Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 2

     ZULIA menghamburkan segala kemarahannya terhadap Kamarul. Namun ianya sekadar monolog di dalam hati. Tidak terluah langsung di bibirnya.

“Sakit betul hati akulah! Macam toyol perangai monyet ni. Ada-ada saja nak mengenakan aku.” Gerutu Zulia sendirian.

“Kamu semua jangan ingat kamu boleh besar kepala dekat sini. Jangan ikut perangai pelajar contoh seperti di atas ini.” Kamarul mula berbicara. Zulia masih termanggu geram. Merah padam mukanya.

Semua pelajar memerhatikannya dan berbisik-bisik. Rina dan Yanti jatuh kasihan kepadanya. Hanya mereka yang tahu bahawa Zulia memang bukan sengaja hendak datang lewat. Keadaan yang memaksanya.

“Sekarang saya arahkan kamu mengulangi ayat ini sehingga kami semua berpuas hati.” Arah Kamarul.

“Saya berjanji tidak akan terlewat lagi. Cepat! Ulang semula!” Jerkah Kamarul dan Zulia menjeling tajam kearahnya.

“Saya berjanji tidak akan terlewat lagi. Saya berjanji tidak akan terlewat lagi...” Berulang kali ayat itu di sebut. Semua pelajar hanya terdiam dan mendengar suara lantang Zulia. Ada beberapa pelajar perempuan yang tersenyum seolah-olah mengejeknya. Zulia mengulangi ayat itu sehingga tekaknya terasa perit. Kamarul tersengih kegembiraan. Puas hatinya kerana berpeluang mengenakan gadis genit itu.

“Sudah! Cukup! Ingat...Saya tak mahu kamu ulangi kesalahan ini lagi. Kalau terjadi lagi saya akan denda kamu jalan itik! Faham!” Ujar Kamarul dan Zulia seperti biasa mengganguk seolah-olah tanda faham. Namun dalam hatinya bertubi-tubi menyumpah seranah si Kamarul. Hatinya mula pedih dan perasaannya sangat terkilan dengan perbuatan Kamarul.

“Saya tak dengar apa-apa. Kamu bisukah?” Lagi sekali Kamarul menjerkahnya. Zulia terkulat-kulat.

“Err...Faham. Saya faham.” Balas Zulia.

“Bagus! Kalau faham kamu boleh turun sekarang.” Arah Kamarul. Zulia pun beredar menuruni anak tangga. Langsung tidak menoleh.

“Aku akan kerjakan kau pulak nanti monyet...” getus Zulia.

Yanti dan Rina menyambut Zulia dengan senyuman hambar. Zulia tetap menghadiahkan senyuman yang manis sambil mengenyitkan matanya yang galak. Yanti dan Rina kehairan kerana melihat Zulia tetap bersahaja dan ceria. Mungkin kerana tidak mahu memikirkan perihal yang berlaku sebentar tadi.

*****

     “KAU ok ke ni?” Soal Rina.

Me? Oh...I’m fine. Don’t worry. Anyway thanks for concern.” Zulia berbasa basi.

“Kesian aku tengok kau kena buli dekat atas pentas tadi. Aku rasa Ketua Presiden tu mabuk laut kot.” Kata Rina dan Yanti hanya tersenyum.

“Dia bukan mabuk laut. Tapi macam monyet yang kena baling dengan batu. Tak apalah aku tak kisah. Tunggulah giliran dia esok-esok.” Kata Zulia dengan penuh maksud.

“Hah...kau nak buat apa babe?” Soal Rina kehairanan. Zulia hanya tersenyum lebar. Yanti menggeleng.

“Adalah...” Balas Zulia ringkas.

“Awak tak takut?” Yanti menyoal tiba-tiba.

“Takut? Tak. Malah tak sabar-sabar nak hadiahkan sesuatu pada Kamarul Monyet tu. Ingat! Korang saja yang tahu.” Zulia memberi amaran.

“Yelah. Kitorang janji tapi kau nak buat apa?”

“Sudah tiba masanya nanti aku beritahu.” Zulia semakin galak.

“Sukahati kaulah. Aku cuma nak kau berhati-hati. Kamarul tu bukan calang-calang senior kita nak balas dendam. Takut esok-esok kau pula yang terkena dengan dia.” Rina pula menasihati. Yanti mengangguk tanda setuju kata-kata Rina.

“Betul tu awak. Nanti awak pula jadi mangsanya lagi. Saya harap awak berfikir dulu sebelum membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah” Yanti pula bersuara dan Zulia tersenyum.

“Kawan-kawanku sayang. Jangan risau. Aku tahu nak buat apa. Aku tak akan libatkan korang berdua. Hal ini antara aku dengan si Kamarul tu aje. Ok?” Zulia berbicara menenangkan kegusaran perasaan rakan sebiliknya.

Rina dan Yanti sekali lagi menggeleng. Tidak mampu menasihati Zulia.

*****

     KAMARUL berpaling dan menepelak.

“Yang dekat belakang tu! Apa yang kamu sibuk bisik-bisik? Ambil perhatian dekat depan ni. Bukan berborak-borak di sana!.” Kamarul menjerit sekuat hati. Zulia, Rina dan Yanti terus mendiamkan diri dan tertunduk.

“Apabila orang sedang berucap dekat depan ni. Berikan sepenuh perhatian. Bukan bercakap-cakap kosong. Sila hormat yang lebih tua di sini. Saya mahu selepas ini kamu tidak akan melanggar peraturan yang telah di tetapkan. Disiplin kena ikut. Jati diri kena kuat dan yang paling penting jangan besar kepala. Faham?” Kamarul memberikan peringatan.

“Kami faham.”

“Kalau faham bagus. Jangan buat-buat faham tapi masih lagi nak buat perangai. Kejadian tadi adalah salah satu contoh yang saya tidak suka. Iaitu datang lewat.” Kamarul sengaja membangkitkan isu yang sudah berakhir. Zulia buat-buat tak tahu. Malas mahu ambil pusing. Kalau dilayan lagi Si Kamarul itu akan mengada-ada.

“Kalau dah monyet tu monyet juga...” Zulia ngomel sendirian. Rina dan Yanti tersenyum dan mencuit lengan Zulia.

“Sekarang kamu kena isikan maklumat diri masing-masing dalam borang yang akan diedarkan sebentar lagi. Dah selesai sila hantarkan borang anda kepada para pembantu Orientasi Mahasiswa. Jangan berani nak sorok-sorok. Kalau saya dapat tangkap kamu tahulah akibatnya nanti.” Kamarul mengugut. Zulia mencebik.

Semakin lama Zulia semakin meluat dengan kesombongan dan sifat bongkak Kamarul. Baginya Kamarul umpama semut kecil yang tunggu saat kena pijak. Meluap-luap amarahnya apabila terpandang muka Kamarul yang putih itu.

“Muka saja handsome. Perangai ntah apa-apa. Mulut tu bising macam mak nenek.” Zulia berkata sendirian sambil mengisi borang yang diedarkan.

*****

      KAMARUL memerhatikan salah satu borang yang sudah lengkap diisi. Salah satu borang pelajar baru yang menarik perhatiannya.

Nama: Zulia Zafira Binti Zainuddin
Umur: 18 tahun
Tarikh Lahir: 5 Februari 1992
Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Jurusan: Pentadbiran Perniagaan
Hobi: Membaca dan menulis

“Hmmm...Minah ni rupanya. Bagus.

Budak Business ye... Sama bidang dengan aku. Lagi senang nak bereskan keje aku...” Kamarul mula semakin galak dan senyumannya meleret penuh dengan maksud tersirat.

“Sekarang kita lakukan aktiviti pengenalan diri masing-masing. Saya mahu kamu dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Dalam satu kumpulan mewakili lapan belas orang pelajar. Sembilan pelajar lelaki dan sembilan pelajar perempuan. Mulakan sekarang.”

Semua pelajar mengikuti arahan Kamarul dan tercari-cari mahu memasuki kumpulan yang mana satu. Keadaan dewan agak berserabut. Kamarul bertempik.

“Saya suruh buat kumpulan! Bukan buat bising macam dekat pasar ikan. Mulut tu tak boleh kunci? Buat kerja dalam keadaan senyap! Bukan membebel sana sini! Takkan itupun nak ajar!” Kamarul menyeringa dan semua pelajar terkedu. Haizam dan Asmira menggeleng melihat kerenah Kamarul yang terlalu serius. Sepatutnya Minggu Orientasi kena ada sikap ramah mesra. Ini tidak, umpama harimau lapar tidak mendapat habuan.

Zulia, Rina dan Yanti sudah sepakat mahu masuk kumpulan yang barisnya terakhir sekali. Mereka tidak kisah siapa ahli dalam kumpulan itu. Janji mereka sudah ikut arahan yang diberikan.

Setelah selesai kumpulan yang di bahagikan. Masing-masing memperkenalkan diri. Zulia juga tidak ketinggalan. Kamarul hanya memerhatikan dirinya dari jauh. Dia sengaja menumpukan matanya yang tajam itu ke arah Zulia. Baginya permainan antara dia dan Zulia tidak akan tamat semudah itu. Tanpa disedari Haizam mula mendekati.

******

      “WAH...mengendap nampak? Takkan dah angau kot.” Sindir Haizam dan Kamarul tersenyum mengejek.

“Angau? Hahaha...Aku tengah plan baik ni nak kenakan dia lagi. Semester tahun ni ada lagi barang permainan terbaru untuk aku. Setiap tahun beginikan bagus. Tak adalah aku rasa bosan.” Kamarul membangga diri dan Haizam mencebik.
“Kau ni tak habis-habis nak membuli. Bilalah agaknya kau nak bersarakan?” Soal Asmira tiba-tiba. Kamarul dan Haizam berpaling.

“Aku cabar kau Kamarul. Kalau budak tu tak menangis kau kena bersara membuli pelajar baru.” Soal Haizam tiba-tiba.

“Hahahaha...Ok aku sahut cabaran kau. Kalau budak hingusan tu tak menangis sepanjang program ini. Aku dengan rela hati akan bersara dari membuli pelajar-pelajar baru. Asmira... Kau saksi dalam cabaran ini!” Kamarul dengan riak menyahut cabaran rakannya itu.

Deal...Kalau aku menang kau kena belanja aku makan satu bulan.” Haizam memancing.

“Banyak cekadak kau nak belanja makan satu bulan. Papa aku pun dah bising sebab selalu sangat minta duit. Takde...takde...” Kamarul membalas. Asmira hanya ketawa. Haizam tersengih dan tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Yelah...yelah....Ingat! Cabaran yang aku bagi tadi. Kau jangan buat-buat lupa pula.” Pesan Haizam.

“Hey...ini Kamarul Affendi Bin Dato’ Megat tau. Tidak akan memungkiri janji.” Kamarul mendabik dada.

“Yelah...” Haizam menjawab pendek.

“Alah...Kau ni Haizam. Macamlah tak kenal perangai kawan baik kau ni. Diakan memang suka cari mangsa. Kalau tak muka dia ni keras monyok macam tikus mondok.” Asmira mengejek.

“Woi...woi...jangan malukan aku kat sini ok. Baling dengan kasut ni kang.” Kamarul mengacah.

“Sudahlah kau Kamarul. Aku percaya satu hari nanti tentu kau tunduk dengan budak tu.” Kata Asmira membuatkan Kamarul ketawa berdekah-dekah.

“Jangan buat lawaklah As. Hahahaha... Setakat perempuan macam tu bersepah. Aku tak pandang pun.” Kamarul mula meninggi diri.

“Jangan cakap besar Rul...Aku tengok budak tu comel. Cun pulak tu...” Asmira sengaja memancing.

“Hahahaha...Aku rasa korang ni rabunlah. Budak macam tu kau kata cun As? Kolot aje tengok...Hahaha...” Kamarul ketawa besar. Semua pelajar memandang mereka.

“Apa pandang-pandang!” Kamarul mengherdik dan Zulia mencebik. Menyampah melihat Kamarul yang suka berlebih-lebih.

“Meluat betul tengok monyet ni memekak. Bilalah program ni nak tamat. Aku rasa telinga aku ni dah menanah asyik dengar dia ni bertempik sana sini. Mulut tu nak aje aku sumbatkan dengan batu!” Zulia mula merungut dan rakan-rakannya hanya tersenyum apabila terdengar bebelannya.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*