Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 3

KAMARUL mundar mandir dan Haizam naik pening melihat kelakuan Kamarul yang umpama cacing kepanasan. Entah apa yang difikirkan sampai tak boleh duduk diam. Rambutnya yang panjang itu di gosok-gosok sehingga kusut masai. Seperti orang kurang siuman.

“Kau ni kenapa Rul? Ke hulu ke hilir dari tadi. Pening aku tengok kau ni. Apsal?” Soal Haizam setelah tidak tahan melihat keadaan Kamarul.

“Aku tengah rancang macam mana nak kenakan budak tu balik.” Balas Kamarul dan masih lagi berjalan ke sana dan sini. Sesekali tangannya mengepal penumbuk.

“Ya Allah! Aku ingatkan apa bendalah tadi. Hanya hal remeh temeh ini yang kau fikirkan?” Getus Haizam.

“Kau mana faham beb. Benda ni macam satu semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa aku. Kalau tak kenakan budak tu aku rasa macam lengkap tak hidup aku.” Kamarul mengaku jujur.

“Yang kau nak pedulikan budak tu apahal? Buat tak tahu sudahlah. Kau pun dah kalah masa kita beat haritu. Dah lupa?” Haizam memang sengaja mengungkit cabarannya terhadap Kamarul dulu.

“Mana boleh! Aku mesti balas dendam! Apa yang dia buat dekat aku tu memang tak boleh dibiarkan saja. Malulah aku beb!” Kamarul mengepal tumbukannya.

“Kau ni macam budak-budaklah aku tengok! Hairan betul aku dengan kau ni. Sebelum ni tak pernah pulak nak mengelabah macam ni. Selamba aje muka kau tu. Sekarang macam ayam berak kapur je.” Haizam semakin geram.

“Kau tak kena memanglah. Cuba kau yang kena. Mesti kau nak balas dendam jugak!” Kamarul mula rasa tidak puas hati. Apabila kawan baik sendiri tidak mahu menyokongnya.

“Entah apa-apalah kau ni. Hal kecik pun nak besar-besarkan. Masa kau kenakan dia dulu tak ada pulak kau fikir pasal malu ke pasal maruah orang ke. Sekarang faham pulak kau bab-bab malu ni ye.” Haizam memulangkan paku buah keras kepada Kamarul. Lantas Kamarul tersentak dengan kata-kata itu. Sedikit terasa pedih di hulu hatinya.

“Masalahnya sekarang dia tu mencabar aku. Lagipun masa tu Minggu Orientasi. Tentulah aku kena berkeras dan ajar budak-budak tu semua. Mana boleh nak berlembut-lembut sangat. Nanti diaorang semua tu naik minyak!” Kamarul masih tidak berpuas hati.

“Macam nilah kawan. Baik kau lupakan saja niat kau tu. Lagipun benda bukan besar mana pun. Kau buat dia lagi teruk aku rasa.” Haizam cuba memujuk.

“Tak boleh! Selagi aku tak buat dia menangis selagi tu aku tak akan berganjak. Ini Kamarul ok! Bukan senang nak mengalah macam itu aje. Lagi-lagi pada budak hingusan macam dia. Tahulah aku nak mengajar dia nanti.” Kamarul semakin membengis. Kejadian yang memalukannya membuatkan Kamarul tidak sabar mahu membalas dendam.

“Sukahati kaulah Kamarul. Aku dah pesan kau tak nak dengar. Kalau ada apa-apa yang terjadi kau jangan nak mengadu domba dengan aku dan Asmira.” Haizam sengaja member amaran. Kamarul tergelak mendengar ugutan Haizam. Tidak menyangka Haizam sudah berubah. Tidak seperti dulu yang selalu menyokongnya dari belakang.

Trust me...” Kamarul mendabik dada. Haizam hanya menggeleng. Tidak faham dengan sikap Kamarul. Kalau dahulu dia selalu mendiamkan diri di atas segala tindak tanduk Kamarul. Tapi kali ini entah mengapa dia berani meluahkan kata-kata. Dari mana semangat itu datang pun dia sendiri tidak pasti.

*****

     HAIZAM menyambung kembali bacaannya. Hujung minggu begini memang dia tidak suka keluar kemana-mana. Lebih senang berehat sambil bersantai di dalam bilik. Sudah empat semester dia sebilik dengan Kamarul. Masak benar dengan perangai Kamarul yang suka membuli dan pantang dicabar.

Dalam diam dia menyukai Asmira. Namun apakan daya Asmira hanya menganggapnya sebagai sahabat. Haizam terpaksa menyembunyikan gelora perasaannya apabila bertemu dengan Asmira.

Teringat kembali saat dia cuba meluahkan perasaannya pada Asmira. Dengan penuh rasa berani dan harapan yang menggunung. Haizam mencuba sebaik mungkin menyusun kata-katanya. Tetapi jawapan yang diterima cukup menghampakan.

“As....Kalau aku tanya ni kau jangan marah pulak”. Soal Haizam berhati-hati.

“Alahai...Takkan nak tanya soalan pun aku nak marah. Entah apa-apalah kau ni Haizam. Saja nak buat lawak dengan aku ke?” Giliran Asmira pula yang menyoal dan Haizam terkulat-kulat.

“Tak adalah. Soalan aku ni sensitif sikit. Melibatkan hal peribadi. Aku harap kau tak marahkan aku.”

“Wow! Soalan apa yang sampai sensitif pulak ni? Takkan kau nak kata kau dah jatuh cinta? Siapalah awek malang tu kan. Hahaha.” Asmira ketawa dan wajah Haizam mula membahang menahan malu.

“Kau ni aku nak tanya betul-betul. Bukan main-mainlah. Aku campak kau kat dalam parit tu kang baru padan muka.” Haizam mengugut.

Orait...orait...Jangan marah. Cool...cool” Asmira tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya.

Haizam mula menggaru tapak tangannya yang tidak gatal. Entah kenapa tiba-tiba mulutnya bagaikan dikunci. Sukar untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati.

“Kau ni nak cerita ke tak nak? Bosanlah aku nak tungu lama-lama.” Asmira mula bersuara dan Haizam mati akal.

“Aduh....Macam mana aku nak cakap ni. Apsal tiba-tiba tak boleh nak bersuara pulak ni? Gugup ke aku ni? Hish!” Hati Haizam bergelora sendirian.

“Err...err...Macam ni. Katakanlah suatu hari nanti aku terjatuh cinta pada kau. Adakah kau akan menerima aku sebagai teman lelaki kau?” Merah padam muka Haizam. Laju sahaja kata-katanya.

Asmira mula terdiam dan tangannya menahan perut. Haizam kehairanan.

“Hahahaha....Hahahahaha....Kau...kau...terjatuh cinta dengan aku? Hahahaha...Come on babe. Don’t be silly ok. Gelihati aku dengar soalan kau ni. Apa kena kau ni? Salah makan ke apa? Hahahaha...” Terhambur gelak tawa Asmira dan membuatkan Haizam termalu sendiri.

“Kau ni aku tanya seriuslah. Tak payahlah nak gelak-gelakkan aku...” Haizam mula terasa bengang dengan sikap Asmira.

“Ok....ok...Ini jawapan aku. Kau dah sedia nak dengar? Jangan jadi pekak pulak lepas ni. Hahaha...” Asmira menyambung gelak tawanya yang masih bersisa. Haizam semakin geram dan Asmira semakin galak.

“Ok...ok...sorry...sorry.... Kalau kau tiba-tiba terjatuh cinta dengan aku dengan rasminya kita akan putus sahabat. Sebab aku memang tak ada perasaan terhadap kaulah Haizam. Lagipun kau kan sahabat baik aku. So jangan nak fikir yang bukan-bukan. Kang aku cekik kau baru tahu.” Asmira memberikan jawapan yang pahit untuk di telan oleh Haizam. Namun dia tetap akur keputusan Asmira.

“Hahaha...Aku saja nak tanya kau soalan tu. Takkanlah aku boleh terjatuh cinta dengan minah mereng macam kau nikan.” Tiba-tiba Haizam terasa kelat dengan jawapannya sendiri.

“Wah! Melampaulah tu kata aku ni minah mereng. Mari sini aku nak luku kepala kau ni.” Asmira mula menarik baju Haizam.

“Kau ingat kepala aku ni bola jaring ke nak main luku-luku?” Haizam mula melarikan diri. Walaupun pedih mendengar jawapan Asmira namun Haizam pasrah. Mungkin Asmira bukan miliknya.

“Hoi! Jangan lari....” Asmira mula mengejar. Haizam mengejek. Asmira tertawa riang.

Haizam tersenyum dan gembira melihat Asmira ceria. Walaupun cinta Asmira bukan untuknya namun dia bersyukur memiliki sahabat seperti Asmira.

Mereka beriringan meninggalkan kafe yang telah mencoretkan sejarah pahit buat Haizam. Tetapi tidak kepada Asmira Zuraina.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*