Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

08 January 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 7


HAFIZ sudah tidak kelihatan dan mataku sedikit sembab. Melalak hanya kerana bantal busuk. Aku dengan bantal busuk memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat kumbang dengan madunya, ombak dan pantainya. Ah! Aku tidak peduli sesiapapun yang mengatakan aku ini anak manja. Memang betul apa! Ada? Ada? Ada aku kisah? Janji aku bahagia dan tidak membuang duit sesiapa.

Aku bangun dan sedikit menggeliat dan memerhatikan keadaan sekeliling. Minggu ini merupakan minggu terakhir aku akan berada di rumah arwah mak dan abah. Aduh! Pasti akan merindui suasana di sini! Kalau mak masih ada, boleh juga bermanja-manja macam selalu. Sekarang mak sudah tiada, Hafiz menjadi pengganti teman tidurku.

"Errkk...apasal ingat pulak pasal dia? Cis! Otak jangan nak macam-macam ok..."

Keadaan katil yang agak sedikit bersepah aku kemaskan dengan teratur. Setelah berpuashati aku mengambil tuala senada dengan Hafiz yang tersangkut di penyidai tuala. Lantas aku melakukan beberapa senaman ringan untuk merengangkan urat-urat saraf. Itulah akibatnya kalau tudir mengerekot seperi lagak udang kena goreng. Apa?! Udang lagi?! Namapun hantu udang, jadi udang dan aku memang tidak jauh beza. Ha Ha Ha...
Entah kenapa pagi ini aku bangun terasa begitu ceria. Adakah kerana terasa bebas? Adakah kerana Hafiz tiada sewaktu aku terjaga dari lena? Aku membiarkan persoalan itu berlalu menuju ke bilik air.

Siraman air paip menyegarkan tubuh badan aku yang agak sedikit kemalasan. Maklum sahajalah, lepas kahwin aku masih tidak melakukan sebarang kerja rumah. Bukan tidak tahu, tetapi alasan yang paling kukuh adalah malas! Kak Long selalu membebel katanya aku ini anak dara pemalas! Hu hu hu. Sebelum upacara akad nikah beberapa hari yang lepas, Kak Long telah menurunkan segala amanat untuk aku contohi. Agak terbakar jugalah apabila Kak Long menyindir. Nampak lembut, sekali dia lemparkan bom mortar (membebel) gamaknya rumah boleh roboh! He he he... I Love You Kak Long...

Usai daripada mandi aku mengelap-ngelap rambutku yang masih basah. Seperti selalu, aku gemar membungkuskan kepala bersama dengan tuala. Tujuannya adalah untuk mengeringkan rambut. Takkan hendak membasahkan lagi kot? Choiiiii! Setelah berpuas hati maka aku dengan senang lenangnya keluar dari bilik air tanpa memakai seluar, hanya mengenakan t-shirt labuh sampai menutup peha. Gaya-gaya mat saleh kononya. Choiii! Sekali lagi.

Ketika menuju ke meja solek aku terlihat satu sampul surat duduk tegak berdiri dengan ditujukan kepadaku. Aku sudah dapat menganggak yang siapa yang menulis. Di dalam bilik ini hanya aku berdua bersama dengan dia. Lainlah kalau ditemani anak buah kesayangan aku, Shuhada. Ah! Budak itu bukan boleh percaya pun, berpakat bersama Hafiz mengusik-ngusik aku. Dahulu akulah yang paling kuat mengusik dia, sampai Shuhada merajuk tidak mahu bercakap dengan aku. Gara-gara aku cuba menjodohkan dia dengan Abdur Rahman, anak Pakcik Abdullah penjual karpet. Shuhada masam mencuka dan mengatakan aku ini memang hati batu mengusik sebegitu. Sudahnya, Abdur Rahman selalu menghantar surat-surat berbaur cinta! Ha ha ha.

"Intan Maisarah @ Bantal Busuk Abang"

Wah! Alias itu yang tidak menahan aku baca! Cis! Perli nampak! Aku mendengus kasar dan terasa seperti hendak mengamuk seakan gorila. Ceh!

Aku membuka sampul surat itu dengan sedikit kasar. Maklumlah aku ini orangnya agak sedikit ganas. Tidak pandai berlembut-lembut, terasa macam hendak patah tulang kalau buat sebegitu. Aku melihat sebuah kad berwarna merah jambu lembut dengan cantingan gambar berbentuk cinta. Haiyoooo! Jiwanglah pula! Sebelum ini mulut macam pengganas Isreal kalau tiba-tiba mengamuk dengan aku. Sekarang ini sudah terbalik, dia pula yang berlembut dan aku bertukar menjadi normal. Gadis agresif....

Kad itu aku buka dan membacanya perlahan-lahan. Agak terkaku sedikit dengan luahan yang dituliskan untuk diriku. Ini yang melemahkan aku kalau orang tulis ayat-ayat jiwang! Aku terasa seperti hendak muntah! Patutlah Shuhada tidak menyukai surat cinta Abdur Rahman. Ahak! Ahak! Ahak!

Sayang...

Pertama, abang hendak memohon maaf di atas segala perilaku abang dalam tempoh masa yang singkat ini. Sejujurnya abang sendiri terkeliru dengan perasaan abang. Maafkan abang sayang...Abang janji abang akan perbaiki diri abang untuk menjadi lebih terbaik untuk sayang. Abang cintakan sayang...

Yewwww! Tidak menahan membaca ayat-ayat puitis sang suamiku ini. Apakah ini benar? Kenapa masih tidak menusuk di hati. Pedulikan dahulu!

Kedua, abang hendak kita berbaik-baik dan hidup aman damai di dalam rukun rumahtangga. Abang faham sebab sayang masih belum mengerti. Ini tugas abang untuk membimbing sayang. Abang akan bagi sayang masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bukan semata-mata hubungan suami isteri itu yang abang tekankan. Jangan salah faham ya...

Erkkkk! Fuh! Lega sedikit aku mambacanya sebanyak dua kali. Rupanya tanggungjawab isteri melayan suami. Makan, minum, pakaian dan sebagainya. Ingatkan tanggungjawab yang gitu...gitu itu. Otak kuning! Ha Ha Ha..

Terakhir, abang gembira dapat memperisterikan sayang meskipun pada awalnya abang agak ragu-ragu dengan cadangan ibu. Namun setelah menyiasat sendiri bagaimana kehidupan Intan, maka abang dengan rela hati menerima sayang. Jangan marah sebab abang selalu mengintip sayang yang suka duduk memerhatikan budak-budak di taman permainan. Sayang ini memang suka budak-budak ya? Maknanya dalam kehidupan kita perlu ada budak-budak juga kan? He He He... Jangan marah, abang gurau...Lepas habis ayat terakhir ini, sayang kena turun bawah sebab abang ada buat sarapan pagi untuk sayang. Special!

I Love You,

Hafiz Hadi @ Bakal Pengganti Bantal Busuk

Bagaikan hendak luruh jantungku apabila membaca keseluruhan isi kandungan di dalam kad comel ini. Aku pula yang terkeliru dengan sikap Hafiz. Adakah dia benar-benar tidak seperti dua tiga hari yang lepas? Apa yang membuatkan dia berubah secara mendadak sebegini? Aku menggigit bibir sambil berpeluk tubuh. Akhirnya persoalan-persoalan yang datang aku biarkan sahaja berlalu begitu.

Aku bersiap-siap mengenakan seluar panjang dan rambut disisir dengan rapi. Aku berlalu keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Otak masih ligat berputar dan membuatkan aku sedikit leka. Entah di mana silapnya, aku tersalah pijak dan terasa tubuh seakan ingin tergolek jatuh ke bawah. Aku memejamkan mata dan menerima sahaja sekiranya jatuh berdebuk bagaikan nangka wangi bak kata suamiku.

Aku membukakan mata, tubuh badan aku sudahpun didukung. Aku terbeliak dan Hafiz hanya tersenggih lebar. Aku sedikit meronta dan membuatkan Hafiz hampir melepaskan aku jatuh ke lantai. Aku inipun satu, kalau kot ye pun panik kenalah tengok dulu keadaannya.

"Sorry..."

"Hmm...ok. Abang tak kisah pun, yang abang kisah kalau sayang terjatuh ke bawah tadi. Berangan kemana tadi tu? Kalau abang tak tergerak nak naik atas tengok sayang mesti sayang dah jatuh macam nangka..."

"Wangi!"

"Aik! Cepat tangkap nampak! He he he."

"Eleh..." Aku menjeling dan terdengar Hafiz masih ketawa. Aku sudah mengeras menahan malu. Konon malam tadi tidak mahu kena dukung tidur di atas katil. Nah! Pagi ini kena dukung juga! Haih! Geramlah!

"Berat jugak sayang ni..."

Berdesing telinga aku dan ini yang paling kuat. Aku terus berlalu cepat-cepat kerana tidak tahan diusik sebegitu.

Wa malu okeh...Ceh! Jatuh saham ganas wa...

"Acik Intan! Sedap wooooo Acik Hafiz masak...Kalah nasi goreng Acik Intan yang masak... Kalau macam ni, Hada nak pagi-pagi sebelum pergi sekolah mintak Acik Hafiz masakkan.."

"Jangan nak mengada. Acik Hafiz tu berkeje, bukan macam Acik Intan. Tak kira sedap atau tidak, makan aje jangan nak banyak songeh..."

"Eleh, Marah pulak kita mintak tolong hubby tercinta dia tu. Bluek!"

"Mana ada marahlah..."

"Itu yang backup tu... Lalalala..."

"Shuhada...nak kena ke? Panggil Abdur Rahman sarapan pagi bersama nak?"

"Hah! Apa kena mengena dengan budak hidung panjang macam belatuk tu! Tak nak! Tak nak!... Okeh tak sedap Acik Intan masak pun Hada telankan jugak..."

"Ha Ha Ha... Tau pun...jadi jangan banyak bunyik...Silakan makan sekarang, karang terlambat pergi sekolah. Bestnya dah habis sekolah...lalalala"

"Ceh!...Acik Hafiz nak tolong hantarkan Hada pergi sekolah. Lalalala"

"Mengada!"

"Eleh jeles..."

Hafiz yang sedari tadi hanya tersenyum melihat keletah isterinya dan Shuhada. Memang saling usik mengusik. Dua-dua sama sahaja perangainya. Untuk cuti selama dua minggu ini, Hafiz menuruti dahulu kehendak Intan Maisarah untuk menetap seminggu di rumah arwah mak dan bapa mertuanya. Dia jatuh kasihan melihat keadaan Intan Maisarah yang masih muda, mentah dan agak kebudak-budakkan telah kehilangan kedua orang tuanya.

"Sayang ikutlah sekali...tak gitu Hada?"

"Wow! Romantika betul Acik Hafiz ni. Kembanglah hidung Acik Intan kita ni sebab dah ada panggilan manja..."

"Kamu pun ada jugak yang panggil begitu..."

"Siapa? Beranilah dia panggil macam tu. Hada pelangkung nanti..."

"Abdur Rahman!"

"Acik Intan!"

"Ha Ha Ha...Padan muka."

Hafiz dan Intan sudah ketawa, Shuhada pula masam mencuka. Pagi ini Kak Longnya tidak sempat sediakan sarapan pagi dan kebetulan Hafiz yang terbangun awal menolongnya memasakkan nasi goreng. Sewaktu masih bujang di rumah, Hafiz gemar belajar memasak dari ibunya. Katanya senang kalau merantau kemana-mana ke, isteri berpantang ke...bolehlah juga mengaturkan hidup.

Dalam diam Hafiz sudah merancang mengatur kehidupannya bersama dengan Intan Maisarah. Dia akan pastikan dia dan Intan akan bahagia untuk bersama. Percutian bulan madu minggu hadapan adalah permulaan rancangan kehidupannya.

5 kata-kata pujaan:

Hafia Hana said...

suke gler cite ni
rajin2 la mskkn n3

fatim fatimah said...

best plak cerita ini,,hehhee

cpt smbung yer

DALIA NA ZA said...

itu aku : tq ^_^V...

mama : tq jugak ^_^V..ok2..tengah mengeras cari idea...ekekekeke...

kepada semua pembaca..tq for support and sorry kalau ada ayat terkureng manis..huhuhu..

happy reading ollllsss V^_^V

IVORYGINGER said...

wow hafiz dah ada perancanga nk tackle intan ya. he... hope hafiz kotakan kata2 dia yg nk bahagiakan intan. jgn sekadar bcakap, wlaua ribut skali melanda kena jgk stick ngan intan ya. ;D

DALIA NA ZA said...

ivoryginger : hik hik hik...tunggu episode akan datang...apa akan jadi percutian bulan madu budak berdua ni...hahahaha V^_^V

thanks for following...peace..cool

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*