Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

21 April 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 20



AKU keluar daripada bilik dengan terketar-ketar. Aku memastikan segalanya berzip dan berbutang dengan kemas. Tidak! Aku masih lagi belum bersedia. Janganlah Hafiz meminta yang bukan-bukan dahulu daripada aku. Sungguh! Aku memang tidak bersedia untuk segalanya.

Aku menjengkitkan kaki perlahan-lahan. Aku mencari-cari kelibat Hafiz. Seram jugalah apabila diperlakukan sebegitu tadi. Manakan tidak tiba-tiba Hafiz seolah-olah menjadi kucing siam apabila mendekati aku. Sekali aku terpandang sesusuk tubuh tengah sedap melingkar atas katil. Siap berselubung lagi.

Hampes betul! Dia tidur rupanya. Kusss semangat aku tadi. Ingatkan dia betul-betullah suruh aku ambil mood untuk bersedia. Sekali dia kenakan aku! Aduhai suami aku ini memang suka beri kejutan. Betul-betul bagi aku kejutan!

Aku melangkah keluar menuju ke beranda sambil menikmati udara luar. Memang sejuk mata memandang panorama yang terbentang luas. Pokok-pokok dan bukit bukau yang menghijau memberi aku sedikit ketenangan akibat 'kejutan' daripada Hafiz tadi. Aku duduk berlutut sambil mengeluarkan novel yang baharu sahaja aku beli sewaktu keluar membeli belah bersama dengan Hafiz. Tajuknya Iman Suraya. Baharu bab pertama aku baca sudah tidak sabar-sabar untuk bab yang seterusnya. Hasil nukilan dari penulis berbakat yang bernama AREILA SAHIMI. Kisah seorang gadis yang telah kehilangan tunang yang juga bakal suaminya yang telah meninggal dunia.

Sedang terleka aku membaca tiba-tiba ada tangan yang menjalar bahu aku. Melompat aku seketika. Terperanjat lagi dan aku lihat Hafiz sudah duduk bersila sebelah aku. Lama-lama boleh rosak jantung aku. Mulalah datang gelabah aku.

"Sayang kalau baca buku memang tak peduli keadaan sekelilingkan. Sampai hati tak nak teman abang tidur..."

"Errr...Intan tak nak ganggu abang tidur. Itu yang duduk kat luar sambil baca buku..."

"Tak nak ganggu ke takut?"

"Dua-dua kot..."

"Tak habis-habis dengan alasan sayang ni..."

"Itu bukan alasan tapi kenyataan..."

"Alasan..."

"Terpulanglah...orang cakap tak nak percaya..."

"Ok...ok...abang percaya. Jom mandi...sekejap lagi nak keluar."

"Hah! Mandi sama ke?"

"Ada abang cakap mandi sama? Abang cakap jom je...tapi kalau sayang sudi nak mandi sama dengan abang...pintu bilik air terbuka luas untuk sayang..."

"Errrrk....takpe...takpe...abang mandi dulu...kejap lagi lepas abang mandi Intan pulak masuk mandi..."

"Mengelak lagi ler tu. Abang tau sayang takkan mandi sama dengan abang pun...Ok abang pergi mandi dulu. Eh! Apa kat pipi tu?!"

"Hah! Apa....apa...apa yang ada kat pipi Intan?"

"Macam ulat aje abang tengok..."

"Aaaaaaa....tolong buangkan...buang...Intan geli..." Aku sudah separuh menjerit akibat kekalutan.

"Mari sini abang buangkan..."

Aku sudah pejam mata kerana kegelian. Bila masa pula ulat boleh merayap dekat pipi aku? Badan aku sudah mengigil ketakutan. Erat-erat mata aku terpejam.

'Cupppp!'

"Lariiiiiiiiiiii dulu....."

Terkebil-kebil mata aku apabila Hafiz mengucup pipi aku buat pertama kalinya. Tiba-tiba hilang terus semua kegelian aku. Wajah aku kalau tengok depan cermin, agaknya cermin akan terpecah dengan sendirinya. Entah kenapa aku terasa tenang pula diperlakukan sebegitu oleh Hafiz.

Kemudian baharulah aku menjerit.

"Abangggggggggggggg...!!!"

*******

SERAM sejuk yang melanda akhirnya berubah menjadi hangat. Agaknya kalau terus terasa seram sejuk mahu sahaja mandi peluh berkolah-kolah. Rupa-rupanya Hafiz sengaja mahu mengusik aku. Katanya kalau dia mengusik, aku jadi menggelabah dan membuatkan hatinya tercuit riang melihat kekalutan aku. Amboi...amboi suka betul ya.


Petang itu setelah berjanji dengan En Junaidi dan En Dzulkifli merangkap tour guide kami di sini, mereka membawa ke sebuah restoran makanan tradisi Kota Bandung. Ikan sambal memang menyelerakan. Ditambah lagi bersama sotong dan udang bakar. Ayamnya pula disalut dengan madu dan akhir sekali air guava buatan mereka memang mantap. Bersinar-sinar mata aku bila dapat makanan yang sedap-sedap di depan mata. Perut aku? Sedikit mengening akibat kekenyangan yang terlampau! Tiba-tiba Hafiz mengusap perut aku, mahu hampir terloncat jadinya. Makin lama makin lain macam sifat 'penyayang' si Hafiz Hadi terhadap aku. Ini yang makin buat kau jadi gerun.

"Bila nak ada isi dalam perut sayang ni ye..." Hafiz mengenyitkan matanya. Aku terasa mahu pengsan mendengarkan kata-kata itu.

"Errr...aaaa.....errrr....aaaa...."

"Sejak bila sayang abang jadi gagap? Hahahaha..."

Hafiz tertawa besar dan aku sudah mula buat muka merajuk. Memang sengaja betul. Sudahlah kata-kata tentang 'isi' dalam perut dia membuatkan jantung aku mengepam darah bertambah laju. Lama-lama aku boleh jadi kembang setaman agaknya.
Aku menjeling dan Hafiz masih lagi menyambung gelak tawanya. Merah padam di wajah aku tidak boleh digambarkan lagi sudah. Memang boleh lawan dengan udang yang kena bakar itu. Sebentar tadi kena cium di pipi sekarang perut pula kena usap. Aduh berdetak detik jantung aku menahan kegusaran. Kenapalah aku menggelabah sangat sekarang ini?

Hafiz menyedari ketidakselesaan aku yang semakin meresahkan jiwa. Aku jadi tidak duduk diam, Hafiz boleh bersiul-siul riang lagi. Kali ini di dalam van dia duduk betul-betul rapat dengan aku. Sekarang aku terpaksa pula duduk menyenget untuk elak pipi kena cium secara mengejut lagi dari Hafiz. Dia bukan boleh di agak kejutan luar biasanya. Mahu silap-silap aku terlempang pula pipinya. Ya Allah minta dijauhkan untuk tangan ini naik ke muka suami aku ini.

"Apsal duduk senget?"

"Saja..."

"Nak mengelak kena ciumlah tu...hahahaha...bukan siapa-siapa pun kan...suami sendiri cium tak salahkan..."

Aku malas mahu melayan terus sahaja memandang ke arah luar. En Junaidi dan En Dzulkifli sudah tersenyum-senyum mendengar perbualan antara kami. Malu ya amat aku sekarang. Baharu terperasan tangan aku sudah dikejap dan diletakkan ke peha Hafiz. Aduh dia ini memang tidak boleh cover malu langsung!

"Bapaknya Hafiz sama ibunya Intan, ini malam kita jalan-jalan menuju ke toko MODE. Di sana banyak sekali pakaian-pakain yang moden. Kita akan berhenti di sana selama dua jam. Kemudian kita terus menuju ke toko TAS..."
Kami berdua mengangguk dan akulah orang yang paling tidak sabar untuk membeli belah. Hafiz tergelak kecil apabila melihat aku sudah bertepuk tangan. Cis! Lagak macam anak kecil pula aku. Terus aku menundukkan kepala dan diam membatukan diri. Apalah nasib aku asyik kena sahaja harini.
 
"Sayang malu ke?"
 
"Hmmm..."
 
"Aikk selalu banyak cakap...sekarang sepatah dua kata aje ye...hehehehe..."
 
Aku menjelirkan lidah dan hafiz mengenyitkan mata. Memang tidak makan saman suami aku ini. Makin aku mengejek makin kuat dia mengusik. Benar kata umi merangkap ibu Hafiz, suami aku ini memang kaki mengusik nombor satu. Tapi apabila dia tiada pergi keluar bekerja aku terasa suatu kehilangan pula. Hai lah hati mengapalah begini hebat rasa ini? Buatkan aku menjadi serba tidak kena.
 
"Jelirlah lidah tu, cium depan-depan kang..."
 
"Hah! Cium depan-depan? Depan tour guide ni? Jangan buat gila..."
 
"Sukahati abanglah...suka benar menjelir lidah...abang geram abang cium aje bibir sayang tu..."
 
"Jangan nak mengada-ngada...Jangan nak buat benda-benda pelik...Intan karate kang..."
 
"Alahai setakat karate sayang tu, karate abang lagi hebat tau..."
 
Eeeeeeeeeeeiii...geramnya, memanglah lagi kita melawan lagi kita menjawab lagi kuat usikkannya.

4 kata-kata pujaan:

IVORYGINGER said...

INTAN ni malu2 plak tp mahu. hehehe... ;D

dari dapur mila said...

;)....

Anonymous said...

ad smbngan ke??klau ad xsbr tggu..hehehe..

Anonymous said...

best la citer nie...blh smbung cpt skit...x sabar nk thu pengakhiran citer nie...:P

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*