Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

26 June 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 23



       DI DALAM perjalanan menuju ke tempat peranginan yang telah direncanakan, aku terpesona dan terpanar melihat ciptaan yang Maha Esa. Walaupun kedinginan, aku tetap terasa kehangatan dengan pelukan Hafiz. Beberapa kali aku terbersin kerana cuaca sejuk. Hafiz mengusik menarik hidung aku supaya jangan terbersin lagi. Sampai merah jadinya, kata Hafiz itu petua. Ye ke?

Tiba sahaja perkarangan kaki gunung Tangkuban Parahu ini, aku perlahan-lahan menurun kenderaan yang membawa kami serta beberapa penumpang yang lain. Kadang-kadang aku terasa gerun apabila melalui jalan yang sempit di mana orang kata ngam-ngam sahaja untuk jalan masuk dan keluar. Pokok-pokok kelihatan sangat menghijau di tanah bekas lava gunung ini. Sayup-sayup mata memandang keindahan yang memang tiada tolok bandingan. Aku terleka dalam dunia sendiri sehinggalah hidung aku ditarik lagi oleh Hafiz. Ouchhh!

"Sayang...kot ye pun tengoklah abang kat sebelah ni. Jalan menonong aje. Abang panggil sayang tak dengar pun." Hafiz merajuk.

"Errr...sorry...takjub tengok ciptaan Allah. Cantikkan abang..."

"Sayang pun cantik jugak...bertambah cun sayang pakai tudung. Ini yang geram ni...rasa macam nak cium-cium aje..."

"Hishh...kot ye pun tunggu ler kat dalam bilik.....opsssss...alamak..."

"Betul ke? Yes...yes...tapi kenapa alamak pulak?"

"Tersilap cakap...."

"Tersilap cakap?"

"Yang pasal kiss...kiss...tu...nak cakap benda lain..tercakap lain pulak..."

"Takde...takde...manusia berpegang pada janji...lalalalaala..."

"Err...errr...sorry lah saya terlepas cakap aje...pleaseeeeeeeeeeeee...." Aku mengerdip-ngerdipkan mohon pengertian daripada Hafiz. Entah apa yang aku takutkan sangat pun tak tahulah. Sedangkan benda-benda begini halal setelah sah diijabkabulkan.

"Sayang...kita dah kahwin sebulan. Kenapa nak malu-malu lagi? Abang bukan makan orang. Tapikan sayang buat ala-ala manja begitu, bertambah cair iman abang. Rasa nak pikul dan bawak sayang balik hotel terus. He he he...setakat kiss-kiss pun malu jugak ke?"

"Hish...kesitu pulak abang ni. Sayang tak bersedia lagi..."

"Alahai..kempunan lagi abang nampaknya. Macam bukan pergi bulan madu pulak. Macam melancong saja...saja..." Hafiz merajuk balik. Ini yang aku lemah kalau lelaki merajuk-rajuk. Terlajak perahu boleh main undur-undur. Terlajak kata, sendiri mahu ingat. Hendak atau tidak kenalah aku merelakan dengan seikhlas hati. Kalau terpaksa, berdosa besar pada suami sendiri pula.

"Oklah..oklah....cium kat dahi aje..."

"Tak nak...nak cium kat situ..."

"Kening?"

"Bukan..."

"Mata?"

"Bukan jugak..."

"Hidung? Pipi?"

"Bukan...bukan..."

"Habis kat mana?"

"Bibir yang comel milik sayang tu..."

"Errkk..." Sepantas kilat aku menekup mulut aku.

"Ha ha ha..." Hafiz mentertawakan aku dan jari aku terus mencubit pehanya. Geram betul bila dipermainkan oleh Hafiz. Aku terus berjalan ke depan meninggalkan Hafiz kebelakang. Hafiz memanggil namaku, aku menjelirkan lidah ke arahnya. Hafiz ketawa lagi dan aku tersengih.

"Sayang...abang terpikat dengan sayang. Boleh tahan jugak manja sayang ni ye...aduh rindu betul..."

"Jangan macam-macam ye. Jom pergi jalan-jalan dekat pasar atas tu...nampak menarik aje..."

"Jom...abang mintak izin pegang tangan sayang sampai kita balik hotel ok..."

"Eh...tak perlu mintak izin pun abang...memang abang boleh pegang saya bila-bila masa. Takkan saya nak kata tak boleh..."

"Thanks sayang...ini macam baru dikatakan CERITERA BULAN MADU kita...he he he..."

"Ada-ada aje abang ni...jomlah kita pergi pasar tu..."

"Tolong jangan buat manja-manja kat luar sayang...buat abang tak keruan dah ni... he he he..."

"Abang!!!"

Hafiz sudah melarikan diri. Aku mengejarnya.

*******

SETELAH puas berpusing-pusing, kami menuju ke bilik pameran dan sejarah tentang gunung berapi yang dinamakan sebagai KAWAH RATU. Ketua unit itu menerangkan bagaimana kawah ini meletus pada suatu masa dahulu. Hanya selepas letupan besar itu, kawah ratu ini tak lagi aktif namun bahan belerangnya memang kuat menusuk hidung sesiapa yang melalui di tepian lubang bekas letupan itu. Aku merasa gerun melihat ke dalam lubang kawah ratu itu. Berasap-asap aku lihat semasa berjalan ditepinya sebentar tadi.

Hafiz leka mengambil gambar keadaan sekelilingnya. Sedang aku leka mendengar penerangan ketua unit di situ, Hafiz mengambil kesempatan mengambil gambar kandid aku. Bila diminta suruh buang, katanya sayang sebab payah hendak tengok mulut aku melopong secara percuma. Hampeh betul.

Aku menggeleng dan malas hendak memaksa Hafiz. Kalau dipaksa, makin menjadi-jadi usikkannya dan akhir nanti aku balik yang akan tersipu-sipu malu. Selepas mendengarkan penerangan dair ketua unit itu, aku berjalan-jalan melihat gambar pameran dan model gunung kawah ratu. Rupanya ada banyak gunung berapi sekitar kawasan ini. Ada lagi yang masih aktif dan ada lagi gunung yang tidak pernah meletus sehingga kini. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga kau permudahkanlah percutian kami ini. Amin.

Hafiz leka menatap gambar-gambar di kamera kesayangannya. Aku senyap-senyap naik ke atas untuk melihat pemandangan kawasan bandar Bandung. Memang cantik! Subhanallah! Terpukau aku seketika. Terlalu leka melihat pemandangan, tiba-tiba bahu aku dipeluk dari belakang sambil mata aku pun kena tekup juga. Menjerit aku seketika.

"Arggghhhh...kurang ajar betul. Pantang betul ada orang ambil kesempatan ni. Hambik kau!" Satu layangan siku aku hadiahkan. Bedebuk! Jangan main-main, aku ini mewarisi tali pinggang hitam Taekwando tahu. Silap besar kalau ada yang buat pasal dengan aku.

"Aduhh...sakitnya..." Terjerit kecil pemuda itu. Tapi aku macam kenal sahaja kepunyaan suara ini. Di mana ya?

"Abangggg!!!"

"Aduh...senak perut abang...kuat jugak penangan sayang abang ni...aduh..."

"Sakit sangat ke? Itulah siapa suruh main peluk-peluk terkejut macam ni? Kan dah kena...." Aku tersenggih. Hafiz berkerut airmukanya aku lihat. Rasa berdosa pula namun dalam pada itu ada terasa kegelian di dalam hati. Tidak pasal-pasal terkena siku percuma.

"Huh...tak sangka abang sayang ni ada ilmu dalam diam ye."

"Untuk mempertahankan diri. Mari saya tengok perut abang..."

"Kalau sayang cium mesti terus baik...hehehe..."

"Nak kena lagi ke?"

"Tak...tak...abang gurau aje. Jom kita ambil gambar. Kejap abang panggil siapa-siapa pembantu yang ada di galeri ini. Sayang tunggu ok." Hafiz mencari-cari orang di bawah. Dia melambai-lambai tangannya sambil menunjukkan kamera sebagai bahasa isyarat.

Akhirnya kami bergambar bersama. Bukan main lagi Hafiz memeluk erat bahu dan kadang kala pinggang aku. Ada satu ketika itu, Hafiz mencium pipi aku. Punyalah terkejut aku apabila Hafiz berani membuat sebegitu di khalayak ramai. Walaupun hanya ada seorang pemuda tempatan merangkap tukang ambil gambar kami. Tetap khalayak ramai! Aku mencubit lengan Hafiz. Dia mengaduh sambil tergelak. Aku sudah memasamkan muka.

"Enggak apa-apaan kot ibu, bapak...saya ini udah biasa melihat sepasang suami isteri yang datang melancong di sini."

"Terima kasih. Saya mintak maaf bagi pihak suami saya."

"Enggak ada apa-apa. Udah cukup diambil gambarnya?"

"Ok. Cukup. Terima kasih ya encik."

"Biasa-biasa aja bapak, ibu...permisi dulu."

Aku sudah menjeling tajam ke arah. Hafiz tersenggih.

"Maafkan abang..."

"Abang tahu tak malu kita buat macam itu depan orang ramai..." Aku merungut kecil.

"Mana ada ramai. Sorang aje abang tengok."

"Tak kiralah. Janji tempat awam! Huh!" Aku memprotes. Hafiz sudah menggarukan kepalanya.

"Yelah...yelah abang minta maaf ok. Abang sayang sangat dekat sayang. Abang rasa bahagia bila buat macam itu tadi..."

"Kot ye nak sayang dalam bilik. Saya dah malu sangat ni."

"Habis sayang nak abang buat apa? Melutut? Ok abang melutut." Baharu sahaja Hafiz ingin melutut, cepat-cepat aku menarik tangannya. Terasa bersalah pula bila si suami melutut meminta maaf kepada si isteri. Macam melampaui batas pula.

"Eh....eh..abang tak payahlah sampai hendak melutut pulak. Ok..ok...sayang maafkan, tapi jangan buat macam ini lagi ok. Gambar tadi tu kalau boleh delete?" Pintaku.

"Tak nak, abang nak print besar-besar letak dalam bilik kita."

"Macam..macamlah abang ni. Geram tahu tak!"

"Kalau geram, meh sini peluk abang..."

"Abang!!! Geramnya Intan...!!!"

"Ha ha ha ha...." Hafiz menarik tangan aku untuk beredar dari tempat pemandangan atas galeri ini. Aku hanya mengikut dari belakang sambil mencubit pinggang Hafiz. Dia ketawa sahaja. Bertambah geram aku dibuatnya.

*******

KAMI berjalan-jalan sambil melihat pemandangan di bawah kaki gunung. Aku lihat ramai pelancong yang datang kemari. Memang layak TANGKUBAN PARAHU ini menjadi tempat perlancongan yang mendamaikan. Jangan tak tahu, dekat sini ada kuda juga untuk di tunggang sepanjang perjalanan kawasan TANGKUBAN PARAHU. Aku tersenyum melihat seorang kanak-kanak menunggang anak kuda. Comel sungguh.

"Ehem...berkenan ke?"

"Saje je tengok..."

"Jom buat anak..."

"Abang!!!"

"Ha ha ha...tahu takut. Tapi sayang tak nak ke?" Memang soalan cepu emas, tapi bagi aku cepuk emas adalah.

"Saje sakat sayang...jom naik kuda nak?"

"Tak payahlah...mahal. Kita jalan kaki aje. Sihat pun sihat kan."

"Cakap ajelah takut...Ceh, tadi bukan main lagi siku abang macam nak terburai isi perut. Ajak naik kuda, menggelabah..."

"Mana ada..."

"Naiklah kuda tu. Abang nak ambil gambar sayang."

"Oklah...oklah..."

Hafiz mendapatkan pemuda tempatan yang sedang menjaga seekor kuda berwarna coklat. Aku melihat berangguk-angguk berselang seli antara mereka. Macam negara Jepun pula. He he he...Tapi sebenarnya kecut juga aku hendak menunggang seekor kuda. Mana pernah naik kuda sebelum ini, tengok dekat televisyen dengan wayang sahaja adalah.

"Abang tak naik sekali ke?"

"Sayang aje naik, abang nak mabil gambar sayang banyak-banyak." Jawapan Hafiz memang buatkan aku bertambah gelabah. Beberapa kali mencuba untuk naik atas kuda coklat itu tetapi tidak berjaya. Hafiz suka betul ambil gambar kandid aku. Akhirnya aku menggeleng hendak batalkan sahaja menunggang kuda. Hafiz dengan penuh senyuman. Memang tangan aku dan memeluk pinggang aku untuk membantu naik ke atas kuda coklat itu. Aku terkesima. Hati terasa berdebar-debar apabila melihat sikap Hafiz yang penuh dengan kasih sayang memimpin aku. Alahai, terjatuh cinta berkali-kali aku kini.

Akhirnya berjaya juga aku menunggang kuda coklat ini. Terasa seronok pula dan kuda ini seakan-akan menyukai aku. Jinak betul. Perlahan-lahan aku bergerak dan beberapa kali aku diminta untuk berposing. Aku hanya tersenyum sambil menggeleng. Hafiz ketawa. Pemuda tempatan itu tersengih melihat kemesraan kami berdua. Padahal aku punyalah malu setiap kali Hafiz buat flying kiss. Baharu tadi berjanji tak nak buat perkara pelik-pelik, sekarang masih juga buat begitu. Hendak ditegah, ada sahaja usikkannya.

Setelah berpuas hati dan dapat membeli beberapa cenderahati untuk dijadikan hiasan di rumah. Satu replika tanduk kerbau di lakar sepotong ayat seribu dinar diperbuat daripada batu gunung. Memang kreatif dan innovatif penduduk tempatan di sini. Kayu-kayan daripada pokok-pokok di sini pun banyak dibuat ukiran. Tidak lupa juga selendang tahan sejuk dikait dengan cantik. Memang rambang mata, tapi aku beli yang mana benar-benar dapat dijadikan hadiah kenangan ketika melancong di sini.

Hafiz memang tidak habis-habis menekan butang kamera Nikon DSLR yang menjadi kesayangannya. Katanya dahulu kamera itu bini nombor dua, kereta nombor satu. Sekarang dia kata aku ini isteri nombor satu, dua, tiga sampai sepuluh selepas itu baharu pada kereta, kamera dan kerjayanya. Terharu! Sayang dia banyak-banyak tapi terluah dalam hatiku sahaja. Hendak cakap depan-depan memang aku ini layak jadi RATU GAGAP!

"Tersenggih sorang-sorang berangan apa lah agaknya itu..."

"Mana ada! Saje nak senyum-senyum. Bukan ke senyuman itu sedekah?"

"Takkan dengan pokok pun nak senyum sayang?"

"Errkkk...."

"Ha ha ha...sayang ini memang comel... Muah..muah..muah..."

"Abang! Buat lagi macam itu, memang sayang siku abang double tripple..."

"Ok..ok..abang tak buat. Ganaihhhhh..."

"Tahu takpe...sekarang kita nak pergi mana?"

"Jalan-jalan pergi TEROWONG JAPANG."

"Hmmm..menarik!"

"Sayang lagi menarik..."

"Aduh...abang! Boleh pengsan tau saya kalau asyik kena sakat dengan abang aje."

"Takpe, kalau sayang pengsan abang setia di sisi sayang. Mana boleh biarkan bini abang yang cantik cun melecun ini jatuh tergolek atas jalan. He he he...jangan marah haaaa...jom..." Hafiz memimpin tangan aku dengan penuh kasih sayang. Dia tersengih lebar, aku pula muka sudah merah padam.

Aku sudah menghentak-hentakkan kaki. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Huarrghhhhhh!

6 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

wahhh,wahhh ,wahh.akhirnya dah sambung balik citer ni...sweeetnyeerrr diorg nihhh.hehehe..rasa cam gatal nk kawen..huhu!!
sambung lg cepat2 yerr

MaY_LiN said...

aduh..
romantik nya

DALIA NA ZA said...

anonymous :

erkkk...hahahahaha...kahwin..kahwin...digalakkan dalam islam ^_~

may lin :

nak romantik lagi tak? ekekekekeke...

both of you...have next en3 by today ...just wait ^_~

Seorg wanita... said...

Alahai..bestnyer tengok depa ni g honeymoon.. :-)

Intan...Intan... ganaih tul.. Hafiz yg suka menyakat tu sedap je dapat kena siku free... :-) comel depa ni..

Anor said...

hai...hai romantiknya si Hafiz ni...
rasa terbuailah pulak sekejap...cpt
sambung ye....

roshellazira.blogspot.com said...

Bestt :)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*