Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 January 2012

PREVIEW CERPEN KE ENAM



TIDAK tahu kenapa sejak dua menjak ini rindu yang sudah lama terkubur kini berdetak kembali. Entah kenapa diri menjadi tidak keruan teringatkan kembali kisah aku dan dia suatu masa dahulu. Kata orang cinta monyet memang tidak membawa apa-apa pengertian. Tapi aku tidak begitu, sungguh aku memang suka dia waktu itu. Namun bila tiba-tiba aku sedar bahawa itu semua tentu tidak akan terjadi. Aku dan dia bagaikan langit dengan bumi. Aku pendam dan biarkan rasa itu berlalu dengan sendiri. Siapalah aku dikala itu.

Tipulah kalau aku kata aku tidak rasa sesuatu didalam hati. Ada, cuma aku sendiri yang sembunyikan rasa itu supaya luka aku tidak semakin teruk. Tidak semakin parah. Paling takut tidak semakin kecewa. Perlahan-lahan hilangkan rasa. Namun kini ia datang kembali menerjah diri. Aku terkelu dan terkaku disaat itu.

Kalaulah dapat aku undurkan putaran dunia, ingin sahaja aku ubah semula supaya aku dan dia tidak pernah akan bertemu. Tidak pernah berkenalan antara satu sama lain.
***********************************

"JOM datang rumah aku minggu ni. Lama dah tak jumpa kau sejak dua menjak ni." Kata Rina yang tiba-tiba bertanya sewaktu kami berjumpa dikampung ibu kami masing-masing. Meskipun saudara jauh, dua pupu kami memang rapat sebab sebaya. Cuma caranya sedikit berbeza dengan aku yang tinggal dikota Metropolitan Kuala Lumpur. Dia lebih bersikap terbuka tetapi aku memang terkenal dengan sikap pemalu itu. Segan pasal pun tak tahu. Padahal duduk bandar yang serba moden.

Kelakar kan?

"Ada apa dekat rumah kau?" Soalku sambil mengunyah goreng pisang yang dimasak oleh ibu saudaraku. Ibu saudaraku ini masak apa pun sedap. Ke memang aku kaki pemakan? He he he...

"Datang ajelah lepak rumah aku. Nanti boleh aku kenalkan kau dengan kawan-kawan tempat kerja aku sekarang. Diaorang best. Kalau kau join dengan diaorang aku rasa kau memang gelak non-stop la." Rina ini kalau bercakap memang tak berhenti. Idea dia yang gila itu buat aku pelik tiba-tiba.

"Ah...tak nak aku. Tak kenal diaorang tu siapa tiba-tiba kau ajak join. Kau demam eh? Agak-agaklah Kuala Lumpur dengan Kuala Pilah. Walaupun Kuala tu sama...hehehe..." Aku tekankan sedikit tentang kuala itu.

"Jomlah Ad...lama dah kau tak lepak rumah aku. Tak sudi dah ke nak datang rumah dekat Kuala Pilah macam dulu-dulu. Kau tak sayang aku lagi ke?" Rina sudah memulakan lakonan babk ke berapa pun aku tak tahu. Ini yang buat aku lemah!

"Yelah...yelah...seminggu aje tau. Nasib baik aku penganggur terhormat buat masa ini. Kalau tidak jangan harap tau. Grown up girl!" Mahu tak mahu aku mengalah jugalah. Nanti muncung panjang kalah itik serasi.

"Yeay! Sayang kau banyak-banyak Ad. Mama minggu depan kerja malam, jadi siang mama ada dekat rumah. Kau layan mama borak-borak ok. Aku siang keje, tengahari aku balik rumah. Malam-malam kita boleh keluar minum-minum. Bab minum-minum jangan risau aku belanja sempena kedatangan kau ke Kuala Pilah."

"Wah! Ghaib terus sedih kau tadi kan? Oleh kerana offer kau sangat menarik, baiklah aku datang sana minggu depan. Tugas kau ambil aku dekat perhentian bas ok. Aku naik komuter ajelah dari Kuala Lumpur, lepas tu berhenti dekat Seremban. Nanti suruh ambil dekat komuter Seremban tercungap-cungap. He he he..."

"Deal"

"Amboi...cepat betul deal nya. Aku sampai petang, takdelah kacau kau kan."

"Sayang kau banyak-banyak Ad."

"Woi..woii...jangan cium banyak-banyak kat pipi aku. Nanti orang ingat kita lesbian pulak. Haru nanti! Eh aku nak balik dah ni tau. Lepas Isyak nak gerak balik Kuala Lumpur. Bye...kirim salam semua eh."

"Sob...sob...sob..."

"Ala...nak sedih pulak. Kau kan dah ada kawan-kawan baru. Hari Jumaat ni aku dah datang sana. Seminggu dua aje aku lepak rumah kau ok. Lepas tu aku dah busy cari kerja baru." Aku sedikit memujuk. Sepupu aku ni memang, manja lebih. Sampai sanggup suruh aku cari kerja area Seremban. Tak nak buat kerja gila aku. Elok-elok boleh dapat kerja area Kuala Lumpur.

"He he he...sayang kau banyak-banyak macam lemon yang berjuta-juta Ad. Janji tau datang Jumaat ni. Aku tunggu tau, boleh bawak kau jalan-jalan, lepak dengan kawan-kawan pejabat aku yang baru tu. Mana tahu kau boleh terjebak geng dengan diaorang ke."

"Tengoklah macam mana diaorang boleh terima ke tak penyegan aku. He he he." Aku tersengih.

"Kau penyegan? Nak pitam aku dengar tau.."

"Eh! Oklah nak balik ni. Nak masuk Maghrib dah. Kau tau ajelah nenek ngah macam mana. Kalau dah senja macam ni tak balik lagi cucu-cucunya, hambat dengan penyapu lidi pulak. Daaaaa..." Aku terus bergerak balik. Berjalan kaki seolah-olah berlari menuju kerumah yang hanya makan masa 5 minit sahaja.

Rina melambai-lambai dan aku hanya tergelak kecil sambik menggeleng.

************************************

Cerpen ini akan keudara hari Isnin nanti.

Oh ya, saya ada plan nak perkenalkan Novel baharu pulak. Tajuknya masih belum terfikir lagi.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*