Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

06 August 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 24



KAMI telah sampai ke kawasan letak kereta. Aku tengok si Hafiz ini tersenggih memanjang. Lain macam pulak tengok. Sekali aku tengok dia tengok membelek gambar-gambar dalam kamera. Aku pun jenguklah sikit kan. Patutlah senyum kambing memanjang. Aku malas hendak melayan terus mengadap melihat keindahan alam yang terbentang luas. Seronok juga pergi bulan madu dengan suami yang tersayang ini.

Opssss...suami tersayang? He he he...

"Sayang..."

Aku menoleh.

Kena tangkap curi lagi gambar dengan si Hafiz. Alahai, malas henda merajuk sebab bukan makan saman pun dengan si Hafiz ni. Lagi dia buat lawak martopo ada. Sabar ajelah. Hu huhu...

"Sayang..."

"Tak naklah pandang.."

"Berdosa..."

"Errkk..."

Aku menoleh. Hafiz meraih tangan aku. Dikucup lembut. Aku terpanar seketika.

"Terima kasih..."

"Hmm..err..mmmm..."

"Aik! Baru cium tangan dah gugup...belum advance lagi...hahahaha.."

Aduh terkena lagi. Agaknya korang yang tengah melayan cerita ini tersengih-sengih tengok kisah aku dan Hafiz kan kan kan? Nasib..nasib..

"Bukanlah...segan.."

"Menyegan aje memanjang...Kita berdua aje...mana ada orang lain..."

"Tipu..."

"Tipu?'

"Tu pemandu dengan co pilot tu kan ada..mana pulak kita berdua aje dalam van ni."

Hafiz menepuk dahi dan terus tergelak. Aku terpinga. Kenapa gelak pulak? Salah ke aku cakap tu?

"Diaorang tu takdenye nak cc tv kita sayang oii...diaorang tu tengah fokus bawak van bawak kita pergi jalan-jalan. Ha ha ha..."

"Errrkk...manalah tahu diaorang intai-intai kat cermin tu..."

"Ha ha ha...sayang...sayang...penyengan betul."

"Eleh..."

"Sayang...balik nanti tolong urut badan abang ye. Sengal-sengal pulak rasanya lepas pekena siku sulung sayang tadi..."

"Errr...tak pandai urut..karang ada tulang terlipat nanti."

"Sampai hati sayang eh. Ini abang belum tua lagi ni dah tak nak tolong urut. Sakit tau perut abang kena siku sayang tadi."

"Bukan macam tu, tapi pelik...apsal siku kat perut belakang abang pulak yang sengal-sengal?"

"Err...err..."

"Sajalah tu kan kan kan..."

"Ala nak berkasih sayang pun tak boleh. Merajuklah macam ni..berdosa tau kalau suami merajuk."

Ahh! Sudah! Terkena lagi aku. Ada sahaja point dia hendak jerangkap samar dengan aku.

"Yelah..yelah.."

"Ikhlas?"

"Ye ikhlas.."

"Betul?"

"Betul..Benar..Nyata.."

"Bunyi macam terpaksa aje."

"Tarik balik offer tu karang baru tau.." Aku pulak yang main ugut-ugut. He he he.

"Ok...ok..terima kasih sayang...yahooooo..."

Pak Dzulkifli memberhentikan van secara mendadak. Aku terlajak menindih badan Hafiz. Mata kami bertentangan. Jantung aku memang sudah gugur terus. Terasa satu kelainan. Belum pernah terasa keadaan sebegini. Cepat-cepat aku menarik wajah. Tangan Hafiz tetap memegang lenganku seperti tidak merelakan. Aku menggeleng.

"Maaf ya Pak Hafiz, Nyonya Intan. Mobilnya stop emergency begini. Hampir mahu melanggirin seorang budak minta sedekah. Maafkan kami ya. Sekali lagi mohon maaf. Kami berjanji akan lebih berhati-hati pandu mobilnya ini." Bersungguh-sunguh En Dzulkifli memohon maaf kepada aku dan Hafiz. Aku hanya mendiamkan diri.

"Tak mengapa Pak Dzulkifli. Budak itu enggak ada apa-apa ya?"

"Enggak Pak Hafiz. Budak itu selamat dan udah pergi pun. Kawan saya ini sudah melihat keadaannya."

"Owh...baiklah, takpe Pak Dzulkifli saya suka.." Hafiz mengenyitkan mata padaku.

Aku berpaling dan terkejut mendengar pengakuan Hafiz. Suka? Aku ini sudah merah padam tahan malu yang amat sangat. Dia boleh lagi kata suka? Sabar sahajalah...

"Suka apa ya Pak Hafiz?" Pak Dzulkifli terkejut dan hairan mendengar pengakuan daripada Hafiz.

"Ehh...enggak ada apa-apa Pak Dzulkifli.." Hafiz tersengih. Aku tergelak kecil. Padan muka!.

"Baik...kita teruskan lagi perjalanan ya. Sekarang ini kita pergi makan di satu restoren yang lauk-pauknya sedap."

"Ok.." Sambut Hafiz. Tangannya meraih lagi jari jemari aku. Dikucup lagi. Alahai suami aku ini. Tak kira tempat betul. Makin dihalang makin menjadi-jadi.

"Sayang...thanks...manis.."

"Erkk...apa yang manis?"

"Bibir sayang...hehehe.."

Aku terus terdiam dan memandang ke arah luar. La la la...Eksiden ok, bukan saja-saja.

Suka korang kan...huhuhu

********

SEPANJANG waktu makan tadi aku lebih banyak diamkan diri. Peristiwa 'mengejut' terbayang-bayang di ruang legar fikiran aku. Mana tidaknya Hafiz asyik tersengih-sengih memandang aku. Malu weih! Macam nak sorok muka dalam sambal ikan kerapu. Gila tak pernah terjadi eksiden sebegitu dalam seumur hidup aku. Kalau dengan arwah mak dulu pun laga-laga pipi.

Tiba-tiba rindu dekat arwah mak, abah dan abang long. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diterima disisi Allah SWT. Al-Fatihah untuk mereka. Aku menyeka airmata yang hanmpir tertumpah. Hafiz sudah kelam kabut melihat keadaan aku.

"Abang mintak maaf sayang...betul tadi tu tak sengaja kan...bukan abang menggatal pi 'eksiden' dengan sayang kan..Janganlah nangis."

Aku ketawa. Nampak sangat sudah salah faham.

"Bukan sebab 'eksiden' tu lah."

"Habis tu kenapa sayang nangis?"

"Teringat arwah mak, abah dan abang long...itu yang tiba-tiba sebak..."

"Owh...terkejut abang..ingatkan pasal tadi tu. Tak mengapalah kita doakan kesejahteraan mereka ya. Abang tumpang simpati."

Aku meletakkan jari ke mulut Hafiz sambil menggeleng.

"Jangan ada rasa simpati. Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Kecuali Allah SWT yang maha Hidup. Sudahlah, mari kita makan. Mintak maaf jugak sebab tiba-tiba emosional." Aku tersenyum kembali. Hafiz mengurut dada.

"Ini yang bertambah sayang ni. meh sini nak cium sikit."

"Ada yang kena cili ni karang..."

"Hahaha...tahu takut."

Kami menikmati makan tengahari dengan gelak tawa. Perhubungan antara aku dengan Haifz semakin lama semakin erat. Berkat doa Hafiz barangkali untuk membuka pintu hatiku menerima dirinya setulus rasa. Benar kata orang, bercinta selepas kahwin memang membahagiakan walaupun pada saat permulaan ada rasa benci konon, tidak suka konon, terpkasa konon. Sekali kena anak panah, memang sayang habis.

Aku juga bersyukur kerana dipertemukan suami sebaik Hafiz. Andai kata aku masih menolak dirinya yang tulus itu, pasti korang kata aku ini betul-betul merugikan diri sendiri bukan? He he he. Hati Intan Maisarah memang milik Hafiz Hadi. Agaknya kalau bercerita dengan geng-geng terdahulu memang aku kena lauk cukup-cukup. Ahh...tiba-tiba rindu pula dengan usikan dan gurauan mereka. Maklumlah masing-masing sibuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Aku pun melanjutkan pelajaran juga. Pelajaran ilmu rumahtangga.! Ahaks.  Kalau Hafiz tahu ini memang sah-sah aku akan kena sakat sahajalah gamaknya. Dia bukan boleh, pantang ada bahan untuk menyakat aku tak henti-henti. Lagi sehari menetap di Bandung, hari kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Jakarta pula. Kata Hafiz ada sedikit urusan di sana. Kerjalah tu. Mesti aku bosan duduk sorang-sorang dalam bilik.

Aik! Intan...sejak bila pandai bosan? Rindulah tu kalau Hafiz takde disisi. Gatai jugak hang nooo...

Entah kenapa dada ini seperti hendak meletup kalau bertentangan mata dengan Hafiz Hadi. Dia memang mempunyai tarikan yang begitu mempesonakan. Patutlah kekasih lamanya macam tergedik-gedik bila berjumpa kitaorang tempoh hari. Kalau Shuhada tahu mesti budak kecik ini naik hantu mengalahkan aku. He he he.

Owh...tiba-tiba aku teringat pesanan Shuhada pada aku dan Hafiz. Termalu-malu aku terus. Budak ini memang pemikiran dia terlalu advance. Mengalahkan orang yang lebih matang dari dia. Apa khabar budak kecik tu ye. Mesti selalu bertekak dengan Abdur Rahman. Ha ha ha...

Usai makan, kami meneruskan perjalan ke kedai barang-barang perhiasan. Macam-macam benda menarik aku nampak. Hiasan yang lebih unik memang tak jumpa di Malaysia. Aku membelek. Hafiz mahu membelikan untuk aku, terus menggeleng. Tidak sepenting mana pun. Tiba-tiba Hafiz meminta aku mencari dulu apa barang-barang yang aku suka. Katanya ingin minta diri sekejap. Aku pelik.

Dalam setengah jam, Hafiz kembali. Dia tersengih-sengih. Apalagilah agaknya tu...

Bila disoal, Hafiz hanya berkata dua patah perkataan :

Malam nanti

Aku bertambah pelik. Adalah tu benda yang pelik-pelik dia buat. Hafiz ni memang penuh dengan kejutan. Kalau siapa tak tahan, lama-lama masuk wad sebab asyik terkejut sahaja.

Akhirnya aku mengajak Hafiz pulang ke hotel. Badan sudah kepenatan. Malam nanti hendak berjalan lagi. Badan kena juga rehat untuk hilangkan kepenatan. Semakin melebar senyuman Hafiz. Apa kenalah si Hafiz ini agaknya?

Aku pula yang sudah tidak duduk diam.. Macam-macam...

7 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

dah lama tak hantar pos.rindu kat ain dan hafiz

DALIA NA ZA said...

ain? intan kan? huhuhuhu

u n me said...

Ada jugk n3...
slalu2 la update citer ni(demand)...ngaga

DALIA NA ZA said...

Nurf : insya'allah...huhuhuhu

sEha said...

sampai bab 24 je ke.... cerita hafiz & intan?

Anonymous said...

akak.. cepat2lah update ye. lame dah saye tunggu ni..

Anonymous said...

bile nk update ni?

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*