Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 7

     DALAM keadaan marah dan bengang Zulia menghempas pintu biliknya sekuat hati. Rina dan Yanti terkedu melihat puting beliung Zulia sudah sampai. Kejadian yang merobek waktu santai mereka untuk makan malam terjejas. Kuah kari ayam sudahpun tersalut dari tudung hingga ke baju putih milik Zulia.

Entah mengapa sedang elok mereka beratur mengambil makanan. Tiba-tiba mangkuk kuah kari ayam melayang jatuh di atas kepala Zulia. Apabila di toleh Kamarul tersenyum lebar dan Zulia bermuka kelat. Api kemarahannya meluap-luap. Zulia mencampakkan dulang makanannya ke lantai dan terus berlalu pergi. Yanti dan Rina berasa kaget terus memulangkan dulang makanan dan berkejaran mendapatkan Zulia.

*****

     “BODOH punya monyet!” Zulia memaki hamun. Rina dan Yanti tidak berani berkata apa-apa. Hanya mendiamkan diri. Zulia merampas tuala yang tergantung di penyidai dan mengambil rakus alatan mandinya. Terus menghentak-hentakkan kakinya menuju ke bilik air. Panas hatinya semakin lama semakin membara terhadap Kamarul.

“Macam mana ni...? Zizi dah mengamuk sakan tu...Takut pula saya tengok muka dia tadi...” Yanti mula risau dengan amukan Zulia sebentar tadi. Pertama kali mereka melihat Zulia berkeadaan seperti itu. Ibarat buaya yang sedang mengganas membaham mangsa.

“Kita buat tak tahu sudahlah. Kalau kita tegur nanti kita pula yang kena. Bukan awak tak tahu dia macam mana. Kalau hangin dah datang memang balalah jawabnya.” Rina menenangkan Yanti.

“Bongokkkkkkk!” Kedengaran jeritan kecil di dalam bilik mandi.

“Toyolllll!” Lagi sekali jeritan kedengaran.

“Geramnya aku. Time-time lapar ni ada pulak yang nak buat lawak bodoh dengan aku! Setan punya Kamarul Monyet! Jahanam betul! Arghhhhh!” Zulia memaki hamun tidak henti-henti.

Nasib baik tiada pelajar lain di hostel. Mereka masih menjamu selera di Dewan Santapan.

Usai mandi Zulia mengenakan baju kelawar berwarna hijau. Dicampakannya baju dan tudung putih yang terkena kuah kari ayam itu ke dalam tong sampah. Tidak hingin dia membersihkannya.

Dia menumbuk-numbuk bantalnya untuk melepaskan geram. Yanti dan Rina berpandangan. Tidak berani mendekati Zulia yang tengah mengamuk sakan. Bimbang jikalau terkena penumbuk sulung Zulia.

Setelah satu jam berlalu baru keadaan kembali tenang. Zulia membuka selimutnya perlahan-lahan.

I’m so sorry...” Ucap Zulia pendek.

It’s ok...We understood.” Rina menjawab pendek.

But it’s too much...! I hate him!” Zulia meluahkan rasa geramnya.

Rina menggosok bahu Zulia perlahan-lahan untuk meredakan kemarahan Zulia yang meluap-luap sebentar tadi. Yanti ikut serta memegang tangannya.

“Sabarlah...” Ujar Yanti lembut.

Zulia mengangguk tanda faham dan sekali lagi memohon maaf kepada rakan sebiliknya. Kerana peperangan antara dia dan Kamarul rakan-rakannya tidak dapat menjamu selera dengan aman. Lantas Zulia memeluk rakan-rakannya kerana rasa bersalah.

Hatinya terdetik sesuatu.

“Kau tunggu...” Zulia bermonolog sendirian tanpa di ketahui rakan-rakannya.

*****

     SENYUMAN meleret dengan hati yang gembira menguasai diri Kamarul. Dia berpuas hati dapat mengenakan musuhnya sebentar tadi. Haizam tidak menyukai Kamarul berbuat sebegitu. Bimbang suatu hari nanti perangainya akan membuat ramai pihak membuat aduan. Lagi-lagi kepada pihak hostel. Risau akan di halau keluar.

“Hahaha...padan muka minah tu. Terbalas juga perbuatan dia haritu pada aku!” Kamarul tertawa bangga. Haizam malas mahu melayan kerenah Kamarul yang tidak sudah-sudah. Membazir sahaja dia membuat cabaran kepada Kamarul. Memang tidak makan saman.

“Apsal kau pandang akubmacam tu?” Kamarul menyoal tiba-tiba. Haizam tersentak.

“Tak ada apa. Kau tu perangai entah apa-apa...” Haizam meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kasihan benar dia melihat Zulia dan rakan-rakannya tidak dapat mengisi perut gara-gara perbuatan Kamarul.

“Apa pulak aku...Dia yang serang aku dulu sebelum ni. Jadi inilah masanya yang terbaik untuk aku membalas dendam. Sekarang serilah kosong...kosong...” Kamarul menegakkan pendiriannya. Haizam mencebik.

“Kau pun patut...patutlah nak balas dendam. Kesian kawan-kawan dia tak dapat makan sebab nak tolong si Zulia tu.” Ujar Haizam.

“Itu diaorang punya pasal...Janji aku dah pulangkan apa yang sesuai untuk minah tu.”

“Lantaklah Kamarul. Aku harap hentikan saja peperangan kau ni. Buat rugi banyak pihak...” Haizam masih setia menasihati. Berdesing telinga Kamarul mendengarnya.

“Eh...eh...Kau ni apsal mental pulak?” Kamarul mula berasa tidak puas hati.

“Bukan aku yang mental....Tapi kau tu yang mental. Sudahlah...aku nak keluar ambil angin sekejap. Kalau kau nak ikut sekali pun bagus. Buangkan sikit angin kus-kus kau yang tak berbaloi tu.”

“Eh...eh...Mamat ni. Kau pergilah sorang. Aku nak main game.” Kamarul menolak kasar.

Haizam berlalu pergi dan meninggalkan Kamarul keseorangan. Ingin sahaja dia pergi memohon maaf diatas perbuatan Kamarul terhadap Zulia. Namun peraturan telah menetapkan bahawa pelajar lelaki tidak dibenarkan mundar mandir di kawasan hostel pelajar perempuan.

Otaknya ligat berfikir. Akhirnya dia dapat memikirkan sesuatu yang bernas. Lantas dia menghantar mesej ringkas kepada Asmira.

*****

     ASMIRA yang sedang leka membaca terkejut mendengar telefon bimbit miliknya berbunyi deras. Terus dia meletakkan majalah yang dibaca dan mengambil telefon bimbitnya menuju ke katil.

Asmira menjawab panggilan itu.

Haizam : Salam. Beb kau buat apa tu?


Asmira : Waalaikumsalam. Aku tengah baca majalah. Apahal?

Haizam : Nak minta tolong boleh?

Asmira : Apa dia?

Haizam : Kau tahu di mana blok budak Zulia tu kan?

Asmira : Satu blok dengan aku tapi tingkat lain-lain.

Haizam : Haa..Macam tu lagi bagus...

Asmira : Yelah apa bendanya?

Haizam : Kau tolong minta maaf bagi pihak Kamarul dari aku..

Asmira : What?

Haizam : Kau buat ajelah. Esok aku cerita

Asmira : Macam-macamlah korang

Haizam :  Jangan lupa tau

Asmira : Yelah...yelah

Haizam : Ok. Thanks. Good Nite

Asmira : Orait.

Asmira meletakkan telefon bimbitnya kembali. Lantas dia terus bangun dan menuju ke bilik Zulia. Sewaktu kejadian itu berlaku Asmira tiada di Dewan Santapan.

Asmira pelik kerana tiba-tiba Haizam menyuruhnya memohon maaf kepada Zulia. Malas dia mahu bertanya lanjut kepada Haizam. Dituruti permintaan sahabatnya itu. Secara kebetulan mereka menduduki satu blok yang sama.

Asmira mula membuat andaian. Adakah Haizam sudah jatuh hati kepada Zulia? Tiba-tiba hatinya diserang rasa cemburu. Tapi mengapa hatinya mula terasa begitu. Sedangkan dia memang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Haizam.

“Perasaan aku aje kot...Tapi kenapa tiba-tiba aku rasa tak best pulak ni?” Asmira mengomel sendirian sambil langkah kakinya menapak satu-satu anak tangga.

Asmira mengeleng berkali-kali dan mula membuang perasaan itu sejauh mungkin. Malas dia mahu ambil pusing. Mungkin Haizam sekadar ingin memohon maaf bagi pihak Kamarul.

Tergelak kecil Asmira apabila teringat kerenah Kamarul yang tidak duduk diam sekiranya nama Zulia bermain di bibir nipisnya. Pasti ada saja yang mengundang rasa amarahnya. Asmira semakin pelik kenapa Kamarul boleh berubah sebegitu rupa. Sebelum ini dia tidak pernah melatah malah selamba membuli pelajar baru.

*****

     KETIKA mereka sedang bersantai melayani perasaan masing-masing. Pintu bilik di ketuk perlahan. Mereka berpandangan dan kehairanan.

“Siapa pulak datang malam-malam ni?” Rina mengomel sendirian.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam. Sebentar ye.” Sahut Yanti.

Yanti membukakan pintu dan mendapati senior yang mengikuti Minggu Orientasi berada di depannya.

“Eh...Kak As...jemput masuk kak...Minta maaf bilik kami bersepah sedikit...” Tegur Yanti sopan.

“Zulia Zafira ada?” Soal Asmira lembut.

Secara automatik Zulia terbangun daripada pembaringannya. Terkedu seketika melihat Kak Asmira datang ke biliknya.

“Err...err...saya ada ni Kak Asmira.” Sahut Zulia tergagap-gagap.

“Panggil Kak As cukup. Lebih mesrakan?” Lembut Asmira mengelarkan dirinya.

“Err...Okey Kak As...” Zulia termalu-malu.

“Kamu ada masa tak...? Boleh tak kita berbual dekat bawah depan blok?” Soal Asmira berterus-terang.

“Eh...ada...ada...Sekejap saya ambil tudung.”

“Maaf ye Kak As pinjam Zulia sekejap...Nanti Kak As pulangkan semula.” Asmira tersenyum. Yanti dan Rina terangguk-angguk tanda setuju tanpa membantah.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*