Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

07 January 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 6





AKU tidak dapat melelapkan mata. Sesekali aku memandang ke arah suamiku yang sudah terlena di tepi sofa. Entah angin apa yang datang, Hafiz sanggup tidur sebelah aku walaupun hanya berbentangkan toto berwarna kelabu itu. Gara-gara kedegilan aku yang tidak mahu tidur bersama di atas katil. Kali ini aku lihat Hafiz tiba-tiba menjadi seorang yang boleh bertolak ansur dengan perangai budak-budak aku. Pelik.

"Aduh...terpaksa aku tidur baring menegak dah macam robot. Karang aku bergerak sikit mesti mamat ni bangun. Telinga tu dah macam isyarat satelit pulak. Tapi kenapa malam ni dia baik semacam je? Ke baik tiba-tiba ni pasal agenda minggu depan? Alamak!!!" Tanpa aku sedari aku telah terjerit kuat dan membuatkan Hafiz terbangun dari lenanya. Dia kelihatan masih mamai dan sesekali menggeliat. Aku sudah menekup mulut dan membungkuskan diri. Sanggup!

"Intan....Intan...kenapa ni? Intan mengigau ke? Intan tak boleh tidur ke kalau abang tidur dekat bawah ni? Intan rasa rimas ke?"

Aku masih mendiamkan diri. Suamiku sudah memegang bahuku dan aku sedikit terasa tidak boleh bernafas. Maklum sahaja telah membungkuskan diri dengan selimut tebal. Angin kipas tidak sampai ke arahku dan membuatkan aku tercungap-cungap. Tidak mahu kalah aku sanggup mendiamkan diri.

"Intan...sudahlah tu marahkan abang. Abang mengaku abang salah sebab herdik Intan malam semalam. Maafkan abang ye Intan. Abang janji abang tak buat lagi."

Aku tetap membatukan diri. Patutlah arwah mak kata aku ini memang jiwa kering. Erti kata lain, kepala batu! Memang pun!

"Abang tahu Intan dah lemas kat dalam selimut tebal tu. Bukalah selimut tu, takpe biar abang tidur atas sofa pulak, Intan tidur atas katil sana tu ok. Malam ni biar Intan tidur selesa sikit. Abang nak rasa jugak macam mana keadaan tidur atas sofa ni..."

Perlahan-lahan selimut tebal itu aku buka dan agak tersentak kerana wajah suamiku begitu hampir dengan wajahku. Terus secara automatik aku cuba menolak badannya. Namun tangan Hafiz terlebih dahulu memegang tanganku. Aku menjadi statik! Apa Hafiz hendak buat pada aku ini?! Alamak! Habis aku sudah terperangkap! Ini tidak boleh dibiarkan.

"Lepaskanlah tangan Intan, bagi Intan bangun... Sakitlah...Intan tak suka macam ni..."

"Abang tak nak lepaskan Intan..."

"Hah! Nak buat apa pulak ni?!"

"Abang nak Intan jalankan tanggungjawab Intan sebagai isteri..."

"Erkkk! Tanggungjawab apa pulak?! Tiba-tiba lain macam pulak tengok awak ni... Awak jangan, nanti saya menjerit nanti..."

Hafiz hanya tersenyum dan tiba-tiba dia ketawa berdekah-dekah. Aku menjadi pelik dan masih cuba meronta-ronta hendak melepaskan diri. Wajah Hafiz semakin lama semakin mendekati aku. Darah gemuruh telah membuatkan aku bertindak di luar kawalan. Aku mengangkat kakiku yang dapat membolos tekanan dari suamiku dan tidak melepaskan peluang yang ada aku terus menyepak perut Hafiz.

"Aduh! Intan..sakitlah abang..."

"Padanlah muka siapa suruh abang jadi kucing siam! Kalau berani marilah dekat lagi, Intan ada tali pinggang hitam Taekwando tau!..."

"Intan...Intan..."

Tiba-tiba badan aku bergoncang sendiri. Eh! Kenapa pula badan tiba-tiba bergoncang sendiri? Alamak! Apa sudah jadi dengan badan aku? Inikah balasannya kerana menderhaka kepada suami? Tidak! Ya Allah, Berdosakah aku? Maafkan Intan abang... Intan tidak sengaja.

Aku mengomel di dalam hati dan cuba meronta-ronta untuk membuatkan cengkaman terasa di badan longgar namun tidak berjaya. Aku sudah menangis. Kenapa mudah benar airmata mengalir?

"Hei...Intan...Intan...bangun sayang. Kenapa meronta-ronta ni? Bangun Intan...bangun..."

Terkebil-kebil mata aku melihat keadaan sekeliling. Eh! Kenapa aku masih terbaring? Bukankah tadi aku... Cis! Sah aku menggigau! Aku memejamkan mata kerana tidak sanggup memandang muka suamiku. Ini yang paling aku takuti! Tidur sambil menggigau yang entah apa-apa.

"Sayang....bangun...sudahlah tu tak payah nak pejam mata bagai. Abang dah tahu sayang kuat menggigau. Hada dah warning abang siang tadi."

"Hah! Sampai itupun dia nak bagitau. Nak kena seligi Hada ni tau. Errr...awak tak apa-apakan?"

Hafiz tersenyum dan membuatkan aku semakin bertambah malu.

"Senaklah jugak..."

"Hah! Senak?.....errr Intan tertendang kat mana? Maaflah, tak sengaja."

"Senak dekattt...."

"Hah! Senak dekat situ ke? Alamak...maaf...maaf....maaf..." Aku sudah tidak tahu mana hendak letakkan muka aku yang sudah seperti udang kena bakar kemerahan lagaknya. Bagaimana hendak aku hadapi hari-hari yang mendatang dengan sidia?

Hancus! Hancus!

"Lah...abang belum habis cakap lagi....senak dekat perutlah. Kuat jugak penendang Intan ni ye. Agaknya kalau kena muka abang tadi mau senget rahang ni. He he he..."

Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya menundukkan wajah daripada dipandang oleh suamiku. Saat-saat begini, kenapalah angin menggigau aku datang?! Kurang asam betul.

"Sudahlah Intan, marilah kita tidur atas katil. Mungkin angin menggigau sayang akan hilang secara semulajadinya. Lagi satu seimbang sikit katil kalau Intan tidur sebelah..."

"Hah! Tidur bersama atas katil? Takpe...takpe...saya tidur dekat sofa itu ajelah. Awak tidurlah atas katil sorang-sorang...Nanti terbalik pulak katil tu..."

"Setakat Intan yang kurus ni mana boleh terbalik. Sudah Intan, jangan nak membantah cakap abang lagi. Kalau Intan degil abang dukung Intan. Terpulang...naik sendiri atas katil ataupun nak kena dukung?"

"Jalan sendiri!" Cepat-cepat aku menjawab dan terus menonong ke arah katil bersaiz king itu. Hafiz tersengih dan aku seperti biasa meletakkan bantal peluk di tengah-tengah. Dinding keselamatan kononnya, sekali kena sepak bantal peluk terus melayang jatuh ke bawah.

Tidak semena-mena aku terbangun dari pembaringan dan Hafiz ikut serentak.

"Kenapa Intan?"

"Errrr...harta persendirian lupa nak bawak sekali."

"Harta sepencarian..."

"Eleh..."

"Ha ha ha..."

Aku malas mahu melayan dan terus berkejaran mengambil bantal kesayangan aku. Terkocoh-kocoh aku mencari bantal busuk pemberian arwah mak. Puas aku mencari setiap pelosok sofa tetapi tidak berjumpa. Belakang, atas, bawah dan tepi sofa tetapi masih tidak berjumpa. Aku sudah mula mahu mengalirkan airmata. Itulah khadiah paling berharga untuk aku kenangi arwah mak yang sudah tiada. Airmata sudah turun laju dan aku hampir berputus asa.

"Sayang ni, kalau takde benda ni menangis mengalahkan budak kecik kehilangan gula-gula. Ini...abang dah ambilkan tadi. Itulah jalan menonong lagi. Sudah, lap airmata tu. Abang susah hati kalau tengok Intan macam ni. Maafkan abang..."

Aku hanya tersedu-sedu menahan kesedihan. Bantal itu aku rampas dan terus naik ke atas katil dan tidak melayan suamiku. Aku hanya mendiamkan diri dan terus melelapkan mata. Tiada sepatah katapun aku ucapkan.

"Intan....maafkan abang..."

Aku hanya diam membisu. Hafiz mengeluh dan akhirnya kami mendiamkan diri masing-masing. Aku mungkin tidak semarah ini sekiranya dia menengking aku. Aku mungkin tidak akan semarah ini sekiranya dia mempermainkan-mainkan aku biarpun berpakat bersama Shuhada anak buahku. Tetapi apabila berkaitan dengan bantal busuk, memang mood aku akan bertukar sebanyak 360 darjah. Barang paling berharga adalah bantal busuk. Inilah satu-satunya kenangan yang membuatkan ingatan aku kukuh di atas layanan kasih sayang arwah mak dan abah terhadap aku. Sayang wooooooo...

Errrrr...pasal bantal busuk pun boleh jadi haru. Intan....Intan...

2 kata-kata pujaan:

aFaiSh said...

best cite ni :)
follow :)

DALIA NA ZA said...

afaish : tq ^_^V

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*