Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

31 May 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 21



       AKU menjeling dan Hafiz masih lagi menyambung gelak tawanya. Merah padam di wajah aku tidak boleh digambarkan lagi sudah. Sejak akhir-akhir ini usikkan Hafiz benar-benar buat diriku aku jadi serba tidak kena. Kadang-kadang itu aku hampir sahaja mahu menangis sebab memang tidak tahan kena penangan usikkan Hafiz. Baharu sahaja jari aku ingin mencubit isi ikan sambal, jari Hafiz terlebih dahulu mencubit. Sepantas kilat aku menarik jari aku, tidak mahu berebut pasal makanan. Aku ingat dia hendak masukkan isi ikan itu ke dalam pinggan aku sekali terus masuk ke dalam pinggan dia. Aku sedikit terasa, namun aku diamkan sahaja. Tidak lama kemudian Hafiz menyuap isi ikan bersama nasi ke dalam mulut aku.

       Hati yang tersentuh tadi mula berubah terasa haru. Aku kalah lagi dalam perasaan emosi aku. Hafiz hanya tersenyum dan aku tertunduk malu. Hafiz berbisik.

"Abang saje nak tengok sayang ni merajuk ke tak...jangan marah ye."

       Aku terdiam lagi dan airmata mula bergenang ditubir mata. Aku mula bangun dan terus basuh tangan ke sinki yang berdekatan. Hafiz hanya memandang dengan perlakuan aku. Tanpa sepatah kata aku terus masuk ke dalam perut van yang telah disediakan. Hafiz mendapatkan aku.

       Aku sudah tidak dapat menahan empangan airmata yang telah pecah. Mengalir perlahan-lahan airmata aku. Dalam keadaan lapar begini Hafiz masih jugak tidak henti-henti mahu mengusik aku. Umur aku sudah mahu menginjak ke alam dewasa, bukan kanak-kanak tadika hendak mengusik tidak habis-habis.

"Sayang...kenapa? Sakit ke?"

Aku diam.

"Kenapa ni? Tadi kata lapar..."

Aku diam lagi.

"Abang ada buat salah ke?"

Aku masih terdiam.

"Hmmm...kalau macam itu abang akan mintak diaorang bungkuskan untuk sayang. Kita balik hotel. Sayang pun dah takde mood kan. Jadi semua program harini batal."

       Aku diam tapi aku memandang muka Hafiz yang telah berubah. Aku ingin bersuara tetapi ego masih mengatasi kewarasan fikiran, jadi mulut aku masih terus terkunci.

       Terkocoh-kocoh En Dzulkifli dan rakannya menaiki van. Tiba-tiba aku mula rasa bersalah. Kasihan pula melihat mereka terpaksa pula berhenti makan. Hafiz datang bawa bersama bungkusan makanan yang sedikit sahaja terusik. Wajah Hafiz sedikit tegang.

"Maafkan Intan..."

Hafiz diam.

"Tak tahu kenapa sedih sangat.."

Hafiz diam lagi.

"Takpelah kita patah balik pergi makan..."

       Hafiz masih mendiamkan diri dan membuatkan aku menjadi semakin gelisah. Agaknya kesabaran Hafiz sudah sampai tahapnya. Habislah aku.

"Intan minta maaf sangat-sangat.."

"Tak mengapalah. Kita balik hotel, abang nak tidur. Sakit kepala pulak tiba-tiba." Hafiz menjawab pendek dan aku terus rasa tidak sedap hati. Hafiz tidak seperti selalu, sabar dengan semua kerenah aku. Ada kekeruhan pada wajahnya.

********

       Setibanya di hotel, Hafiz terus berbaring di atas katil sambil lengan diletakkan atas dahinya. Pertama kali melihat keadaannya begini. Aku masih lagi berdiri di hadapannya. Tidak tahu hendak berkata apa dan mulut terasa amat terkunci kuat untuk bersuara. Bagaimana mahu memujuknya?

       Hafiz bangun dari pembaringan dan menuju terus ke bilik air. Aku terkedu melihat Hafiz berlalu begitu sahaja. Tiba-tiba teringat kembali kata janjinya tidak akan sekali-kali menyakiti hati aku. Ini yang membuatkan aku terkeliru semula. Apakah Hafiz sudah melupai janjinya itu terhadap aku?

"Abang lapar..." Hampir hendak terkeluar jantung aku apabila bisikan itu menyapa pendengaran aku.

"Err...errr...ok kejap Intan siapkan untuk abang..."

"Maafkan abang..."

"Intan pun nak minta maaf jugak..."

"Macam budak-budak pulak rasanya tadi.."

"A'aaa...samalah dengan Intan tadi..."

"Intan kan masih budak-budak?"

"Eleh..." Lepas itu kami tersenyum dan tertawa bersama. Hilang rasa ragu-ragu aku sebentar tadi.

"Nanti sayang suapkan abang..."

"Err...errr..."

"Kat rumah haritu boleh suapkan abang...kali ni janji takde gigit-gigit jari Intan dah..."

"Err...pakai sudu boleh?"

"Tak nak...abang nak Intan suap abang pakai tangan..."

"Macam budak-budak..."

"Takpe sama macam Intan..." Hafiz mengelus rambut aku perlahan-lahan dan wajahnya mendekati aku. Aku tergamam seketika. Bab-bab begini memang aku lemah dan terus jadi patung Chendana.

Hafiz mencium dahi aku.

"I Love You..."

       Memang bergegar jantung aku apabila kalimah ini diungkapan sekali lagi. Bertambah lemah sendi-sendi aku. Darah mengalir laju dalam urat saraf aku. Tiba-tiba aku terasa seperti hendak rebah. Hafiz sempat memaut lengan aku.

"Kenapa ni? Mari sini abang suapkan Intan makan. Tadi makan pun sikit aje kan..."

       Aik sudah terbalik. Hafiz yang menyuapkan aku makan. Padahal sebentar tadi dia yang meminta aku menyuapkannya makan. Macam-macam...

       Lantas aku ditarik menuju ke beranda hotel. Nasi dan lauk yang telah dibungkuskan sekali perlahan-lahan Hafiz keluarkan dari plastik. Air suam diambil dan diletakkan di atas meja kecil yang terletak di hujung beranda. Kami duduk bersila, dengan lafaz bismillah Hafiz menyuapkan aku nasi. Hati menjadi sayu tiba-tiba.

       Tangannya aku raih dan mencium beberapa kali kerana tersedar akan kerenah aku yang telah melampau batas. Hafiz memeluk tubuh aku dengan erat. Terasa sedikit keselesaan. Entah kenapa hilang semua rasa kegugupan. Hafiz merenggangkan pelukkannya dan menarik hidung aku.

"Sudahlah tu. Mari makan sama-sama...sayang suapkan abang jugak ye..." Aku angguk dan meminta diri untuk menuju ke bilik. Usai membasuh tangan, aku duduk bersila semula dihadapannya. Lantas menyuapkan nasi ke mulutnya. Kami tertawa bersama. Ianya berlarutan sehinggalah kami telah rasa serasi untuk berkongsi cerita. Hafiz menelefon En Dzulkifli untuk memohon maaf atas apa yang terjadi. Kami merancang semula untuk keluar berjalan-jalan petang nanti.

"Terima kasih Allah." Ucapku perlahan kerana meniupkan rasa indah ini ke dalam sanubari aku. Perjalanan esok lagi lebih menarik. Kami akan menuju ke pergunungan yang dikenali sebagai TANGKUBAN PARAHU. Kata orang pemandangan di situ memang menakjubkan. Subhanallah cipta agung dari Illahi memang tiada tandingan. Tidak sabar pula rasanya untuk menunggu hari esok.

Nasib baik rajukan antara aku dan Hafiz tidak berpanjangan. Merajuk manja-maja gitu. Maklum sahajalah hati sudah terpaut, rasa dingin mula rasa hangat. Rasa meluat mula rasa angau. Bak kata pepatah, mandi tak basah, tidur tak lena, makan? Tetap kenyang. Aku bersyukur kerana Hafiz memang senantiasa bersabar dengan kerenah aku. Cuma aku ini sahaja manjanya terlebih-lebih. Rasa kosong atas kehilangan orang tua sedikit sebanyak terisi dengan kehadiran Hafiz di dalam ruang hidup aku.

Alhamdullilah...

7 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

yayyy!! akhirnya dah ad sambungan!! nanti cepat2 tau upload yg bru plak!! peace^^

blinkalltheday said...

alo,sikitnye..tp,best...go hafiz go...kejar intan!!

DALIA NA ZA said...

anonymous...baik...tapi tak janji tau...bz keje ler...huhuhuhu

blinkalltheday : hehehehehe..bab 22 panjang...kisah perjalanan di atas pergunungan Tangkuban Parahu sana...tunggu ye... ^_^

Seorg wanita... said...

Dalia..sihat hendaknya walaupun busy.. lama tunggu sambungan.. :-)

Intan ni sensitif tul.. dah menyebabkan Hafiz pun terikut-ikut perangai dia.. sian Hafiz...tulah suka nyakat Intan.. hehehe.. btw, sweetlah depa ni.. next plzz..

DALIA NA ZA said...

seorang wanita : itulah kak...kebizian melanda kak...huhuhu...thanks kak...bab 22 tengah mencari idea ni...sebab nak buat panjang sikit...perjalanan bulan madu bermula... :P

MaY_LiN said...

makin sayang intan kat hafiz tu

DALIA NA ZA said...

MAY LIN :

:)..heheheehe...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*