SEMENTARA Hafiz bermesyuarat bersanma-sama dengan Kamal dengan rakan niaga disini. Aku siap-siapkan diri ala kadar untuk temankan Nadia ke salon. Janji pukul sepuluh pagi menunggu di lobi. Oleh kerana aku berhati murni maka aku buangkan segala sikap negatif. Jadi kalau Nadia boleh buat rancangannya sendiri, maka aku pun boleh buat agendaku sendiri. We'll see ok.
Wah...wah...wanita gagah dan kental hatinya sudah naik minyak!
Aku mengenakan t-shirt berwarna putih dan seluar khaki berwarna coklat gelap. Tidak lupa mengenakan tudung berwarna campuran coklat gelap dan putih. Semuanya senada baru nampak best! He he he
Lagi sepuluh minit ke angka sepuluh, aku keluar daripada bilik hotel menunggu Nadia di lobi. Tak kuasa hendak turun lambat-lambat nanti minah itu banyak songeh. Maka dengan baik hati biarlah aku yang menunggu dia terlebih dahulu. Aku mengenakan cermin mata hitam untuk menutup silau pagi matahari yang cantik itu.
Sambil mendengar lagu Korean kesukaan aku di ipod berwarna merah jambu itu aku membelek majalah yang ada dirak berdekatan. Ok kali ini sudah tidak terbalik kerana gugup sebab tidak ada jejaka tempohari yang renung orang macam nampak nugget hendak ditelan. Macam inilah best sebab tiada gangguan yang buat darah aku jadi guruh gemuruh. He he he.
Melirik jam ditangan sudah hampir ke pukul sepuluh lima belas minit. Mana pulak minah seorang ini? Kata pukul sepuluh tunggu dilobi. Hmmm...lupa pulak nak ambil nombor bilik dia dan terpaksalah menuggu lagi. Nanti mengada-ngada pulak mengadu dengan Hafiz kata aku tak tunaikan janji temankan dia. Leceh betul kalau perempuan mengada-ngada tak kena tempat! Kalau Hafiz merajuk oklah jugak hendak melayan.
Amboi! Gatal kau ye Intan..makin menjadi-jadi. Ha ha ha....
Majalah yang aku baca tadi sukar untuk aku fahami, maklumlah bahasa Indondesia ada terbelit-belit lidah aku membaca. Kamus pula tiada berdekatan kalau tidak boleh juga rujuk untuk patah perkataan yang tidak aku fahami. Sambil baca buku sambil tengok kamus sambil dapat ilmu! Tak gitu dik non? Chewahhh...
Setelah habis membelek-belek membaca buku aku ambil keputusan menuju ke kaunter penyambut tetamu untuk menelefon Nadia. Kalau sebut nama dia kebarangkalian untuk mengetahui biliknya nombor berapa dapatlah juga dipastikan.
Aku bertanya-tanya kepada pembantu penyambut tetamu itu dan ternyata memang ramah betul. Aduhai lembut betul suara kalah suara aku yang agak ganas ini. Kalaulah aku sendiri boleh cair apatah lagi kalau lelaki yang berhidung belang. Hu hu hu. Nasib Hafiz tidak sebegitu (tapi boleh percaya ke?).
Intan Maisarah! Apa ni tak percaya pada suami sendiri ke? Babab karang baru tahu!
Ok aku pujuk hati tidak memikirkan perkara bukan-bukan. Hati aku lebih garang daripada diri aku sendiri rupanya. Akal pula mengada-ngada hendak fikir yang bukan-bukan sahaja. Tidak semena-mena hati memberontak. Wah! Hati sayang betul dekat Hafiz Hadi ya?
Mestilah! Love him so much ok!
Aik! Hati ini lain macam betul ya. Tidak boleh dibawa main-main atau bergurau macam ini. Hu hu hu...
Aku memohon bantuan daripada wanita itu untuk memeriksa nombor telefon bilik Nadia. Setelah menunggu dalam lima minit wanita itu memberikan nombor tersebut. Aku mengucapkan terima kasih terus menghubungi Nadia manalah tahu takut-takut dia terlupa ke terbangun lewat ke. Tidaklah aku menunggu macam bulan jatuh ke riba. Kalau dia tidak jadi pergi bolehlah juga aku melepak didalam bilik tengok drama-drama sinetron yang menarik itu.
"Hello!" Kasarnya menjawab, semalam bukan main macam gigi lembut daripada gusi. Harini dan pagi ini aku telefon macam singa lapar sudah berbulan tidak makan. Huh! Hati tolong sabar ya.
"Assalamualaikum... Hello Nadia, Intan ni. Awak tak jadi pergi ke salon pagi ini?" Soalku ramah malas mahu menjadi orang tidak bersopan. Arwah ibu dan abah tidak pernah ajar aku jadi orang kurang ajar. Tetapi ganas-ganas dengan rakan sekelas itu memang perangai semulajadi aku. Hi hi hi...
"Errr...Intan ke...I ingat siapalah menelefon I pagi-pagi buta ini. Oh! Jadi, you tunggu sekejap boleh? I baru bangun dan belum mandi lagilah. You tunggu tau." Tiba-tiba suara Nadia bertukar menjadi wanita yang lagaknya lembut penuh sopan dan santun ayu. Phuihhhh...! Rasa macam hendak tempeleng sahaja, menjerit tadi macam hendak pecahkan gegendang telinga aku tahu!
Lepas itu sesedap rasa kata pagi buta. Hallo cik kak tepung gelomak, matahari sudah meninggi pun tahu. Breakfast time pun dah berlalu pergi ok. Canggung pula aku rasa dengan sikap mengada-ngada Nadia ini. Macam mana Hafiz dan Kamal boleh tahan dengan perangai dia ya? Eh! Negatif sila pergi jauh. Hati tolong marah akal Intan yang tidak serasi ini.
"It's ok, awak siap cepat saya tunggu dekat lobi." Aik! Lain aku hendak lontarkan vokal aku, lain pula yang terkeluar. Terima kasih hati sebab jadikan aku orang yang bersopan-santun (kononnya kalau sudah naik minyak Intan, bukan mulut sahaja bergerak kaki dan tangan pun ikut serta.)
"Thanks you. You tunggu I ok." Itu sahaja jawapan daripada Intan. Ceh! Bukan hendak minta maaf. Lambat satu hal, lepas itu menjerit satu hal. Agak-agak penuh tak buku hutang lima dengan fiil Nadia ini? Kasihan dengan Kamal ya. Ish..ish..ish...
Hampir satu jam aku menunggu Nadia di lobi. Panas punggung aku menunggu dia yang berjam untuk bersiap. Orang silih berganti duduk di tempat duduk rehat ini. Aku sahaja masih tidak berganjak-ganjak, baik konon menunggu sang puteri yang tidak berapa hendak puterinya. Ok hati sila sabar lagi, jaga airmuka Hafizmu yang tercinta itu.
Walaweiiii... Astaqfirullahalazhim!
Aku melihat kelibat Nadia dan mengucap panjang. Dengan hot pants dan baju seksi bertali halus yhang sengaja menampakkan tubuh belakang badannya. Aku telan air liur menahan malu dan segan. Indonesia negara Islam ok dan disini bukan New York ke, London ke hendak bergaya seperti itu. Aduh! Segan pula aku hendak keluar berjalan dengan Nadia ini. Daring sungguh!
Sekejap! Baju ini ke dia akan pakai untuk keluar berlibur harini? Tidak! Hendak sahaja aku tampal soletip hitam dimata Hafiz nanti sebab nanti ttidak semena-mena terjerumus dalam dosa zina. Ya zina mata! Tidak aku tidak sanggup dan perlahan-lahan aku menegur Nadia. Sebagai orang Islam wajib kita menegur rakan seislam kita. Tidak mahu bersuhabat dalam dosa.
"Nadia..."
"Yes?"
"Errmm...awak hendak pakai macam ini ke keluar pergi salon dan berjalan-jalan nanti ke?" Nadia sudah tercegat berdiri dihadapan mataku dengan bercermin mata gelap. Cantik! Tapi sayang begini pula perilakunya.
"Of course. Lagipun cuaca dekat sini panas so better I pakai baju yang jenis loose." Ringan sahaja jawapan daripada Nadia. Aku rasa macam hendak pinjam tirai labuh daripada hotel ini untuk menutup tubuh badan nadia yang seksi sungguh itu. Lagi satu dengan aku pun hendak ber I ber You. Malas hendak layan.
"Tapi saya rasa macam tidak berapa ok kot awak pakai macam ini. Lagipun menjolok mata sangat saya rasa Nadia. Manalah tahu ada lelaki jahat mengacau awak ke nanti. Bahaya tau." Aku memujuk.
"Menjolok mata? I rasa ok je. Siang-siang buta mana ada lelaki jahat berani hendak buat perangai. Lagipun you jealous ke tak dapat pakai macam ini? Kalau you nak tahu, Hafiz suka cara I berpakaian tau." Nadia sengaja membakar perasaan aku. Grrrr...sabar..sabar...jangan bagi Nadia nampak kau lemah Intan.
"Hafiz suka ke? I thought Hafiz suka wanita yang berpakaian bertutup malah dia kata hanya dalam bilik sahaja kalau hendak seksi meksi. Saya tidak ada masa hendak cemburu Nadia, saya rasa selesa dengan pakaian saya sebegini. Hafiz menggalakkan lagi saya menjaga maruah saya dan dalam pada masa yang sama Hafiz kata ianya turut menjaga maruah dia sebagai seorang suami."
Amekaw kau!
Nadia terkedu mendengarkan jawapan daripada mulut aku yang comel sangat ini. Dengan Intan Maisarah jawangan dibawa ajak berdebat ya. Ratu debat sekolah dahulu ini tahu. Terbias cemberut daripada wajah Nadia.
"Errr jomlah...kita dah lambat ni. Kita pergi breakfast dulu ok. I laparlah." Nadia menarik tangan aku. Kaki berat hendak melangkah tapi badan pula ringan hendak mengikut Nadia. Hampeh betul!
"Saya dah sarapan dengan Hafiz pagi tadi sebelum dia dan Kamal pergi meeting. Kalau awak lapar tak mengapalah saya temankan juga. Takkan saya nak biarkan awak keluar seorang diri. Lagipun sini bukan tempat kita seperti di Kuala Lumpur sana. Tapi hotel dah habis waktu sarapan pagi, tinggal nak masuk waktu makan tengahari dah." Dia ini tidak tengok jam ke? Sudah pukul sebelas lebih ok hampir masuk ke pukul dua belas tengahari. Ulang tayang dua belas tengahari! Mana ada sarapan pagi lagi?
"Ohh...tak mengapa kita minum diluar. You don't worry, sini memang area I. I selalu buat modelling dekat bandar Jakarta ini. Lagipun my friends pun ada berdekatan area sini. Jom..." Aku menggeleng dan dalam pada masa yang sama ikutkan langkah Nadia. Aku berceramah sikit sahaja dia tukar topik terus.
Ah! Sesak nafas aku.
**********************************************************************************************
KAMAL lebih banyak mendiamkan diri dan hanya mendengar perbincangan antara Hafiz dan Encik Dani mengenai usahasama niaga antara mereka. Syarikat Kamal merupakan pengimport bagi pihak syarikat Hafiz untuk membawa barang-barang import daripada Indonesi masuk ke pasaran Malaysia. Usahaniaga pertanian yang dijalankan antara Malaysia dan Indonesia disambut baik oleh kerajaan kedua-dua negara.
Sesekali Hafiz meminta pendapat Kamal kerana ini akan melibatkan ketiga-tiga syarikat untuk urusan import dan eksport. Hafiz tidak mahu menerimapakai idea-idea dan cadangannya sahaja. Pihak yang berurusan perlu sama-sama menyumbangkan cadangan yang bernas untuk memantapkan lagi usahasama kedua-dua negara.
Perbincangan itu memakan masa selama tiga jam dan diselangi dengan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak syarikat Encik Dani. Hafiz mula bertanyakan sesuatu kepada Kamal yang lebih berbaur soal peribadi. Kamal tersenyum sumbing mendengarkan pertanyaan daripada Hafiz itu.
"Kamal..apsal aku tengok kau macam tidak bersemangat sahaja harini? Bergaduh dengan Nadia ke?" Soal Hafiz berbasa basi dan tidak mahu menguriskan lagi perasaan sahabat karibnya itu dengan insiden makan malam semalam.
"Takdelah...aku tidak berapa sihat sangat ni. Rasa macam nak demam pun ada. Sorry lah kalau aku ada spoil kan perbincangan kau dengan Encik Dani tadi.
"Eh...kau ok tak ni? Kalau tak sihat kau baliklah hotel dulu dan berehat. Then kalau mesyuarat itu dah habis nanti aku updates kau apa-aa yang patut. Lagi satu kita tangguh sahajalah berjalan-jalan harini. Sekajap aku call Intan bagitahu dia ok.
"Eh! Tak ape bro, aku boleh tahan lagi ni. Jangan cancel kan program petang ini. Nanti Nadia merajuk payah pulak aku nak sejukkan hati dia. katu tahu sahajalah dia macam mana kan." Kamal menghalang dan dia tahu kalau Nadia tahu pasal ini, mesti dia akan dituduh sengaja hendak merosakkan rancangannya utnuk mendekati Hafiz Hadi.
"Hmmm...tak berubah lagi manja dia tu ke? Aku ingat dah berubah selepas aku dengan dia tidak bersama lagi. Lagi satu aku bahagia tengok korang dah bersama balik. Aku nak mintak maaf dengan kau Kamal.
Kamal rasa serba salah dengan apa yang Hafiz sampaikan. Kasihan Hafiz, dia tidak tahu hal sebenar yang beraku antara dia dan Nadia. Hafiz tidak mengetahui bahawa Nadia masih lagi menyimpan perasaan dengannya. Kamal tidak tahu bagaimana mahu mulakan kata-kata dan dia harus bijak menjaga hati semua pihak.
Memang dia sayangkan Nadia namun dia menolak mentah-mentah permintaan gila yang tidak sepatutnya berlaku sekarang. Kedua, Hafiz sahabat baiknya dan silap dia dahulu kerana meletakkan semua kesalahan dibahu Hafiz. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Hati Intan Maisarah perlu juga dijaga kerana dia melihat gadis itu dan Hafiz tampak bahagia sekali.
"Biasalah...Nadia Dato' Abdul Rahim. Anak tunggal dan tidak hairan kalau dia manja seperti itu. Kita layankan sahajalah bro..." Kata Kamal untukmenjaga kata-katanya supaya tidak tersasar. Kamal nekad akan buat kerja-kerja belakang tabir sahaja supaya tiada siapa yang terluka.
"Tapi manjanya itu kita tak boleh layankan sangat. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat. Aku harap dia benar-benar cintakan kau Kamal. Antara aku dan dia sudah jadi sejarah pun, aku doakan kebahagian kau pulak. Aku bersyukur dengan pernikahan yang dirancang oleh keluarga aku. Tak sangka jugak aku sudah tamatkan zaman bujang secepat ini.. He he he..." Hafiz tersenyum apabila terbayangkan Intan Maisarah diruang legar fikirannya.
"Aku rasa belum terlambat hendak ucapkan tahniah kan. Selamat pengantin baharu sahabat! Urusan Nadia itu pandai-pandailah aku nak tackle supaya kahwin dengan aku cepat. Haritu aku ajak kahwin, katanya sabar dahulu sebab hendak mengukuhkan karier dia dalam masa dua tahun ini. Selepas sudah berjaya dan ada empayar sendiri baharu dia akan terfikir untuk berkahwin. Aku pun dah tak sabar nak merasa nikmat berumahtangga..." Kamal berseloroh dan membuatkan Hafiz merona kemerahan bila terdengarkan ayat terakhir daripada Kamal.
"Sama-sama sahabat. Aku doakan semoga kau dan Nadia cepat-cepat bernikah. Rugi kahwin lambat. Ha ha ha..."
"Terima kasih sahabat sebab senantiasa mendoakan sahabat kau yang pernah teruk suatu masa dahulu Aku minta maaf pada kau Hafiz..." Kamal meluahkan sesalannya.
"Ambil yang jernih dan buangkan yang keruh...sahabat yang sejati tidak akan berantakkan lama-lama.. Lagipun kita dah kenal sejak dari kecil lagi Kamal. Anggap sahajalah aku pun bersalah sebab tangan tidak bertepuk sebelah. Aku pun minta maaf sebab ketelanjuran aku bercinta dengan Nadia dahulu." Giliran Hafiz pula meluahkan kata-kata agar sahabatnya itu tidak lagi dirundung rasa bersalah.
Hafiz menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya itu.
4 kata-kata pujaan:
isk..plastik sungguh nadia ni..
nak kena jentik ni..
mane hafiz ni..
cecepatla abis meting tu..
join intan..jangan kena jual sudah la..
oh.. agaknya si nadia tu ade hati lg nak ngorat en hubby intan tu pasal la pakai seksi meksi tuh..
padan muka Nadia.... lawan cakap ja Intan ..
Kamal cakap ja dengan Hafiz tentang Nadia... bukan apa nanti kalau Nadia nak buat benda x elok pada Hafiz , dia dah tahu dulu....
may lin : hu hu hu...nadia plastik pasal ada agenda sendiri...
fasha : nadia tu memang seksi habis...tapi nasib baik hafiz dah tak suka yang seksi meksi..hi hi hi
sue : kamal kena hati2 sebab banyak pihak hati nak kena jaga..huhuhuhu
dear all...thanks for comment yerp...wish me luck...muah..muah.. ^_~
Post a Comment