Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

22 January 2012

PREVIEW PILIHAN HATI



"AKU dah kata aku tak suka kau..maknanya keputusan aku muktamad! Aku tak suka E.N.G.K.AU...kalau tak faham pergi masuk sekolah balik belajar pandai-pandai dalam subjek bahasa melayu! Faham!"
"Kalau aku kata aku tetap suka kau..maknanya keputusan aku juga muktamad! Kau katalah apa sahaja, aku tak peduli! Kalau aku tak dapat kau cara baik aku guna cara lain, kau jangan menyesal Ayu Raudah!"
"Kau ...gila ke apa? Sampai nak menganiaya perempuan macam aku? Banyak lagi perempuan cantik-cantik kau boleh jadikan isteri. Perempuan kolot macam aku yang kau nak kejar sangat apahal? AKu rasa otak kau ni patut kena format baliklah Zaquan Aidil!"

Ayu Raudah mendengus kasar dan menolak tangan Zaquan Aidil yang cuba meraih jemarinya. Zaquan Aidil tersengih melihat keberangan Ayu Raudah. Kolot macam mana pun Ayu Raudah, Zaquan Aidil tetap menjadikan dia pilihan dihati.

Ayu Raudah berlari meninggalkan Zaquan Aidil yang tidak semena-mena mengganggu waktu santainya. Asal pergi berjogging pasti akan ternampak kelibatnya yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Entah apa nasibnya kali ini terserempak lagi dengan Zaquan Aidil yang tidak habis-habis mengacau waktu peribadinya.

Mentang-mentanglah satu taman perumahan. Lepas itu selalu memyibuk datang rumah lepas tu boleh siap lepak, makan sekali. Buat macam rumah sendiri pulak. Abang Ashraf pun satu, ajaklah lepak dekat kedai makan dekat luar ke, pergi karaoke ke ini tidak asyik ajak datang ke rumah. Sudahnya tidak pasal-pasal aku terpaksa mengadap mamat muka tembok ni! Boleh pulak buat lawak bengong mintak makan suap-suap kononnya praktis sebelum kahwin besok. Gila ke apa?

***********

MALANG sungguh nasib aku, entah kenapa hari ini tayar kereta boleh kempis pulak! Sudahlah lewat dari waktu yang sepatutnya hendak ke pejabat. Tayar spare pulak aku boleh terlupa hendak gantikan dengan tayar baharu! Aduh...abang Ashraf pulak pagi-pagi buta sudah keluar bekerja. Angin apa pulak yang melanda abang Ashraf pergi kerja seawal begini? Dan macam mana pulak tayar kereta aku tiba-tiba kempis? Semalam rasanya aku tidak keluar kemana-mana. Sebab mood sudah lari bila mamat senget ini datang bertandang ke rumah.

Terus langkah aku dimatikan apabila emak meminta tolong memasak untuk tetamu kesayangannya. Siap jadi anak angkat lagi! Tak cukup ke aku dengan abang Ashraf? Emak...emak... Ayah pulak tidak pernah bercakap apa-apa bila mak jadikan mamat senget ni hendak dijadikan anak angkat. Ayah tersenyum bila tengok aku orang pertama yang membangkang. Abang Ashraf bantai gelak bila mak cakap aku ini terlalu prejudis dengan orang sebaik Zaquan Aidil.

Baik? Phuiiiii... Baik konon... Pirah mabuk!

Guruh takde, kilat sabung menyabung tiba-tiba muka mamat ini tersengul depan pagar! Macam tahu-tahu pulak kereta aku tayarnya tengah kempis. Apakah berlaku satu komplot terancang untuk mengenakan aku agaknya? Aku tengok mamat senget kecik sahaja tau, rasa macam hendak cekik-cekik batang leher dia yang jinjang itu.

"Tayar kempis ye kak?" Sengaja 'provoke' aku waktu tengah berhangin baik punya. Kalau tak kawal emosi mahu sahaja kaut tumit tinggi aku melayang dan terpacak dekat hidung mancung mamat senget ni!

"Jangan nak perli-perli! Ini semua kau yang buatkan? Kau memang sengaja nak pedajal aku pagi-pagi Isnin kan! Kau ni memang menyakitkan hati akulah!" Aku sudah tidk peduli adab sopan bercakap dengan mamat senget yang berada didepan mata aku sekarang.

"Aaah...memang sengaja pedajal kau supaya pagi ini kau mesti kena naik kereta pergi kerja sama-sama dengan aku ya sayang..." Zaquan Aidil sengaja mengejek-ngejek aku.

"Kau ni kan memang manusia paling bengong aku pernah jumpa tahu tak. Huh! Geramnya...daripada aku naik kereta kau, baik aku pergi naik teksi lagi bagus lah!"

"Mana kau nak dapat teksi pepagi buta ni Ayu Raudah oii! Daripada kau jual mahal, baik kau terima aje tawaran aku kan senang kita rapatkan hubungan silatarurrahim yang telah sedia ada ni...kan kan kan..."

"Arghhh! Lama-lama aku boleh jadi sewel lah macam ni!" Aku sudah menjerit-jerit melepaskan amarah yang terbuku dihati.

"Ayu Raudah! Apa jerit-jerit pagi buta ni? Mak tak ajar perangai Ayu hodoh macam ini tahu. Kamu ni kenapa? Karang marah pulak jiran-jiran terdekat dengan kebisingan kamu." Mak yang keluar tiba-tiba menyergah aku yang tiba-tiba sudah hilang pedoman. Ini semua mamat senget punya pasal.

"Mak tengok tayar kereta Ayu. Mamat senget ni sengaja pedajal Ayu pagi-pagi buta! Dia sengaja kempiskan tayar kereta Ayu tu mak...Macam mana Ayu nka pergi kerja?" Aku sudah mengadu domba. Mamat senget ni boleh tersengih-sengih sambil tangannya masuk dalam poket. Macholah kononnya tu?

Nan hado!

"Tayar kempis? Oh malam tadi mak ajak abang kamu pergi market sekejap. Balik-balik abang kamu kata tayar kereta pancit. Malam tadi mak ketuk-ketuk bilik kamu tak buka-buka, mak dengan abang pergi ajelah pakai kereta kamu. Itulah dengar lagi ipod yang tersumbat dalam telinga kamu tu kuat-kuat." Penerangan mak tiba-tiba buat wajah aku merah padam sebab menyangka betul-betul si mamat senget ini pedajal aku. Rupanya Abang Ashraf yang perjadal adiknya yang comel ini. Patutlah berdesup pagi-pagi sudah hilang.

Errr...comel ke aku? Huhuhu...

Tahap kebengangan aku makin meluap-luap apabila mamat senget ini meminta kebenaran mak supaya tumpangkan aku terus ke pejabat. Mak pulak bagi keizinan tanpa terkeluar satu patah perkataan daripaa mulut aku saa ada setuju ataupun tidak. Mak pun komplot ke? Huwaaaa..

Lantas aku mengeluarkan blackberry bold 5 berwarna putih didalam handbeg coach berwarna merah. Aku ingin menelefon Abang Ashraf yang ingin bagi syarahan percuma daripada mulut aku yang nampak comel ini yang berlipstik berwarna pastel. Tup...tup mata aku tertancap satu message yang telah dihantar oleh abang aku yang kacak bergaya itu.

Ok, sila muntah!

Assalamualaikum wahai adikku yang comel selalu kena buli dari abangmu yang kacak dan macho ini. Maaf kerana telah terpancitkan kereta Honda Jazz kesayanganmu malam tadi. Oleh kerana ingin berjasa kepada mak dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Abangmu telah memakai keretamu tanpa meminta keizinan. Adik-beradik jangan berkira ha... Oleh itu abang telah meminta tolong sahabat baik abang Zaquan Aidil yang hensem seperti pelakon Hugh Jackman itu menumpangkanmu wahai adikku. Jangan banyak songeh dan tumpang sahaja kereta Zaquan itu ok?

Terbaik dari abangmu..Peace Yo!

Hampir pitam aku membaca pesanan ringkas itu. Tapi pelik, bila aku tuduh mamat senget ini dia main mengaku sahaja. Nak ambil hati aku lah tu! Oleh kerana terdesak, hendak atau tidak aku memang tiada pilihan kenalah juga menumpang kereta Lancer Merah Hitam milik mamat senget ini. Tahulah kereta hot! Tapi sila jangan badjet hot dengan aku ok! Menyampah tau.

***********

SETIAP malam hantar pesanan ringkas yang buatkan aku hendak termuntah selalu. Jiwang bagaikan nak rak bunyinya. Eeeuuwww...tolonglah! Aku tak suka ye. Jiwang karat punya mamat senget ini. Muka aje macho tapi hati jambu betul! Kalau orang lain berbunga-bunga dapat pesanan ringkas yang berbaur romantika. Aku maaflah ye, memang tidak masuk dalam kamus hidup aku.

Assalamualaikum wahai puteriku yang comel selalu. Esok jangan lupa aku akan hantar dirimu lagi sekali lagi. Lagi bagus kalau hari-hari aku yang hantar. Kau tak perlu bayar minyak ataupun tol. Semuanya percuma asalkan kau berada disisi. Sayang kau selalu. Rindu aku tak? Mesti rindukan. Muah..muah..

Phuiii! Tak pepasal kena tumpang kereta mamat ini seminggu. Padahal tayar kempis aje pun. Esok dah tentu aku boleh pergi naik kereta sendirilah. Entah apa kena kedai kereta berdekatan dengan rumah mak ayah aku (belum mampu beli rumah sendiri hu hu hu) tutup seminggu. Nak kata tengah hari perayaan tidak jugak. Apasal kedai Robert boleh tutup seminggu pulak? Tak rugi ke? Orang berniaga ni kan nak untung-untung aje. Kalau rugi masing-masing sakit kepala macam nak pecah!

Aku terus padam pesanan ringkas itu. Klaau terus disimpan akan jadi berkulat pulak nanti. Hew hew hew...

Aku keluar daripada bilik dan terus hendak isytiharkan peperangan dengan abang aku. Sekali turun bawah aku tengok mamat senget ini ada dekat sini. Paling mengejutkan mak cakap dia akan tidur disini selama seminggu. Kata mak senang nak pergi dan balik kerja sama-sama dengan aku. Ini sudah lebih!

"Mak ni...mana boleh. Ayu boleh pergi sendiri. Abang Ashraf kan ada. Kereta abang Ashraf pun Ayu boleh tumpang jugak apa. Kenapa mesti kena naik kereta dengan mamat senget ni. Ayu tak nak!" Aku memberontak. Cukuplah siang tadi telinga aku hampir bernanah dengar mamat ini bercakap-cakap tanpa henti. Lepas itu dengan selambanya dia akan datang meminang aku hujung bulan ini jugak. Katanya senang ikat awal-awal supaya tidak ada yang berani hendak mencantas! Gila punya orang!

"Kereta abang besok boss abang nak tumpang. Abang ikut jalan tak sama tempat Ayu nak pergi. Tumpang ajelah si Zaquan ni."

"Mana boleh! Banyak cantik muka abang Ash, dah lah kempiskan tayar kereta Ayu. Lepas tu tak nak pergi betulkan pulak. Sekarang ni Ayu nak tanya kenapa kedai Robert boleh tutup seminggu? Kenduri apa Robert tu?"

"Eh...eh...manalah abang tahu kenapa kedai Robert tutup. Abang Ashraf mana ada syer dekat kedai Robert tu. Sukahati Robert lah nak tutup kedai seminggu ke sebulan ke. Kedai dia lantak dia lah. Ayu ni teruk betul la prejudis dekat orang!" Abang Ashraf pula bersuara lantang. Sekarang ini aku yang patut marah ke Abang Ashraf eh? Terkeliru sekejap.

"Mak...Ayu tak nak pergi dengan Zaquan tu..."

"Jangan bantah cakap mak Ayu, zaman sekarang ni bahaya tahu. Kamu itu perempuan, kena berjaga-jaga. Sementara si Zaquan tu ada tumpang ajelah. Bukan kita tak kenal si Zaquan tu. Dia dah jadi anak mak pun. Kamu jangan nak mengada-ngada sangat Ayu."

Aku rasa hendak melalak sekarang jugak. Tiba-tiba aku berlari dapatkan ayah.

"Ayah tak nak masuk campur. Dalam rumah mak kamu adalah mem besar. Tumpang sahajalah Zaquan tu. Sejuk sikit perut mak dengan ayah kalau kamu pergi kerja dengan orang yang dikenali. Naik teksi tu belum tentu selamat Ayu."

Apakah...apakah... ini satu komplot yang terancang? Aku sudah berputus asa. Benar kata ayah, mak memang mem besar apabila berada dalam rumah. Apa yang mak suruh, memang kena buat. Nanti kena label anak derhaka.

Aku mendengus kasar apabila terpandangkan Zaquan Aidil sudah menyengih tanda kemenangan. Mangkuk tingkat punya mamat senget! Takpe...takpe ini hari adalah hari aku...esok lusa hari dia pulak. Kau tunggulah mamat senget! Pembalasan akan terbalas suatu hari nanti. Ini Ayu Raudah Binti Mohammad Razif. Pantang mengalah sebelum dicabar! Kalau tak cabar, takkan mengalah pulak?

Aku menghentakkan kaki sewaktu naik tangga masuk ke dalam bilik. Protes punya pasal, aku tidak mahu makan malam bersama-sama dengan mereka. Aku masuk ke dalam bilik menghempaskan diri diatas katil. Nasib baik tilam lembut, kalau kerasa macam batu tentu malam ini aku sudah tidur didalam wad kerana mengalami kecederaan.

Telefon bimbit berbunyi lagu shuffle. Pergh! Urban betul aku ini! Aku membaca pesanan ringkas itu dan terasa hendak turun kebawah karate mamat ini cukup-cukup.

Assalamualaikum sayang. Kau pergi ajelah dengan aku. Jangan banyak songeh. Bahagialah aku untuk seminggu ini. I Love You sayang. Muah..muah..

Aku sudah menumbuk-numbuk bantal peluk untuk melepaskan geram. Memang aku geram tahap supersaiya sekarang ini!

Zaquan Aidil kau memang mamat physco!

**********

Kita sambung tengah malam nanti. Sekarang nak pergi makan ikan bakar. Ala...dekat aje dengan kampung kita, Hulu Langat.

Oh ya sekarang tengah bercuti balik kampung sebab nenek saya sakit angkara terjatuh didalam bilik air. Ini nenek sebelah mak. Tinggal ini sahaja kecuali nenek busu saya sebelah abah. Lain-lain sudah pulang ke rahmatullah. Sob...sob...

Doakan nenek saya cepat sembuh ya dan cerpen ini cepat siap...hi hi hi

Peace Yo!

p/s : dup dup dap dap... my big days will come soon. Will announce the actual date ya! Daaaa...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca setia laman blog yang sudah menjadi 'tunggal' saya ini. Lain-lain sudah ditutup untuk keamanan sejagat. Al-maklumlah dulu mulut macam puaka yang confirm masuk neraka huhuhu..tapi kini saya sudah berubah dah tidak lagi seperti dahulu.

"Human is not perfect but time flies will make someone matured to thinked wisely. So am I." ^_~v

Wah berbahasa Inggeris mak sekarang.. hew hew hew

Harap ampun dan maaf jikalau ada kata-kata kesat yang terkeluar sewaktu masa dahulu telah mengcengkam hati anda-anda sekelian

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*