Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

26 March 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 17



AKU mendiamkan diri dan melayan perasaan. Tiba-tiba emosi aku menjadi mendung. Hati macam pecah bak kaca yang berderai. Airmata hampir tumpah tapi masih utuh empangan menahan daripada melimpah. Agaknya kalau merembes airmata memang ibarat tsunami membaham daratan. Aku terasa pilu malah terasa sebak. Bibit bahagia yang kononnya akan terus menyulami segenap ruang hati. Namun aku tersilap di dalam perkiraan. Mampukah aku percaya terhadapnya lagi?

Hafiz Hadi juga mendiamkan diri dan melayan perasaannya sendiri. Dia lebih banyak mengeluh. Semua pertanyaannya aku jawab dengan kebisuan yang boleh bikin menguji kesabaran manusia. Puas bertanya itu dan ini, aku tetap seperti itu. Baju yang kononnya menjadi pilihan hati, aku letakkan semula. Hilang segala mood. Entah kenapa semenjak akhir-akhir ini aku benar merajuk hati. Apa kena dengan aku? Mana perginya sikap selamba dan optimis aku? Mengapa pula aku selemah ini? Intan Maisarah! Bangun!

"Kenapa ni....ribut takde....hujan takde...tetiba aje diamkan diri. Abang ada buat salah pada Intan ke? Kalau ada cuba cakap. Kalau Intan diam macam ini macam mana abang nak tahu apa yang abang dah buat sampai Intan tak nak bercakap dengan abang..." Hafiz bersuara kembali, aku hanya melirik dengan ekor mata. Kejadian yang berlaku sepantas kilat telah merobek hati nuraniku sebagai seorang wanita dan juga seorang isteri.

"Intan...sayang...payung...berlian...puspa wangi..." Macam-macam gelaran Hafiz memanggil diri, cuma yang terakhir itu menggeletek perasaan aku. Hendak ketawa cepat-cepat aku tutup mulut dar meletus. Macam cerita Musang Berjanggut pula panggil Puspa Wangi.

"Haaaaa...itu dah boleh senyum tu, takdelah abang tengok muka ketat Intan daripada tadi. Agaknya kalau baling dengan kaca mesti pecah ni..." Hafiz ketawa, telinga aku panas. Mulalah hendak mengusik, sudah buat salah tidak mahu minta maaf!

'Eh! Bukan banyak kali aku dengar dia minta maaf ke? Ah! Tidak peduli, sambung merajuk lagi.'

"Tengok....tengok...ketat balik muka tu...Kenapa ni sayang...cuba bagitau abang..."

"Siapa dia? Cantik pulak tu..." Aku bersuara tiba-tiba, padahal hendak bercakap melalui hati sahaja. Sekarang sudah terlepas cakap, belasah sahajalah.

"Dia? Siapa pulak dia tu? Apa yang cantiknya? Abang tak paham..." Hafiz mengerut apabila mendengarkan pertanyaan spontan daripada mulut aku.

"Dialah...perempuan...siapa dia tu...Nadia ke?" Alamak! Terlepas lagi.

"Nadia?" Hafiz bertambah naik hairan dengan pertanyaan aku.

"Takkan dah lupa nama makwe lama kot..."

"Sayang cakap ape ni?"

"Tadi...saya nampak abang tengah bercakap-cakap dengan perempuan. Cantik pulak tu. Kurus, tinggi lampai, rambut ikal mayang, putih, gebu..." Hafiz meletakkan jarinya di bibirku yang sedang berceloteh.

"Setahu abang tadi yang bercakap dengan abang pekerja butik pakaian lelaki. Sayang cemburu ke?"

"Erkk...mana ada. Betul ke itu pekerja butik? Kenapa uniform dia lain bukan main up to date?"

"Manalah abang tahu kenapa pakaian dia up to date. Mungkin pemilik butik itu agaknya."

"Ye ke..."

Sah aku sudah silap tengok dan salaha faham dengan suami sendiri. Padan muka terlepas hendak beli baju idaman hati. Padan muka juga sebab membazir boikot untuk tidak bersuara. Hafiz sudah ketawa besar.

"Sayang jugak dekat abang ye..."

"Haruslah...suami kita..."

"Wah! Sejak bila?"

"Errr...errr..."

"Kan dah gagap...itulah lain kali jangan terus serkap jarang. Kan kain sendiri dah terkoyak tu..."

"Hah! Koyak? Mana..mana...kenapa abang tak cakap..."

Aduh! Kenapalah otak aku ini lembab sangat?! Sudah tentu Hafiz sindir guna peribahasa. Keputusan peperiksaan mantap tapi masih blur tahap supernova! Intan...Intan..

*******

KAMI berpatah balik semula apabila aku menyuarakan bahawa aku telah berkenan satu baju gaun pendek. Terbeliak mata Hafiz mendegarkan pilihan baju yang aku suka. Belum habis cakap sudah potong, kacau daun betul!

"Baju tu pendeknye sampai betis, bukan sampai peha aje... Itulah, Intan belum habis cakap, abang dah menyampuk..."

"Kusss semangat, ingat sayang nak pakai baju gaun pendek-pendek. Lari iman abang nanti... he he he..."

"Itu ajelah fikirnye. Takde benda lain...Ingat pesan Intan..."

"Yee...yeee....abang ingat. Takdenye abang nak paksa kalau Intan belum bersedia. Tapi kalau tengok Intan lelama ni kan...cair jugak hati ni..."

"Ah! Jangan nak mengada ye..."

"Takutlah tu..."

"Mestilah..."

"Ye abang ingat janji abang tu. Dah jom cepat, kejap lagi nak singgah rumah ibu. Ibu sampai merajuk, katanya kita lupa janji nak datang rumah."

"A'aaa lah...lupa terus. Alamak! Macam mana nak puji umi ye?"

"Ni abang nak tanye, sejak bila panggil ibu jadi umi ni?"

"Umi yang gelar macam tu..."

"Ibu yang panggil diri dia umi? Pelik..."

"Entah...Intan ikut ajelah..."

"Bagus-bagus...menantu yang mendengar kata. Lepas ni jadi isteri mendengar kata abang pulak boleh?"

"Bukan selalu dengar kata abang ke?"

"Ye ke..."

"Mulalah nak menyakat lagi..."

Hafiz ketawa. Suka benar mengusik aku. Ok, hati yang tercalar sebentar hilang lukanya dalam sekelip mata. Kalau daripada tadi semasa ternampak pemilik butik itu menolong mengukur saiz badan suami aku tentu tidak perlu bersusah payah hendak berpatah semula ke situ. Hafiz bukan marah, gelakkan aku lagi ada. Cis! Padan muka aku lagi!

Cepat-cepat langkah aku menuju ke butik tadi, takut-takut kalau gaun kegemaran aku itu disambar orang lain. Pembantu jualan yang membantu aku tadi sudah tersenyum-senyum. Dia sempat menyindir tepat pada aku, tapi mungkin pada korang dia hanya bercakap kosong. Entahlah......

"Jadi jugak akak ambil gaun itu ye, kalau akak tak ambil tadi saya nak kebas dulu..."

"Jadi dik...terima kasih ye..." Malas aku hendak mulakan kata-kata hikmat aku. Nanti kau pula yang muka ketat ganti aku.

'Karang aku cancel beli baru tahu!'

"Sekejap kak saya keluarkan resit untuk pembayaran. Dapatlah saya komisen lebih. Untung saya jaga bahagian ini harini. Selalunya gaun dekat sini memang payah hendak terjual. Kira akak datang bawa tuah..."

Aku hanya tersenyum sumbing. Kalau kot ye pun hendak melariskan jualan dan mendapatkan komisen, tidak perlulah melambung tinggi pujiannya cik oiii...

Selamba dia panggil aku kakak, entah-entah dia lagi tua daripda aku. Ha ha ha.

"Kaunter bayaran di hadapan sana ya kak..."

"Ye ke dik, akak nampak...terima kasihlah banyak-banyak..." Hambik kau! Sedas aku bagi.

Pembantu jualan itu sudah menarik muka. Itulah banyak sangat cakap, sekali terkena dengan aku. Padan muka! Aku melihat kelibat Hafiz yang masih setia menunggu aku. Bersinar biji mata aku sebab berjaya juga membeli gaun pilihan  hati. Bercuti nanti bolehlah pakai waktu jalan-jalan sekitar kota Bandung. Apa yang menarik di sana ya?

Wah! Aku pula yang tidak sabar-sabar hendak pergi melancong. Hilang sudah semua darah gemuruh dan kekalutan aku tentang agenda percutian bulan madu itu.

Usai membuat pembayaran, Hafiz memaut tangannya dilengan aku. Pada mulanya menggelabahlah juga, lama-lama macam seronok pula. Begini rasanya seronok kalau jalan-jalan membeli belah bersama suami tersayang.

'Erkkkk! Suami tersayang? He he he...'

"Hafiz..." Serentak aku dan Hafiz berpaling. Aku melihat seorang lelaki dan wanita menuju ke arah kami. Lelaki itu kelihatan sungguh bergaya dengan rambut spike serta berkaca mata hitam. Manakala wanita sebelahnya kelihat daring dan seksi. Dia hanya memandang aku dengan pandangan yang sombong. Aku pelik.

"Kamal....wah, tak sangka jumpa kau dekat sini..."

"Aku saje jalan-jalan temankan awek cun ni. Kalau tak teman, nanti merajuk dan muncung sampai dua tiga hari..."

"Hai you...apa khabar? Lama I tak dengar khabar berita dari you...Siapa sebelah you ni? Kekasih ke?"

"Hai Nadia. I Baik. Biasalah sibuk kerja. Sebelah ini memang kekasih I..." Bagaikan halilintar menyentakkan perasaan aku. Nadia? Hafiz pula katakan yang aku ini hanya kekasihnya?

'Hello! Aku bini kaulah!'

"Oh kekasih you..."

"Merangkap isteri kesayangan aku..." Aku terpanar dan terus rasa bersalah sebab cepat benar melatah. Aku lihat airmuka Nadia berubah. Dia buat-buat senyuman yang nampak sangat tidak ikhas. Aku? Beri senyuman yang paling ikhlas sekali. Senyuman itu bukankah satu sedekah?

"Oh isteri...Hai I'm Nadia...you?"

"Saya Intan...selamat berkenalan. Abang, laparlah..." Aku tiba-tiba jadi macam kucing parsi. Kau hendak drama sangat bukan...

"Ok...jom kita pergi makan. Jomlah join sekali Kamal, Nadia..."

"Next time ok....I ada function petang ni. By the way, this is my card. Kalau free calling I or Kamal ok. Boleh kita hangout sama-sama...macam dulu-dulu..." Nadia tersenyum melirik.

Wah! Kau sengaja pula ya.

"I tak janji...sebab Jumaat ni I nak bawa Intan pergi berbulan madu di Bandung..."

"Hai Fiz...baru nak bulan madu ke? Aku ingat kau dah pergi bercuti..."

"Belum bro...sibuk...Jumaat ni lah baru ada masa." Aku tersenyum kemenangan. Nadia berikan senyuman yang tidak ikhlas lagi.

"Kalau macam tu I nak kirim kain pasang di sana boleh?"

"You ni...baru minggu leaps pergi sana...nak beli lagi ke sayang?" Kamal menegur dan Nadia merengek manja. Menyampah pula aku melihat kucing jadian ini mengada-ngada. Sakit pula mata aku.

"You ni...itu lain..ini I nak pesan yang lain..." Nadia mula merajuk. Kamal memeluk pinggang Nadia dengan erat. Aku dan Hafiz hanya saling memandang.

"Ok...apa-apa hal nanti I contact you mintak pesanan...sorry I nak bawa isteri I pergi makan... jumpa lagi..."

Aku bersalaman dengan Nadia dan terasa sedikit keras genggamannya. Aku buat-buat tidak tahu. Buka langkah aku nanti, kau juga yang merana. Kami berpisah di situ dan aku masih setia memeluk lengan suamiku. Hafiz memandang dan tersenyum. Aku berkata-kata di dalam hati...

'Aku pun boleh tau...'

2 kata-kata pujaan:

Seorg wanita... said...

Hahaha...patutlah tekaanku salah.. jeles sungguh Intan, tapi salah orang nampaknya... :-)

Tapi terserempak gak dgn Nadia, nasib baik Nadia tgh berkepit dgn Kamal..kalau sorang2, nayer... nanti Intan salah anggap kat Hafiz.. :-)

Unknown said...

nice share gan, infonya ..

habbatusauda propolis

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*