Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 April 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 19




AKU sudah mabuk di dalam perut kapal terbang. Maklum sahajalah baru pertama kali naiklah katakan. Sudahnya aku seperti orang jakun sampai pening-pening. Hafiz yang rajin mengurut ubun-ubun aku dengan perlahan-lahan. Aku terasa seperti hendak hantukkan sahaja kepala ini di tingkap kapal terbang. Hafiz mengeluarkan sebotol minyak angin cap kapak dan dilurutkan ke tengkuk serta tepi dahi kepala aku. Terasa pula kasih dan sayangnya. Aku mula terasa malu dengan syak wasangkaku sendiri. Benar-benar nampak keikhlasan daripada Hafiz Hadi.

Padan dengan muka aku! Hu hu hu.

"Maafkan Intan..." Hafiz merenung ke arah aku dengan muka pelik.

"Kenapa pula tiba-tiba minta maaf? Ada kutuk abang ke dalam hati tu?"

"Kutuk tu tak adalah...tapi..."

"Tapi?"

Aduh macam mana hendak bercakap ya? Nanti terkecil hati pula. hafiz masih setia menanti jawapan penuh daripada mulut aku.

"Sebab..."

"Tapi...sebab....kenapa ni sayang? Abang ada buat salah ke?"

Cepat aku angguk padahal hendak menggeleng. Ah! Sudah! Lain yang aku hendak buat lain pula yang terkeluar.

"Abang ada buat salah? Bila ya?"

"Tak...tak...sebenarnya Intan nak menggeleng tapi gelabah punya pasal terus angguk."

Hafiz ketawa kecil. Aku menjeling sambil muka sudah merah padam.

"Cakaplah...abang tak kisah pun. Kenapa sayang takut abang kecil hati ke? Sayang pun tahu abang ni bukan jenis bangsa nak berkecil hati pun cuma kadang-kadang tu saja nak usik sayang. Meh...cakap...apa sebab sayang tiba-tiba minta maaf."

"Tak adalah, haritu kan kita terserempak dengan Nadia. Makwe lama abang tu. Intan tiba-tiba jadi ragu pada abang. Intan dah rasa tak senang duduk. Intan terus syak wasangka dengan abang. Intan risau abang berpaling dari Intan."

"Ohhh...kes cemburulah ni..."

"Bukan cemburu tapi rasa tak best tiba-tiba..."

"Cemburulah tu..."

"Bukan..."

"Sayang...dengar sini. Abang dah beritahu sebelum ini kan, Nadia tu kisah lama abang. Percayalah sayang sekarang yang bertakhta di hati abang. Masa kita terserempak dengan diaraogn haritu pun abang takde rasa apa-apa. Biasa aje. Anggap mereka sahabat baik abang. Syukur alhamdullilah perbalahan yang lama terjadi antara abang dan Kamal telah pulih semula. Ingat tak yang abang balik lewat tempohari? Sampai sayang pun merajuk sakan dengan abang..."

"Itulah sebabnya saya nak minta maaf sebab fikir yang bukan-bukan. Maafkan saya?"

"Cium dulu..."

"Hah!...Sekarang? Dalam kapal terbang ni? Ishhh...tak maulah..."

"Ha ha ha... Sayang ni memang kelakarlah" Aku sudah tersenyum dan muka masih lagi merah padam. Memang sengaja hendak mengusiklah itu.

Aku memandang ke luar tingkap dan melihat panaroma kepulauan Negara Indonessia. Maha suci Allah, memang hebat dan indah ciptaan Tuhan. Memang tidak melepaskan pandangan melihat keindahan alam yang terbentang luas ini. Pemandangan laut yang begitu menakjubkan! Tidak sia-sia pergi berbulan madu.

*******

 JEJAK sahaja kaki di bumi Indonessia, aku terpukau dengan keindahan yang terbentang luas itu. Meskipun bumi Indonessia dikelilingi dengan beberapa gunung-ganang berapi yang masih aktif! Minta-minta tiadalah kejadian buruk yang berlaku dalam tempoh percutian di sini. Janganlah waktu-waktu begini gunung berapi itu hendak meletus. Astaqfirullah!

Hafiz sedang sibuk menguruskan hal kemasukkan di kaunter imigresen. Sesekali aku memandang ke arah dirinya. Apabila dia berpaling ke arah aku, terus dia kenyitkan mata. Terkejut juga diperlakukan sebegitu. Hafiz Hadi ini orangnya memang suka mengejutkan orang! Nasiba baik aku tidak ada penyakit lemah jantung, kalau tidak memang boleh masuk hospital kalau selalu buat begini.

Hafiz....Hafiz...

Selesai sahaja pendafttaran kemasukkan imigresen, kami tercari-cari tour guide yang katanya sudah lama menunggu ketibaan kami. Bagus betul perkhidmatan yang ditawarkan. Kami terlihat ada dua orang pemuda yang terlambai-lambai mempamerkan sepanduk nama si Hafiz. Terus sahaja kaki melangkah ke arah mereka.

"Selamat siang ya bapak Hafiz. Selamat datang ke bumi Indonessia, Kota Bandung. Silakan..." kata salah seorang pemuda itu kepada kami berdua. Lembut sungguh bahasanya. Itu belum perempuan. Gulpss...

"Ya terima kasih. Nama siapa ya?"

Wah! Dan dan suara Hafiz selembut dan sesopan begitu. Selalunya main selamba sahaja bertegur sapa. Mungkin ikut loghat sini barangkali.

"Nama saya Junaidi dan ini temannya saya Dzulkifli. Selamat berkenalan..." Hafiz bersalaman dengan En Junaidi dan En Dzulkifli. Aku hanya memerhati dan tersenyum.

"Sayang...senyap aje? Malu ke?" Hafiz menegur sambil menarik hujung hidung aku. Merah padam lagi muka aku. Sabar sahajalah.

"Lorh...Maafin ya ibu Intan. Kami terlupa akan kewujudan ibu di sini...Silakan naik mobilnya." Aku hanya mengangguk dan tersenyum lagi.

"Enggak ada apa-apa pak Junaidi..."  Wah! Terus guna loghat bahasa ibunda Indonessia. Hafiz mencuit bahu aku. Aku memandang ke arahnya.

"Sedapnya sayang guna loghat bahasa Indonessia. Lembut aje abang dengar... Cuba praktik suara lembut macam ini selalu. Gerenti abang tak tengok orang lain dah... He he he..."

"Erkkk....kita kenalah ikut gaya bahasa orang-orang sini kan..."

"Tengok...tengok tu baru aje tegur tadi..."

"Opsss.... Maaf..."

"Allah..tak payahlah sampai nak maaf sampai macam tu sekali. Abang saje mengusik."

Hafiz Hadi tersenggih dan aku menjelirkan lidah. Kami sama-sama tertawa.

"Oh ya Pak Hafiz sama Ibu Intan, program pertama kita pada hari ini ya kita singgah dahulu ke Hotel Ibis untuk check in. Selepas itu bapak sama ibu boleh berehat sebentar untuk melepaskan lelahnya. Kemudiannya jam 6 sore kita keluar makan di sebuah tempat makan ikan bakar."

Hafiz dan aku mengangguk-angguk dan tiba-tiba pleik apabila mendengarkan perkataan sore.

"Errr... Maafin ya Pak Junaidinya. Sore itu apa ya?" Aku bertanya soalan yang membuatkan Hafiz tergelak. Aku menjeling sambil mencubit lengannya.

"Oh...Sore itu maksudnya petang ya Ibu Intan..." Encik Junaidi menerangkan sambil tersenyum dan diikuti oleh Encik Dzulkifli. Hafiz sudah menekup mulutnya.

Apa yang kelakar sangat soalan aku itu?

"Hai.....hari-hari tengok sinetron kat tv tu takkan tak pernah dengar perkataan sore?"

"Errrr...errrr...terlupalah..."

"Sayang...sayang...memang kelakar..."

"Huh...." Aku muncungkan mulut. Sengaja hendak merajuk hendak tengok sama ada dia pujuk aku atau tidak. Sekali hampeh, dia gelakkan aku lagi ada. Hu hu hu hu...

*******

SAMPAI sahaja kaki di perkarangan hotel, beg-beg aku dan Hafiz mula di tarik keluar daripada bonet kereta 4 wheels mewah itu. Kami menunggu di ruang tetamu untuk melepaskan lelah. Aku melihat keadaan sekitar hotel ini. Memang menakjubkan. Hiasannya dipenuhi dengan ukiran kontemporari yang sangat unik. Kalau dapat beli yang murah memang aku hendak hiasankan dalam bilik tidur kami berdua.

Hafiz merenung aku seperti macam hendak makan. Aku mula rasa berdebar-debar. Ini yang aku malas kalau tengok aku semacam sahaja. Aku melarikan wajah aku ke arah lain. Malulah katakan.

Hafiz tergelak dan aku berpaling. Rupanya menyakat aku lagi. Aduh sakit jantung sudah rasanya.

"Bapak Hafiz sama ibu Intan, kunci dan kamarnya semua sudah siap. Silakan ikutin penyambut tetamu itu menuju ke tingkat atas ya. Jam 6 sore kita ketemu lagi untuk makan malam. Selamat siang ya. Kami berdua permisi dahulu."

"Baiklah. Terima kasih ya Pak Junaidi sama Pak Dzulkifli..." Hafiz bersalaman dengan mereka berdua dan aku sudahpun berdiri menunggunya bersama-sama dengan seorang penyambut tetamu wanita hotel itu. Dia senyum dan menampakkan barisan giginya yang putih itu. Cantik! Persis dalam hati aku. Kulitnya pun mulus sahaja aku tengok. Ini yang buat aku rasa rendah diri. Kulit aku kasar semacam sahaja.

Hafiz tersenyum sambil memimpin tangan aku. Terpanar seketika apabila diraih sebegitu. Jantung makin lagi kuat debarannya. Semakin lama semakin kencang. Aku termalu-malu apabila penyambut tetamu itu melirikkan senyuman ke arah kami berdua.

"Silakan ya bapak dan ibu. Kamarnya dihujung sana. Nombor kamar 467. Semoga ibu dan bapak enjoy tinggal disini. Jika mohon apa-apa pertolongan, sila dail sahaja nombor telefonnya ya."

Hafiz mengangguk dan aku tersenyum.

"Terima kasih ya..."

Aku melangkah masuk dan tergamam melihat suasana bilik hotel ini. Luas! Pemandangan pun menarik. Penuh dengan kehijauan. Aku memandang Hafiz.

"Cantiknya bilik ni. Luas betul."

"Suite Honeymoon sayang...memanglah luas dan cantik. Suka tak?"

"Hah! Suite Honeymoon....err...err...." Aku sudah mula tergagap-gagap. Mula angin menggelabah aku datang. Pusing sana pusing sini dan aku jadi serba tidak kena.

"Aik...baru cakap suite honeymoon dah jadi macam ni? Sayang takut ke?"

"Err...errr...errr...." Aku sudah tidak tahu hendak cakap apa. Mulalah datang angin kus-kus yang membuatkan aku kehilangan untuk berkata-kata.

"Sayang jangan risau. Kalau belum bersedia takpe ambil mood ok. Abang rileks je..." Hafiz tersenyum-senyum dan aku tergaru-garu sana sini macam beruk kena belacan sahaja. Mulalah terfikir yang bukan-bukan saat ini.

"Kena ambil mood ke? err...mood apa tu?" Pertanyaan aku tidak dijawab tetapi dibalas senyuman melirik yang penuh dengan makna tersembunyi. Ini yang paling buat aku jadi gementar tidak tentu pasal. Maklum sahajalah kalau sudah dikaitkan dengan honeymoon kan...kan...kan. Jiwa yang kental kononnya mula jadi kecut.

Hafiz menyenggih sambil menggeleng. Aku terasa seolah-olah nafas sudah tersekat. Badan sudah sejuk semacam dan mula dahi aku berpeluh-peluh menahan kekalutan. Hafiz datang merapati aku. Aku sudah memejamkan mata seolah-seolah sedang berdepan dengan kengerian yang dahsyat. Hafiz meraih tangan aku dan dikucup dengan penuh kelembutan. Mengigil satu badan diperlakukan sebegitu. Terus datang alasan aku.

"Er...errr...Intan nak masuk bilik air." Hafiz mengangguk sambil tersenyum lebar.

Amboi lebar betul senyuman itu. Aku ini sudah macam cacing kepanasan menahan kegusaran. Dia boleh lagi buat senyuman nakal pada aku.

Datang baliklah demam aku.

Huwaaaaaaa....

5 kata-kata pujaan:

nisa said...

hehehe...kelakar la intan ni...
yg hafiz plak nakal btol...
nak lag...next n3 pleeesss!!!!^_^

Noor Affiqah said...

hahahaha...mmg klaka la intan...pape pn,cter nie sweet sgt....

bebemei said...

intan ni cpt sgt mengelabah.hafiz plak cool je.ssh nk dpt hubby yg understanding cm2.next n3 plz...

mila said...

hai... bagi saya cerita bulan madu ini ok sangat.... saya harap jangan berputus asa dengan komen2 yg kurang enak tu... anggap itu satu cabaran... cita rasa semua org berbeza... teruskan penulisan anda... tak sabar sana nak tunggu buku di terbitkan

Seorg wanita... said...

Intan ni kalutlah.. sesuailah dgn Hafiz yg cool itu.. :-) sweet je dgn minyak angin masa dlm flight... Intan ni blm matang... manja pulak tu...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*