Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

30 January 2012

MERINDUKANMU



"JOM datang rumah aku minggu ni. Lama dah tak jumpa kau sejak dua menjak ni." Kata Rina yang tiba-tiba bertanya sewaktu kami berjumpa dikampung ibu kami masing-masing. Meskipun saudara jauh, dua pupu kami memang rapat sebab sebaya. Cuma caranya sedikit berbeza dengan aku yang tinggal dikota metropolitan Kuala Lumpur. Dia lebih bersikap terbuka tetapi aku memang terkenal dengan sikap pemalu itu. Segan pasal pun tak tahu. Padahal duduk bandar yang serba moden.

Pelikkan?

"Ada apa dekat rumah kau?" Soalku sambil mengunyah goreng pisang yang dimasak oleh ibu saudaraku. Ibu saudaraku ini masak apa pun sedap. Ke memang aku kaki pemakan? He he he...

"Datang ajelah lepak rumah aku. Nanti boleh aku kenalkan kau dengan kawan-kawan tempat kerja aku sekarang. Diaorang best. Kalau kau join dengan diaorang aku rasa kau memang gelak non-stop la." Rina ini kalau bercakap memang tak berhenti. Idea dia yang gila itu buat aku pelik tiba-tiba.

"Ah...tak nak aku. Tak kenal diaorang tu siapa tiba-tiba kau ajak join. Kau demam eh? Agak-agaklah Kuala Lumpur dengan Kuala Pilah. Walaupun Kuala tu sama...hehehe..." Aku tekankan sedikit tentang Kuala itu.

"Jomlah Ad...lama dah kau tak lepak rumah aku. Tak sudi dah ke nak datang rumah dekat Kuala Pilah macam dulu-dulu. Kau tak sayang aku lagi ke?" Rina sudah memulakan lakonan babak ke berapa pun aku tak tahu. Ini yang buat aku lemah!

"Yelah...yelah...seminggu aje tau. Nasib baik aku penganggur terhormat buat masa ini. Kalau tidak jangan harap tau. Grown up girl!" Mahu tak mahu aku mengalah jugalah. Nanti muncung panjang kalah itik serasi.

"Yeay! Sayang kau banyak-banyak Ad. Mama minggu depan kerja malam, jadi siang mama ada dekat rumah. Kau layan mama borak-borak ok. Aku siang keje, tengahari aku balik rumah. Malam-malam kita boleh keluar minum-minum. Bab minum-minum jangan risau aku belanja sempena kedatangan kau ke Kuala Pilah."

"Wah! Ghaib terus sedih kau tadi kan? Oleh kerana offer kau sangat menarik, baiklah aku datang sana minggu depan. Tugas kau ambil aku dekat perhentian bas ok. Aku naik komuter ajelah dari Kuala Lumpur, lepas tu berhenti dekat Seremban. Nanti suruh ambil dekat komuter Seremban tercungap-cungap. He he he..."

"Deal"

"Amboi...cepat betul deal nya. Aku sampai petang, takdelah kacau kau kan."

"Sayang kau banyak-banyak Ad."

"Woi..woii...jangan cium banyak-banyak kat pipi aku. Nanti orang ingat kita lesbian pulak. Haru nanti! Eh aku nak balik dah ni tau. Lepas Isyak nak gerak balik Kuala Lumpur. Bye...kirim salam semua eh."

"Sob...sob...sob..."

"Ala...nak sedih pulak. Kau kan dah ada kawan-kawan baru. Hari Jumaat ni aku dah datang sana. Seminggu dua aje aku lepak rumah kau ok. Lepas tu aku dah busy cari kerja baru." Aku sedikit memujuk. Sepupu aku ni memang, manja lebih. Sampai sanggup suruh aku cari kerja area Seremban. Tak nak buat kerja gila aku. Elok-elok boleh dapat kerja area Kuala Lumpur.

"He he he...sayang kau banyak-banyak macam lemon yang berjuta-juta Ad. Janji tau datang Jumaat ni. Aku tunggu tau, boleh bawak kau jalan-jalan, lepak dengan kawan-kawan pejabat aku yang baru tu. Mana tahu kau boleh terjebak geng dengan diaorang ke."

"Tengoklah macam mana diaorang boleh terima ke tak penyegan aku. He he he." Aku tersengih.
"Kau penyegan? Nak pitam aku dengar tau.."

"Eh! Oklah nak balik ni. Nak masuk Maghrib dah. Kau tau ajelah nenek ngah macam mana. Kalau dah senja macam ni tak balik lagi cucu-cucunya, hambat dengan penyapu lidi pulak. Daaaaa..." Aku terus bergerak balik. Berjalan kaki seolah-olah berlari menuju kerumah yang hanya makan masa lima minit sahaja.
Rina melambai-lambai dan aku hanya tergelak kecil sambik menggeleng.

**********

AKU membelek novel yang baharu sahaja dibeli sewaktu menunggu ketibaan komuter dari KL Sentral ke Seremban. Nasib baik ada simpanan dari gaji terdahulu untuk ke rumah dua pupu aku ini. Kalau orang lain dua pupu tidaklah serapat mana, berbeza antara aku dan Rina. Kami jadi rapat gara-gara majlis perkahwin makcik sebelah mak aku. Entah macam mana boleh jadi satu geng pula. Tapi itu cerita semasa aku baharu sahaja tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pada mulanya aku malas balik ke kampung sebab ada latihan kompang.

Wah! Boleh ke tepuk-tepuk kompang tu Cik Adriana? Hu hu hu

Orang 'omputih campur versi mandarin' kata peribahasanya see the leg maa. Tapi tepuk kompang pakai tangan kan? Kenapa mesti kena tengok kaki? He he he...

Nasib baik gerak waktu pagi, kalau petang memang macam dalam tin sardin rasanya naik komuter pada petang Jumaat yang indah. Pernah aku terkena sekali dahulu, memang melekat terlekatlah dalam koc komuter yang ada 3 kerat itu sahaja. Patutnya KTMB kena buat lima lima koc baharulah kurang sikit terjadi istilah 'tin sardin' setiap hari. He he he.

Tengahari memang lengang orang disekitar stesen KL Sentral, maklumlah kaum adam wajib menunaikan solat Jumaat. Sambil-sambil mata menjeling meilhat waktu destinasi yang terpampang depan mata, aku membaca novel 'Tidak Secantik Husna' karya daripada Ainul Hazrah. Jadi baharu sahaja hendak membelek plot cerita dalam novel ini maka dengan rasminya aku tidaklah boleh nak war-warkan samaada jalan ceritanya menarik ataupun tidak.

Jadi sesiapa belum beli mai pakat ramai-ramai terjah 'sarang-sarang' kedai buku yang ada serata tanah bumi Malaya ini. Chewah! Siap promo lagi kau!

Berbalik melihat destinasi komuter yang akan sampai dalam masa lima belas minit, mata aku sempat membaca bab seterusnya kisah novel ini. Ok..ok aku habaq permulaan tang bab pertama dan kedua naa..lain-lain hangpa pi pakat beli la (senyum sengih sorang-sorang).

Kisah si Hariez diminta memilih seorang cucu perempuan daripada lapan orang yang masih lagi bujang trang tang tang yang telah disuarakan oleh opahnya yakni mak tok yang terkenal dengan sikap tegas dan garang itu. Perkenalan tanpa sengaja, Tija yang begitu menyayangi sepupu-sepupu kecilnya dan seringkali memberikan buah tangan berupa keropok kesukaan mereka. Mak toknya pula memang tidak sukakan Tija, katanya membawa malang dalam keturunannya. Hariez mula mengambil langkah untuk mengenali hati budi Tija yang sebenar. Hatinya bagaikan tercarik-carik untuk mendekati Tija yang umpama jinak-jinak merpati itu. Namun entah kenapa Hariez mula terpikat dengan kecantikkan Husna namun hati lelakinya lebih dekat untuk memiliki Tija. Apakah kesinambungan cerita novel ini bisa meruntun hati pembaca diluar sana?

Jadi pi beli naa... He he he.

Tiba sahaja komuter menuju ke Seremban aku melilau mencari tempat duduk yang selesa. Padahal banyak lagi kosong, penumpang yang ada dua tiga kerat sahaja didalam koc yang terlah disediakan khas untuk kaum Hawa sahaja. Kalau petang-petang naik komuter kaum Adam pun ada terselit. Kebanyakkannya yang terselit itu kaum pendatang la pasai apa tau depa mana nak faham bahasa Melayu ka, cina ka, india ka mahupun bahasa Inggeris. Kesian kan?

Malaysia kena jadi tempat pusat bahasalah selepas ini. He he he.

Aku duduk dibahagian belakang sekali tepi tingkap kaca yang luas itu. Baharulah syok untuk sambung baca novel yang aku mula rasa tertarik meskipun baca bab pertama dan kedua sahaja. Aku dapat rasakan plot cerita ini boleh menarik hati aku yang sebenarnya agak memilih untuk membaca novel-novel terbaharu.

Eleh! Tadi cakap tak boleh nak bagitau kan? berbelit betul ler kau Adriana. Hu hu hu.

Aku mencapai telefon bimbit dan terus mendail nombor kepunyaan Rina. Kenalah beritahu lokasi aku yang sebenar, katanya senang nak budget time ambil aku di stesen perhentian Kuala Pilah. Kalau menaiki komuter tempoh perjalanan mengambil masa dua jam. Kalau dari stesen perhentian bas dan teksi Seremban menuju ke Kuala Pilah pula mengambil masa satu setengah jam. Campur waktu untuk solat dan makan, gedebak gedebuk semua sekali dalam masa empat jam! Biasalah public transport kenalah ada tahap kesabaran yang tinggi.

Kalau ada kereta sendiri dua jam lebih sudah sampai. Hu hu hu. Tapi apakan daya, kereta sendiri tak ada. Nak-nak lagi lesen memandu pun belum berjaya dimiliki. Bukan malas ataupun tidak ada duit, tapi tahap penakut aku mengalahan orang fobia melihat darah. Sikap penakut dan ragu-ragu aku inilah sampai sekarang lesen memandu masih belum ada. Cuba bagi motor dekat aku, memang macam pelesit aku bawa. He he he...

Tutt..tutt...tutt..tutt...

"Assalamualaikum...hello...weih ko kat mana?"

Patutnya akulah yang kena beri salam dahulu kan? Bagus betul dua pupu aku ini. He he he.

"Waalaikumsalam. Aku dalam komuter nak gerak ke Seremban la ni. Aku sampai dalam pukul tiga petang macam itulah kalau dah tolak masa itu ini. Kau boleh ke keluar pejabat ambil aku? Kau balik pukul berapa?" Soal aku. Tak naklah sampai menyusahkan dia keluar pejabat dalam waktu yang tidak sepatutnya.

"Takpe, aku ambil kau sekejap hantar kat rumah. Aku balik pukul 5.30 petang. Boss aku ni ok, kau jangalah risau. Dah nak dekat sampai, kau berhenti aje dekat Hospital Kuala Pilah tu tau. Dekat sini aku nak ambil dari situ.

"Haaa..oklah kalau macam itu. Jangan aku membuta sudah. He he he.."

"Kau kalau terlepas terus sampai ke Bahau lak. Ha ha ha."

"Ok..ok..aku ni kalau berjalan naik public transport payah nak tido mati. Tido-tido ayam aje. Oklah, apa-apa hal nanti aku call kau balik. Selamat berkerja.  He he he.'

"Ok. Eh! Ad...ada orang minta sampaikan pesan."

"Haa...siapa yang dah lama hidup berani sampaikan pesan tu? He he he."

"Budak-budak pejabat ni ha. Sibuk suruh sampaikan pesan kirim salam dekat kau. Aku cakap kau cun, berlumba-lumba mintak kirim salam."

"Chet! Podah. Banyaklah kau punya cun. Kirim salam ajelah kat diaorang balik. Oklah...bye..."

"Bye Ad...jumpa petang ni."

"Ok...Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Talian dimatikan dan aku meletakkan kembali telefon bimbit murah jenama Sony Ericsson ini didalam beg galas yang aku bawa. Baju tak perlu bawa banyak-banyak sebab saiz badan aku dan Rina lebih kurang sama. Cuma dia sedikit kurus dan aku sedikit sedang-sedang sahaja. Alah kira sedikit berisi daripada Rina. Mantap orang kata. Hu hu hu.... Perasan!

Aku menyambung kembali membaca bahan bacaan yang satu-satunya ada dalam tangan aku sekarang. Ngeee...

**********

MALAM ini aku berjalan-jalan mengikuti Rina menuju ke pasar malam yang diadakan setiap malam Sabtu daerah Kuala Pilah ini. Sedap-sedap mata aku tengok makanan yang ada. Aku dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan! Bak kata emak, ada naga lapar dalam badan aku. Ha ha ha. Mak memang sengaja provoke supaya aku tidak melebih-lebihkan makanan dalam kehidupan seharian. Perut aku memang asyik meminta sumbatkan makanan yang sedap-sedap sahaja. Hai nasiblah badan tidak gemuk mendadak. Kalau tidak memang payah hendak menguruskan diri.

Seksa you!

Tiba siang tadi aku menunggu ketibaan Rina yang mengambil aku diperhentian bas berhadapan dengan Hospital Kuala Pilah. Aku dan Rina siap buat lawak dalam kereta sebelum sampai dirumah. Kata Rina, malam ini kawan-kawan pejabatnya ajak minum untuk sesi perkenalan. Pelik aku. Ha ha ha.

Aku mengenakan t-shirt berwarna putih dan track suite berwarna biru gelap. Macam budak sekolah daa...tapi nasib baik t-shirt itu ada gambar bunga berwarna pink. Wah! Pink sungguh hati. Jadi kuranglah nampak macam budak sekolah kan kan kan... Rambut aku yang panjangnya menghampiri pinggang aku ikat tocang dua sahaja. Ayulah kononnya itu! Padahal sengaja buat macam itu supaya tidak nampak sangat aku ini anak kelahiran Kuala Lumpur.

Apa kes masuk kawasan kampung orang nak pakai baju tak cukup kain kan? Mak pun pernah cakap, selangkah aku keluar menayang aurat maknanya selangkah jugak abah menuju ke neraka. Oleh kerana aku sayang kedua orang tua aku, maka aku berpakaian yang senonoh. Cuma aku belum sampai seru untuk bertudung. Bukan tak nak tapi aku tak mahulah nama sahaja bertudung tapi dari segi syarak yang lain aku tidak betul-betul bersedia. Ini pun sudah boleh buat langkah kaki abah ke neraka. Belum campur kalau pakai pakaian yang tidak senonoh.

Sedih! Astaqfirrullah al-azhim!

Insya'allah suatu hari nanti aku pasti aku akan bertudung juga. Semoga penghijrahan itu benar-benar ikhlas dan bukan kerana siapa-siapa tetapi kerana Allah SWT. Amin...

Sampai sahaja tempat yang dijanjikan, itu dia ada enam tujuh orang sedang menanti. Jamuan sambut kedatangan aku ke apa? Ah! Sudah angin penyegan aku sudah sampai. Mulut terkunci serapat-rapatnya. Mana tak gila! Aku mana pernah jumpa diaorang ini semua. Dua pupu aku ini memanglah! Hu hu hu

Dibarisi empat orang lelaki dan tiga orang perempuan, kalau termasuk aku dan Rina jadilah lima orang perempuan semuanya. Tiba-tiba mulut aku berkata...

"Eh! Lotter AF la..." Kemudian aku menekup mulut apabila terlepas cakap.

"Lotter AF? Ha ha ha..."

Semua ketawa dan lelaki itu hanya tersengih. Betul wa cakap sama lu! Muka dia sejibik macam Lotter AF tu! Masa aku layan AF waktu ini juaranya si Faizal senyum sokmo tu memang aku minat Lotter pasal dia punya karisma itu kelakar. Dia jadi kawan baik si Faizal dalam akademi. Boleh pulak kau berlinang airmata sewaktu bercakap-cekap depan cermin dengan Lotter. Sedih ooo... Hu hu hu.

"Selamat berkenalan. Nama saya Nizam." Tiba-tiba si kurus tinggi lampai ini membuka bicara. Aku tersengih sahaja sambil angguk-angguk.

"Saya Nadia..." Aku angguk lagi.

"Saya Faiz..." Muka macam si Lotter ini perkenalkan diri." Aku tersengih lagi.

"Sorry...ingat Lotter tadi." Aku memohon maaf. Padahal bukan perkara besar pun. Angin gelabah aku memang macam ini. Akan buat diri aku lupa daratan. Hu hu hu.

"Takpe...dah biasa dah..." Faiz tersenggih.

"Saya Akmal dan ini tunang saya Ira..." Aku bersalaman dengan kaum Hawa. Kaum Adam? Sengih sahajalah.
"Saya Munirah."

"Saya Rina."

"Mengadalah nak perkenalkan diri dekat aku jugak." Aku berseloroh.

Semua tersenyum dan tiba giliran aku pula perkenalkan diri.

"Saya Ad...Adriana...panggil aje Ad."

"Dah kahwin belum?" Si Nizam ini mengusik aku.

"Kalau dah saya angkut suami sekali duduk sini join korang sekali kan." Itu dia jawapan yang keluar daripada mulut aku. Kono penyegan, mulut terkunci! Pirahlahhh mabuk!

Faiz hanya tersengih memandang aku. Aku pun ikut tersengih jugaklah. Hilang terbang melayang perasaan penyegan aku tadi. Tiba-tiba boleh join sekali dan sekepala dengan diaorang ini. Pelik aku dengan diri aku ini. Sesekali aku tersasul memanggil nama Faiz ke Lotter. Akhirnya melekatlah nama Faiz itu menjadi Lotter dimulut aku.

**********

SEMINGGU berada di Kuala Pilah, harini aku kena balik sebab lusa ada sesi temuduga salah sebuah syarikat vendor yang menyediakan sistem online. Alhamdullillah sebab kakak yang bekerja disitu mengajak aku memohon jawatan kosong disyarikat tersebut. Zaman sekarang bukan senang hendak mendapat kerja kalau hanya ada segulug ijazah tetapi tiada pengalaman bekerja memang agak payah untuk diterima masuk.

Berkenalan dan berlawak jenaka rakan-rakan baharu ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa bosan didalam hati aku sepanjang tempoh pengangguran ini. Bukan aku tidak usaha cuma rezeki sahaja belum sampai. Semoga temuduga itu nanti aku berjaya melepasi tahap piawaian yang mereka kehendaki. Aku hanya ada segulung Sijil Pelajaran Malaysia.

Bukan tidak mahu belajar cuma aku malas hendak melanjutkan pelajaran. Mak dan abah memang bising disebabkan perangai anaknya yang tidak terjangka ini. Kalau malas dipaksa belajar tidak menjadi jugak bukan. Kalau terkandas ditengah jalan bukankah iu hanya perkara sia-sia?

Nizam dan Faiz menemani Rina untuk menghantar aku distesen perhentian bas yang akan terus menuju ke destinasi Kuala Lumpur. Aku tidak perlu menaiki komuter dari Seremban kerana perkhidmatan bas ini menggunakan laluan terus ke sana. Hilanglah sikit penat lelah aku sekejap naik itu sekejap naik ini.

"Ad...kalau ada masa jangan lupa datang sini lagi tau. Sedih aku bila kau nak balik ni." Rina sudah memulakan drama sayunya.

"Alaaa...bukan tak boleh jumpa lagi. Time aku cuti panjang bolehlah datang sini. Tapi kalau aku dah start keje kenalah plan cuti yang sesuai."

"Ad... Jangan lupa kitaorang dekat sini tau." Nizam bersuara. Aku hanya tersenyum. Aku pandang Faiz dan dia juga tersenyum.

"Bye Lotter...nanti jumpa lagi..."

"Saya akan rindu awak..." Perlahan Lotter bersuara dan aku sedikit terkejut dengan penjelasan itu. Nasib baik Rina dan Nizam tidak mendengar perbualan separuh berbisik antara aku dan Faiz.

Rasa macam mahu pengsan pun ada. Aduh! Faiz....Faiz...

"Ha ha ha...buat lawaklah Lotter ni." Aku sengaja menyembunyikan perasaan gemuruh aku. Pantang kalau bab-bab yang bersoalkan hati serta perasaan ini. Aku memang lemah kalau bab ini yang dipersoalkan.

"Saya tak melawak dan ini bukan perkara sengaja saya nak cakap. Sungguh saya akan rindukan awak Adriana. Saya harap awak akan datang lagi ke sini. Saya akan tunggu awak." Luah Faiz dan membuatkan aku semakin rasa tidak selesa. Kenapa ini pula yang terjadi?

"Err...Lotter kena serius sangat ni? Rilekslah... Kalau saya ada kesempatan lagi datang kemari kita hangout sama-sama macam malam-malam yang lepas. Korang semua memang baik dan kelakar. Jangan rindu-rindu Lotter nanti jatuh cinta susah pulak jadinya.

"Itu yang tengah saya rasakan sekarang Adriana..." Balas Faiz dan benar-benar buat aku tergamam seketika. Serius betul budak ni! Baru kenal seminggu sudah berani jatuh cinta. Oh dunia...dunia...

"Mengadalah Lotter. Oklah saya nak naik bas ni. Mana perginya si Rina dengan Nizam ni? Bercinta duaorang ke apa tu?" Aku sengaja mengubah topik yang semakin lama semakin hangat ditambah pula dengan cuaca yang tengah membahang.

"Mintak nombor telefon. Senang saya nak berbual dengan awak kalau saya rindu. He he he..."

"Mintak dengan Rina. Itupun kalau awak berani mintak dan Rina bagi lah ye. He he he...lagipun saya tak ingat nombor telefon bimbit saya." Aku makin mengelak.

"Kalau tak nak bagi terus terang aje Adriana, awak tak perlu berdalih dengan saya. Saya ok aje. Takpe sekejap lagi mintak dengan Rina." Senyum sahaja Faiz kepada aku.

Hambik kau Adriana!

"Er...er...saya melawak aje. Don't take it seriously ok. See soon. Bye." Aku cepat-cepat naik ke dalam perut bas. Tidak sanggup berhadapan dengan Faiz yang semakin lama semakin gerun aku melihat anak mata dia. Panahan cinta ke apa?

"Ad...Ad...nanti sampai bagitau aku ok." Rina mengetuk-ngetuk cermin bas dan penumpang yang ada dalam bas memandang ke arah kami. Rina...Rina...kau memanglah mengalahkan pasangan bercinta sahaja..huhuhu...

"Ye..ye...kirim salam semua tau." Aku melambai-lambai perlahan. AKu terpandang Faiz dia hanya sekadar tersenyum. Tidak lama kemudian satu pesanan ringkas masuk ke dalam peti simpanan telefon bimbit aku. Aku mengamati nombor yang tidak dikenali.

Kejadah apa pulak ni?

'Assalamualaikum. Selamat perjalanan balik. Rindu awak selalu Adriana. Dari Ahmad Faiz Tarmizi @ Lotter awak.'

Aku seperti mahu pengsan! Cepatnya Rina bagi nombor telefon bimbit aku! Tapi bila masa dia bagi?

**********

ALHAMDULILLAH aku berjaga pada temuduga yang lepas. Aku diterima masuk kerana pengalaman bekerja dahulu dan sedikit sebanyak mendapat rekemen daripada kakak yang pernah menganali aku suatu masa dahulu. Kami pernah berkerja dibawah satu bumbung yang sama. Berkat doa mak dan abah akhirnya aku mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Allah memakbulkan doa emak dan abah aku. Terima kasih dan syukur kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih.

Perhubungan aku dan Faiz semakin lama semakin rapat. Sudah hampir sebulan lebih aku bekerja disini aku tidak sempat lagi menjengah mereka disana. Berulangkali Rina menelefon aku bertanya bila hendak datang ke sini. Dia siap hendak mengadakan jamuan kecil sempena kejayaaan aku memperolehi kerja dalam jangka masa yang pendek dalam tempoh pengangguran selama tiga minggu.

Kalah mak dan abah aku tau.

Dalam pada masa yang sama Faiz tidak habis-habis mengucapkan tahniah. Katanya tidak sabar hendak berjumpa dengan aku. Aduh! Aku semakin takut dengan perasaan sebegini. Bukannya apa aku masih belum betul-betul kenal siapa si Ahmad Faiz Tarmizi ini.

Sepanjang menjalankan tugas disini, aku rasa agak selesa jugak. Mungkin baharu berkerja aku sudah memandai membuat spekulasi sendiri. He he he... Apa-apa pun aku tetap bersyukur diatas rezeki yang Allah bagi. Dapat gaji pertama, agenda pertama aku adalah belanja mak dan abah makan. Oleh kerana aku sahaja anak tunggal mereka.

Sayang mak dan abah!

Bulan puasa memang menduga kekuatan mulut aku untuk bersuara. He he he.

Tutt...tuttt...

"Assalamualaikum Ad..."

"Waalaikumsalam..."

"Sibuk?"

"Bolehlah..."

"Aik lemah aje..."

"Penat sikit harini."

"Raya nanti datang sini tak?"

"Insya'allah kalau takde apa-apa aku datang. Kenapa? Rindu sangat ke dengan aku? He he he."

"Aku rindu jugak tapi ada orang lagi rindu gila dengan kau. Hari-hari tanya aku itu ini tentang kau. kau datang sini bukak kaunter pertanyaan terus."

"Ha ha ha..." Hanya itu sahaja mampu aku ajukan. Malu tahap gaban sudah.

"Aku tanya ni bila kau nak datang sini weih?"

"Adoi..nanti aku confirm balik. Dia nak apa?"

"Dia nak pinang kau! Ha ha ha..." Rina berseloroh dan membuatkan jantung aku berdegup laju dari kadar biasa.

"Bongok! Ha ha ha...weih oklah aku nak buat keje ni. Malam karang aku call. Kau balik kampung tak?"

"Haruslah balik. Aku lagi dua hari nak raya balik dah."

"Ok, aku balik hari raya kedua la."

"Ok...aku seminggu dekat kampung. Sempatlah kita jumpa."

"Ok...aku letak dulu. Telefon office menjerit-jerit diminta angkat. He he he."

"Ok..ok..bye. Assalamualaikum." Baharu aku perasan aku dan Rina memang fanatik dengan perkataan 'ok' he he he.

"Waalaikumsalam." Cepat aku matikan talian dan terus menyambung menjawab talian pejabat pula. Penat bercakap dengan Rina masih belum habis datang pulak panggilan yang tidak sabar-sabar mahu dilayankan.

"Hel..."

"Assalamualaikum Adriana..."

Namun aku terkaku apabila terdengarkan suara itu. Macam mana dia boleh dapat nombor telefon pejabat pulak?!

**********

GILA! Memang kerja gila! Aku tiba-tiba bersetuju dengan permintaan Faiz untuk sama-sama pulang ke kampung dia untuk berhari raya bersama-sama dengan Rina dan Nizam. Macam berpasang-pasangan pulak jadinya.

Bayangkan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Pilah kemudian berpatah balik ke Kuala Perlis! Itu dia cinta tiga Kuala bertemu.

Kami menaiki kereta Nizam yang pada mulanya perjalanan menuju ke kampungnya di Tampin, Negeri Sembilan. Kemudian meneruskan perjalanan keesokkan harinya menuju ke Kuala Lumpur semula. Setelah meletakka kereta di kawasan stesen Kuala Lumpur, kami menaiki keretapi pula menuju ke Kuala Perlis.

Apabila aku dan Rina duduk berdua dan Nizam bersama dengan Faiz. Entah macam mana selepas aku keluar daripada tandas menuju ke tempat duduk, hampir hendak terkeluar biji mata aku daripada soket tengok Rina sudah duduk berdua dengan Nizam.

Hendak tak hendak kena jugaklah aku duduk bersama dengan Faiz. Sebenarnya aku memang tidak suka dirancang-rancang benda sebegini. Bukannya apa kalau tidak menjadi esok, hati siapa yang sakit? Aku jugak. Hendak menarik muka aku rasa itu bukan tindakan yang sesuai untuk pulang menyambut berhari raya ditempat orang. Aku hanya tersenyum melihat Faiz yang tersengih memandang aku. Aku menjengilkan mata ke arah Rina dan Nizam. Dua-dua buat tanda mintak aku pasrah sahaja dengan permainan mereka.

Korang berdua memang ajensi jodoh bergerak terbaik pernah aku jumpa!

Aku melabuhkan sahaja punggung, tiba-tiba Faiz mengenggam jemari aku. Pantas aku menarik sebab memang terkejut dengan tindakan Faiz. Kemudian aku terus memandang keluar tingkap meskipun keadaan diluar gelap kerana hari sudah malam! Hendak tidur lelapkan mata pun aku rasa mood sudah melayang. Sedangkan badan sangat penat dengan perjalanan yang agak panjang. Makan masa berjam-jam dan nasib baik pergi Kuala Perlis ini menaiki keretapi. Agak-agak lenguh bolehlah berjalan-jalan sekejap.

"Maafkan saya Ad..tak sengaja."

"It's ok. Maaf ye, saya nak jalan-jalan sekejap." Aku terus keluar dari tempat duduk. Tidak percaya dengan tindakan Faiz yang begitu mengejutkan.

Belum apa-apa sudah pandai-pandai pegang tangan aku! Lesen penuh belum dapat sukahati nak pegang-pegang tangan anak dara orang. Anak emak dan abah aku! Memang kepantangan akulah kan. Tiba-tiba hati menjadi sangat sakit dan aku melepaskan rasa amarah itu dengan berdiri ditepi koc yang bersambungan dengan koc yang lagi satu.

Aku hampir merembeskan airmata. Apahal pulak aku hendak sedih gila macam ini? Padahal pegang jari sahaja pun! Bukan buat benda tak senonoh. Adriana...Adriana...

Aku mengelap airmata sendiri dan menghelakan nafas untuk berfikiran positif. Aku berpaling dan alangkah terkejutnya apabila melihat wajah Faiz sudah tersembul dibelakang aku. jari aku diraih dan membuatkan aku semakin tersepit dengan keadaan. Kenapa Faiz buat begini?

"Awak marahkan saya ke Adriana?"

"Err...err...tak..tak..."

"Kalau tak kenapa awak menangis? Saya sukakan awak Adriana. Jangan ditanya kenapa tetapi itulah yang saya rasa ketika ini sama seperti saya nampak awak mula-mula dahulu. BIla awak balik semula ke Kuala Lumpur, hati saya semakin sakit sebab tak berani luahkan perasaan saya pada awak. Saya tahu saya tidak sepatutnya buat begini tapi saya tak mahu kehilangan awak buat kali kedua. Saya...saya..." Faiz kehilangan kata-kata dan aku melihat dia menggeleng berkali-kali.

Apa harus aku jawab? Ya ataupun tidak? Aku kusut. Aku terus menerus diamkan diri. Melihat sahaja wajah Faiz tanpa terkeluar apa-apa jawapan daripada mulut aku yang kini terkunci rapat. Jari aku masih melekap denga jemari Faiz. Kenapa disaat-saat begini hubungan rapat dalam istilah sahabat jadi kekasih pula?

Kalau boleh aku tidak mahu satu hari nanti ikatan persahabatan itu putus jikalau ikatan percintaan tidak kesampaian. Itu yang paling aku takuti!

"Ad..."

"Saya tak tahu...saya nak balik ke tempat duduk."

"Ad....Ad...Saya mintak maaf."

Aku berlalu pergi meninggalkan Faiz yang tegak berdiri disitu.

**********

SELEPAS insiden itu, tali persahabatan aku dan Faiz tidak lagi rapat. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Pesanan ringkas daripada Faiz tidak aku balas. Bukan tidak mahu tapi aku sendiri tidak tahu mahu membalas apa. Aku membiarkan sahaja. Rina memarahi aku kerana membuat begitu kepada Faiz.

Hendak atau tidak aku harus berdepan dengan kenyataan itu. Minggu hadapan kenalah juga berdepan dengan Faiz untuk langsaikan segala-galanya. Aku sebenarnya memang sukakan Faiz tetapi boleh ke cinta jarak jauh itu bertahan? Tidakkah suatu hari nanti rasa itu akan berubah sekelip mata?

Faiz menunggu kehadiran aku dengan gembira sedangkan hati aku tidak rasa sebegitu. Kenapa berat sangat aku rasa ya? Macam terasa akan terjadi sesuatu yang akan membuatkan aku sendiri merasa sakit. Apakah ini dikatakan hukum karma?

Setibanya aku di Kuala Pilah, berdentam dentum peluru yang ditembak dari Rina membuatkan aku menjadi semakin bingit. Rina mengatakan bahawa aku mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak! Bukan itu maksud aku hendak berbuat begitu tetapi Rina harus tahu, cinta bukanlah pekara yang boleh dibuat main-main. Ianya melibatkan perasaan dan hati! Ya hati perlu dijaga supaya tidak disakiti. Pengalaman lalu membuatkan aku lebih berhati-hati dalam soal cinta. Hati aku bukan senang untuk diserahkan lagi-lagi orang yang baharu sahaja dikenali tidak sampai dua bulan pun.

"Kau ni Ad...hei aku nak marah lebih-lebih pun tak sampai hati. Apa yang payah sangat kau nak terima si Faiz tu?"

"Kau tak faham Rina...ini soal hati yang bukan senang-senang diterima macam itu aje."

"Ad...Ad..terpulang pada kaulah. Faiz tu baik. Itu aje aku nak cakap dengan kau."

Aku terdiam. Memang Faiz itu baik. Semasa datang berhari raya dikampungnya pun aku dilayan dengan baik. Sedikit sebanyak cair jugaklah hati aku kan. Tapi itulah....aku ini yang entah angin apa macam tarik-tarik tali dengan Faiz.

"Esok Faiz nak jumpa. Malam esok kita keluar minum. Korang duaorang berbincanglah elok."

"Hmm..." Itu sahaja jawapan yang keluar daripada mulut aku. Rina menggeleng.

Esok malamnya seperti yang telah dijanjikan, aku ebrtemu empat mata dengan Faiz. Dia seperti biasa tersenyum sahaja. Ini yang buatkan aku semakin lemah. Senyuman dia memang terbaik wok!

"Assalamualaikum Ad..apa khabar?" Faiz memulakan perbicaraan. Aku yang dari tadi dok mengacau-ngacau milo ais untuk meratakan susu yang telah berkumpul.

"Waalaikumsalam Lotter. Ad sihat aje. Lotter?"

"Sihat pada badan tidak pada hati." Tu dia mendalam weih.

"Kenapa dengan hati Lotter?" Aku sudah tahu tetapi sengaja mencurahkan minyak petrol. Memang mencari penyakitlah aku ini.

"Hati saya dah kena curi. Orang tu curi lepas tu tak pulangkan langsung, sekarang badan aje berperasaan tetapi didalam ini bagaikan mati Ad."

Aku menghelakan nafas. Beria benar aku mendengarkan kata-kata Faiz.

"Kalau saya pulangkan balik agak-agak hidup tak hati awak tu?"

"Hidup kalau dibaja dengan cinta daripada awak."

"Faiz..."

"Tetapi saya tidak memaksa. Terpulang pada awak Adriana."

"Ok...saya terima cinta awak. Tapi tolong jangan sakitkan hati saya pulak."

"Terima kasih Adriana. Mana hati tu? Bak pulangkan balik. He he he." Senyum melebar aku tengok airmuka Faiz setelah aku menerima permintaannya. Mengada sungguh. Karang tarik balik baru tahu.

"Carilah sendiri hati awak tu. Mana boleh mintak-mintak kalau dah bagi kan." Aku menyedut air milo yang sejuk itu. Sedap sikit rasa tekak yang haus ini.

"Don't worry, you may trust me. Simpan hati saya itu dalam hati awak ok. Saya hantar awak baliklah."

"Eh! Jangan tadi saya keluar dengan Rina jadi saya akan balik dengan Rina jugak. Nanti apa kata pakcik dan makcik saya pulak. Berada ditempat orang saya kenalah jaga perasaan orang lain jugak."

"Kenapa perasaan saya tempohari awak tak nak jaga?"

Aku terus diamkan diri. Itulah kono bijak sangat hendak berkata-kata. Sekali terkena batang hidung sendiri.

*********

ANGIN tak ada, ribut pun tak ada tiba-tiba Faiz mendiamkan diri tanpa khabar berita. Satu pesanan ringkas aku tidak berbalas. Telefon pun jangan harap hendak berangkat. Ada apa-apa jadi pada dia ke? Kata Rina dia ok sahaja dia pejabat. Tetapi kenapa dengan aku dingin pula? Aku ada buat salah ke?

Rasanya tidak.

Hendak atau tidak aku sanggu menjelajah ke Kuala Pilah dua minggu berikutnya. Aku hendak tahu jugak kenapa saat aku sudah bagi hati aku, Faiz tiba-tiba buat perangai diamkan diri pulak. Andai aku ada salah apa-apa kenapa tidak mahu berbincang ke, bertanya apa-apa ke. Ini tidak senyap sunyi macam mana nak selesaikan masalah.

Ini satu kepantangan aku kalau aku bersalah sila beritahu supaya aku boleh perbetulkan keadaan. Bukan diamkan diri semata-mata. Hati aku terasa sangat sakit sekarang. Berjanji bagaikan nak rak supaya mempercayai dirinya. Bila aku diamkan diri, kononnya diri separuh mati la. Hati tidak berfungsi bagailah.

Geram tahu.

Perkara gila yang aku buat adalah mengarahkan diri sendiri berjumpa dengan Faiz dengan kadar segera. Bayangkan hari Jumaat yang penuh dengan manusia bersesak sana sini di stesen KL Sentral aku sanggup redah. Perjalanan terpaksa diperlahankan kerana isi kandungan dalam setiap koc begitu padat. Maklum sahajalah kalau hari Jumaat kan. Semua orang berlumba-lumba hendak balik ke destinasi masing-masing.

Walaupun aku terpaksa berhimpit sana sini asalkan aku dapat masuk dan menuju ke destinasi yang aku pilih dengan hati yang penuh dengan sebal. Kenapa hati aku sangat marah sekarang?

Sampai sahaja di stesen perhentian bas Kuala Pilah aku terus menelefon Rina minta tolong ambilkan. Kalau jalan kaki sorang-sorang balik rumah memang mencari pasal namanya. Jalan sekitar hendak masuk ke Taman Arwana memang senyap sunyi dan gelap. Tidak pernah dibuat orang berjalan seorang diri diwaktu malam sebegini. Rina terkocoh-kocoh mengambil aku di stesen. Maaflah Ria dua pupuku, terpaksa susahkan kamu.

"Sorry..."

"Kenapa pulak?" Rina memandang aku pelik.

"Datang mengejut macam ini. Aku hendak selesaikan perkara ini secepat mungkin."

"Aku faham. Esok kita jumpa Faiz. Kita terus pergi rumah dia. Aku dah bincang dengan Nizam. Kalau boleh aku dengan Nizam tak nak masuk campur urusan korang. Tapi aku mintak maaf jugak sebab paksa-paksa kau terima dia dulu. Tak sangka aku."

"It's ok. Aku cuma nak penjelasan aje. Lepas tu aku balik terus. Kalau mama tanya apa-apa kau cakap aje hal 'kecemasan' tau. He he he..."

"No hal Ad..."

Sampai sahaja dirumah aku bersalaman dengan pakcik dan makcik aku seperti biasa. Baharu aku perasan satu hari aku tidak makan nasi. Ini dalam sejarah! Adriana dan makanan berjaya dipisahkan. Hu hu hu. Pada mulanya mak bising jugak sebab aku selalu datang ke sini. Apa hendak buat mak anakmu bercinta dengan orang jarak jauh.

Puas Rina mengajak aku makan, tetapi selera aku benar-benar mati. Aku hanya meneguk air masak untuk menghilangkan dahaga. Kalau orang lain sedih bagai nka rak tapi aku masih cool sebab buat apa hendak melalak untuk benda sebegini. Aku dengan airmata memang tidak selari dengan hati. Ramai yang kata aku ini dingin dan beku perasaanya.

Ye ke? Ikut perangai abah kot.

Keesokkan pagi sebelum minum pagi, aku dan Rina pergi berjogging dahulu disekitar kawasan Istana Meranti. Disitu ada padang  dan sesuai jugaklah untuk pergi beriadah. Rupanya ramai juga penduduk kampung menjalankan aktiviti yang menyihatkan badan itu. Budak-budak paling ramai bermain layang-layang. Ada jugak orang berjongging. Ini yang menambahkan semangat aku untuk menjaga kesihatan diri. Soal antara aku dan Faiz diletakkan ketepi dulu. AKu dan Rina masing-masing memasang ipod dan kiraan nadi untuk mencatat degupan jantung.

Setelah berjogging, aku melakukan sedikit senaman ringan. Kemudian kami mencari warung yang menyediakan sarapan pagi. Hendak balik ke rumah rasanya malas sebab selepas itu kami akan terus menuju ke rumah sewa Nizam untuk bertemu empat mata sendiri dengan Faiz.

Setibanya dihadapan rumah sewa Nizam, aku melihat kelibat Faiz bersiap-siap hendak keluar. Macam tahu-tahu sahaja aku datang. Eh..mamat ini sengaja hendak permainkan hati aku ke?

"Assalaualaikum Faiz. Boleh kita bercakap sekejap?"

"Waalaikumsalam. Eh! Ad...bila sampai? Buat apa dekat sini? Berjogging ke?" Faiz tersekat-sekat bersuara apabila aku tiba-tiba sudah muncul disini.

"Saya hendak tanya satu soalan sahaja. Perhubungan kita itu mahu diteruskan ataupun berhenti setakat ini sahaja?" Meluncur laju soalan yang aku berikan. Malas hendak bercerita panjang lebar. Soalan Faiz tadi pun aku tidak hiraukan. Penyakit malas memang sebati dalam jiwa aku! Tetapi bukan pemalas solat, puasa dan tidak buat kerja rumah tu tau. He he he...

"Er...saya rasa kita berkawan rapat dahululah Ad supaya kita boleh kenal hati masing-masing dengan lebih dalam lagi."

"Ok...terima kasih. Bye. Assalamualaikum Ahmad Faiz Tarmizi a.k.a Lotter." Aku terus berlalu pergi. Nizam yang baharu sahaja tiba dihalaman rumah terkebil-kebil memandang aku dan Rina. Aku hanya tersenyum sahaja. Takkan pasal Faiz aku dan Nizam hendak bermasam muka pula kan.

"Balik dulu Nizam. Sorry tak dapat berborak dengan kau. Aku ada hal kecemasan." Aku bersuara menghilangkan kebisuaan kami. Rina hanya tersenyum tawar.

"Rina, jom balik bas aku pukul dua belas tengahari nanti. Karang terlambat terlepas pulak perjalanan aku."

Rina angguk-angguk masuk dalam kereta. Kasihan pula dua pupu aku ini, minta maaf banyak-banyak. Ini adalah kali terakhir aku susahkan kau Rina. Selepas ini tidak ada lagi.

Setiba dirumah, aku bersiap-siap dan mandi. Nasib baik malam tadi hanya keluarkan barang yang perlu sahaja. Yang lain semuanya masih ada dalam beg galas aku. Perjalanan yang cukup meletihkan. Terkejar sana dan sini hanya untuk satu soalan sahaja. Memang gila kau ini Adriana Zafiera!

Tidak lama kemudian Rina menghantar aku menuju ke perhentian bas. Berbekalkan sarapan pagi sengan sekeping roti serta milo panas aku balik ke Kuala Lumpur. Esok kerja! Mana boleh suka-suka hati aku hendak ponteng ataupun tipu cuti sakit. Sungguhpun soal peribadi mencengkam jiwa namun semangat untuk berkerja masih tetap utuh dalam sanubari!

Chewwah! Positif betul pemikiran.

Aku memeluk Rina dengan senyuman. Nizam yang sempat tiba berulang kali memohon maaf. Kelibat Faiz tidak kelihatan. Biarlah sebab aku sudah temui jawapannya. Terima kasih kerana buatkan hati aku kembali terluka namun tidaklah seteruk dahulu. Kira aku masih boleh mengawalnya.

Bas aku berangkat pergi dan aku menoleh kebelakang semula melambai kepada mereka yang telah bersusah payah untuk aku. Terima kasih banyak-banyak.

*********

SETELAH lima tahun berlalu aku kini telah mendapat cinta yang sejati. Telaahan aku hampir seratus peratus benar bahawa jodoh aku memang bukan dengan Faiz. Aku tidak tahu kenapa dia berbuat sedemikian dan apa yang aku tahu, hati yang sedikit tercalar itu pulih sepenuhnya dengan kehadiran lelaki ini bakal menjadi tunangan aku tidak lama lagi. Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Selepas pertemuan itu tiada lagi khabar berita yang aku dengar tentang diri si Faiz.

Kata Rina, kontrak bersama dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk urusan perumahan dan haratanah telah selesai. Masing-masing sudah balik ke kampung untuk meneruskan mencari peluang pekerja yang lebih stabil. Tahun ini hari raya akan disambut dengan meriah. Pertama aku akan bakal menukar status bujang ke tunangan orang. Kedua, rezeki aku disyarikat mencurah dengan limpah kurnia daripada Allah SWT serta pertolongan rakan sejawat yang memberikan kerjasama yang balik meskipun tidak kesemuanya. Namun aku tetap bersyukur.

Alhamdullillah!

Setelah semua saudara mara sebelah abah telah balik ke rumah masing-masing, baharulah aku berpeluang menghidupkan akaun muka buku ataupun dikenali sebagai Facebook you! Banyak status di wall mengucapkan selamat hari raya yang tidak putus meskipun baharu hari raya kedua.

Tiba-tiba ada makhluk Allah muncul dengan on chatting dengan aku. Namanya agak sedikit pelik. Siapa pulak mamat ini? Bukan main lagi ucap selamat hari raya lepas itu mintak maaf dengan aku. Apa kes kau mat? Kenal pun tidak dan bila masa aku add dia eh? Rasa-rasanya aku ni memang jarang add orang tapi orang yang add aku adalah. Hu hu hu

Gulps! Cerita punya cerita, borak punya borak si Ahmad Faiz Tarmizi rupanya. Heh! Sekarang baharu muncul ka? Nasib baik aku tak jadi marka hang secara serius kalau tidak aku pun jadi la lagu bersendu rindu. Pheww! Nasib baik! Ada rahmatnya.

Rupanya dia hendak menjemput aku ke majlis perkahwinannya yang tidak lama lagi akan berlangsung. Aku ucapkan tahniah sahajalah kan. Takkan nak buka cerita lama lagi walaupun si Faiz ini asyik tanya ingat tak yang itu. Ingat tak yang ini. Aku malas punya pasal terus jawab. Tidak ingat apa-apa pasal memori penuh untuk point kerja. Kira server syarikat.

Oleh kerana aku ini tersangat baik hati aku maafkan segala-galanya yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Perkara lama usah dikenang-kenangkan lagi. Kalau tidak masakan tidak aku terima huluran kasih daripada Mohd Khairi Haziq untuk menjadi peneman aku dikala suka dan duka serta susah dan senang. Adakalanya aku harus akui terselit juga 'merindukanmu' tentang diri Faiz.

Allah...setakat rindu tidak menjadi apa. Namun satu sahaja prinsip aku. Sahabat kalau sudah bertukar menjadi kekasih kemudian cinta tidak kesampaian tetapi untuk menjalinkan kembali tali persahabatan itu adalah perkara mustahil. Kerana masing-masing pasti akan terbit rasa bersalah antara satu sama lain.

Jalan paling selamat adalah buat biasa-biasa sahaja.

Ahmad Faiz Tarmizi terima kasih sebab dahulu pernah hidupkan semula hati saya yang pernah mati. Saya doakan awak bahagia dunia sampai akhirat.

**********

TAMAT

Maaf, saya agak sibuk uruskan perihal majlis saya yang tidak lama lagi bakal menjelang.

Counting of the days for big ceremonies...adeh pening kepala...hu hu hu .... 3 months 24 days to go!

Pejam celik pejam celik tak lama dah tu. Sekejap aje tu. Hu hu hu... pray for me ya. Doa kalian sangat saya hargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Peace Yo!

1 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

nape faiz xckp sebab ape..
xsuka la

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*