Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

02 February 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 11



BURRRPPP!!

Alhamdullillah kenyang sudah perut yang lapar tadi. Aku dan Shuhada berlumba-lumba sendawa kuat-kuat. Inilah tabiat buruk antara aku dan Shuhada yang selalu kena tegur dengan Kak Long. Arwah mak dan abah pun pernah tegur, katanya perangai perempuan yang comel macam aku ini agak sopan kalau kedengaran orang di luar. Comel ke? Hu hu hu...

Apa mahu buat sudah terbiasa sendawa kuat sebegini. Namun yang menghairankan aku adalah kenapa depan Hafiz sendawa aku seolah-olah nampak seperti perempuan melayu terakhir? Ceh! Macam coverline sahaja gayanya. Ok, untuk pengetahuan semua bahawasanya aku ini tidak pandai untuk menyorok perangai sebenar di depan orang ramai. Oleh kerana itu aku lebih senang bersahaja dan menjadi seperti diri aku sendiri.

Buruk perangai? Lantak! Aku tidak ambil pusing dan tidak hairan dengan kata-kata sumbang di belakang. Hendak tahu kenapa? Ya! Sebabnya kalau kita bising pihak sebelah sana akan memperolehi pelbagai alasan dan tokok tambah cerita untuk menyedapkan lagi jalan cerita berbaur umpatan. Lebih baik aku berdiam diri dan dalam pada masa yang sama si polan-si polan ini akan mengutip dosa. Aku? Pahala jawabnya. Ha Ha Ha...

Shuhada juga berperangai lebih kurang seperti aku. Katanya jiwa aku jiwa rock semalaya! Wah! Begitu tinggi pujian kau dik non. Apa-apa pun yang paling aku tidak suka adalah orang memaksa, mengherdik dan mengacau kehidupan peribadi aku sebab aku juga tidak suka ambil tahu. Namun rahsia Hafiz itu mencarik-carik seluruh jiwa aku untuk mengetahui perkara yang sebenar. Adakah aku sudah melanggar pantang larang aku sendiri? Hu hu hu... Demi cinta, lautan api sanggup aku renangi...

Bluekkkkkk! Tolonglah Intan kenapa jiwa kau sudah bertukar menjadi minah bunga-bunga?

"Acik Intan!"

"Hah! Kenapa Hada?"

"Acik ni memang betullah...kuatnya berangan! Bila Acik Intan nak terapi diri supaya jangan kuat sangat berangan? Risaulah Hada dengan Acik Intan ni tau. Nasib baik pusaka Acik Intan tak turun kat Hada..."

"Oiiit! Manalah Acik tahu....dah memang penyakit pusaka ni Acik Intan dapat...Acik belasah ajelah."

"He He He...tapi Acik Hafiz sayangkan Acik Intan jugak kan...Acik...hari barulah kita dapat masa free untuk bersembang. Hada nak tanya soalan cepu emas dengan Acik ni...jom kita basuh pinggan ni semua dulu lepas tu kita chit chat eh..."

"Ala...ini yang malas ni. Mesti Hada nak tanya soalan bonus berkenaan hati kan kan kan....tak nak lah..."

"Ala...sejak bila Acik jadi makcik kedekut ni? Kesianlah kat Hada. Esok kalau Acik dapat baby, mesti Acik dah tak nak layan Hada. Sudahlah Hada sorang-sorang dekat rumah. Umi kerja. Ayah Hada pulak......"

"Aloooo.....aloooo...anak buah kesayangan Acik Intan ni. Merajuk pulak. Ok...ok...kita chit chat... Sudah jangan buat muka telur tembelang depan Acik. Sedih Acik tengok...hehehee...peace..."

"Ini yang Hada sayang Acik Intan ni...keh keh keh"

"Dah jom kemas meja..."

Aku dan Shuhada mengemas pinggan masing-masing. Aku ambil kain buruk yang siap sedia tergantung di depan rak pinggan. Aku ambil dan basahkan sedikit kemudian aku mengelap meja supaya kelihatan bersih. Lauk yang masih berbaki aku tutupkan dengan tudung saji. Shuhada sudah selesai membasuh dan aku mengambil beberapa bji epal fuji aku potongkan dadu. Kemudian aku ambil sedikit mayonis untuk di campurkan bersama-sama epal tadi. Perghhhhhh! Memang peti ais dalam rumah ini peti ais pasaraya. Macam-macam ada!

Aku membawa mangkuk yang berisi epal tadi di bawa ke ruang tamu rumah. Siaran television di pasangkan semula dan jari aku menekan siaran HBO. Ada cerita IRON MAN. Oklah layan juga cerita robotik ini. Shuhada sudah duduk bersila sambil tersenyum-senyum sambil mengunyah buah epal yang berada di dalam mangkuk yang masih setia berada di telapak tangan aku. Budak seorang ini memang hantu mayonis! Aku pun hantu mayonis juga... He he he...

Shuhada mengelip-ngelipkan matanya dan aku memandang muka Shuhada sedikit pelik. Budak ini macam cupid pula aku lihat dari sudut lain. Ibarat macam watak Makcik Wok dalam majalah GILA-GILA yang suka ambil tahu tiga orang dara pingitan, Esah, Hawa dan Noi. Ha Ha Ha... Sesekali aku menarik nafas untuk memberi ruang dalam jiwa supaya lebih tenang. Ini rahsia aku! Gila kau main selamba mahu bercerita biarpun di hadapan aku ini ada pertalian darah yang rapat.

Pssstt! Alasan! Kata sahajalah aku ini segan bagan... He He He...

Shuhada sudah tidak sabar-sabar mahu mengikut kisah hidup baru aku yang baru berusia dua minggu 3 hari. Masih dalam istilah mood "pengantin baru" katanya si Hafiz. Ceh!

"Ok...Acik rasa Acik macam tak boleh terima kehidupan baru Acik sekarang ni..."

Shuhada membulatkan matanya dan pantas jarinya menampar peha aku. Perit! pang jugalah budak kecik seorang ini nanti! Sakit tahu!

"Acik! Kenapa cakap macam itu? Ini yang Hada nak marah Acik tau. Untung tau Achik muda-muda dah dapat suami berkedudukan, kacak, lawa, bergaya, segak dan macho. Kalau Hada...memang Hada akan cakap... Oh bertuahnya aku kerana mempunyai jodoh yang begitu pantas!" Shuhada membuat mimik muka dan aku pula memberi habuan kepadanya semula.

"Aduh! Sakitlah Acik Intan. Ingat peha Hada ini bantal busuk Acik Intan ke? Penangan Acik Intan ni macam ketam nanas masak cili padi tau....Hu hu hu..."

"Hah! Tahu pun sakit...yang kamu bertepak sirih dekat peha Acik tu tak sakit? Eh! Wait! Wait! How do you know about that crabs huh? You tell me the truth..."

"Hah! Tahu apa? Ketam? Hada saja sebut aje...lalalala"

"No..no... ini mesti ada sotong sebalik ikan ni. Baik Hada kasik tau sama Acik Intan...kalau tak Acik panggil Abdur Rahman datang rumah...lalalala"

"Yelah...yelah...main ugut nampak....Acik Hafiz suruh ajar macam mana nak masak ketam nanas cili padi. Acik Hafiz kata biasanya umi Acik Hafiz yang buatkan. Hada cakaplah mana Hada tahu, Hada tahu makan aje. Lepas itu Hada bagilah cadangan pinjam buku resepi Acik Intan. Lepas tu mintaklah Acik Intan masakkan then Acik Hafiz kata otak Hada brilliant! Itu aje ceritanya. Noktah..."

"Oh patutnya Acik tengok buku resepi pusaka Acik tu muka surat untuk resepi ketam tu dah terlipat kecik hujungnya... Wah siap ada request suruh masakkan...amboi!"

"Psssttt....Acik Intan tak nak ke buat eksperimen ketam tu sekarang? Manalah tahu Acik masak lagi power! Hada pun boleh tumpang makan sekali...he he he..."

"Itulah kamu Hada...mengeningkan perut ajelah keje kamu. Takpelah nanti Acik setkan masa, hari dan tarikh nak buat eksperimen ni. Janji jangan pecahkan rahsia tadi dan yang terbaru ini ok! Malam ini rasanya Acik kena pergi rumah umi Acik Hafizlah. jom temankan Acik nak tak Hada? Acik belanja Hada gula-gula mentos."

"Ahhhh! Tak naklah Hada ikut. Mengacau daun aje nanti. Bagilah can dekat Acik Hafiz bermadah puitis guridam sajak bagai dengan Acik Intan. Ha ha ha..."

"Ala....jomlah temankan Acik Intan....Acik tak biasalah kalau berdua dengan Acik Hafiz tu. Semacam aje rasa."

"Tak nak...tak nak...Now you tell me the truth of your feelings...Have something want to share...? Hmmm...Hmmm..." Shuhada menaikkan kening kanannya ibarat Kak Ziana Zain kita.

"Ala...tukar topik pulak. Acik takde rasa apa-apa lagi. Cuma getar sikit-sikit kalau dekat dengan Acik Hafiz tu. Minyak wangi dia pakai tu kekadang buat Acik Intan sesak nafas."

"Alasan!"

"Betullah...tapikan Acik Hafiz tu romantika jugak ye..." Aku sudah tersenyum-senyum.

"You're in love! Wow! Congrats Acik Intan ku sayang. Hada suka kalau Acik Intan cintan cintun. Takdelah sakit mata asyik tengok Acik Intan ini ganas-ganas belasah orang. Especially your closed friends. He he he.."

"Hada!"

"Acik Intan!"

"Ha ha ha...diam-diam tau. Buat-buat macam kamu tak tahu apa-apa ok. Acik Intan macam tak percaya dengan diri Acik Intan sekarang ni tau. Oh! Mak tak kuasa nyah! Cuma satu aje Acik takut...."

"Acik takut? Kenapa?"

"Acik Hafiz kamu tu akan pengsan depan pintu rumah kalau tahu kes sulit ini...!"

Aku dan Shuhada tertawa bersama. Bergegar segenap ruang tamu dengan hilaian tawa kami yang memang tiada had. Inilah program yang selalu aku dan Hada akan buat kalau tinggal kami berdua di dalam rumah. Kemesraan aku dan Shuhada memang tiada berbelah bagi. Kasih sayang yang terpaut antara kami adalah hasil pupukan arwah mak dan abah sewaktu kami membesar bersama. Kenangan antara kami tidak akan terlupakan. Aku pasti akan sedih sekiranya kami akan duduk berasingan.

Aku akan cuba berbincang baik-baik bersama Hafiz untuk terus tinggal di sini. Nasib baik tempoh untuk tinggal sementara di rumah pusaka ini dilanjutkan. Kalau tidak aku dan Shuhadalah antara orang yang paling akan melalak sakan. Maklumlah waktu kecil-kecil dahulu bermain bersama, bergaduh bersama, mandi bersama, makan bersama dan tidur bersama. Kecuali hati dan perasaan tidak sama. Kalau sama mesti Hada pun akan tangkap cintan dengan si Hafiz.

Oh aku tak rela! Ha ha ha...

Hafiz Hadi,  yes I'm fall in love with you. Tapi bukan sekarang untuk aku luahkan rasa cinta ini padamu. Tunggu kita pergi bulan madu bersama-sama. Di sana nanti kata-kata cinta dari isterimu ini akan membuatkan dirimu terawang-awangan. Ingat kaum lelaki sahaja pandai bermadah? Ini Intan Maisarah ok, ganas di luar tapi amat romantika di dalam.

Alamak! Aku sudah gila bayang!

"Oh! Beginikah rasanya...Hatiku sengsara...teringat dia hatiku luka kerna tergoda oleh cinta! Auuuwww!"

Terluka bukan kerana kecewa tapi aku terluka kerana godaan kata sakti Hafiz Hadi. Aku cinta padamu Hafiz Hadi. Benar aku sudah jatuh cinta padamu. Bila? Entah mungkin sekarang ini agaknya. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Ditiupkan rasa indah ini ke dalam sanubariku yang pernah suatu ketika dahulu keras seperti kerikil. Kerna kamu hati dan jiwa ini yang sekeras kerikil itu bertukar menjadi roti Gardenia yang memang cepat lembut kalau direndam bersama dengan air Nescafe susu. Erkkk.....!

Jeng...jeng...jeng...

5 kata-kata pujaan:

areyou said...

bace dr bab 1 sampai 4 best...cari blog..akhirnye jmpe jgak....dh bece sampai abis...akhir nye...x sbr nk taw sambung cter nie...nk lagi cik penulis....:)

DALIA NA ZA said...

AREYOU : baeekkk..sedang diusahakan...

tq for reading

MaY_LiN said...

hihihi..
alahai acik intan ni..
rindu kat acik hafiz la..
hikhikhik

areyou said...

hahahhahah...intan majuk ngn hafiz da....nak lagi....

vidadarisakura said...

ui.. ko yang tulis semua ni?

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*