Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

21 March 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 16



SELEPAS kejadian malam tadi membuatkan aku termalu-malu. Kalau sebelum ini tidur ada bantal busuk penghalang, sekarang tiadaH lagi. Alah sudah tentu tidur seperti orang sudah bernikah itu. Kalau jelaskan ke lain pula jadinya kan? Hah! Jangan fikir bukan-bukan ok! Belum lagi... Ha ha ha....

Amboi bukan senyum melebar wajah suami aku walaupun mata masa terpejam rapat. Aku terasa rimaslah pula. Hendak bangun terpaksa lemah gemalai. Psstt sebelum kahwin aku memang kaki ganas punya kalau bangun dari tidur. Sekejap-sekejap, kenapa sekarang ini aku sudah tidak bermimpi ala-ala taekwando lagi ya? Sifat berangan pun sudah lama tidak datang menjenguk. Merajuk juga kah? Ha ha ha...tapi bagus juga kalau penyakit itu pergi jauh-jauh. Maka dengan rasminya aku tidaklah tebal muka lagi kalau terkantoi apa-apa...kan? He he he...

Perlahan-lahan aku gerakkan tubuh untuk melepaskan diri. Bergerak ke kanan sikit, tangan suami sudah bertambah erat. Bergerak ke kiri, bertambah-tambah erat macam tidak mahu melepaskan aku. Adoiii! Aku bukan bantal busuk dia tahu, walaupun aku belum mandi ok. Dia ini kalau sudah bagi lampu hijau melebih-lebih pula, kembali perangai asal baru tahu.

"Adoii...macam mana aku nak bangun ni? Kot ye pun bagilah aku mandi ke atau buat apa yang patut...Hish...baru cakap I Love You bukan main lagi nak peluk erat-erat..." Aku mengomel sendirian sambil mulut pot pet bercakap tanpa henti walaupun bergemersik. Ingat aku ini patung barbie ke?

"Cium abang dulu baru boleh bangun..." Hafiz bersuara tiba-tiba dan membutkan jantung aku seperti ditembak dengan senapang gajah! Nasib baik seperti, kalau betul-betul? Menangislah kau seorang diri. Erkkkk...

"Ah mengada...lepaslah Intan nak bangun mandi ni. Badan pun bau apa ntah. Air liur basi pun dah kering tepi mulut ni..."

"Tipu..."

"Betullah..."

"Selama hampir tiga minggu kita ini sah menjadi suami isteri, mana pernah abang tengok air liur Intan melekat kat pipi..."

"Eh...takde eh?"

"Saja nak mengelakkan kan kan kan...cepat cium abang...rutin ni sayang kena latih selalu. Lelama nanti tak payah mintak..." Seronok betul Hafiz dapat menyakat Intan. Amboi-amboi, sudah berbaik semakin berani ya Encik Hafiz Hadi!

"Latih? Kenapa pulak nak kena latih-latih? Lepaslah...karang Intan menjerit kang..." Intan mengugut. Hafiz tetap mengugut.

"Tak boleh...upah cium dulu..."

"Tak nak..."

"Nak..."

"Tak nak...tak nak...tak nak..."

"Nak...nak...nak..."

"T.A.K...N.A.K...!"

"Tak nak!"

"Nak! Erkkkkk..." Intan terperangkap sendiri. Hafiz ketawa apabila serkapnya mengena. Intan mendengus kasar dan wajahnya sudah merona merah.

"Lepaskan Intan...jangan paksa..." Kendur suara Intan seakan merajuk. Hafiz berhenti ketawa.

"Maafkan abang...tak berniat pun sengaja nak bergurau senda..."

"Kalau macam itu lepaskan Intan boleh?" Intan merayu dan suaranya sudah berubah seperti perempuan melayu terakhir. Kononnya!

"Ok...maafkan abang ya..."

Hafiz melepaskan pelukkannya dan Intan perlahan-lahan bangun. Dicapai tuala yang tergantung dibesi penyangkut yang berada bersebelahan dengan pintu bilik air. Sampai di muka pintu Intan menjerit tanda kemenangan!

"Yahoooooo! Akhirnya berjaya lepaskan diri...ha ha ha..." Hafiz bingkas bangun mahu mendapatkan Intan, namun Intan terlebih dahulu mengunci pintu dari dalam.

"Sayangggggggggggggggggg! Nak kena ni...." Hafiz menjerit kecil. Aku? Ketawa berdekah-dekah. Tak sangka hebat juga lakonan aku! Dia ingat dia seorang sahaja boleh menyakat? Intan Maisarah pun boleh tahu....

*****

HAFIZ membawa aku keluar berjalan-jalan sambil membeli belah barang keperluan untuk bercuti bulan madu minggu hadapan. Hafiz nampaknya beriya-iya sungguh. Aku sudah kecut perut. Macam mana hendak bersedia ya?

Korang ada tips tak? Ha ha ha ha

Tapak tangan aku sudah berpeluh-peluh apabila dipejap kemas tangan milik Hafiz. Macamlah aku ini buta. Katanya mengeratkan lagi kasih sayang. Ye ke? Sejak terkeluarnya perkataan hikmah itu, Hafiz semakin romantik. Aku? Masih macam kayu! Budak baharu habis belajar sekolah menengah beb! Belum pernah bercinta. Lelaki hendak datang dekat ajak berkasihan pun kena berfikir sepuluh kali! Kata rakan rapat aku ini macam G.O.R.I.L.L.A! Cis kurang asam!

Mana tidaknya macam gorilla, baharu berkata hendak berkawan lebih rapat. Aku mula buat aksi perempuan ganas. Sengaja pakai kain sekolah singkat-singkat. Lipat lengan baju sampai ke siku. Tidak kurang daripada itu pakai tudung senget benget. Walau macam manapun aku buat serabai atau erti kata lain S.E.L.E.K.E.H...masih ada mamat-mamat yang tidak faham bahasa. Pernah sekali dua aku dapat bunga konon ajak bercinta. Hendak tahu aku balas dengan apa?

Aku curi tiga ketul batu bata, aku letak dalam meja mamat yang bagi bunga itu. Kira itu balasan mengatakan hati aku sekeras seperti batu bata itu juga! Kawan-kawan aku kata aku memang perempuan jenis tidak makan saman. Tolong sikit aku pergi sekolah untuk berlajar, bukan minah bunga-bunga.

Itulah perangai aku sewaktu sekolah menengah dahulu. Memang susah hendak lupakan peristiwa lucu. Sekarang kawan-kawan segila aku semuanya berjaya melanjutkan pelajaran. Aku sahaja belum ada rezeki untuk ditawarkan mana-mana institusi pengajian tinggi. Bak kata Shuhada...

"Acik Intan pun masuk institusi jugak..."

"Institusi apa?"

"IRT..."

"IRT? Menatang apa tu?"

"Lembab betul Acik ni...Institusi RumahTangga!"

Shuhada kalau bab-bab menyakat memang sama taraf dengan aku. Letih juga melayan budak kecik yang seorang ini. Sekarang dia bukan main lagi menyokong hebat kata-kata Hafiz daripada makciknya sendiri! Alahai anak buah tunggal aku yang seorang ini.

Berbalik dengan jalan-jalan sambil membeli-belah Hafiz masih setia menarik tangan aku sana sini. Malu juga orang sekeliling pandang-pandang sambil berbisik. Gosip tipikal :

'Macamlah orang nak rampas laki dia'

Opss...opsss...tolong sikit ok. Bukan aku yang hendak berkepit sangat tahu. Ini suami aku ini yang takut kalau aku dirampas. Ceh! Bak kata kawan-kawan baik aku, bolayan dengan orang-orang yang iri hati.

'Korang memang terbaik!'

"Sayang...cuba pakai baju ini..." Hafiz menghulurkan sepasang gaun berwarna biru gelap dengan dihiasi manik-manik yang berkilau. Cepat-cepat aku menolak sebab memang kurang sesuai untuk orang yang muda remaja seperti aku. Ewah. Hafiz tersengih dan menyedari kesilapan sendiri.

"Takpelah, saya pilih sendiri baju apa yang saya berkenaan nak sarung..."

"Ok....kalau macam abang pergi sebelah sana. Kalau dah pilih, panggil abang tau."

"Yelah..."

Hafiz mencium tangan aku. Cepat-cepat aku melarikan diri sebab memang panas telinga aku dengar orang berbisik-bisik. Aku hanya menjungkit bahu buat-buat tak tahu.

'Mengata akulah tu...'

Pilih punya pilih baju yang aku berkenan, akhirnya jumpa satu gaun separas lutut berwarna merah jambu dan dihiasi dengan bunga-bunga kecil berwarna ungu. Aku tersenyum dan mencuba di hadapan cermin. Aku puas dengan pilihan hati aku mencari-cari kelibat Hafiz. Melilau mata aku sampai hendak juling. Kemana sahaja si Hafiz ini merayap. Kata tengok-tengok pakaian yang berdekatan dengan aku. Sekarang sekelip mata hilang. Aku menuju ke hadapan melintasi ruangan kasut.

Tiba-tiba....

3 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

o-o..
suka ngajuk2 ni

Seorg wanita... said...

Tiber-tiber? baru perasan suaminya, hafiz dok merenung intan ntah berapa lama... tersipu-sipu malu intan... hehehhe.. agak jer..

next plzzz... :-)

Anonymous said...

may lin : ekekekekeke...

seorang wanita : tettttt...salah...hahahaha...ini turn for konflik balik..

peace

daliazulia

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*