Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 March 2012

HELLO, AWAN NANO



"KAK SU! Jom buat air kacip fatimah. Petang-petang ni haus betul." Aku yang sudah keletihan melakukan tugasan dipejabat sejak dari pukul lapan pagi sehinggalah lima setengah petang. Break untuk breakfast yang makan masa sepuluh minit, lunch yang makan masa satu jam dan campur waktu solat untuk dua waktu selama tiga puluh minit. kesemua satu empat puluh minit sehari.

Waktu-waktu selainnya mengadap screen laptop menguruskan hal-hal pejabat.

"Amboi, sejak dua menjak ini akak tengok kuat betul kau telan kacip fatimah ye. Nak kahwin dah ke? Siapa calon? Wah! Senyap-senyap kau bercinta ye Chenta Zulaikha." Kak Su menyengih. Aku rasa macam nak pitam.

"Errkk..mana ada kak, minum air kacip fatimah untuk kesihatan la. Untuk tambah tenaga tau. Apa dok fikir bukan-bukan saya nak kahwin. Adoiyaiii."

"Manalah tahu. Kau tu akak tak pernah tengok berdating ke, bergayut dekat telefon ke. Facebook pun status single. Tapi kalau betul kau nak kahwin apa salahnya kan kan kan..."

"Huishh..kesitu pulak akak ni. Siapa la nak saya yang garang macam singa lapar ni kak oii... Jomlah kita lepak jap. Baru pukul lima setengah. Pukul enam akak balik eh." Aku masih memujuk.

"Eh...anak-anak akak tu siapa nak tengok?"

"He he he...Abang Din kan ada..."

"Banyak la..."

"Ala kak...lewat setengah jam, takde gosip menarik ke?"

"Esok gosip. Akak nak balik dah."

"Alaaa..."

Kak Su menyengih dan aku kenalah beralah jugak. Minum kacip fatimah seorang dirilah petang ini.

********

PUAS aku pulas kunci kereta hidupkan enjin masih juga tidak berjaya. Menyesal pulak balik lewat malam. Jam ditangan sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Kereta aku baik punya tersadai tepi jalan. Entah kenapa tetiba mati mengejut. Setahu aku minyak penuh aku isi. Takkan masalah bateri kereta kot?

Lagi satu masalah, bateri telefon bimbit aku pulak sudah kehabisan. Eloklah bateri kereta dengan telefon bimbit masing-masing buat hal! Sudahlah hari ini hari Khamis, ramailah orang sudah bertandang dekat rumah. Faham-faham sahajalah kan. Ahaks!

Makin lama darah aku makin naik sampai ke maksima. Apa tidaknya, tengah penat-penat begini hadap masalah macam ini pula. Aduh! Hendak balik semula ke pejabat memang aku tak larat jalan kaki. Jauhnya adalah dalam sepuluh kilometer! Satu kilometer pun sudah buat aku termengah-mengah.

"Assalamualaikum!"

"Makkkkkkk!" Aku menjerit sambil menutup mata dengan kuat.

"Eh...eh...saudari, saya bukan hantu."

"Kus semangat!"

Lelaki ini menyengih. Aku rasa macam nak baling sahaja dengan kasut tumit tinggi dua inci ini ke arahnya. Kurang asam betul! Entah datang dari mana, terus sahaja sergah orang sebegitu. Nasib baik tak pitam ke, lari ala-ala Watson Nyambek ke. Haru betul!

"Maafkan saya, tak sengaja."

"Tak sengaja kepala hotak awak! Sergah orang macam itu pasal apa? Nasib baik saya takde sakit jantung. Kalau saya pengsan tadi macam mana?"

"Apa susah, saya dukung awak masuk dalam kereta hantar pergi hospital terus. Kan senang."

"Errrkkk..."

Berani betul mamat seorang ini. Eh! Sekejap betul ke dia ini manusia? Ke jadi-jadian? Subhanallah, mintak aku dilindungi oleh Allah dari ketakutan dan kesesatan.

"Saya tengok awak berdiri seorang diri dekat sini, jadi saya datanglah bagi salam. Awak pulak tak jawab-jawab salam saya lebih dari dua kali. Itu yang kali ketiga saya jerit kuat sikit. Manalah tahu kot-kot awak ni jadi-jadian ke."

Hampeh punya budak. Sukahati cakap macam itu!

"Huh!"

"Jangan marah-marah, dalam keadaan terdesak macam ini susah teksi nak lalu. Lagipun kawasan bukit macam ini bahayanya memang mengundang padah. Percaya pada saya, mari saya tumpangkan awak sampai simpang sana. Disitu ada perhentian teksi."

Ok, kepercayaan aku terhadap lelaki yang tidak aku kenali ini peratusnya hanya dua sahaja! Manalah tahu kan mamat hidung belang ke, tak ke naya diri aku sendiri nanti. Tetapi kalau terus berdiri dikawasan ini, lagi bahaya aku rasa. Sekarang ini pilihan ditangan aku betul-betul buat aku dalam dilema!

Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang bencana.

**********

SAMPAI sahaja simpang perhentian teksi, dia tidak memberhentikan keretanya. Aku sudah rasa tidak sedap hati. Mamat ini menipu aku ke apa? Kalau dia bawa aku ke tempat yang bukan-bukan, aku sanggup lompat keluar daripada kereta dia. Mak! Tolong Chenta!

"Takut?"

Selamba betul mamat ini. Cis!

"Kenapa tak berhenti diperhentian teksi tu? Awak sengaja tipu saya kan! Awak nak buat apa dengan saya hah!"

Aku pun satu pergi tanya soalan bongok pasal apa?!

"Satu, hari dah malam susah nak dapat teksi waktu begini. Kedua, maaf kalau saya menipu awak sewaktu mempelawa naik kereta saya. Ketiga, saya tak nak buat apa-apa cuma hendak panjangkan pertolongan saya untuk menhantar awak balik terus ke rumah."

Ok, aku terkelu sebab berburuk sangka. Dalam dunia ini bukan semua orang mempunyai hati sebaik itu. Lagi-lagi apabila orang perempuan seperti aku yang berdiri tegak tepi kereta diwaktu malam buta seorang diri.

"Err...terima kasih."

"Belum boleh ucap terima kasih."

"Eh! Sombong betul!"

"Belum sampai depan rumah awak, mana boleh ucap terima kasih kan?"

Wah! Terbakar betul hati aku dengan mamat seorang ini. Namun sebab sifat kebaikkannya terpaksalah aku tadah telinga sahaja dengar loyar buruk dari mulut dia.

"Mana alamat rumah awak? Kalau diam sahaja saya bawak balik rumah mak saya. Nak?"

"Hah! Jangan buat lawak bodoh lah!"

"Apa pulak, takkan saya nak bawak awak balik rumah bujang saya? Nanti tak pasal-pasal kahwin free."

Itu dia sekali lagi peluru tepat tertembak dihati aku. Siot betul mamat ini. Loyar buruk memang buat hati aku panas berjela-jela. Sabar Chenta...sabar...

"Pasal apa tak tanya? Hish!"

"Ni nak tanyalah ni. Mana alamat?"

"Sampai traffic light depan tu belok kanan. Lepas tu terus lagi sampai dua simpang masuk kiri pulak. Lepas tu terus sampai kawasan perumahan Cheras Perdana, masuk simpang ketiga. Terus sikit lagi masuk simpang yang paling akhir. Kemudian simpang sebelah kanan, rumah nombor empat dari lima buah sebaris. Boleh hafal ke?"

"Banyak betul simpan ye. Hati tu ada simpang-simpang tak?"

Apa maksud mamat loyar buruk ni? Aku ketuk jugaklah kepala dia ni kang. Sudahlah soalan aku yang terakhir tak berjawab.

"Jalan! Jangan loyar buruk!"

"Itu dia macam kita prebet sapu dia pulak." Mamat ini buat lawak bongok dia. Aku tak geli hati ataupun hati aku jadi geli tahu! Dia boleh tersengih, nampak lesung kiri kanan dia yang menyerlahkan lagi kecomelan wajah beliau. Sama macam akulah pulak!

Hish! Geramnya aku. Rasa macam nak lempang-lempang sejuta kali!

*********

HARINI terpaksa pergi ke pejabat menaiki public transport. Sebenarnya aku bukan benci dengan keadaan public transport sekarang, tetapi itulah setiap satu jam hanya lalu dua buah biji bas sahaja. Maknanya setengah jam satu. Punyalah banyak bas pengangkutan yang kerajaan sediakan, tetapi kenapa sikit sahaja yang bergerak? Lain buat apa? Taik mata!

Lenguh kaki aku berdiri tepi simpang rumah. Ok, baharu aku perasan kawasan perumah aku memang banyak betul simpangnya. Patutlah mamat itu sindir-sindir aku. Satu sahaja aku pelik, apahal tanya hati aku simpang-simpang ke tak? Gila!

Aku menatap jam sudah hampir pukul tujuh pagi! Arghh! Bengang jugak sebab basnya tidak muncul-muncul lagi. Waktu kemuncak macam ini berduyun-duyun kereta disekitar jalan Kuala Lumpur ini. Hendak atau tidak terpaksalah bagitahu boss aku terlewat harini.

Tengah menaip-naip berhenti sebuah kereta. Apabila cermin gelapnya diturunkan, aku terperanjat beruk. Bukan jadi beruk la. Terperanjat sahaja sebab muka mamat ini lagi! Apa dia buat dekat sini?

"Assalamualaikum. Bas rosak harini, mari saya tolong hantar awak dekat depan sana. Boleh awak naik teksi."

Aku menjawab salamnya didalam hati. Ikhlas atau tidak, hanya Allah yang tahu hati aku macam mana. Aku menggeleng malas hendak susahkan mamat ini lagi. Tapi pelik jugak, macam mana mamat ini boleh sampai dekat sini?

"Apa awak buat dekat sini? Skodeng saya ke?"

"Salam saya tu awak dah jawab ke belum? Berdosa kalau tak menjawab salam. Sunnah Nabi tu."

Lain aku tanya lain pulak dia jawab. Memang nak kena betul mamat ni.

"Saya dah jawab dalam hatilah! Apa bersangka buruk dengan orang ni? Lagi berdosa tahu!" Hambik kau!

"Alhamdullillah jawab salam saya tu. Ikhlas ke tak?" Soalnya lagi dan buatkan hangin aku bertambah-tambah. Agak-agak mesti jelas wajah aku kemerah-merahan menahan marah yang teramat sangat.

"Eh! Dia ni. Ada jugak kena luku kepala tu. Pergilah!"

"Naik kereta saya dahulu, baru saya pergi."

Apa kes paksa-paksa orang tumpang kereta dia pulak? Spesis mana mamat ini? Apsal baik tak tentu hala sangat dengan aku ni?

"Apahal pulak!"

"Selagi awak tak naik, saya takkan beredar."

Betullah mamat ini memang annoying!

Hendak atau tidak terpaksalah aku terima pelawaan dia. Bukan apa, ramai orang sudah tengok drama king antara aku dan mamat ini. Sudahlah nama dia pun aku tak tahu, lepas itu boleh bergaduh dikhalayak ramai. Nanti orang budget aku bergaduh dengan pakwe ke, suami ke. Jatuhlah saham aku! Weih aku bujang trang tang tang tau.

"Boleh pun. Saya hantar awak terus ke pejabat. Pagi ni kalau naik teksi rugi, sebab jammed." Ada sahaja agenda dia.

"Lantaklah! Duit saya bukan duit awak pun! Tadi janji lain, sekarang janji lain pulak. Apa ni?" Aku sudah mula memberontak. Ini yang aku tidak suka kalau orang mungkir janji. Memang kepantangan aku kalau tadi cakap lain sekarang lain pulak.

"Saya hantar awak. Tak kira. Lagipun jalan pejabat awak sama dengan tempat yang saya nak pergi. Jadi duduk diam-diam."

Kenapalah aku boleh bertemu orang macam mamat ini. Kalaulah kereta aku tidak buat hal takdelah otak aku serabut dengan mamat pyscho dari semalam sampai ke pagi ini! Tension betul!

"Siapa awak ni eh! Hish! Malang betul!"

"Siapa saya awak tak perlu tahu. Jangan kata malang tapi ganti dengan bertuah sebab awaklah gadis pertama dapat naik kereta saya. Lagi satu, mulut tu jangan nak muncung sangat."

Ini yang malas aku hendak bersuara. Ada sahaja jawapan dia yang bikin hati aku rasa sesak. Kalau tak tanya, susah jugak aku. Yelah sekarang ini aku sudah berada peringkat termakan budi.

"Hish! Loyar buruk betul! Sama macam tayar buruk!" Aku sengaja menyindir, peliknya mamat ini tersengih sahaja. Aku lima saat sebentar aku tertawan tengok lesung pipi dia yang dalam itu.

"Kenapa tengok saya macam itu Chenta Zulaikha? Sudah jatuh hati dengan saya ke? Kiranya saya orang yang paling bertuah kalau dapat cinta awak Chenta Zulaikha."

"What!!!"

Wait, macam mana dia tahu nama aku? Pertama setahu aku malam tadi aku tak sebut langsung sepatah perkataan dari nama penuh aku. Kedua, dia ini datang dari mana? Ketiga, adakah ini satu kebetulan ataupun aku yang tengah berkhayal?

**********

SETIBANYA aku dipejabat, mengeluh kasar macam badak berendam. Kak Su menghampiri aku yang macam singa lapar tak dapat habuan makanan berhari-hari. Semuanya berpunca daripada mamat loyar tayar buruk itu! Lagi satu yang buatkan aku rasa tidak puas hati, macam mana dia kenal aku? Macam mana nama aku dia sebut dengan betul? Macam mana boleh berjumpa dengan mamat ini!

"Weih, angin takde ribut takde apasal muka macam nak telan orang hidup-hidup ni?"

"Adoi, saya tension ni kak."

"Tension pasal apa pulak?"

"Entah ada mamat malaun loyar tayar buruk boleh muncul dalam hidup saya pun tak tahulah. Kereta saya pulak buat hal, pelik juga apsal boleh mati tengah jalan. Padahal minyak penuh, takkan bateri saya baru ganti minggu lepas dah haus? Pelik betul!"

"Eh! Mamat mana yang kau dah tersangkut ni? Handsome tak?"

Aduh Kak Su ni, boleh pulak tanya soalan macam itu. Aku sudahlah serabut dengan fiil mamat sengal itu. Kak Su sedap sahaja tanya handsome ke tak? Alahai, nak marah terus tak jadi nak marah tau.

"Semalam kan kereta saya rosak, mamat ini bagi tumpang. Lagi satu senang pulak dia cari jalan rumah saya. Pagi ini terserempak lagi dengan dia. Dipaksa tumpang kereta dia sampai ke depan pejabat ni. Letih betul hati saya dok tahan marah dalam kereta dia BMW tu."

"Wah rezeki terpijak! Apsal kau tak berkenalan dengan dia lebih rapat? Mana tahu jodoh kau dan dia Allah bagi? Mungkin ada hikmah disebalik kereta kau yang rosak tiba-tiba itu?"

"Akak buat lawak JOHARA ke kak? Aduh akak ni."

"Akak doakan kau dengan mamat tu berjodohan. Akak dah lama tak makan nasi minyak tau."

"Alaa...kat rumah boleh masak sendiri nasi minyak tu. Akak jangan nak mengadalah doakan jodoh saya dengan mamat sengal tu eh."

"Akak tetap doakan, korang berdua kahwin."

Ok ini bukan drama sinetron ye. Kenapa Kak Su ni beria-ia benar doakan aku dengan mamat itu? Aku tahulah umur aku sudah menjangkau ke dua lapan tahun! Tapi belum sampai jodoh akulah berjumpa pasangan hidup yang sesuai dengan jiwa aku nan yang satu ini.

"Kak lama-lama saya boleh jatuh pitam tau. Jom pergi breakfast, tapauwing. Laporrr..."

"Hah! Saka kau dah sampai la tu." Kak Su mengusik dan aku menyengih. Sahaja tukar topik sebab aku tak nak rimas dengan isu yang sedang terbangkit yang bukan aku sendiri kehendaki.

"He he he..."

Tengah menuggu depan lif, pintu terbuka buatkan aku bagaikan orang terkena renjatan elektrik! Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia berada dalam kelompok management?

"Nak masuk ke?"

"Takpe kami turun kemudian boss."

"Hai Chenta Zulaikha...kini kita satu bumbung." Semua yang berada didalam lif memandang wajah aku ketika ini.

Ok serius, waktu itu juga aku pengsan!

**********

KEPALA aku jadi pening sangat-sangat. Aku pandang keadaan sekeliling terasa macam dalam hospital sahaja. Aku gosok-gosok mata memang sah aku sudah berada atas katil hospital! Tapi siapa yang bawa aku? Kak Su ke? Takkan Kak Su dukung aku? Kalau heret aku tentu sudah luka-luka kaki aku makan dek jalan.

Takkanlah?!

"Tidak! Tak mungkin!"

Aku menjerit sekuat hati dan disaat itu pintu bilik dirempuh kuat.

"Chenta! Awak tak apa-apa?"

"Weih! Kau ni siapa hah?! Aku tak kenal kau tapi apsal kau macam dah lama kenal aku? Baik kau terus-terang dengan aku sebelum aku rembat kau dengan kerusi ni."

Itu dia kalau Chenta Zulaikha sudah naik hangin, hilang semua ayu. Bahasa semua kasar-kasar. Babah dengan ibu tak pernah ajar aku jadi macam ini tau. Peliknya, babah dan ibu orangnya sangat lembut. Aku ikut baran siapa?

Oh...sama macam baran tok wan. Adesss...

"Awak kena rehat Chenta. Awak pengsan tadi buat saya rasa dunia saya jadi gelap."

"Aduh! Makin serabutlah kepala otak aku. Siapa kau ni? Jangan bagi aku bertambah pening boleh tak?"

"Saya...saya..."

Tergagap-gagap mamat loyar buruk ini hendak bersuara. Maklumlah aku sudah serupa singa lapar yang tak sabar-sabar hendak melapah daging depan mata.

"Saya...saya....saya apa?!" Aku menyergah dan tiba-tiba Kak Su masuk bagi jawapan buatkan aku rasa mahu pengsan sekali lagi.

"Dia bakal suami Chenta."

"Hah!"

"Ye, betul. Hujung minggu ni dia akan masuk meminang."

"Hah!"

"Bulan depan korang bernikah."

"Hah!"

"Kau ni hah..hah...daripada tadi. Ye kau akan jadi isteri dia dalam tempoh sebulan ni. Dia sepupu Kak Su."

"Hah!"

"Kau ni kan Chenta, memang minah hah lah! Sudahlah, akak nak balik dulu. Pengsan kau tu sikit aje, si bakal laki kau ni yang mengelupur tak tentu pasal. Lagi satu akak nak bagitau, dia akan jadi boss baru dalam kumpulan syarikat kita."

Terus mulut aku ternganga luas!

"Selamat berkenalan. Saya Zahirul Haq, bakal suami awak dalam tempoh sebulan ini. Jangan lupa hujung minggu ini saya akan hantar rombongan merisik. By the way, awak nampak comel pakai baju hijau ini. See you. Assalamualaikum."

Bertambah melopong mulut aku dengar pengesahan daripada mamat loyar buruk ini.

**********

PENAT aku posing sana sini bergambar sempena kenduri perkahwinan yang berlangsung dengan meriah. Babah dan ibulah yang paling gembira aku tengok. Mana tak suka, anak tunggalnya ini akhirnya berkahwin juga setelah puas menunggu.

Paling aku sebak bila ibu dan babah cakap, lega hati mereka sebab aku sudah ada yang jaga kalau mereka pergi nanti. Kalau nak tahu, aku memang manja sangat dengan babah dan ibu. Kalau dengan tok wan, akulah cucu yang paling disayangi. Patutlah perangai baran sama! Ahaks.

Aku terbaring sekejap diatas katil sebab sakit pinggang kemas itu dan ini. Baharu hendak terlena, terus aku duduk tegak! Si suami sudah masuk bilik dan buatkan aku bertambah gemuruh.

"Assalamualaikum ya Khumaira..."

"Waalaikumsalam. Nama saya Chenta Zulaikha, bukan Khumaira. Nak tanya boleh, siapa Khumaira?"

"Sayanglah..."

"Bila masa saya tukar nama?"

"Lima saat yang lalu..." Jawab suamiku.

Dah mula dah loyar buruk dia. Layan jangan tak layan, nanti berdosa masuk neraka. Lagi teruk kalau dilaknat Allah SWT tau.

"Kenapa suka-suka hendak tukar nama saya pulak?" Soal aku yang sudah semakin geram dengan loyar buruk suami aku ini.

"Supaya lebih mesra diantara kita."

"Tak kuasalah."

"Sayang, Rasullullah kan panggil Saidatina Aishah dengan Khumaira..yang kemerah-merahan. Sayang seperti itu."

"Errkk..."

Kenapa aku boleh tak perasan? Kan dah termalu diri sendiri. Hmm...suami aku ini ada ciri-ciri orang yang romantik. Aku kan suka orang yang romantik! Wow!

"Jadi dalam bilik abang akan panggil Chenta selain daripada sayang, Khumaira. Luar bilik abang akan panggil Chenta. Faham, nanti malu pulak dengan ibu dan babah kan."

Makin bertambah merah wajah aku. Ok, sesuai panggilan itu dengan wajah aku kemerah-merahan yang sudah menahan malu ini.

"Sebelum apa-apa, abang nak minta maaf sebab tidak berterus terang dengan Khumaira."

"Berterus-terang?"

"Ye, berterus-terang pada kali pertama kita berjumpa. Malam kereta Khumaira rosak tu."

"Oh..ok. Boleh terus-terang sekarang? Nak tahu jugak cerita sebenar."

"Pertama, malam itu kereta bateri Khumaira takda pasal abang sengaja pasang lampu kereta bagi cepat habis. Telefon bimbit pun sama juga, Kak Su tolong abang sengaja perabihkan baterinya. Malam itu tak sanggup biarkan Khumaira naik teksi seorang diri, abang nekad hantar balik rumah walaupun abang tahu sayang mesti mengamuk sakan. Semuanya Kak Su dah ceritakan pada abang."

Aku menelan air liur berulang kali. Rasa hendak marah, cepat-cepat aku surutkan rasa itu. Berdosa simpan rasa marah pada suami sendiri.

"Keduanya, abang dah lama jatuh cinta dengan Khumaira."

"Since when?"

Amboi terus speaking dengan suamni sendiri.

"Masa abang tengok gambar Khumaira abang terus jatuh cinta."

"Gambar? Dari mana dapat?"

Itu sahajalah kerja aku, tanya itu tanya ini. Kata hendak tahu cerita sebenarkan?

"Dari sepupu abang, Kak Su."

"Owh...tapi kenapa Kak Su tak cakap apa-apa dengan dengan Chenta?"

"Bukan Chenta, Khumaira. Ingat dalam bilik bahasakan diri sebegitu ok." Suamiku mencuit hidung aku. Dalam hati kembang sahaja bila dimanjakan sebegitu. Aku kan manja!

"Baiklah...Sambung."

"Kak Su tak nak bagitau sebab dia yakin sangat dengan perangai Khumaira. Tak suka kenen-kenenkan dengan sesiapa tapi abang tekad nak juga dapatkan Khumaira. Itu yang kitaorang rancang sebaik mungkin sengaja spoil kan kereta Khumaira."

"Sampai hati."

"Abang minta maaf ya. Maafkan Kak Su sepupu abang tu."

"Ye lah..."

"Ikhlas tak?"

"Ikhlas..."

"Khumaira..."

"Ya..."

"Abang cintakan Khumaira sepenuh hati abang. Boleh terus terang dengan abang, apa yang buatkan Khumaira menerima abang seadanya?"

"Kejujuran, Keikhlasan, Kesungguhan dan paling penting..."

"Paling penting apa?" Soal suamiku.

"Tu lesung pipi tu. Kita berdua memilikinya."

"Ohhh..."

*********

TAMAT

Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah perancangan Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya. Hati yang dingin lama-kelamaan boleh dipupuk dengan kasih sayang. Lambat ataupun cepat tetap akan terbias rasa cinta itu.

Happy Reading peeps! ^_~

Peace Yo!

2 kata-kata pujaan:

Aida Nadia said...

sweet sgt cite ni...
like99..!!!

DALIA NA ZA said...

Aida Nadia : mekaceh ^_~

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*