Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

14 April 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 18



MALAM ini entah mengapa aku sukar melelapkan mata. Aku memandang wajah milik Hafiz. Dia terlena seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hati aku pula tidak tenang seperti selalu. Nama Nadia terngiang-ngiang di telinga aku. Setiakah Hafiz dan akan terkotakah segala janjinya pada aku sebelum ini? Mengapalah disaat-saat ini muncul kembali Nadia di dalam kehidupan antara aku dan Hafiz. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke mejasa solek. Aku membelek wajah sendiri. Aku mengeluh. Memang benar wajah Nadia jauh lebih cantik daripada aku. Kulitnya pun mulus. Aku?

Melangkah malas menuju ke sofa dan aku membaringkan diri di dalam keadaan hati yang tidak tenang. Aku merenung syiling rumah sambil memangung kepala memikirkan kejadian siang tadi. Saat-saat hati sudah terbuka untuk Hafiz, datang pula si Nadia seolah-olah menjadi perosak kebahagiaan ini. Dari perilaku Hafiz, nampak sangat dia cuba sedaya-upaya tidak mengeruhkan keadaan. Dia membela aku sebagai seorang isteri yang disayangi. Katanya di mulut tetapi hatinya itu belum tentu pasti agaknya.

"Isshhh! Apsal pula nak curiga dekat dia. Kenapa macam ini pula jadinya." Aku mengomel sendirian cuba untuk melelapkan mata. Namun ianya sukar.

Lama-kelamaan pandangan aku mulai kelam dan semakin menuju kegelapan. Malas hendak fikirkan apa yang terjadi, aku biarkan sahaja dahulu setiap spekulasi yang tercetus dalam kotak pemikiran aku. Esok adalah hari keberangkatan aku dan Hafiz ke Kota Bandung. Semua pakaian telah aku simpan di dalam beg luggage berwarna merah hati itu. Tiba-tiba hati jadi sayu.

*******

JAM berbunyi kuat dan aku terjaga dari lena. Aku melangkah malas menuju ke bilik air. Aku merenung muka di cermin dan terkejut melihat rambut sudah serabai. Aku membetulkan keadaan diri. Aku mula membuka paip. Sejuk. Hilang sedikit rasa sakit kepala. Usai dari mandi aku mengenakan seluar panjang dan t-shirt berwarna putih. Perlahan-lahan aku mengejutkan Hafiz yang sedang terlena dengan tenang.

Amboi! Sudah dapat jumpa Nadia, tidur pun lena ya...

Aku menyentuh hujung kaki milik Hafiz. Dia bergerak perlahan tetapi masih belum terjaga. Aku mencuba lagi dan kali ini terus memanggilnya.

"Abang...bangun...solat..." Perlahan aku kejutkan Hafiz.

"Hmmmm.."

Sudah tiga empat kali aku kejutkan tetapi masih juga mata Hafiz terpejam rapat. Terpaksalah aku keraskan sedikit suara aku.

"Abanggggg...bangun...solat subuh..."

"Ye..ye...abang bangun..."

Aku tersenyum dan Hafiz terus duduk menghadap muka aku. Terkejut juga apabila berkeadaan sebegitu! Memang macam-macam kenakalan si Hafiz ini.

Aku terus menunggu Hafiz di tikar sejadah yang sudah sudah sedia terbentang. Aku terpandang apabila Hafiz keluar daripada bilik air. Dia memandang aku sambil tersenyum. Aku terasa berdebar-bedar. Aku memandang ke arah sejadah kerana terasa malu secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian Hafiz datang dengan berkain pelikat serta t-shirt putih dan mengenakan songkok. Memang nampak sangat menyenangkan dan sejuk mata memandang.

Kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Dingin pagi ini terasa sungguh ketenangannya. Dengan ucapan bismillah aku tolak semua ketepi tentang perasaan aku yang tidak serba kena itu. Demi menghadap Illahi, aku tenangkan segala rasa jiwaku yang satu ini. Kedengaran gemersik suara milik Hafiz dibasahi dengan kalimah allah.

Allahu akhbar!

*******

SHUHADA sudah tersenyum-senyum dan aku hanya menjeling tajam. Berulang kali aku mendengar pesanannya semenjak malam tadi. Bukan main lagi minta itu dan ini. Paling buat aku tidak tahan melayan kerenah si Shuhada adalah minta sepupu! Betullah budak seorang ini. Bikin aku malu gila! Hafiz boleh lagi tersenyum-senyum sambil mengenyit mata. Aku menjeling lagi tajam. Bersemangat betul hendak pergi berbulan madu ke Kota Bandung lah katakan.

"Acik...ingat pesan Hada..."

"Malas nak layan..."

"Hada...jangan nak mengada-ngada sangat. Sudah mari tolong angkat beg-beg tu masuk dalam bonet. Umi dan tutup tingkap dapur sekejap. Intan...tingkap kat atas semua dah tutup belum?" Kak Long bersuara tiba-tba.

"Sudah Kak Long..."

"Kak Long, biar Hafiz bawa kereta sampai airport."

"Baiklah. Shuhada...tercengat sambil menyengih apalagi tu... Cepatlah, nanti terlambat pulak."

"Umi ni...macam umi pula nak pergi melancong."

"Bertuah betul budak ni..." Kak Long sudah bercekak pinggang, aku ketawakan Shuhada. Sudahnya Shuhada menarik muka. Kak Long menggeleng.Aku tersenyum lagi. Hafiz sudah hilang dari pandangan.

Usai menguncikan pintu dan pagar, aku masuk ke dalam perut kereta. Ingatkan hendak duduk di belakang sekali Kak Long suruh duduk di depan. Shuhada sudah menyengih. Sabara sahajalah melayan budak kecil yang seorang ini. Hafiz memulakan pemanduan dan tiba-tiba talian telefon bimbitnya berbunyi. Aku hanya memandang kosong. Tiba-tiba hati terasa tidak tenang. Nama itu lagi muncul.

"Hello..Assalamualaikum Nad. I nak gerak pergi bercuti dengan wife ni. Apa yang you nak pesan?"

Aku hanya melihat Hafiz terangguk-angguk sambil tersengih panjang. Aku pandang ke arah Shuhada. Dia tunjuk muka pelik. Aku hanya jungkitkan bahu. Kak Long sibuk membaca majalah Wanita kegemarannya. Usai sahaja Hafiz bercakap di telefon terus adukan tentang permintaan si Nadia. berbulu juga telinga aku mendengarkannya. Belum sampai jejak kaki ini ke Kota Bandung, sudah ada umpama lebih kuah daripada sudu. Aku tersenyum tawar.

"Nadia tadi...belum apa-apa dah tanya bila kita nak balik..."

"Oh ye ke...lagi apa dia cakap?"

"Dia cakap kalau jumpa dari awal dan tahu jadual penerbangan kita, dia hendak ikut serta dengan Kamal. Oleh kerana jadual modeling dia padat itu yang tak dapat ikut."

Wah! Boleh rosak program kalau si Nadia ini ikut. Bernasib baik... Inilah peluang aku hendak meluahkan segala rasa isi hati aku pada Hafiz. Terima kasih Allah kerana beri peluang pada hambamu ini. Di dalam perjalanan Shuhada lebih banyak mendengar perbualan antara aku dan Hafiz. Kak Long pula masih setia bersama dengan majalahnya itu. memang tidak boleh dipisahkan sejak dari awal remaja lagi. Patutlah matang awal Kak Long aku yang seorang ini.

"Oh...tak apalah nanti kita belikan sahajalah ole-ole untuk kawan awak tu..."

"Apa dia? Awak? Mana hilang abang tu? He he he..."

Aku menepuk bahu Hafiz dan Shuhada sudah menyenggih. Dari tadi menjadi pemerhati kini mulutnya sudah riuh mengusik aku begitu begini. Berkomplot dengan Hafiz untuk menyakat. Kalau sudah jadi satu kumpulan memang aku boleh kalahlah jawabnya.

Hampir satu jam perjalanan, akhirnya sampai jugak di lapangan terbang KLIA. Shuhadalah paling riuh bergambar sakan sana sini situ. Kak Long tidak larat melayan anak dara tunggalnya yang seorang ini. Ramai orang memandang ke arah kami, macam biasa Shuhada dengan selambanya buat tidak peduli. Aku sudah buang sedikit sikap selamba semenjak dua menjak ini.

Ramai juga orang yang sedang menunggu giliran untuk di panggil masuk untuk menanti pesawat yang akan berlepas. Tidak kurang juga keadaan riuh rendah di sini. Shuhada menarik lengan aku menuju ke kedai minyak wangi yang berhampiran. Aku menggeleng tidak mahu pergi. Sekali Hafiz suruh, terus kaki mula melangkah. Shuhada gelakkan aku lagi. Cis!

Hafiz memberi cadangan supaya membeli sebotol minyak wangi yang aku suka. Puas pilih sana sini, bau itu ini akhirnya aku berkenan dengan satu jenama Vincci. Bau haruman dia tidak terlalu pekat dan memang aku berkenan terus dengan bauan yang lembut itu. Sempat lagi Shuhada mengambil gambar kandid aku dan Hafiz. Merah padam jugalah muka aku tahan malu punya pasal. Sabar sahajalah.

Namun tidak lama selepas itu terdengar panggilan untuk penumpang bersedia untuk menunggu giliran untuk kedatangan pesawat ke Kota Bandung. Aku yang sudah pening kepala akibat bau banyak sangat mintak wangi. Hafiz memicit kepala aku yang sudah sakit. Shuhada ambil lagi gambar kandid kami berdua. Lantaklah, kalau ditegur makin menjadi-jadi. Degil.

Aku bersalam-salaman dan berpeluk cium dengan Kak Long serta Shuhada. Dalam peluk-peluk itu sempat lagi Kak Long bagi pesanan macam-macam dekat aku. Paling yang buat aku gelabah adalah pesanan ini.

"Ingat Intan...layan suami itu baik-baik semasa kat sana. Jalankan tanggungjawab yang wajib bagi seorang isteri... Kak Long doakan semoga rumahtangga kamu berdua bahagia, aman dan sejahtera sehingga ke akhir hayat...ingat pesan Kak Long ni..."

Tiba-tiba badan terasa macam hendak demam.

Pelik?

6 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

good luck!..story u best!! :)

blinkalltheday said...

wahh,best3,,hope menjadiklah sepupu yg diminta oleh syuhadah tu,,hehe..

Seorg wanita... said...

Sibukk jer si Nadia ni... suker ganggu Hafiz.. on d way g airport pun kacau lagi... semoga honeymoon depa ni seronok & mbahagiakan.. jgnlah ada perkara2 yg x diingini, Nadia dtg ke... x suker..

DALIA NA ZA said...

anonymous :

terima kasih atas sokongan anda ^_~

yuna : ehem..ehem...ekekekeke ^_~

kak wanita :

Wow....honeymoon...hehehehe... Nadia mungkin datang dengan Kamal 9agaknya kot)

^_~

thanks to all...

bebemei said...

sibuk je nad 2.dulu tak nak sgt dkt hafiz.tak nak nad dtg airport.org nk p honeymoon pun menyibuk je.next n3 ye dalia.

DALIA NA ZA said...

bebemei :

hik hik hik...baiklah...

^_~

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*