Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

13 January 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 9



Tik Tok Tik Tok...

DENTINGAN jam didinding meresahkan jiwaku yang tidak lagi tenteram. Kata-kata Hafiz masih terbayang-bayang dan terngiang-ngiang. Aku tidak suka berperasaan begini. Sudah hampir seminggu Hafiz masih bertandang di rumah arwah kedua orang tuaku. Bermakna tempoh untuk aku berada di sini semakin menuju tarikh penamat ataupun erti kata lain dalam bahasa asing, expired date! Wah! Mesti selepas ini Kak Long dan Hada akan sunyi tanpa aku di rumah. Ke diaorang suka aku berdua-duaan dengan sang suami? Hada seperti suka benar kalau aku dan Hafiz sahaja yang tinggal di rumah. Budak ini memang suka fikir ke lain. Hebat pemikiran budak-budak sekarang, mengalahkan orang yang sudah bernikah. Aku?

Masih blur tahap gaban!

Tarikh 26 Ogos merupakan hari keberangkatan aku dan Hafiz ke Bandung. Hal ini lagi menggusarkan aku dan membuatkan aku menjadi tidak betah. Darah gemuruh hari-hari mengepam macam orang tengah berlari marathon sepuluh kilometer! Alahai, kenapa hilang terus semangat rock aku?! Aku sedang mencari jalan bagaimana untuk mengelak menurut perintah agenda Hafiz nanti!

Tiba-tiba wajah Hafiz aku pandang dengan mata yang masih terbuntang. Wah! Dalam tidurpun masih boleh menyengih ibarat senyum sampai ke telinga. Entah apalah yang difikirkan dan dibayangkan oleh si Hafiz tatkala ini. Aku mengeluh nafas berat dengan perlahan agar Hafiz tidak terjaga. Telinga dia ini bukan macam telinga orang lain, seperti ada satelit yang sedang menangkap frekuensi dengan lancar! Woh!

Aku bangkit perlahan-lahan dan terus menuju ke jendela. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan aku masih lagi tidak kantuk. Matapun sudah tidak seperti selalu, celik dan terang benderang umpama melihat sushi yang segar bugar.

Opsss...aku memang hantu sushi!

Aku berkhayal sendirian sambil mendengar cengkerik malam berlumba-lumba menyanyi menunjukkan siapa paling hebat. Ceh! Buat bising adalah. He He He. Tidak semena-mena darah aku naik mendadak kerana terkejut dan membuatkan derauan itu menjadikan aku terkaku lama. Kalau dilihat dengan mata kasar memang wajah aku pucat ibarat orang sedang nampak hantu!

"Makkkkkkkkkkkkkkkk!"

"Sayang....sayang...ini abang ni, maaf sebab terkejutkan sayang..."

Kussss semangat! Ingatkan ada hantu yang menyapa bahu aku tadi! Mamat ini pun satu. Tidak boleh ke kalau tegur aku dahalu? Main selamba sentuh-sentuh bahu! Aku buka silat nanti baru tahu! Tapikan kalau dia tegurpun aku rasa aku menjerit sambil terjun ke bawah. Itu lagi haru!

"Errrr....errrr..."

"Sayang takut ye? Meh sini abang peluk...kesian dia."

Aku menjeling tajam dan Hafiz tertawa.

"Marahlah tu abang nak peluk. Ok..ok abang tak peluk. Sayang buat apa kat sini tengah-tengah pagi buat? Sayang tak boleh tidur ke?"

"Dah berdiri tegak kat sini, tentulah saya tak boleh tidur...apa punya soalan ler..."

"Aik! Tanya pun marah...boleh cepat kedut muka macam ni..."

"Huh! Ni saya nak minta tolong boleh?"

"Boleh sayanggggggggggggggg...nak mintak tolong apa tu?"

"Boleh tak jangan dok bersayang...sayang...saya rasa janggal, rimas, lemas, sesak nafas..."

"Errrrkkkk..."

"Boleh ye...kita bersaya awak aje. Saya rasa selesa..."

"Tapi abang suka panggil sayang. Abang tak peduli. Sukahati abang nak panggil ape. Karang abang panggil sayang ni patung cendana baru tau. Pilih....sayang ke patung cendana? Ni kalau Hada dengar habislah sayang ke usik lagi teruk."

"Mana boleh kena pilih-pilih....Ini tidak adil! Ini dinamakan diktator..."

"Diktator terpimpin sayang..."

"Banyaklah...diktator terpimpin. Diktator tak boleh pakai ada. Saya tak nak awak panggil...panggil saya sayang. Please!"

"Sukahati abanglah...lalalalala....dah jom masuk tidur. Abang jeles kalau nyamuk gigit sayang...cakap suami jangan dibantah."

"Errrrk!"

Dalam keterpaksaan aku mengikut kata sidia. Hati bertambah geram apabila dia mengukirkan senyuman tanda mengejek. Panas sampai rasa hendak terbakar pun ada jiwa aku! Aduh! Kenapalah mamat ini degil mengalahkan pemimpin Nazi itu?!

Tensen wa dengan lu mat!

" I Love You sayang...muacks...muacks...muacks..."

" Yewww! Geli...geli..."

Hafiz tertawa besar dan aku sudahpun membaling bantal busuk ke arahnya. Hafiz menangkap dengan pantas dan aku menyesal. Bantal busuk aku!

"Ha Ha Ha...I got it... Thanks..."

"Bak balik..."

"Tak boleh! Dah tido, jangan kacau abang lagi. Nanti abang kacau sayang, sayang tak boleh tido. Baru padan muka sayang. La La La..."

Aku mendengus kasar. Terbukti aku memang kalah kalau bergaduh dengan Hafiz. Sepanjang masa bergaduh, pasti Hafiz akan memperolehi kemenangan. Agaknya kalau lawan berbahas, mesti dia yang mesti juga. Aku? Apalagi, kehilangan kata-katalah hendak melawan. Kenapa masa sekolah aku tidak sepasif ini, agresif bagai. Bertemu dengan Hafiz, akulah si Ratu Pasif! Oh! Tidak!

*******

PAGI ini aku bangun dengan hati yang masih sakit. Kelibat Hafiz hilang lagi dan aku bernafas lega. Namun aku agak malu sedikit. Maklumlah suami bangun dahulu daripada isteri. Kalau mak mertua ada ini, agaknya panas telinga akunkena sindir. Tapi mak mertua aku itu macam baik-baik sahaja. Adik perempuan Hafiz pun lembut orangnya. Sepupu serta kaum kerabatnya pun memang ramah tamah. Hish! Aku kena berubah! Errr...tapi bila?

Aku malas melenggahkan masa, terus masuk bilik air dan bersiram. Ewah! Macam puteri raja pula ada perkataan siram-siram bagai. Tabiat seperti biasa adalah membungkuskan kepala dengan tuala untuk menyerap air di dalam rambut yang masih basah.

Aku menjenguk di tangga manalah tahu Hafiz masih menanti seperti biasa. Kali ini aku akan memastikan langkah aku penuh dengan berhati-hati. Supaya Hafiz tidak dapat mendukung aku dengan percuma. Dengan perlahan-lahan aku menuruni anak tangga sambil terjenguk-jenguk ke bawah.

Phewww! Selamat....Line clear...

Sewaktu melintas ke ruang dapur, telinga aku menangkap hilaian tawa Shuhada yang begitu menggembirakan. Aku yang mendengar sudah tentu ingin tahu apa yang mereka bualkan. Manalah tahu masing-masing tengah bungkus ketupat perihal aku ke. AKu buat-buat jalan dan terus menuju ke rak pinggan untuk mengambil mug yang sudah siap sedia tergantung. Shuhada masih lagi terkekek dan aku menjelingnya dengan tajam. Boleh bayangkan mata aku menjeling bagaikan ada silauan tajam umpama pisau! Wah! Bahaya itu! Ha ha ha...

"Selamat pagi sayang... Meh sini duduk sebelah abang. Abang dah hidangkan nasi goreng ikan bilis untuk sayang. Pagi ini Kak Long yang masak, abang bangun awal jadi tolong apa-apa yang patut..." Hafiz mempelawa dan aku tersengih kerang busuk umpama menyindir.

"Takpelah...saya duduk sebelah budak kecik ni aje..."

"Acik Intan ni...tak baik tau. Pagi-pagi lagi Acik Hafiz dah tolong ibu tau. Acik Intan sedap buat taik mata sambil air liur basi melimpah tak sedar-sedar..."

"Amboi...amboi...mulut takde insurans eh. Acik sodok dengan sudu ni karang baru tau."

"Eleh...Acik Hafiz, kalau Acik Hafiz nak tau Acik Intan ni selalu sangat berangan konon-konon dia ni puteri raja. Ibu selalu bising dan arwah nenek selalu baking Acik Intan. Itu pasal sekarang ni banyak lemak dia berkumpul sana sini..."

Hafiz hanya tersenyum sambil menggeleng. Aku? Sudah tebal muka apabila Shuhada membocorkan rahsia tentang perilaku aku semasa waktu sekolah dahulu. Shuhada memang tidak boleh harap, mulut tempayan betul!

"Hada...nak Acik Intan call Abdur Rahman sekarang ke?"

"Errrkk...eleh Acik Intan tipu yang yang yok aje. Acik Intan amana ada nombor telefon dia...Kalau berani panggil ler...Hada tak takut..."

"Oh cabar eh. Ok...tunggu dalam masa 5 minit nanti. Sampailah Abdur Rahman depan rumah."

Shuhada masih mengejek dan aku terus menuju ke telefon dinding yang memang sudah siap sedia terpasang di dalam ruang dapur. Airmuka Shuhada sudah berubah. Aku mengejek-ngejek sambil menunjukkan ibu jari tanda padan muka.

"Haluuuu...Assalamualaikum Abdur. Sihat ka? Apa macam ini pagi? Ada semangat mau pigi sekolah?"

"Ya ka...apa sudah tidak sabar-sabar mau jumpa itu Shuhada ha...? Dia pun tidak sabar-sabar tunggu kamu Abdur. Apa? mahu pigi sekolah sama-sama dengan Shuhada? Boleh...takda apa. Marilah datang rumah, sama-sama makan nasi goreng..." Aku berbual rancak di talian namun pada hakikatnya tiada siapa yang berbual dengan aku. Lakonan menjadi. Shuhada sudah kecut.

"Acik! Tak naklah kawan dengan Acik! Hello...hello...!" Shuhada merampas gagang telefon yang berada di tangan aku. Tergelak besar aku kerana berjaya mengenakan Shuhada. Dalam tidak sedar aku menampar-nampar manja bahu Hafiz. Dia hanya membiarkan sahaja perlakuan aku dan aku masih lagi tidak sedar. Tidak semena-mena Hafiz mengucup jemari aku dan membuatkan aku terkaku. Hilian tawa yang menggelikan tadi telah bertukar menjadi debaran yang kuat. Aku terpanar seketika sambil mata masih tidak berkedip-kedip.

Shuhada hanya tersengih melihat aksi Hafiz. Aku? Masih statik umpama patung cendana. Seketika kemudian aku melepaskan tangan Hafiz dan terus berlalu keluar. Aku terasa semacam tentang perasaan aku yang berbolak balik. Serba tidak kena. Nafas berombak laju dan aku tidak duduk diam.

Buat-buat menyusun bahan bacaan yang sememangnya sudah tersusun atur. Tidak perlu dikemaskan lagi sebenarnya. Gugup punya pasal, aku menjadi rajin secara tiba-tiba. Shuhada mengejek dan aku masih terdiam. Tidak tahu mahu bicara apa. Membiarkan sahaja Shuhada mentertawakan aku. Aku tidak berani memandang wajah Hafiz tatkala itu.

 Hafiz mendekatkan wajahnya. Aku terasa panas tiba-tiba.

"Sayang...abang sayangkan sayang...Trust me ok..."

Aku kelu seribu bahasa. Berulang kali perkataan itu diluahkan dan aku masih lagi tidak menentu. Percaya ataupun tidak...

"Hada...Acik Hafiz dengan murah hati akan hantar Hada sampai hari Jumaat ini. Minggu depan Acik dah tak free. Nak bermanja-manja dengan Acik Intan ni pulak. Jom..."

Aku terasa hendak termuntah mendengarkan perkataan itu. "Bermanja-manja". Tetapi kenapa hati semacam suka sahaja? Alamak! Apa sudah jadi sekarang! Apakah aku sudah jatuh cinta? Berkenankah hati menerima tulus cinta hatinya kepadaku? Aku sudah tidak mampu bernafas dengan betul. Semakin lama semakin menyesakkan dada. Mulut kata tidak, tapi hati aku?

3 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

ERK...
nape rase cam ep 9 bkn kesinambungan ep 8?
konfius jap bc...

arwah kedua ibu bapaku?
bkn ibu intan p mekah ke?

DALIA NA ZA said...

anonymous : cuba baca bebetul balik...hehehehe...kan ibu dan abah intan dah meninggal...eksiden dengan suami kak long intan...suba baca bab 1... V^_^V

Seorg wanita... said...

Baru start baca citer ni.. best! Suka jalan citer ni.. ayat-ayat yang teratur dan kemas.. suker...

Thanks to Dalia... nak tau citer seterusnya antara Hafiz & Intan... :-)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*