Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 October 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA - BAB 14

TERPISAT-PISAT Zulia membuka matanya setelah dikejutkan dari lena. Entah bila masa dia terlelap tidak disedarinya. Mungkin selepas dia menelefon mamanya. Amboi sudah dapat cakap dengan mama terus aku berdengkur eh!

“Kot ye pun pergilah tukar baju tu dulu. Nasib baik aku yang masuk. Kalau lelaki yang masuk dah lama dia terkam kau agaknya. Terbeliak mata aku tengok peha kau tu! Macam peha ayam KFC pun ada!” Rina memulakan syarahan dan aku hanya tersengih.

“Aku seksi sekali sekala. Kalau hari-hari mau menitik air liur kau kan. Hehehe.” Zulia mengusik. Tanpa disedari kain baju kurungnya terselak sewaktu dia diulit mimpi siang hari!

“Haih! Budak ni kita nasihat dia boleh buat lawak Martopo pulak. Bangun, mandi lepas tu kita terus pergi dewan makan. Yanti kata dia balik malam sikit. Dia kata ada kelas tambahan hari ini.”

“Yelah...yelah. Madam ni selalu mengamuk lelama cepat tua tau! Jom mandi dengan aku sekali. Boleh main buih sabun! Hahaha.” Zulia semakin galak mengusik. Terjengil biji mata Rina apabila terdengar ayat yang terakhir.

“Zizi!” Rina terjerit geram. Zulia sudah melarikan diri daripada terkena smackdown Rina. Jangan dibuat main-main kalau Rina dah naik hantu. Sekali dia mengamuk macam King Kong jadinya.

*****

TERGELAK besar apabila Zulia dapat mengenakan Shaharina sebentar tadi. Hilang rasa amarahnya. Esok dia mesti periksa balik papan kenyataan yang telah meragut kegembiraannya.

Zulia menyanyi riang ketika berada di dalam bilik air. Sehingga tiba-tiba mandinya terkincit. Entah angin tornado mana yang mengetuk pintu bagaikan nak tercabut kalau di lihat dengan mata kasar.

“Eh...Takkan ada King Kong terlepas pulak?” Zulia berbisik kecil.

“Hoi! Nak mandi ke atau tengah buat konsert Akademi Fantasia? Cepat sikit mandi tu boleh? Aku nak mandi ni. Tunggu kau macam tunggu puteri bersiram tau tak!”

“Ni yang aku hangin ni. Punya banyak bilik air yang ada bilik yang ini jugak king kong ni nak rebutkan. Malaun betullah! Ada je penyakit yang datang nak bagi aku jadi naga berapi. Hish!”

“Kau membebel apa dekat dalam tu! Cepatlah mangkuk!”. Orang di luar semakin mencabar Zulia yang berada di dalam. Apalagi terus api kemarahannya marak secara meluap-luap.


Apabila sudah mengenakan t-shirt dan seluar pendek separas lutut terus sahaja dia menolak pintu bilik air secara kasar. Matanya sudah merenung tajam terhadap perempuan yang memekak seketika tadi.

“Hah! Pandai pun mandi cepat-cepat! Kalau aku tak sergah tadi agaknya mau lagi berjam-jam kat dalam tu! Bodoh!” Jerit Maria kasar di depan mata Zulia.

“Kepala otak kau aku mandi lama-lama. Aku baru masuk tadilah bengap! Kau tu yang tak tau sabar. Terjerit-jerit macam pompuan meroyan. Aku rasa kau ni baik buta aje terus. Celik pun masih sangap tak habis-habis. Ada bilik air kosong yang aku masuk ni jugak kau nak rebutkan. Ambiklah daki-daki aku kat dalam tu!” Aku mencekak pingang dan bernafas turun naik menahan kemarahan yang telah meletus.

Maria terkulat-kulat sambil menjengilkan biji matanya apabila terkena herdikan Zulia.

“Kurang ajar! Aku tampar sekali mulut takde insurans tu kang baru tau.” Maria mengugut dan aku masih buat-buat tak reti.

“Hah! Eloklah tu. Tangan kau yang penuh bijih timah jangan harap nak dapat tampar pipi aku yang suci tau. Pergi cuci tangan tu dengan Clorox. Tak pun potong ajelah. Lagi bagus aku rasa” Aku menepelak selamba.

“Bodoh punya budak!”

“Itulah dia, ada mulut asyik nak kata orang bodoh. Padahal tengah kutuk diri sendiri. Inilah di namakan manusia tak sedarkan diri. Daripada aku layan kau baik aku gosok gigi lagi bagus. Hilanglah najis-najis dekat mulut aku ni.” Aku terus memalingkan muka dan Maria mengetap bibir menahan marah.

Maria menghempas pintu bilik air dan tak semena-mena dahinya terhantuk apabila pintu itu terlantun semula. Panas telinga apabila terdengar ada orang mentertawakannya dengan terbahak-bahak. Siapa lagi kalau bukan Zulia Zafira!

“Hahaha...Itulah balasan terhadap orang yang tak reti nak bersabar. Hambik kau ubat! Hahaha...” Zulia tertawa sambil menghentak-hentakkan kaki.

Maria sudah masam mencuka. Hatinya bertambah sakit terdengar gelak tawa itu. Terus dia mengisytiharkan Zulia Zafira adalah musuhnya. Banyak betul orang bermusuh dengan Zulia Zafira ni kan. Nasib kaulah Zulia Zafira...

*****

KAMI berjalan sambil bergelak ketawa menuju ke Dewan Santapan. Perihal petang tadi menjadi tajuk utama antara aku dan Rina. Terkekek-kekek kami ketawa sambil sesekali menekup mulut.

“Hahaha... Memang bagus dia kena sebiji dengan kau macam tu. Kalau aku lagi berganda-ganda aku bagi... Hahaha.” Rina ketawa besar dan aku masih tergelak-gelak.

“Aku pun tak faham apsal minah tu selalu jadi macam tu. Asal nampak aku ke bilik air mesti dia akan jadi meroyan. Aku rasa dia ni gila bilik air kot. Hahaha...” Aku tergelak lagi.

“Aku rasa dia ada share agaknya. Hahaha... CEO bilik air... Hahaha.”

“CEO bilik air? Hahaha... Buat lawaklah kau ni.” Aku menghentak-hentak kaki tahan gelak. Rina sudah menahan perut akibat ketawa berlebihan. Cuma Yanti yang tak ada nak join group gosip petang.

Mereka terus beratur dan sesekali tawa mereka terhambur. Ada sepasang mata yang sakit hati melihat kesenangan musuhnya. Namun ada senyuman yang terukir dibibir. Rancangan untuk mengenakannya kembali terlakar. Tidak sia-sia dia memujuk Pegawai Hal Ehwal Pelajar meluluskan ideanya tentang Kem Motivasi yang akan diadakan hujung bulan Mac ini.

“Aku menunggu saat itu dan aku akan buli kau cukup-cukup.” Kamarul berbisik perlahan.

“Apsal aku rasa macam ada orang tenung aku eh?” Aku seperti terasa diriku diperhati dengan tajam. Seolah-olah macam biji mata itu nak terkeluar dari soketnya. Fuh!


“Tenung kau? Alamat butalah mata orang tu kalau tengok kau lama-lama. Hahaha...” Rina mengejek.

Aku terus mencubit lengan Rina dan dia mengaduh.

“Betullah! Aku tak main-main tau. Kalaulah aku tahu siapa, aku cucuk mata dia pakai jari. Buat macam ni...” Aku mengacah Rina seakan-akan mahu mencucuk matanya.

“Aik! Mata aku pulak jadi mangsa. Ini tidak adil!” Rina mencebik dan aku ketawa melihat aksinya.

“Aduh! Macam kena cucuk pulak mata aku ni. Jahanam betul.” Kamarul mengosok-gosok matanya yang pedih. Dia hairan kenapa boleh terasa begitu.

“Kena sumpah ke apa aku ni?” Kamarul mengaduh sendirian. Namun matanya masih tidak lepas memandang Zulia Zafira.

*****

DI DALAM perjalanan setelah selesai menjamah makan malam sebentar tadi. Aku masih seronok berborak dengan rakan baikku. Rina. Yanti masih tidak kelihatan. Lama juga aku menunggu kalau-kalau bayangnya muncul. Tapi hampir setengah jam menunggu Yanti masih tidak muncul. Aku dan Rina terus pulang ke hostel.

“Alah… Hujung minggu ni aku tak dapat balik jumpa mama aku. Benci betullah. Toyol mana entah main petik nama aku suruh join! Hantu betul!” Aku dah mula berdrama di depan Rina.

“Eh… Apsal nama aku dengan Yanti takde eh?” Rina menyoal kehairanan. Aku menepuk dahi.

“Memanglah. Kau jurusan mana… Aku jurusan mana… Adoi! Kau ni kan…”

“Hehehe… Aku ingat semua pelajar junior kena pergi.”

“Fakulti aku aje yang buat benda alah ni. Sibuk betul. Semua pelajar junior Business Study wajib pergi pulak tu.” Perkataan wajib aku tekankan sedikit. Rina mengekek. Aku mendengus tanda protess. Lantas jariku pantas mencubit lengan Rina.

“Adoi! Sakitlah. Jari kau ni macam kuku ketam tau…” Rina menyeringai. Aku ketawa.

“Hahaha… Kira jari aku dengan kepit ketam ni sepupu… Sedap? Nak lagi tak?”

“Banyaklah kau punya sepupu! Ceh… Kau kena pergi berapa hari tu?” Soal Rina mematikan gelak tawaku.

“Seminggu… Adoi mati kerinduanlah aku kat mama nanti. Huwaaa…”

“Eleh anak manja betul. Itu belum ada laki. Kalau dah ada laki aku tak taulah macam mana dia nak layan kau kan.”

“Rina! Cubit lagi kang…”

“Uwek! Anak manja!”

“Aku manja dengan mama aku aje. Maklumlah papa aku dah takde. Pada mama aku meluahkan segala ekpressi. Tapi aku tetap gembira tanpa papa di sisi. Sebab aku sentiasa merasa papa selalu berada dekat menjaga aku dengan mama.” Ujarku dalam nada yang rendah. Rina terkesima dan menutup mulutnya. Menyedari kekhilafan kata-kata yang tidak disengajakan.

“Err.. Zizi… Sorry… Aku tak bermaksud macam tu… Maafkan aku Zizi… Aku… Aku… “ Rina menunduk.

“Hallo! Kawan. No hal. Aku ok ajelah. Ni muka macam semut mengidam gula kenapa? Buruk benor teman menengoknya.” Aku sengaja mengusik. Terus melarikan diri.

“Zizi! Nanti aku gomol kau cukup-cukup!” Rina berjalan pantas cuba mengejarku. Namun pada itu airmataku bergenang di tubir.

“Papa… Zizi dan mama rindukan papa. Semoga roh papa aman dan tenteram di alam sana...” Aku mengelap perlahan-lahan. Sendu masih bersarang dihati meskipun cuba melakarkan kegembiraan.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*