Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

29 December 2010

CERITERA BULAN MADU - BAB 5



KEJADIAN pagi tadi membuatkan aku menjadi termalu-malu sendiri. Namun apabila teringatkan agenda Hafiz, peluh dingin mula membasahi ubun-ubunku. Kesana dan kemari aku berjalan tidak duduk diam. Resah dan gelisah berkumandang, akhirnya nafas berat aku luahkan. Kenapa tiba-tiba Hafiz berubah menjadi begitu romantik sekali? Secara tiba-tiba, ia membuatkan aku berfikir tanpa henti.

"Aduh! Mamat ni apasal pulak tiba-tiba ada agenda macam tu? Aduh...macam mana ni...idea..idea...alasan...alasan, sila cepat datang. Buah fikiran sila beri ilham." Aku mengomel sendirian di taman yang berada hadapan di depan rumah besar arwah mak dan abah aku. Kanak-kanak comel yang bermain riang di hadapan mata serba sedikit membuatkan aku tersenyum lebar.

"Seronok betul budak-budak ini bermain. Tak payah fikir masalah itu...masalah ini... Kalaulah aku boleh jadi kanak-kanak balik kan seronok... Tapi kalau ada anak sendiri lagi seronok, boleh main sama-sama, manja sama, boleh itu boleh ini....."

"Errrkkkk! Apasal boleh terfikir ke arah itu pulak? Cis! Jauh-jauh...pergi jauh, aku nak ilham lain tak nak ilham ni....."

Aku kembali termenung dan fikiran mula jauh melayang. Entah kemana-mana lagaknya.

"Sayang...cantikkan anak kita. Comel macam sayang jugak. Mata dia, hidung dia, mulut dia, rambut dia semua comel-comel. Terima kasih sebab menerima cinta abang."

"Sayang pun nak ucapkan terima kasih sebab abang pun terima sudi sayang... I Love U..."

"Mama...mama... Kaisara sayang mama dan papa..."

Aku tersenyum-senyum sendirian. Bahagia melihat suami dan puteriku yang tersayang bermain bersama-sama di hadapan mata. Hafiz melambai-lambai kearahku dan aku bangun dari tempat dudukku. Entah kenapa muka Hafiz tiba-tiba berubah dan membuat isyarat supaya aku duduk kembali. Aku menjadi hairan dan tidak memberi sebarang respon. Tiba-tiba aku jatuh berdebuk bangkaikan nangka tua yang menunggu masa untuk tersungkur ke bumi.

Aduh! Sakit kepala aku! Dari mana datang bola ini? Bukan tadi aku, Hafiz dan Kaisara sahaja yang berada di taman permainan ini? Siapa pula yang menyepak bola sampai terkena kepala aku? Kurang asam betul.

"Kakak! Sorry. Tersepak bola dekat kepala kakak pulak..."

Terlihat seorang kanak-kanak lelaki serta beberapa orang kawannya menghampiri aku. Aku pelik.

"Dik, lain kali nak sepak bola agak-agaklah. Nasib baik akak yang kena, kalau suami ataupun anak comel akak yang kena tentu akak sangkutkan adik dekat pokok kelapa tu."

Kanak-kanak lelaki itu menjadi hairan dan terlihat airmukanya berubah sama sekali. Kemudian kanak-kanak lelaki itu bersuara. Kata-katanya itu ingin membuatkan aku ingin berlari 200 kilometer per sejam! Malu gila!

"Errr....dari tadi saya tengok akak duduk sorang-sorang aje dekat sini. Mana ada suami atau anak akak... Akak ni berangan ke?"

"Errrrk... Alamak! Sorry...sorry dik. Takpe...takpe...kepala akak ni ibarat besi tiang gol tu. Tak sakit pun. Pergilah sambung bermain kat sana."

Punyalah malu aku tatkala itu. Lain yang aku fikirkan lain pula yang datang. Nasib baik budak itu kecil lagi kalau ada lelaki dewasa ke, perempuan dewasa ke, jiran tetangga ke ataupun Hafiz ke, Hada ke mahu aku sorok muka dalam tanah. Paling tidak pun menyorok belakang pokok mangga. Memang malu habis.

"Apsal aku boleh terberangan konon-konon bahagia bersama mamat tu dan ada anak perempuan comel tu? Alahai...otak dan perasaan aku ni sengaja nak buat aku rasa serba salah. Aduh, macam mana ni idea tak datang-datang... Kalau cakap dengan Kak Long mesti Kak Long akan bagi syarahan panjang. Kalau berkongsi cerita dengan Hada budak kecik tu, mesti dia asyik bantai gelakkan aku. Kalau mengadu dengan Hafiz nanti....errrkk...apsal nama mamat tu rajin mulut untuk memanggil nama dia? Kenapa dengan aku ni?! Arghhh!"

Kanak-kanak yang bserhampiran di situ terkejut melihat perilaku aku yang secara tiba-tiba menjerit kuat. Mereka berdiri statik dan memandang ke arah aku. Baru aku sedari dan terus tersengih-sengih sambil tangan terlambai-lambai.

Kanak-kanak itu juga tersenyum dan tidak semena-mena pinggang aku dicucuk secara mengejut. Aku termelatah....

"Oiii... beruk pakai kasut merah...lipstick merah...skirt kembang bunga-bunga ibarat ratu cantik...oii...kau oiiii aku...eh...eh..."

Setelah aku kepenatan melatah aku mendengar bunyi suara gurau dan gelak mengilai berdekatan dengan aku. Aku termalu lagi. Habis pecah rahsia kelemahan aku! Depan dia pula itu! Shuhada ini memang betul-betul hendak kena cubit berbisa daripada aku.

"Ha ha ha... Acik Intan buat lawak latah. Bukan main lagi nak pakaikan beruk skirt kembang bunga-bunga... Ha ha ha..."

Shuhada ketawa, Hafiz tersengih dan aku? Rasa macam hendak bungkus seluruh kepala dengan baldi warna merah sekarang! Eh, baldi warna merah? Alahai berjangkit melatahnya. Hafiz mendekati aku dan aku mula menjarakkan diri. Segan. Malu. Tidak biasa. Janggal ataupun aku ini mengada-ngada? Ah! Lantakkanlah di situ. Hafiz masih tersenyum apabila aku membuat perangai sebegitu.

"Budak kecik ni memang nak kena belasah dengan Acik Intan tau. Lain kali jangan cucuk kat pinggang. Kawasan sensitif ok."

"Eleh...sejak bila pandai merungut ni Acik Intan? Selalu kita selamba aje main perang cucuk-cucuk pinggang. Sejak ada Acik Hafiz, Acik Intan kita ni malu-malu kucing parsi pulak dia. Ceh..."

"Syhhh....heh, mulut tempayan betul budak kecik sorang ni. Sudahlah Acik Intan nak balik. Mandi. Miang-miang badan."

"Abang nak ikut..."

"Hah! Mana boleh!"

"Kenapa tak boleh?"

"Lelaki mana boleh mandi dengan perempuan..."

"Abangkan suami Intan... Lupa ke?"

"Erkk...err....aaaa...ermmm...aaaa...errrr..."

Aku terkedu apabila mendengarkan kata-katanya. Betul juga dia suami aku dan dia berhak ke atas aku. Alamak! Datang lagi bahana. Hendak larikan diri yang itu, yang ini pula datang menjerat.

"Tetap tak boleh jugak!"

"Boleh!"

"Tak boleh!"

"Abang kata boleh...boleh...boleh..."

Shuhada tersenyum melihat asyik kami berdua. Aku mendengus dan geram kerana Shuhada langsung tidak mahu membantu aku yang sudah tersepit. Mahu sahaja aku terkam Shuhada dan mengheret dia berlari bersama. Tetapi Hafiz terlebih dahulu mencapai lengan aku dan aku mula gelabah! Betul-betul dia hendak mandi bersama aku. Ini tidak boleh jadi, aku mesti buat sesuatu!

"Alamak...tak jadi nak mandi dulu. Sakit perut nak buang air besar."

"Abang nak ikut jugak. Takpe abang temankan. Busuk pun busuklah."

"Hah! Apa kena dengan awak ni? Hilang akal ke apa? Orang nak buang air besar pun sanggup nak hidu ke? Hish!"

"Abang tahu itu hanya alasan Intan cuba menjauhkan diri dari abang kan...?"

"Mana ada...memandai aje menuduh kita..."

"Abang tak peduli..."

"Tak naklah mandi. Biar badan ni jadi busuk."

"Degil..."

"Dia pun degil jugak... Huh!"

Hafiz memandang dekat wajah Intan dan membuatkan Intan terkebil-kebil. Shuhada sudah tergelak sakan melihat sikap manja kedua-dua makcik dan pakciknya. Shuhada mula memahami bahawa makciknya itu takut menghadapi kenyataan sebenar orang yang sudah berumahtangga. Di sekolah Shuhada ada mengikuti kelas Ekonomi Rumah Tangga. Sedikit sebanyak dia mempelajari asam ragam kehidupan berumahtangga. Shuhada sering bertanya kepada guru kesayangan, Cikgu Suraya berkenaan prosess permulaan alam rumahtangga.

"Acik Intan...Acik Hafiz...haih...dua-dua keras kepala. Acik Intan mandi ajelah dengan Acik Hafiz. Kalau segan sangat pakai lah kain. Tak gitu Acik Hafiz?" Shuhada mengenyitkan matanya. Hafiz tersengih kembali. Hafiz sengaja menggertak Intan Maisarah. Seronok Hafiz apabila terlihat wajah Intan menjadi merah padam.

"Hada! Nak kena tau budak kecik ni. Bukan nak tolong Acik Intan, sokong memanjang idea gila Acik Hafiz tu. Seronoklah tu dapat kenakan Acik Intan kan?"

"Serooooonokkkkkkk sangat. Ha ha ha..."

"Jom mandi! Jangan nak berdalih dan mengelak lagi. Intan kena patuh arahan suami. Jangan lupa pesan tok kadi tempohari..." Hafiz mengeyitkan matanya sekali lagi.

"Huh! Ikut suka dia aje. Menyampah betul." Aku mendengus dan menonong laju masuk ke rumah.

Hafiz tergelak sakan bersama Shuhada. Aku semakin geram. Mereka ini sudah menjadi satu pasukan untuk mengenakan aku. Kalau aku mengadu dekat Kak Long sudah tentu Kak Long akan menyokong Hafiz. Arghhh! Geram betul. Tapi macam mana aku hendak mandi kalau dia ada sekali dalam bilik air? Boleh ke aku mandi? Malulah... Tak nak... Tak nak..."

"Apa yang tak nak Acik Intan ni? Berangan lagilah tu! Jomlah balik, hari nak senja dah ni. Melepak lagi kat luar ni. Geram Hada dengan Acik Intan ni tau."

Aku pelik. Kenapa aku masih berada di taman permainan? Bukan aku berada di hadapan rumah ke tadi? Bukan Hafiz tarik tangan aku ke tadi? Bukan aku tengah bertekak dengan dia ke tadi? Eh! Kenapa dengan aku ini?

Perlahan-lahan aku menutup wajah. Malu lagi!

"Ha ha ha... Beranganlah tu nak mandi sama dengan Acik Hafiz. Kantoiiiiiii!"

Aku terus berlari dan terasa kulit muka diwajahku terbakar hebat. Macam mana nak berdepan dengan dia lagi? Aku betul-betul sudah malu. Lagi satu kelemahan diriku terpancar.

Melatah, berangan dan...dan....dan seterusnya.

"Hada...Acik Intan tu memang kuat berangan ke? Baru Acik Hafiz tahu... He he he...tapi takpe, Acik Intan tu tetap comelkan?"

"A'aaaa... memang kuat berangan. Angan-angan Acik Intan mengalahkan Mat Jenin tau Acik Hafiz. Lagi satu kan Acik Hafiz, Acik Intan tu kuat mengigau. Jaga-jaga Acik Hafiz, jangan sampai kena silat dengan Acik Intan. He he he...'
"Iye?! Kalau macam tu Acik Hafiz kena pakai baju besilah macam ni kan..."

" He he he..."

Hafiz dan Shuhada beriringan melangkah bersama. Dari jauh aku sudah masam mencuka. Pertanyaan Kak Long aku malas mahu berbicara. Mesti Kak Long pun akan gelakkan aku. Lagilah aku rasa macam hendak melarikan diri ke dalam Gua Mulu sana. Cepat-cepat aku naik ke atas dan terus masuk ke bilik air. Pintu aku kuncikan rapat dan bibirku terlakar senyuman.

Yes! Hafiz tidak dapat mandi bersama aku. Ha ha ha....

Aku mandi dengan aman, tenang dan senang lenang. Oh bahagia sungguh! Usai mandi aku tercari-cari tuala dan aku dapat besi itu kosong. Aku mula kaget! Alamak! Tuala tadi aku jemurkan di beranda luar. Baru sahaja hendak membuka pintu, telinga ku menangkap bunyi orang masuk ke bilik. Tak lain tak bukan mamat itulah yang masuk ke bilik. Baju t-shirt sahaja yang ada ini. Seluar tadi aku sudah rendamkan di dalam baldi.

"Aduh! Waktu darurat macam ini aku boleh terlupa pasal tuala. Mencari bala betul. Kenapalah cepat benar pelupa aku ni?! Hish!"

Lama aku mendiamkan diri dan aku terkejut apabila pintu bilik air diketuk. Kedengaran suara Hafiz berkata sesuatu. Aku mendekatkan telinga di daun pintu. Tak semena-mena gegendang telinga aku bergegar. Ketuk pintu macam hendak roboh sahaja.

"Sayang, tak payahlah nak duduk diam-diam dalam bilik air tu. Bukak pintu ni, ambil tuala. Nanti kalau sejuk lama-lama, jatuh sakit pulak."

Aku serba salah. Akhirnya dalam keterpaksaan aku membuka kunci pintu. Hanya tangan yang terjulur memberikan tuala kepadaku. Aku menyambut dengan perlahan.

"Abang bukan sekejam tu. Abang tahu Intan belum bersedia. Ambil tuala ni, lap kering-kering rambut tu."

Aku hanya mengangguk sedangkan Hafiz tidak nampak. Baru aku perasan lantas menjawab kata-katanya.

"Terima kasih..." Aku menjengulkan kepala kearahnya.

"Kasih diterima." Hafiz mendekati wajahnya dan aku memalingkan wajahku. Berdebar-debar jantungku saat ini.

Hafiz tergelak dan aku menghentakkan kaki. Terkena lagi. Patutlah Shuhada boleh jadi sekepala dengan Hafiz, kaki mengusik juga!

1 kata-kata pujaan:

Unknown said...

nice share gan, bagus artikelnya

Agen Kain Tenun

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*