Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

05 November 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA - BAB 17

AKHIRNYA kami tiba juga ke destinasi seperti yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan. Aku masih setia memerhatikan keadaan persekitaran di cermin tingkap. Tiba-tiba kepala aku terasa sakit seperti dibaling dengan sesuatu! Kurang asam keping betul! Kepala ini bayar zakat tahu! Ini boleh mendatangkan marah yang telah terpadam tadi.

"Kau ni apahal hah! Baling-baling kepala aku dengan beg kecik kau! Mereng ke apa kau ni? Boleh tak satu hari...satu hari aje aku mintak jangan mengacau aku. Boleh?!" Aku menghamburkan rasa marah yang tidak boleh dibendung lagi.

Kamarul tersenyum sinis dan menaikkan ibu jarinya kepada aku yang menunjukkan istilah padan muka. Aku semakin geram melihat perangai Kamarul yang tidak sudah-sudah menganggu. Kalaulah ada kuasa sakti sudah lama aku tukarkan dia ini jadi katak ke, jadi ayam ke ataupun jadi batu terus!

"Tepilah! Mamat sewel!" Aku menolak kasar tubuh Kamarul yang sengaja menghimpit. Beg galas itu aku jadikan sandaran untuk menolak Kamarul. Rasakan! Nasib baik tidak jatuh tergolek depan tangga. Kalau tidak memang malulah lelaki lembik kena tolak dengan seorang perempuan gagah!

"Hoi! Apa ni main tolak-tolak?"

"Siapa suruh kau kacau aku? Padanlah muka!"

"Kau tunggu sekejap lagi!"

Aku malas hendak melayan perangai Kamarul yang macam budak sekolah rendah. Bergaduh seperti berebutkan gula-gula lagaknya.Aku bergerak ke arah kumpulan kecil yang sudah mula berkumpul. Aku hanya bersendirian kerana yang lain-lain seperti membuat perihal masing-masing. Lantaklah bukan aku hairan sangat pun.

Kamarul memandang tajam ke arahku yang sedang berlagak selamba. Wajahku sudah mula menunjukkan perasaan bosan yang teramat sangat. Aduh! Cepatlah sampai hari Ahad! Balik membuta dalam bilik pun ada juga faedahnya. Namun sempat juga aku memandang keadaan sekeliling. Menarik juga! Wah! Bersih dan jernihnya sungai! Mandi best juga ini! Aku yang masih mamai melihat keindahan alam tidak mengendahkan apa yang Kamarul arahkan. Lantaklah situ!

"Semua berkumpul dan ikut jantina masing-masing! Siapa saya tengok terhegeh-hegeh saya suruh tangkap ikan dalam sungai tu pakai tangan!" Masing-masing berlari untuk berkumpul dan amaran Kamarul amat tidak munasabah!

Aku yang masih mamai melihat keindahan alam yang terbentang luas. Lupa pada agenda utama datang ke sini. Mula-mula benci hendak turut serta, nah! sekarang lain pula jadinya. Cakap tidak serupa bikin betul. He He He...

"Nampaknya harini ada orang sudi dan rela nak buat kerja amal untuk kita semua. Zulia Zafira!" Kamarul menengking kuat dan telinga aku terasa berdesing. Teringat kembali sewaktu menjalani Program Mahasiswa. Sampai hendak terkeluar tahi telinga aku apabila Kamarul menjerit disebelah gegendang telinga. Gila ke apa dia ini? Hendak pekakkan deria pendengaran aku ke? Setan betul!

"Hoi! Aku belum pekaklah nak jerit-jerit!" Aku lupa dengan siapa aku berkata kasar. Alamak! Semua pelajar lain memandang aku tetapi aku buat selamba badak. Peduli apa wa!

"Hoi kau panggil aku! Aku ni senior kau merangkap ketua dekat sini! Tolong hormat sikit ok! Oleh kerana kau seorang yang tidak berkumpul maka dengan rasminya kau menjadi bibik kami semua. Basuh pinggan, kemas tempat perkhemahan dan yang paling sadis..." Kamarul menghentikan perbicaraannya apabila aku melanggar bahunya. Sudah aku katakan. Peduli apa wa!

"Zulia Zafira!" Kamarul mencapai pergelangan tanganku dengan kasar dan aku mengaduh kesakitan.

"Apa mamat sewel! Lepaslah! Sakitlah! Salah disisi undang kalau mengasari kaum wanita yang lemah! Mereka jadi saksi!" Aku cuba melepaskan genggaman Kamarul dan serentak dengan itu aku ditarik bertambah kasar. Mak datuk! Dia ini makan apa hah?!

"Kau pergi tangkap ikan sekarang dekat dalam sungai tu pakai tangan kau tu je!" Kamarul menolak tubuhku dengan kasar. Hati aku bertambah sakit dan tak semena-mena aku jatuh terduduk ke dalam sungai yang kelihatan jernih itu. Nasib baik cetek, kalau dalam tadi mahu aku lemas dibuatnya. Oh lupa! Aku bukan pandai berenang ke?

"Gila ke?! Mana ada dibuat orang tangkap ikan pakai tangan! Otak kau ni sah-sahlah dah mereng gamaknya! Nampak bergaya! Muka boleh cukup makan! Badan boleh tahan! Akai tarak!" Sempat lagi aku menghamburkan amarah aku. Pelajar lain hanya menjadi saksi dan rakan-rakan Kamarul yang lain hanya mendiamkan diri. Diaorang semua ini buta dan bisu ke? Tak ada siapa yang hendak bantu aku yang telah dikasari betul-betul di depan mata mereka!

"Aku kata pergi tangkap ikan sekarang! Aku baling kau dengan batu sungai ni nanti! Banyak bunyi pulak!" Mata Kamarul semakin membuntang. Urat-urat dilehernya kelihatan semakin tegang. Kulit wajahnya kelihatan kemerah-merahan menahan marah terhadap aku.

"Huh! Kau ni mengalahkan serigala jadian tau tak! Menyesal pulak ikut serta. Kalau tido dekat hostel tadi pun lagi ada untungnya. Sakitnya hati aku! Aku benci kau Kamarul!" Nafasku turun naik menahan segala rasa di dalam dada dan Kamarul buat selamba. Dia terus meninggalkan aku yang masih terduduk di dalam sungai.

Aku menepuk-nepuk air sungai sebagai tanda protes. Punggungku sudah mula terasa sakit. Pasti lebam! Kamarul berpaling sambil menunjuk jari kepadaku dan mengherdik pelajar-pelajar lain supaya jangan sesiapa pun yang berani membantu aku. Ahli jawatankuasa yang lain hanya menggeleng melihat amarah Kamarul yang sudah kelihatan luar biasa!

"Eleh! Ingat aku takut sangat ke dengan marah dia tu! Podaaahhh!"

Ting! Tiba-tiba datang satu akal aku yang nakal lagi busuk hati. Batu kecil aku ambil dan terus baling ke arah Kamarul.

Toing! Kena sebiji batu itu aku baling di dahinya. Ha Ha Ha.

"Hambik kau! Aku ni jangan di buat main-main. Ini Zizi, bukan sekadar Zulia Zafira ok..." Aku tersenyum-senyum dan muka Kamarul sudah seperti berasap menahan wap-wap kemarahan. Tadi nampak macam serigala jadian sekarang bertukar macam udang kena bakar! Hua Hua Hua.

Aku meneruskan denda yang aku terima dengan hati yang berbuku. Berulang-ulang kali aku mencuba menangkap ikan menggunakan tangan. Namun ikan semua berlaku kejam juga terhadap aku. Tak boleh ke ikan ini dengan secara sukarela melompat ke dalam kepungan tangan aku yang comel ini? Alamak! Perasan pula.

Aku berfikir sejenak dan mula teringat bagaimana cara-cara menangkap ikan yang efektif semasa mengikuti perkhemahan sewaktu sekolah menengah dahulu. Fikir punya fikir akhirnya kotak memori aku mula berfungsi dengan baik dan bijak sekali. Aku mula mengambil batu-batu yang sederhana besar untuk di susun secara sfera (bulat seperti bumi). Aku mula tersenyum-senyum comel kerana sedikit sebanyak idea ini membantuku. Setelah bulatan telah disiapkan dan aku tinggalkan satu ruang kosong khas. Ianya untuk memudahkan aku menghalau ikan-ikan itu masuk ke dalam ruang yang telah disediakan. Bijak tak aku?

Sekarang rancangan yang keduanya, aku mula mencari di mana tempat ikan-ikan itu berkumpul. Aku mengipas-ngipas tangan di dalam air apabila ternampak beberapa ekor ikan yang berada berhampiran batu-batu yang aku bina tadi. Hati semakin kembang dan senyuman semakin mula melebar. Ada empat ekor ikan bergerak sana sini dan mula memasuki ruang kosong yang aku tinggalkan tadi. Apabila kesemuanya telah berjaya aku masukkan di dalam bulatan, segera ruang kosong tadi aku tutupi dengan sebongkah batu yang besar sedikit daripada tadi.

Yahooooo!

Aku melompat-lompat kegembiraan kerana usaha gigih aku berjaya. Sekarang aku mula mencedok tangan aku untuk menangkap ikan-ikan yang telah terperangkap tadi. Suruh rela tidak mahu dan terpaksalah gunakan taktik yang agar sadis ini. nasiblah kau ikan!

Aku mengambil ikan itu seekor demi seekor kemudia diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan oleh salah seorang pelajar perempuan. Dalam diam-diam dia telah membantuku dan aku membuat bahasa isyarat mengucapkan terima kasih. Pelajar itu mengangguk-angguk dan dia menggunakan juga bahasa isyarat menyatakan sama-sama.

Kamarul yang tiba-tiba berpaling ke arahku membuat muka hairan. Dia membesarkan matanya dan melihat objek yang berada di tanganku. Sengaja pula aku tayang-tayangkan hasil yang telah aku perolehi. Cabaranya berjaya aku bolosi! Yeah!

"Aik! Macam mana minah tu terer boleh tangkap ikan? Ilmu apa dia pakai? Ini tak boleh jadi ni..." Kamarul mula menghampiri aku dan aku mula menggoyangkan kaki yang sedikit aku jengketkan. Sakit di punggung tiba-tiba hilang bila aku dapat hasil yang memberansangkan. Aku lihat riak mula Kamarul masih tidak berpuas hati. Aku tersenyum-senyum seperti mengejek dirinya. Kamarul mendengus kasar.

"Aku nak kau siang elok-elok, bersih-bersih, wangi-wangi dan takde bau hanyir. Lepas tu kau ambil kunyit dan garam yang ada dalam plastik warna merah itu. Kau gaulkan sekali dan lepas tu bakar! Buat persiapan untuk makan malam harini!" Arah Kamarul untuk denda aku yang kedua. Aku terlopong dan ingatkan kena denda tangkap ikan sahaja rupanya ada lagi sambungannya. Kurang asam keping betul!

Kamarul berpatah semula dan berbisik halus di telinga aku. Eh!

"Air jangan lupa masak ye bibik kesayanganku..." Kamarul ketawa dan aku mula menarik muka masam.

Kamarul! Kau memang cari penyakit dengan aku! Huwaaaa! Geramnya!!!

2 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

suka cite ni.
bes. hehe..

gud job writer.. :)

DALIA NA ZA said...

tq...hehehehe...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*