Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 10

     SEKEJAP dia duduk. Sekejap dia berdiri. Sekejap dia memandang ke arah luar tingkap. Sekejap dia terbaring di katilnya. Fikirannya runsing dan terasa berat. Hancur luluh hatinya apabila mendengarkan berita yang mengejutkan.

Tidak semena-mena airmatanya tumpah. Mengalir sederas-derasnya. Pilu benar di lubuk hati apabila dirinya menjadi mangsa keadaan.Di mana hendak dia letakkan mukanya selepas ini? Pasti kata-kata hina yang akan menghujani hidupnya.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” Zulia merintih sepi. Rina dan Yanti cuba menenangkan perasaanya yang berbaur bagi. Mereka sendiri tidak menyangka bahawa tuduhan yang di lemparkan benar-benar mengaibkan!

“Zizi...” Panggil Rina lembut. Cuba memujuk perasaan rakannya itu. Buat pertama kali rakannya itu mengalir airmata.

“Aku...Aku...” Nada suara Zulia tersekat-sekat. Tidak mampu meluahkan segala-galanya.

“Aku faham perasaan kau Zizi...Aku tahu itu bukan surat kau. Mesti Kamarul yang perangkap untuk membalas dendam!”

“Takkanlah aku semurah itu nak buat perbuatan terkutuk tu Rina. Aku masih waras lagi. Tak tergamak aku nak buat perbuatan gila tu! Maruah aku dah tercalar Rina...” Zulia menghenjut-henjut bahunya. Menahan sedunya.

“Awak...Kami faham. Kami pun tahu itu bukan surat yang akan awak buat. Kami tahu awak sentiasa ada bersama-sama kami. Tak mungkin awak nak buat kerja terkutuk tu.” Yanti pula memujuknya dan memberi kata semangat.

“Tapi...Saya...Saya...” Zulia menyambung kembali deraian airmatanya.

“Sabarlah Zizi...Mungkin ini hanya ujian untuk kau supaya lebih tabah. Jangan risau ye. Aku dan Yanti tetap berada di sisi engkau. Kami tak akan kemana-mana tinggalkan kau.”

Terus Rina dan Yanti memeluknya erat. Sama-sama menangisi kesedihan yang di alami. Berkongsi segala rasa hati.

*****

    HAIZAM memulakan langkahnya selaju mungkin. Mata terbelalak dan mulutnya terlopong apabila terbaca surat yang terpampang di papan kenyataan Dewan Santapan. Sungguh mengaibkan! Cepat-cepat dia mematikan sangkaan buruknya. Kalau-kalau andaian itu mendatangkan fitnah. Setahunya Zulia bukanlah gadis seperti itu. Tidak mungkin dia sanggup berbuat begitu. Dia sendiri menjadi saksi perbalahan hebat antara Kamarul dan Zulia.

“Takkan Zizi boleh tiba-tiba jadi macam tu? Hish! Ini macam ada benda yang tak kena ni? Aku kena siasat! Kesian Zizi kalau betul ini satu fitnah. Tercalarlah maruah dia. Takkanlah dia nak...” Tiba-tiba Haizam tersentak. Langkahnya semakin lama semakin laju menuju ke biliknya.

*****

     GEDEGANGGG!

Pintu bilik di tolak kasar. Tiada ketukan. Tiada ucapan salam. Kamarul yang sedang asyik melayan internet terkejut besar. Lantas matanya dijeling ke arah Haizam.

“Kau ni apahal! Masuk macam kena kejar hantu je! Kot ye ye bagilah salam dulu. Ini main redah aje! Terkejut aku tau tak! Boleh kena sakit jantung macam ni!” Kamarul memarahinya. Haizam mula hilang sabar. Ditariknya kolar baju Kamarul.

“Rul! Aku nak kau cakap jujur dengan aku!”

“Hoi! Apa kena dengan kau ni Zam? Tak pasal-pasal macam orang kena rasuk!” Kamarul membentak.

“Kau tahu siapa yang buat surat beracun dan tampal dekat Dewan Santapan?” Soal Haizam.

“Heh! Yang kau tiba-tiba nak peduli apsal? Lantaklah situ!” Kamarul menepelak dan membuat Haizam mendengus kasar.

“Aku tahu! Itu keje kau kan! Kau sengaja nak mengaibkan budak Zulia tu kan! Cakap Rul!” Haizam sudah tidak peduli. Perbuatan Kamarul perlu di ajar.

“Padanlah muka dia! Cabarlah aku lagi! Sekarang baru dia tahu siapa Kamarul Affendi! Kau ni kawan aku ke kawan dia!”

“Aku tak sangka kau boleh bertindak sekejam ini Rul. Perbuatan kau benar-benar dah melampau. Aku harap kau bersihkan semula nama dia. Tak patut kau buat dia macam tu sekali. Dia ada maruah Rul. Fikir-fikirkan.” Haizam mula kembali tenang. Suaranya yang meninggi kembali kendur.

“Eh! Itu dia punya pasal! Buat apa aku nak bersihkan balik. Pandai-pandai dia lah kan. Aku peduli apa!” Kamarul semakin melampaui batas.

“Aku dah tak kenal siapa engkau Rul. Dulu kau tidak seteruk ini. Silap aku selalu menangkan engkau. Diamkan saja semua perbuatan dan kerenah engkau.” Haizam menggeleng. Sedih hatinya melihat rakannya boleh bertindak sedemikian rupa.

“Kalau kau nak jadi kawan aku lagi lebih jangan masuk campur. Itu urusan aku dengan budak hingusan tu. Aku nak dia melutut dan minta maaf dengan aku di depan orang ramai!” Kamarul semakin membongkak diri. Sifat ego mengatasi segala-galanya.

“Aku tak jadi kawan kau pun tak apa Rul. Aku rela asalkan kawan aku ni sedar. Bahawa apa yang dia lakukan itu benar-benar menyeksa perasaan orang lain.” Haizam berpaling dan mengorak langkah.

“Aku nak dia melutut dan minta maaf dulu. Baru aku bersihkan nama dia! Kau dengar tak Zam!” Kamarul menjerit kasar dan Haizam tidak menoleh.

Kamarul menghempas pintu biliknya. Hatinya panas apabila rakan baiknya sudah meninggalkan dia sendirian. Tiada sokongan seperti dahulu. Asmira pun sudah lama tidak menemuinya. Masing-masing mendiamkan diri. Kamarul semakin membenci Zulia Zafira.

“Sebab engkau aku kehilangan kawan-kawan baik aku. Aku benci kau Zulia Zafira!”

*****

     DALAM perjalanan ke kuliah. Berdesing telinga Zulia mendengar umpatan yang menyiksa jiwanya. Airmatanya bergenang di tubir mata. Hatinya sakit. Jiwanya merintih. Perasaannya terluka.

“Tak malu betul. Baru masuk sini dah buat perangai tak senonoh. Perasan cantik. Kalau aku dah lama bunuh diri.”

“Macam mana boleh dia ni free-free nak berasmaradana dengan si Kamarul tu. Tak malu terhegeh-hegeh mencari lelaki. Kalau dah terdesak sangat pergi menjual diri kat luar. Bukan dalam kampus ni. Buat malu warga USM aje.”

“Dia ni patut berhenti terus. Nanti tak pasal-pasal nama USM jadi busuk sebab dia. Kalau ikutkan hati aku dah lama aku halau budak ni.”

Antara kata-kata nista yang memilukan perasaannya tatkala ini. Biarpun Rina, Yanti, Asmira dan Haizam menyokongnya. Membantunya kuatkan semangat. Namun itu tidak cukup untuk membersihkan namanya balik. Jikalau dia seorang yang menanggung tidak mengapa. Tidak mahu melibatkan sesiapa lagi. Apa yang merisaukannya adalah mama!

"Mama tak boleh tahu cerita ni. Mesti kena rahsiakan dari mama. Kesian mama."

"Mama... Zizi rindukan mama..." Rintih Zulia di dalam hatinya

Dia tidak sanggup hati mamanya disakiti. Mamanya telah berhempas pulas membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Mengajarnya menjadi manusia yang berguna. Papanya sudah lama meninggal dunia ketika dia berusia sepuluh tahun. Hanya pada mamanya dia berkongsi segalanya. Mengadu sakit dan pening. Bercerita itu dan ini.

Langkahnya diteruskan bagi mengikuti kuliah yang telah di jadualkan. Dia tidak mahu ketinggalan pelajaran hanya kerana fitnah yang memalukan. Dia perlu kuat. Dia perlu tabah. Janjinya menjadi manusia berguna kepada mamanya harus ditunaikan.

Tiba sahaja Zulia di dalam kelas. Semua pelajar yang sedia ada mendiamkan diri. Merenungnya dengan pandangan yang tajam. Ada yang meluat. Ada yang membenci. Ada pula yang jatuh kasihan.

Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia dibaling dengan longgokan kertas yang bertubi-tubi. Zulia masih mendiamkan diri. Hanya memandang tajam ke arah mereka. Tiba-tiba mukanya dibaling dengan duster dan dahinya merah.

*****

     “HAHAHA...Padan muka! Kalau ikutkan hati aku. Nak aje aku baling dengan kasut ni! Perempuan murahan. Baliklah! Menyemak aje kau datang sini!” Maki Haslinda.

“Kau ni tak habis-habislah. Berita tu entah betul ke entah tidak. Tulisan komputer tu siapa-siapa boleh buat.” Hasnan membela.

“Nan! Yang kau tiba-tiba nak baking dia apsal? Takkan kau pun nak dia offer diri dia dekat kau? Hahaha...” Haslinda mengejek.

“Mulut kau macam murai tercabut ekor. Siapa yang jadi pakwe kau memang rugi. Kalau orang bagi kau jadi makwe free pun aku tak hingin!”

“Kurang ajar! Semua ni sebab perempuan ni lah. Hish!” Haslinda cuba merentap tudung Zulia. Hasnan sempat menghalang.

Pelajar lain hanya sekadar melihat perbalahan yang berlaku. Zulia sudah mengalirkan airmatanya. Cita-cita Kamarul sudah tercapai!

“Blah lah kau Nan. Sibuk sangat nak bela budak tu. Ntah-ntah kau ada perasaan dekat dia. Sanggup kau nak terima perempuan jijik ni!” Haslinda masih tidak berpuas hati. Masih melepaskan rasa marahnya.

“Kau peduli apa kalau aku ada perasaan dekat dia pun. Kau cemburu? Kau sakit hati?” Hasnan masih setia membelanya.

Zulia sudah tidak dapat menahan. Terus dia berlari menuju ke tandas. Dia menangis semahu-mahunya. Di keluarkan segala rasa pilunya. Dihamburkan segala rasa marah yang sekian lama terpendam.

Bengkak hatinya bukan kepalang menerima tuduhan sedemikian rupa. Mulutnya di kunci rapat. Malas mahu berbicara dengan sesiapa. Setelah puas dia menangis dengan langkah yang longlai dia kembali semula ke kelasnya.

Setibanya dia di depan pintu kelas, pensyarahnya sudah pun memulakan syarahan. Dia memohon maaf keran terlewat dan kemudian kembali ke tempat duduknya. Apabila dia membuka beg galasnya, matanya tertancap melihat banyak kertas renyuk! Kertas yang dibaling ke arahnya sebentar tadi. Lalu dibiarkannya sahaja. Malas mahu ambil tahu. Terus menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Dia nekad akan menelan segala pahit dan maung. Biar apapun tohmahan yang dilemparkan dia tetap akan sabar. Satu hari nanti pasti akan tiba hari pembelaannya.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*