Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 9

     AMBOI! Handsome...handsome ni nak kemana?” Soal Kamarul apabila melihat Haizam sedang menyisirkan rambutnya yang pendek.


“Merayap.” Pendek sahaja jawapannya.


“Dengan siapa?” Kamarul kehairanan.


“Dengan siapa-siapa aje.” Haizam malas menceritakan hal sebenar. Pasti akan berperang mulut.


“Takkan kau nak main keluar dengan siapa-siapa je. Takkan dengan aku pun nak berahsia jugak?” Kamarul rasa tidak puas hati. Haizam mengeluh.


“Dengan As... Dia ajak aku temankan dia beli barang.”


“Wah! Berdating nampak.” Kamarul menepuk bahu Haizam.


Dating lah agaknya kot.” Haizam mengenyitkan matanya yang bundar.


“Aku nak ikut sekali boleh?” Tiba-tiba Kamarul menyoal dan Haizam tersedak.


“Uhuk...uhuk...tak boleh. As tak nak pergi kalau kau ada.” Haizam memberikan alasan.


“Ala...sorrylah pasal haritu. Aku tak tahan tengok korang mesra-mesra dengan musuh aku tu.” Ujar Kamarul. Haizam mencebik.


“Berapa banyak kali kau nak minta maaf? Lepas tu buat lagi. Penat tau tak.” Haizam membalas.


“Takkan benda kecik macam tu pun korang marahkan aku sampai macam ni sekali.”


“Benda kecik kau cakap. Kau dah tengking si As tu kau kata benda kecik? Ada kau minta maaf dekat dia? Tak ada kan? Haih...Pening aku dengan kau ni.”


“Yelah...yelah...aku minta maaf. Tolong pujuk As eh? Kata kat dia Abang Kamarul minta maaf banyak-banyak.” Kamarul merayu. Haizam tergelak kecil.


“Kau ni kan ish...geram jugak aku kadang-kadang. Perangai mengalahkan budak kecik. Kau pergi mintak maaf sendiri dekat As. Aku tak nak campur. Nanti tak pasal-pasal As pulak marahkan aku.”


“Ala...Tolonglah kawan baikmu ini wahai En. Haizam Mikail. Please...please...”


“Dah...dah...Kau jangan nak macam-macam. Pergi buat sendiri. Ok aku nak gerak dulu. Kau nak pesan apa-apa tak?”


“Pesanan aku ialah kirim salam dekat anak mami di luar sana.Hahaha...” Kamarul mengekek Haizam membaling sikat yang di pegangnya.


“Ada...Ada je engkau kan. Ok chow...”


Haizam berlalu pergi dan Kamarul menyambung semula permainan game komputernya. Tiba-tiba fikirannya terlintas nama Zulia Zafira. Senyumannya kembali terukir.


*****


     ASMIRA mengipas-ngipas tudungnya kerana menahan panas. Zulia, Rina dan Yanti sedang leka menunggu di bawah pohon mangga yang rendang itu. Mereka menunggu kehadiran Haizam yang masih belum tiba. Hampir satu jam menunggu.


“Mana pulak si budak Zam ni? Tak sampai-sampai lagi. Naik kematu punggung aku tunggu dia datang.” Asmira mula mengomel.


“Kak As...Tu Abang Zam baru sampai.” Rina terjerit kecil. Asmira berpaling. Mukanya sudah masam mencuka.


Sorry...sorry...tadi tidur terbabas.” Haizam mengaku kesilapannya.


“Adoi...Tunggu kau ni macam tunggu anak raja bersiap tau tak. Kematu dah kitaorang tunggu kau kat sini. Hish!” Asmira mula membebel.


“Ampun Tuan Puteri. Patik tidak sengaja.” Haizam mengenyit mata ke arah Zulia, Rina dan Yanti. Mereka terkekek.


“Banyaklah kau punya Tuan Puteri. Dah...dah jom! Lambat-lambat nanti sampai malam pulak.” Asmira bangkit dan terus meluru ke perhentian teksi. Haizam dan yang lain membuntuti belakang Asmira.


“Amboi...Segak betul Abang Zam kita ni. Rambut sisir ketepi lagi.” Rina mula menyakat.


“Ehem...Ehem...Pujian ikhlas ke menyindir tu? Hehehe...” Haizam tersengih.


“Segak? Hahaha...terkeluar isi perut aku ni Zam oii!” Asmira mengejek.


“Kau ni potong betullah. Kasilah aku peluang berangan sekali sekala tak boleh ke?”


“Beranganlah kau sampai ke tua!” Asmira pula mengekek. Zulia, Rina dan Yanti tertawa riang.


“Eh baru perasan yang cik adik kita sorang ni ayu betul. Sepadan pulak warna baju kita ye?” Haizam mula mengusik.


Wajah Yanti merona merah. Termalu-malu dengan usikan Haizam. Dalam hatinya berbunga riang. Bahagia benar perasaannya ketika itu.


“Secara kebetulan agaknya Abang Zam.” Yanti berbalas lembut.


“Aduh! Dengar suara adik Yanti kita ni terasa gugur jantung abang ni dik.” Haizam semakin galak mengusik. Lantas Asmira menghampirinya.


“Aduh! Aduh! Sakitlah telinga aku kau pulas kuat-kuat.”


“Kau yang menggatal tiba-tiba macam ulat bulu kena bakar kenapa? Geli aku tengok kau jadi macam ni. Hahaha...”


“Kau jangan As...Aku tarik hidung kau kang.” Haizam mengacah. Asmira melarikan wajahnya ketepi. Zulia dan Rina tertawa besar.


Sinar mata Yanti mula merenung tajam. Hatinya tiba-tiba bertukar panas. Dia mendengus kasar. Terus dipalingkan mukanya ke arah berlawanan. Dia mula rasa cemburu melihat kemesraan ayng terjalin antara Asmira dan Haizam.


Zulia yang menyedari tindakan Yanti terus merasa hairan. Di renung sahaja perlakuan Yanti yang bertukar rupa. Moodnya yang begitu baik tiba-tiba menjadi mendung. Zulia mula mencari-cari jawapannya.


“Kenapa dengan Yanti ni? Tak ada angin tak ada rebut tiba-tiba je nak marah-marah. Sakit ke dia? Apa yang mengganggu perasaan dia sekarang ni? Pelik betul aku tengok” Zulia bermonolog sendirian.


“Ok...Ok...Dah...Dah...Cukup...tu teksi dah sampai. Jom!” Haizam menahan teksi yang baru tiba. Mereka memasuki perut teksi dan menuju ke pusat bandar.


*****


     KETIKA masing-masing sedang sibuk membeli barang-barang keperluan. Zulia terlihat kelibat Yanti yang hanya berdiri di satu sudut sambil memerhatikan Asmira dan Haizam. Wajahnya tegang dan tidak selembut seperti selalu. Zulia mula rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Yanti. Seolah-olah ada yang menganggu fikirannya. Mata Zulia terarah kemesraan antara Haizam dan Asmira.


“Adakah Yanti menyukaiii...” Zulia terus menekup mulutnya.


“Takkanlah...” Zulia mengomel sendirian dan membuatkan Rina pelik memandangnya.


“Hoi! Kau ni kenapa? Dari tadi mulut tu kumat kamit. Baca jampi serapah ke supaya dapat diskaun?” Tiba-tiba Rina menjerkahnya. Zulia terperanjat.


“Hish! Kau ni terperanjatlah aku.”


“Hehehe...” Rina tersengih sambil mengendurkan matanya.


“Kau apsal?” Rina menyoal. Terus Zulia menarik lengannya dan menyorok di satu sudut.


“Apa yang aku tunjuk dan cakapkan ni kau kena diam-diam ok? Janji?”


“Apa benda sampai menyorok-nyorok ni?”


“Syhhhh...Diamlah. Jangan bising. Kau tengok kat hujung pintu sana. Yanti tu kan?”


“Mana?”


“Aku cucuk mata kau dengan pen ni kang baru padan muka. Tu sana tu! Kan Yanti tu” Zulia memuncungkan bibir mugilnya.


“Hah! Kenapa dengan Yanti?”


“Kau tak nampak ke airmuka dia semacam tu? Muka macam orang tengah marah. Tak pernah aku tengok muka dia masam mencuka. Selalu dia senyum aje kan?” Zulia menerangkan keadaan Yanti kepada Rina.


“A’aa...Kenapa tiba-tiba Yanti jadi lain pulak ni. Selalu dia ok kan. Takkan sakit kepala lagi kot?” Giliran Rina pula menyoal.


“Sekarang aku nak kau tengok pulak ke arah Kak As dan Abang Zam. Diaorang mesrakan?”


“Memanglah diaorang mesra sebab diaorang kan kawan baik. Apalah kau ni Zizi.” Zulia mula naik hangin dengan sifat lurus bendul Rina.


“Aku rasa macam nak gigit mata kau ni tau. Kau tak rasa pelik ke? Bila Kak As dengan Abang Zam berbual mesra, muka Yanti mesti berubah.”


“Eh...A’aa lah. Takkanlah si Yanti tu cemburu? Dia nak cemburu pasal apa?” Rina bertanyakan soalan yang membuat Zulia menjadi semakin geram.


“Kau ni tak dapat tangkap lagi ke? Aku rasa Yanti ni macam syok dekat Abang Zam je. Kalau tak...takkan muka dia masam mencuka tengok Kak As dan Abang Zam rapat?” Zulia menerangkan keadaan yang berlaku di depan mata mereka. Sedang rancak mereka berbisik-bisik tiba-tiba mereka dikejutkan oleh seseorang.


“Makkkkkkkk!” Zulia dan Rina terjerit kerana terperanjat bahu mereka di sentuh seseorang.


“Eh! Pasai apa chek? Mamu ada terlanggaq ka?”


“Err...err....Tak...tak...” Zulia dan Rina tersenyum sumbing.


“Maafkan kami ye Mamu.”


“Eh! Kenapa ni?” Tiba-tiba Asmira menghampiri selepas terdengar Zulia dan Rina terjerit kecil.


“Err...Tak ada apa Kak As. Kami terkejut ingatkan barang ni nak terjatuh. Itu yang terjerit tu. Hehehe.” Zulia memberikan alasan.


“Masya’allah. Ingatkan apa bendalah tadi. Dah dapat barang-barang yang kamu nak beli? Kalau dah jom pergi bayar sama-sama.” Pelawa Asmira lembut.


“Err...Dah dapat Kak As. Jom...jom...” Rina dan Zulia menarik lengan Asmira.Mereka menarik nafas lega.


Sempat lagi Zullia menjeling melihat keadaan Yanti. Sekelip mata Yanti mendekati Haizam. Tiba-tiba airmukanya berubah kembali. Yanti tersenyum lebar.


Zulia sudah tahu puncanya. Memang tak salah anggapannya terhadap Yanti sebentar tadi.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*