Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

26 October 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA - BAB 16


SEMUA barang-barang keperluan telah aku lambakkan ke dalam ruang beg. Dari sekecil-kecil saiz sampailah selebar-lebar selimut untuk membaluti tubuh yang pasti akan menggigil menahan kesejukkan malam. Gila kau kalau tak bawa selimut tebal! Sekarang beg aku sudah macam pelancong datang melawat Malaysia macam sebulan! Rina membantuku melipat pakaian pasahan untuk dipakai sewaktu program dijalankan. Yati turut membantu . Hati aku sakit sebab terpaksa pergi. Leceh betul!

Selesai membungkus segala macam barang aku mencuba untuk mengangkat. Mak datuk! Macam nak patah tulang belakang aku dan terputus saraf tunjang. Alamak! Kenalah aku memunggah semula dan mengeluarkan mana-mana barang yang tidak sepatutnya bawa. Program seminggu sahaja bukan berkurun Cik Zulia Zafira oi!

Rina dan Yanti mengerutkan dahi mereka. Pelik melihat sikap aku.Kalau tak pergi nanti kena denda pula!

"Adoyaiiii! Menyusahkan betullah nak kena pergi benda alah semua ni. Tension betul aku! Hish! Rina... kau ajelah ganti aku boleh? Kau pakai topeng... He he he."

"Hah! Ganti kau? Pakai topeng! kau ni tengah demam ke apa ni Zizi...? Ha ha ha."

"Aku tak demam tapi aku tengah biol sekejap. Alahai...sungguh aku malas nak ikut program muhasabah diri ni. Kalau program panjat-panjat gunung ke, terjah tumbuhan hutan ke, intip-intip binatang ke...best jugak. Ini tak program tingkatkan jati diri. Lemah aku!"

"Kau ni okey apa dapat peluang macam ni. Bolehlah kurangkan hangin puting beliung kau tu. He he he. Alah seminggu je. Pejam celik pejam celik habislah."

"Kalau saya dapat peluang tu saya pasti nak ikut serta..." Tiba-tiba Yanti bersuara dan aku berpaling.

"Apa kata awak ganti saya Yanti... He he he..."

"Tak boleh nama awak sudah ada dalam senarai. Nanti diaorang periksa kad pengenalan terbongkar pulak... He he he."

Aku dan Rina tergelak sama. Akhirnya terpaksalah aku mengalah.Mahu atau tidak kena serah diri secara paksarela. Eh! Ada ke ayat itu dalam kamus dewan bahasa? Belasah sahajalah Labu! Hu hu hu

Selepas mengeluarkan barang-barang yang tidak seberapa penting aku mengemas semula isi di dalam beg. Aku mencuba sekali lagi untuk mengangkat, barulah rasa selesa sikit walaupun masih mengelembung padat! Esok mesti kena sindir baik punya! Peduli apa aku!

**********

MENJELANG pagi semua pelajar baru dikehendaki berkumpul di hadapan pintu masuk USM. Ramai rakan pelajar perempuan daripada lelaki. Nahaslah kau orang semua kalau tidak hadirkan diri. Aku asyik melihat sana sini keadaan sekeliling. Tiba-tiba mata aku membulat besar. Menempah maut jawabnya dalam seminggu ini. Mama! Tolong Zizi!

"Apa kejadah pulak si Monyet ni ada sama? Ini bukan program untuk pelajar baru Fakulti aku ke? Eh! Apsal kat lengan dia tu ada lilitan kain warna merah? Macam nak pergi berperang gayanya?" Aku mengomel sendirian.

Suara garau itu berdesing kuat. Sudah pakai pembesar suara pun sengaja hendak terjerit-jerit. Mengalahkan kakak senior kalau menegur pelajar yang tidak berkenan. Macam aku kena selalu! Hantu betul! Sakit telinga akulah Monyet! Hish!

"Itu yang dekat sana tu! Apahal terkedek-kedek? Tak makan pagi ke? Ingat diri tu Tuan Puteri! Cepat sikit!" Suara garau itu menerjah kuat. Kalau sabar aku tak kuat sudah lama melayang kasut snikers aku dekat muka dia ini.

Aku baru hendak melangkah memanjat tangga bas, terus telinga aku berdesing sekali lagi mendengar kata-kata lelaki yang aku benci sangat-sangat! Kenapalah tak aman hidup aku? Hu hu hu

"Kau ingat kau chantek sangat nak kami semua tunggu lama-lama? Berjalan tu tak boleh cepat-cepat sikit?"

"Pewailah kau ni! Membebel tak habis-habis! Mengalahkan perempuan! Huh!"

"Apa kau kata?!"

"Pewai!"

"Apa?!"

"Pewai....pewai...pewai...la la la la la."

Aku terus mencabar lelaki yang dibenci ini dengan sepenuh hati. Padan muka! Siapa suruh cari penyakit! Aku melangkah naik dan aku melihat semua tempat duduk sudah penuh. Masing-masing duduk dengan rakan masing-masing. Cuma tinggal dua tempat duduk kosong baris yang paling hadapan! Sudah tentu anda semua tahu saya kena duduk dengan siapa bukan? Ah! Bencilah!

Aku menghempaskan diri dan tidak semena-mena siku aku terlanggar bagaian tetingkap bas. Sakitnya bukan kepalang lagi. Rasa macam nak meletup soket sikut aku. Terus aku menggosok-gosok menahan sakit dan sesekali bibir aku mengaduh. Lagi sekali telinga aku menangkap perkataan yang minta makan kasut dari aku! Cis!

"Itulah bahana! Padan muka! Ha ha ha..."

"Pewai!"

Sekali perkataan itu aku sebut dan aku melihat muka musuhku merah padam menahan marah! Kemenangan berpihak kepada aku! Yahooo!

Sesekali bahu kami berlanggar apabila bas melanggari bonggol jalan. Pemandu ini mabuk ke apa? Memandu laju-laju macam tempat itu nak berlari pula. Musuh aku ni pula pantang kalau terlanggar bonggol sengaja bahu dia melanggar lebih kuat dan tekanan ke bahu aku. Wah! Ini sudah melampau! Sekali aku piang baru tahu!

"Pakcik! Pakcik! Oh Pakcik! Kalau kot ye pun nak melepas bawaklah bas ni perlahan sikit. Kami ni semua sayang nyawa pakcik. Ini jiran sebelah saya ni, tak pasal-pasal nanti tak dapat kahwin." Selamba aku menjerit sedikit. Maklum bunyi gelak tawa rakan-rakan di belakang membuat isi perut bas agak kebisingan. Lagi pula aircond semulajadi. Tentu anda faham bas jenis apa saya naik bukan? Sudah tentu saya naik bas yang boleh tutup dan buka tingkapnya. Merangkap bas mini!

"Pakcik kena cepat ni. Lepas hantar korang semua pakcik kena balik semula. Ada satu lagi rombongan nak kena hantar hari ini. Korang semua penghantaran yang paling awal...Maaflah pakcik kena bawak laju sedikit."

Aku hanya mendengus kasar. Pakcik ini mesti tak faham bahasa sindiran aku tadi. Ingat nyawa ada spare dua tiga? Nasib baik orang tua kalau tidak lagi teruk aku sindir. Sabar sahajalah Zulia Zafira!

"Eh! Apasal aku pulak yang kena?"

Eh! Sudah habis tajuk baru hendak sambung semula ke mamat ini? Memang malang duduk sebelah dia.

"Habis kau aje mangsa terdekat aku. Nasiblah..." Aku terus menyambung pembacaan novel aku.Kali ini aku membaca novel AKU KAN NOVELIS! Ilham NURUL SYAHIDA. Agak menarik cerita ini walaupun baru permulaan untuk dibaca. Buku aku dirampas dengan kasar! Wah ini sudah lebih mamat!

"Hoi! Bak lah sini buku aku monyet! Pewai! Weng! Biawak longkang!"

"Kalau kau nak buku kau ada syaratnya!"

"Apasal pulak nak kena bersyarat-syarat kalau aku nak balik buku aku? Ilmu sesat mana kau ikut ni?"

"Terserah... kalau kau tak nak ikut sampai makan anai-anai ataupun lipas kau tak akan dapat buku kau. Faham!"

"Erkk! Kau ni penternak anai-anai dengan lipas ke kat dalam bilik? Patutlah ada bau lain macam bila duduk sebelah kau!"

"Kau cakaplah amende pun. Aku bolayan. Janji buku kau ni aku dah dapat."

"Ambiklah. Aku boleh beli yang lain. Bukan aku heran sangat pun."

"Ok... we'll wait and see..."

Aku terus memandang ke luar tingkap. Malas hendak melayan orang sakit mental macam jiran sebelah aku ini. Bilalah hidup aku hendak aman?! Balik-balik kena mengadap muka mamat ini! Sadis betul hidup aku. Kalau berjumpa sudah tentu-tentulah bercakaran macam harimau dengan buaya. Eh! Ada ke? He he he

Aku sedang terfikir-fikir macam manalah keadaan aku dengan monyet ini seminggu nanti.Mesti hidup aku haru biru dan kacau bilaulah jadinya. Rasa macam hendak berlari balik ke kampus. Menyesal setuju ikut. Kalau kena hukum pun aku masih sanggup! Namun berhadapan dengan monyet terlepas sangkar ini memang menempah sakit jiwa!

Macam manalah girlfriend dia ini boleh tahan mulut bagaikan mak nenek ini ya? Kalau aku jadi girlfriend dia selamba aku melawan.

Eh! Apa pasal pula aku boleh kata begitu?

"Choi...choi...choi..."

Tiba-tiba Kamarul memandang aku dan terus aku menepuk dahi sebab terlepas kata. Mesti dia fikir aku ini gila sebab cakap seorang diri. Mulut ini pun satu, gatal hendal bercakap pula. Padahal hendak mengomel di dalam hati. Ah! Belasah! Buat-buat tak tahu sudah.

Gila ke apa minah ini?!

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*