Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

23 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 11


     BERDIRI seorang diri di kaki bukit untuk menghirup udara yang segar. Ingin menenangkan fikirannya yang semakin kusut. Mengalir arimatanya dengan penuh rasa rela. Dia menjerit sekuat hati melepaskan segala bebanan yang tidak tertanggung.

Perbalahan antara dia dan Kamarul akhirnya mengundang fitnah! Sangkanya apabila tidak melawan kata-kata Kamarul akan berakhir di situ. Namun masih ada dendam yang belum berakhir. Dia sendiri sebenarnya sudah penat bertekak dengan Kamarul.

Mahu sahaja dia lari dari situ dan meneruskan pelajarannya ke tempat lain. Dia bimbang akan menyusahkan mamanya. Paling tidak mesti mamanya akan tahu berita yang mengaibkan itu. Mahu tak mahu terpaksalah dia meneruskan pelajarannya di sini.

*****

     PUAS mereka mencari Zulia serata tempat tetapi tidak berjumpa. Di perpustakaan, di kafe, di Dewan Budiman, di Taman Rekreasi dan tempat-tempat kunjungan Zulia. Mereka buntu dan bimbang apa-apa yang akan terjadi kepadanya. Talian telefon bimbitnya juga di matikan.

“Mana pulak Zizi ni pergi? Selalu dia tak pernah hilang lama macam ni. Risau pulak dia hilang lama-lama. Dari pagi tadi tak nampak dia.” Rina mula mengomel.

“Sabarlah. Kita cari lagi. Mana tahu ada tempat-tempat yang dia pergi kita tak perasan.” Yanti memujuk.

“As... Dengan kau pun takde ke dia datang jengah?” Haizam menyoal.

“Kalau ada taklah dia menghilangkan diri macam ni. Sengallah kau tanye soalan pandai dekat aku. Hish!” Asmira menyeringa. Haizam tersengih kerana tersilap tanya.

“Err...eh...eh... Hehehe.”

Why not kita try cari kat kaki bukit belakang tu?” Asmira memberi cadangan.

“Hmm...Ok jugak tu. Jom!” Haizam meneruskan langkahnya. Terkocoh-kocoh Rina dan Yanti membuntuti langkah mereka.

“Hati-hati sikit nak naik sana. Nanti ada pulak yang jatuh tergelincir. Lagi satu hal pulak.” Haizam memberi peringatan. Mereka mengangguk.

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan Kamarul. Seolah-olah tidak nampak kelibat Kamarul mereka meneruskan perjalanan.

“Zam... As...” Kamarul menyapa tetapi tiada sahutan.

“Weih... Zam... As... Tak dengar ke aku panggil? Sombong korang eh dengan aku!” Kamarul terjerit kecil.

“Eh! Macam ada orang panggil kita lah As tapi siapa ye?” Haizam berpura-pura.

“Kau ni biar betul Zam. Mana ada orang panggil. Jangan nak takut-takutkan kitaorang. Hari dah petang ni. Tak lama lagi nak masuk senja. Aku baling dengan kasut kang.” Asmira turut sama berlakon. Rina dan Yanti hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur.

“Amboi! Korang! Kawan sendiri pun dah tak kenal ke?” Soal Kamarul yang masih tidak berpuas hati apabila tidak diendahkan.

“Perasaan aku kot As. Jomlah cari Zulia.” Haizam masih buat tak tahu. Kamarul semakin membara apabila nama musuhnya disebut.

“Nama siapa korang sebut? Zulia? Kenapa sibuk sangat nak cari dia!” Kamarul membentak.

“Hey! Diamlah kau. Lelaki dayus! Muka saja handsome tapi hati batu. Macam ini yang kau tunjuk contoh pada kami pelajar baru dekat sini? Pergi cermin muka kau sikit! Layak ke kau jadi Ketua Presiden kami?” Rina menghambur segala kemarahannya. Entah di mana datang kekuatan itu. Menggigil-gigil badannya menahan marah.

Asmira, Haizam dan Yanti terkedu melihat amukan Rina. Pertama kali melihat dia jadi sebegitu. Mereka tersenyum dan terus beredar. Kamarul mengetap bibirnya.

“Sial!” Kamarul menyepak batu yang terlonggok di pejalan kaki.

“Aduh!”
*****

     BERHATI-HATI dia menuruni anak bukit itu supaya tidak tergelincir. Entah di mana silapnya kaki Zulia tersadung dan menyebabkan dia jatuh tergolek.

“Aduh! Jahanam betul! Macam mana boleh tergolek dok pulak ni. Cis! Nasib takde orang kalau tak bertambah malu ler muka aku yang dah sedia malu ni.” Zulia merungut. Di cuba bangkit tetapi terasa askit di bahagian buku lalinya.

“Alamak! Sakitnya kaki. Allah macam mana nak balik ni. Huwaaaaa!” Zulia mula menangis. Hari semakin gelap. Dia menyesal sebab tidak memberitahu rakan-rakannya kemana dia pergi. Dia cuba mengesot perlahan-lahan. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu yang berderap-derap. Peluhnya mula mula membasahi.

“Zizi....Zizi...Zizi...” Lontaran suara lelaki dan di selangi suara perempuan memanggil namanya. Zulia bernafas kelegaaan.

“Itu macam suara Rina dengan Abang Zam. Mesti diaorang cari aku!”

“Sini...Sini... Dekat belakang ni. Zizi dekat sini... Tolong...Tolong...” Zulia menjerit kecil.

“Eh! Itu suara Zizi tu...jom cepat tengok apahal pulak dah tu.” Haizam mengorak langkah.

“Masya’allah. Budak ni apa pasal ni?” Haizam terkejut apabila melihat keadaan Zulia. Rakan-rakan yang lain sudah kaget.

“Err...Zizi tergolek dok tadi. Huhuhu”

“Macam mana boleh tergolek dok Zizi... Adoi kau ni kan. Dah lah keluar tak bagitau. Hilang macam tu je. Aku macam orang gila cari kau sana sini. Tengok! Apa dah jadi tu. Kan dah tak pasal-pasal kau tergolek macam ni. Apa aku nak cakap dengan mama kau? Telefon mana? Apsal aku call tak dapat-dapat? Kenapa matikan telefon tu? Kenapa...err...” Rina menyedari dia melebihi batasan. Termalu-malu.

“Kot ye pun tolong ler aku ni dulu. Lepas tu kau nak soal banyak-banyak pun aku tak kisah. Aku tau kau sayangkan aku. Sebab tu kau jadi kawan aku. Marilah tolong.” Zulia merengek manja.

“Huh! Manja betul.” Rina mendengus.

“Mari Abang Zam campung Zizi. Kaki tu sakit macam mana nak bergerak.” Haizam menghulurkan bantuan. Zulia terkedu. Dia terus melihat Yanti. Muka Yanti berubah.

“Err...Tak apalah Abang Zam. Zizi boleh jalan lagi ni. Rina tolong tumpang bahu kau jap. Hehehe.” Zulia mengelak kerana mahu menjaga hati Yanti. Haizam tersedar.

“Eh...Sorry. Tak perasan pulak. Hehehe.”

“Itulah engkau... Main belasah aje. Sudah tepi! Biar aku tolong Zizi ni. Jom... Dah nak gelap sangat ni. Nak masuk waktu Maghrib dah.” Asmira merangkul lengan Zulia dan di ikuti oleh Rina. Cuma Yanti yang teragak-agak. Zulia memandang Yanti dengan senyuman. Yanti mula rasa bersalah.

Mereka memapah Zulia yang terhencot-hencot pulang ke hostel. Yanti masih mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*