Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

27 January 2012

PREVIEW : EMIL DAN EMILDA - KOMEDI ROMANTIKA



"SAYANG..lagi dua bulan kita nak menikah. Jangan lupa hujung minggu ni kita pergi buat ujian AIDS ya." Ujar Emil digagang telefon dan membuatkan Emilda terkedu.

"Err...awak bukan ujian AIDS...tapi ujian HIV la. Mana ada orang buat ujian AIDS...belum pernah saya dengar ujian jenis macam itu." Emilda menahan sakit diperut untuk melepaskan tawanya. Namun dia bimbang Emil akan berkecil hati.

"Eh....HIV eh? He he he...saya tersasul pulak..."

"Apalah yang awak dok berangan tu kan? Awak kat mana ni?" Emilda tertawa kecil.

"Saya berangan awak dah jadi isteri saya yang sah. Saya dekat area stesen keretapi Universiti ni." Emil mengusik dan selama jawapan yang kedengaran daripada mulutnya. Emilda terkejut.

"Keretapi? Awak biar betul. Area keretapi mana awak tiba ni?"

"Ala....keretapi yang jalan diatas tu."

"Emil Huzaimi Bin Abdul Rashid....bukan keretapi sayang...stesen LRT Universiti...awak kenapa?" Emilda sudah tidak dapat menahan tawanya dari meletus. Kedengaran kuat dia tergelak gara-gara Emil yang tersasul bukan-bukan.

"Eh...haaa..itulah yang saya nak sebut. Terlupa pulak tiba-tiba..."

"Ada...ada.. aje awak ni Emil. Lagi berapa lama saya nak kena tunggu ni?"

"Lagi lima puluh minit sampai."

"Emil! Kalau awak dah area LRT Universiti bukan lagi lima minit ke? Apsal kena sampai lima puluh minit pulak tempoh perjalanan?"

"Hah? Eh...eh...lima minit lagi sampai sayang...maaflah sejak akhir-akhir ni darah gemuruh saya sampai sebab excited kita nak menikah ni."

"Awak...awak...oklah saya tunggu depan lobby ok."

"Ok sayangku lagi comel cun menawan..."

"Mengadalah...bye... Assalamualaikum...Tengku Emil..."

"Waalaikumsalam Puteri Emilda..."

Aku menggeleng sambil tawa masih berbaki dengan perbualan antara aku dan Emil. Ada sahaja sasulnya yang selamba itu membuatkan aku tidak pernah henti-henti ketawa. Dunia walaupun selalu berhadapan dengan cabaran namun masih tetap ada orang tersayang disisi menggembirakan perasaan.

"Zara... Eida balik dulu ye. Si Emil ajak pergi tengok wayang. Kau balik pukul berapa?" Aku menegur Zaya yang dok tersengih mendengar perbualan aku dan Emil sebentar tadi. Zara memang pantang dengar cerita lawak antara aku dan Emil. Memang tawanya akan meletus kuat sampai terkeluar airmata.

"Aku balik dalam pukul enam setengah, maklumlah si Khairul keluar dari tempat kerjanya pukul enam. Jadi aku kena stay lagi setengah jam. Kau dengan Emil kan memang sepadan tau Eida, sweet aje comelnya. Tapi tadi aku terdengar korang berbual memang buat aku ketawa sampai keluar airmata la..."

"Biasalah Zara...aku dengan Emil memang serasi. He he he...Ok aku balik dulu eh. Kau tu jangan kerja lebih masa lama-lama sangat. Jaga kesihatan ok, lagipun boleh sambung Sabtu minggu hadapan filing tu. Aku sendiri pun dah tak larat. Ini belum kahwin, esok kalau dah kahwin larat lagi ke tak nak datang kerja hari cuti Sabtu macam ni." Aku sudah mengomel.

"Ala...setengah jam aje. Ini pun aku lepak-lepak aje untuk hilangkan penat lelah. Tahniah tau kawan baik aku ni nak kahwin dah tak lama lagi. Tinggallah aku dengan Mia tak kahwin lagi. Ini yang tak sabar suruh Khairul pinang cepat-cepat... He he he." Zara mula pasang angan-angan.

"Amboi! Gatal. He he he...Kalau cepat lagi bagus Zara, boleh kita rancang bersalin sama-sama. Ha ha ha..." Aku berseloroh.

"Tang bersalin aku memang gerun. Eh pi turun cepat karang Tengku Emil kau tu panas punggung lama-lama." Ujar Zara kepadaku mengingatkan. Kalau sudah berborak kosong memang akan berpanjangan.

"Bye Zara...Jumpa hari Isnin..." Aku mula mengorak langkah.

"Bye Eida...kim salam dengan Tengku Emil kau tu tau...hehehe...pesan dekat dia bawak rileks sudah..."

Aku tersenggih dan melambai-lambai sewaktu keluar dari pejabat.

**********

"EMILDA, harini jom kita pergi tengok wayang nak. Cerita apa best?" Emil bertanya dan aku sedang sibuk membelek telefon bimbit.

"Tak kisah cerita apa-apa pun. Awak belanja kan? He he he."

"Kita tengok cerita  Pink Panther la nak?"

"Cerita kartun?"

"Bukanlah, cerita yang diadaptasi dari cerita kartun tu." Emil memberi penerangan. Kalau setakat pergi wayang hendak tengok cerita kartun, aku sanggup ajak pergi window shopping. Nasib baik Emil membetulkan keadaan. Aku dengan cerita kartun tidak berapa masuk dalam kepala otak. Kalau Zara Hushaifa memang semua genre dia belasah.

"Nasib baik...oklah...bolehlah...lepas tu kita pergi window shopping pulak ye. Saya nak pergi survey minyak wangi LANCOME."

"Ok...harini patik dengan rela menemani tuan puteri patik yang teramat disayangi ini."

"Aduh! Dia dah mula dah wayang bangsawan dia..."

"Eleh...gurau sikit pun tak boleh."

Aku tersenyum. Kebiasaan riadah aku dihujung minggu memang kami akan keluar tengok wayang bersama. Dalam mood bercinta la katakan. Esok-esok ajak pergi lepak kedai mamak pun belum tentu lepas ni. He he he...

Setibanya tempat letak kereta, Emil mengunci apa yang patut. Aku membetulkan blouse berwarna putih yang agak berkedut sedikit akibat duduk terlalu lama. Kami beriringan masuk ke dalam shopping complex Sunway Pyramid yang tersergam indah itu. Unik sungguh design yang dilakarkan seolah-olah berada di Egypt!

Sampai sahaja dikaunter pembelian tiket, aku lihat agak ramai orang beratur menunggu giliran. Hendak atau tidak kami tetap jugak berdiri menuggu barisan bergerak perlahan-lahan. Kaum Cina mendominasi kaunter pada cuti hujung minggu ini. Kaum India biasa-biasa sahaja. Kaum Melayu pun boleh tahan juga, ramai pasangan yang sama-sama hendak menonton wayang terbaharu. Inilah dinamakan 1Malaysia! He he he...

"Kita nak duduk bahagian tengah ke? Tepi ke?" Emil bertanya.

"Couple seat ajelah senang. Takde bersesak-sesak nak masuk sampai terpijak kaki orang awak tu." Aku tersengih. Emil ketawa.

"Ye Encik...nak pilih wayang gambar apa yang harini? Kita ada macam-macam movie terbaharu."

"Ok dik. Kami nak tengok cerita PeterPan dan mahu bahagian couple seat."

"Emil Huzaimi! Bukan PeterPan lah....Pink Panther..." Aku sudah tergelak langsung tiada marah. Nak kata malu? Sudah berbakul sebelum ini. Tapi aku tetap layankan jugak Emil Huzaimi, tunang tersayang.

"Eh...haa..cerita itu saya nak sebut tadi..."

"Tak mengapa Encik. Ok couple seat harganya RM 34.00"

Itu dia harga untuk kerusi istimewa. Kalau tempat lain RM 22.00 sahaja tau. Selepas membayar haraga tiket, kami berdiri di pintu masuk sebelum jam 3.00 petang. Aku yang ketawa tidak henti-henti menahan sakit diperut. Emil menggarukan kepalanya yang gatal itu. Emil seperti tiada perasaan malu dengan sikap selambanya yang tersasul sebentar tadi. Emil tidak pernah marah malah gelak ketawa boleh tumpang sekaki ikut serta dengan aku.

Nasib baik berdua. Kalau ada Zara dengan Khairul, memang gamatlah duaorang itu bergelak sakan. Siapa tak kenal si Zara Hushaifa yang ketawa memang tidak ingat dunia! He he he...

"Macam mana awak punya confident sebut PeterPan Emil? Awak memang lawaklah. Ha ha ha."

"Entah. Spontan. Itu dia gelak besar sungguh nooo...He he he..."

"Walaupun tahap confident awak tinggi, jangan risau awak tetap berada didalam hati saya, bakal suami pilihan. Terima kasih sudi hendak memperisterikan saya."

"Terima kasih jugak sayang sebab awak terima diri saya seadanya."

Aku tersenyum, Emil tersenggih dan kami melangkah menuju pintu masuk wayang bersama-sama. Bagaimanalah nanti agaknya alam rumahtangga aku dengan Emil? Mesti penuh gelak dan tawa. Ah! Bahagianya rasa dihati meskipun aku pernah terluka dengan bekas tunangan aku yang terdahulu. Aku benar-benar rasa dihargai sepenuh hati.

Kau memang bunga cintaku, Emil Huzaimi!

**********

BERSAMBUNG tau...

Saya tengah garap cerita ini berlandaskan sedikit sebanyak kisah benar. Memang saya tersenggih ketika buat cerita idea komedi romantika.

Mohon maaf ya, saya lakukan sebagai hiburan dan tiada niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

^_~ saya sayang kawan-kawan saya.

Peace Yo!

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*