Cukuplah pertama kali dan terakhir aku pinjamkan pada Murni, rakan sekelas sewaktu tingkatan tiga. Ada ke patut novel yang aku pinjamkan tiga buah itu hilang semuanya. Mahu aku tidak mengamuk. Hampir seminggu aku lancarkan mogok tidak mahu bercakap ataupun berbual dengan Murni. Sampailah akhirnya Murni terpaksa bertukar sekolah kerana mengikuti ayahnya yang dipinta untuk berpindah ke Johor. Aku menangis jugalah masa itu sebab Murni pun berkongsi minat sama dengan aku. Selepas itu terus kami berbaik semula. Semasa hari penikahan aku Murni datang bersama teman istimewanya. Amboi! Dalam diam berkasihan dengan dua pupunya sendiri. Hebat kau Murni! He he he...

Sewaktu aku berbaring di kerusi rehat yang telah disediakan aku diruntun pilu. Terbayang wajah abah yang begitu tekun dengan bahan bacaanya. Akulah satu-satunya anak kesayangan yang gemar menemani arwah abah. Kak Long? Lebih suka temankan arwak mak. Kelas apa yang Kak Long tidk pergi... Memasak, menjahit, komputer dan macam-macam lagi. Mak lebih mewarisi sifat arwah mak dan aku? Sudah tentulah ikut perangai arwah abah.

Aku tergelak kecil dan tidak semena-mena airmataku tumpah. Aku rindukan suasana itu. Ya aku rindu arwah mak dan abah.

"Assalamualaikum..."

Aku terloncat apabila terdengarkan suara gemersik itu. Ya suara itu yang aku rindukan. Aku nantikan... Hafiz sudah pulang. Ah! Kenapa jiwa ini sangat mendebarkan? Bahang benar wajahku tatkala ini. Aku cuba mengawal emosi diri dan hormon yang sudah semakin berubah kejadiannya. Semuanya kerana cinta!

"Assalamualaikum...sayang...abang balik ni..."

Bertambah hebat debaran di hati. Kata-kata romantis itu yang membuatkan gegaran ini semakin ketara. Aku sudah menjadi tidak tentu arah. Ini yang tidak aku.... Eh! betul ke tidak suka? Tipu... Aku terus meluru keluar dan cuba mengawal serta sembunyikan gelora hati dengan sebaik mungking. Wajah Hafiz tidak aku pandang.

"Errr...waalaikumsalam... Maaf, saya dalam bilik bacaan tadi." Aku menyambut briefcase milik Hafiz dengan sepantas kilat. Hafiz terkejut melihat tindakan aku. Dia mencapai lenganku dan aku terpanar.

"Abang nak sayang...boleh?"

Aku terkaku dan hanya memejamkan mata. Kepalaku angguk laju. Ah! Sudah... Aku hendak menggeleng sebenarnya. Apa nak buat sekarang ini? Lantaklah, belasah sahajalah. Wangian dari tubuh badan Hafiz membuatkan aku terpesona. Wangian inilah yang aku bau saat pertama kali aku berdepan dengannya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Bergetar hebar semula perasaan aku. Tergoda aku. Masak! Intan Maisarah sudah jadi gila bayang.

Tiba-tiba tubuh badan aku digoncang dengan kuat. Kacau betul! Kenapa tiba-tiba Hafiz goncangkan badan aku? Kata tadi nak bersayang bagai. Ini apahal pula? Mati sudah perasaan romantis aku yang cuba aku luahkan dan pupukkan khas dan lagi istimewa ini untuknya. Kenapa perlu goncang-goncang tubuh badan aku?

"Acik! Acik! Acik Intan! Bangunlah! Dah pukul berapa ni.. Kenapa Acik tidur dekat meja dapur ni?"

"Hah! Acik tidur? Bukan tadi Acik Hafiz dah balik ke? Bukan Acik Intan pergi sambut Acik Hafiz kat depan ke? Kenapa kamu pulak yang muncul ni Hada?"

"Itulah tidur lagi petang-petang kan dah kena penyakit ngigau tahap kronik! Acik Intan ni betullah. Acik Hafiz belum balik lagilah. Sekarang baru pukul enam. Jalan jammed agaknya. Biasalah kalau duduk bandar Kuala Lumpur macam ni. Bangunlah Acik Intan, mandi ke apa yang patut. Ini tak boleh pulak Acik Intan tertidur kat sini. Tu angaulah tu...Ha ha ha..."

Gulp! Aku mengigau?! Cis! Malu sudah! Depan anak buah pula itu. Mana hendak aku sorokkan muka yang sudah tebal sepuluh inci ini? Huarghhhh!

"Acik Intan....Acik Intan...kalau kot ye pun angau rindu bagai dengan Acik Hafiz janganlah disorok-sorok perasaan tu. Hada tahulah Acik Intan dah gila bayang dengan Acik Hafiz kan...kan...kan..."

"Sudah...sudahlah tu malukan Acik Intan. Rahsiakan tau...ingat jangan bocorkan... Kalau Hada bocorkan, Acik Intan nak berborak dengan Hada lagi."

"Yelah...yelah....Hada tahulah. Hada ingat janji tu. Hada akan pastikan takkan tercobor RAHSIA besar Acik Intan tersayang ni..." Hada memelukku dan aku hanya tersengih menahan malu.

"Apa yang rahsia...rahsia ni..Boleh Kak Long tahu?" Tiba-tiba Kak Long menjengah. Rupa-rupanya Shuhada pulang bersama Kak Long aku. Alamak! Macam mana hendak mengelak? Kak Long sudah bertanya. Mesti ada terdengar perbualan antara aku dan Shuhada. Matilah! Hancur...hancur...pecah rahsia aku.

Aku dan Shuhada saling berpandangan. Aku ingin bersuara tetapi cepat sahaja dicantas oleh Shuhada.

"Alah umi, ini cerita rahsia kekanak riang antara Hada dan Acik Intan. Don't worry ok." Shuhada mengenyitkan mata.

"Yelah tu. Ada aje korang berdua ni kan. Intan, dah tak reti-reti nak mandi? Sudah jadi bini orang pun masih lagi liat nak mandi awal?"

"He he he...Kak Long...nak pergi mandilah ni. Mak tiri betul Kak Long ni..."

"Mak tiri atau nenek tiri Kak Long tak kira. Sekarang pergi naik atas, mandi lepas tu tunggu Hafiz balik. Berubahlah Intan oiii...jadilah orang dewasa adik bongsu ku sayang..."

Shuhada mentertawakan aku dan aku sudah mencebik. Kak Long tersenyum. Memang begitulah perangai Kak Long. Ceramahnya mengalahkan arwah mak.

"Nak pergilah ni..."

"Ha ha ha Acik Intan...pakai wangai-wangi tau. Sambut suami tersayang dan dirindui selalu itu dengan penuh kasih mesra ok!"

"Hada!"

"Ha ha ha..."

"Hada...tak reti-reti nak siap-siapkan diri tu? Nak umi tolong mandikan ke?"

"Boleh jugak....sayang umi...he he he"

Kak Long menjengilkan matanya san Shuhada sudah memboloskan diri. Aku? Memanjat tangga sambil tersenyum lebar. Pakai wangi-wangi? Itu sudah tentu. Khas buat suami yang tersayang lagi tercinta (amboi bukan main lagi aku sekarang)...

"I love you abang..." Aku bernyanyi riang. Tidak sabar menunggu kepulangan Hafiz harini. Oh! Mesti ingat pesan umi, malam ini bertandang ke rumahnya. Mesti Hafiz terkejut kenapa ibu tersayang membahasakan dirinya umi kepada diriku. Menantu kesayanganlah katakan. Hik hik hik....Oh! Bahagianya aku rasakan sekarang.

Di dalam bilik aku asyik tersengih apabila melihat diri sudah siap sempurna. Berbaju kurung dan bertudung. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka tujuh lima puluh empat. Usai solat Maghrib aku pantas menyiapkan diri. Sesekali aku menjenguk ke luar tingkap menanti dengan penuh sabar kepulangan Hafiz. Aku berangan-angan lagi.

Bangun duduk...bangun duduk...sesekali membaca majalah WANITA untuk menghilangkan rasa bosan. Aku lihat jam sudah menginjak ke pukul lapan setengah malam. Bayang kereta Hafiz masih belum muncul. Aku bertambah gusar. Janji hendak pulang awal! Sekarang sudah pukul berapa? Huh! Ini yang rasa macam hendak terbakar...

Terdengar telefon bimbit aku berbunyi dan mengisyaratkan bahawa adalah pesanan ringkas yang masuk. Aku berlari pantas dan tanpa sedar kaki aku tersadung pada kaki sofa dan membuatkan aku terjatuh bagaikan nangka wangi (guna lagi ayat suami aku..hi hi hi). Sakitnya memang sukar untuk dinyatakan. Bayangkan anak jari kaki yang kecil itu tersadung pada kaki sofa. Memang menyakitkan!

"Aduh!"

Bahagian depan tubuh aku terasa sakit. Maklumlah jatuh melolot tanpa mampu menyeimbangkan tubuh badan. Apalah nasib aku. Mengesot secara perlahan-lahan aku mendekati telefon bimbitku yang terletak di atas meja kecil yang bersebelah katil Hafiz dan aku. Pedihnya memang tidak terhingga rasanya. Akhirnya aku berjaya mendapatkan telefon bimbit milikku. Aku membaca pesanan ringkas tersebut. Bibir tersenyum melihat nama Hafiz yang tertera di situ. Tetapi kenapa dia tidak menelefon sahaja? Kenapa perlu menghantar pesanan ringkas? Aku buangkan rasa tidak enak itu.

"Sayang...abang minta maaf sebab tak dapat pulang awal. Ada client nak jumpa malam ni. Sayang kalau lapar makan dulu ok. Tak payah tunggu abang. Sayang makan dengan Kak Long dan Hada. Selesai perjumpaan ini, abang janji abang akan pulang secepat mungkin. I miss and love you so much. Assalamualaikum..."

Buat penat aku bersiap cantik-cantik, alih-alih terima pesanan ringkas dia pulang lewat. Jumpa client! Kesian umi sudah menunggu agaknya. Dengan rasa lemah dan risau jikalau umi kecil hati aku kuatkan juga semangat untuk menghubungi berkenaan pembatalan rancangan di saat-saat akhir.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam, Intan...kat mana tu?"

"Dekat rumah umi.."

"Rumah? Kata nak datang malam ni? Umi dah masak ni..."

"Maaf umi. Abang Hafiz telefon katanya tak dapat pulang awal. Masih ada urusan pejabat katanya. Intan minta maaf banyak-banyak umi."

"Iye ke...takpelah, lauk ini umi simpan dalam peti ais. Esok biarlah umi dan ayah datang sana. Hafiz sibuk agaknya. Intan jangan risau. Umi tak kecil hati pun."

"Maaf umi..."

"Takpe...takpe...esok umi datang."

"Baiklah umi. Maafkan Intan dan abang Hafiz..."
"Tak mengapa Intan. Sudah jangan sedih...esok kita jumpa ya..."

"Baik umi. Assalamualaikum umi. Kirim salam pada ayah."

"Waalaikumsalam..."

Aku meletakkan telefon bimbitku di atas katil. Hati aku sedikit terguris. Aku bukan marah sebab tidak dapat berjumpa dengan umi malam ini. Tetapi aku sedih sebab kenapa baru sekarang dia memberitahu kelewatannya. Kenapa tidak beritahu awal-awal? Lantas aku berdiri sehingga terlupa pada jari kaki yang sakit sebentar tadi. Aku jatuh terduduk semula.

"Aduh! Sakitnya! Ini semua dia punya pasal!"

Aku mengambil semula telefon bimbitku dan membalas semula pesanan ringkasnya.

"OK! DAH CALL UMI KATA KITA TAK JADI DATANG RUMAH! KESIAN UMI DAH MASAK LAUK KEGEMARAN AWAK! BYE!"

Punyalah sakit hati, aku menghantar pesanan itu dalam bentuk bahasa amarah. Tidak lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi dan ianya bukan lagu untuk terima pesanan ringkas, tetapi talian masuk. Aku malas hendak menjawab dan biarkan sahaja telefon bimbitku berdering di situ. Aku mengesot semula menuju ke almari pakaian aku. Aku menyelongkar mencari pakaian tidurku. Malas hendak turun ke bawah. Hati tengah panas!

Kaki yang sakit aku urutkan perlahan-lahan. Telefon berbunyi lagi tetapi aku biarkna sahaja. Malas hendak ambil peduli. Tidak lama kemudian, pintu bilik diketuk perlahan. Aku malas mahu membuka. Aku biarkan sahaja.

"Acik Intan, Acik Hafiz call... Bukalah pintu ni..."

Aku mendiamkan diri.

"Acik! Bukalah! Cepatlah Acik Hafiz call ni. Siang tadi bukan main lagi rindu bagai..."

"Cakap ajelah Acik Intan dah tidur!" Aku menjawab sedikit kuat dari dalam bilik.

"Ok..."

"Hello...Acik Hafiz, Acik Intan jadi gorilla pulak dah. Nanti Acik balik Acik pujuk eh Acik Intan. Tak tau kenapa tiba-tiba hangin semacam malam ni. Siang tadi elok aje Hada tengok."

"Takpelah Hada...nanti Acik Hafiz pujuk. Terima kasih Hada. Assalamualaikum..."

"Ok...Good luck Acik Hafiz.. He he he. Waalaikumsalam..."

Aku geram dengan jawapan Shuhada. Ada ke patut dia kata aku gorilla pada Hafiz? Hati sudahlah panas dengan Hafiz. Eh! Sejak bila aku pandai merajuk? Alamak! Kantoilah nanti! Cis...

Telefon bimbit aku sudah mati deringannya. Aku lihat berbelas miss called yang aku terima. Lantaklah, aku biarkan sahaja terus ambil bantal busuk dan berselubung dengan selimut. Aku memejamkan mata dengan hati yang terbuku. Kenapa aku perlu sakit hati ya? Curiga? Sangsi? Cemburu? Entahlah...

Hafiz...aku rindukan kau separuh mati tahu tak?! Aku bencilah berperasaan dan berada di dalam keadaan begini! Oh tidak! Intan Maisarah kenapa kau jadi begini pula? Apakah kehebatan Hafiz membuatkan kau mudah jadi cair bak lilin yang sedang hangat menyala?

4 kata-kata pujaan:

sueada said...

yezzzza...
intan dh mula sukakn hafiz..

MaY_LiN said...

oho..
acik intan da majuk..
cecepat balik la acik hafiz..


sis..hepi besday

IVORYGINGER said...

jgn la hafiz dok ingt kisah lampau dia. kan dulu dah kata nk lupakan kisah lalu. Intan ms depan dia. Hope hafiz tunai kan.

Seorg wanita... said...

Alahai kesian Intan...tgh giler bayang nampaknya...

Hopefully Hafiz tu betullah g jumper client..jgn jumper org lain pulak...lagilah kesian kat Intan...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*