Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

25 October 2010

CERITERA BULAN MADU - BAB 2



SELESAI majlis perkahwinan aku membersihkan diri dan terus menunaikan solat I'syak sendirian. Kelibat suamiku tidak kelihatan. Barangkali sedang sibuk menguruskan kerja-kerja pembersihan.Malas hendak menunggu lebih lama sedangkan sunnah Nabi Muhammad telah mengatakan bahawa berjemaah bersama kaum keluarga ataupun suami lebih tinggi berkatnya.

Aku menadah tangan agar ikatan perkahwinan ini berkekalan walaupun pada hakikatnya hati dan perasaan masih lagi belum bersedia.Aku mengalirkan airmata sekali lagi apabila mengenangkan arwah kedua orang tuaku. Alangkah bahagianya jika mereka masih ada.

Usai aku berdoa, perlahan-lahan telekungku buka dengan sopan. Aku lipat satu persatu dan sejadah aku biarkan terhampar. Manalah tahu sebentar lagi suamiku hendak menunaikan solat. Baik hamparkan siap-siap. Ketika aku ingin bangun dari duduk berteleku, tiba-tiba bahuku disentuh oleh seseorang. Aku berpaling.

"Err...nak solat ke? Intan keluar dulu" Aku cuba melarikan diri. Pantas lenganku disambar oleh tangan yang sasa itu.

"Intan...temankan abang solat. Intan tunggu dekat tepi katil." Arah suamiku dan terus berlalu menuju ke bilik air. Aku terkedu seketika dan sekejap-sekejap menggaru kepala yang tidak gatal. Rambutku dicarik-carik mencari idea untuk beri alasan. Masih awal lagi suamiku sudah minta untuk ditemani. Nanti apa pula kata mereka yang masih berada diruang tamu?

"Intan...abang solat dulu. Intan tunggu abang..."

"Err...ok..."

Kusyuk aku melihat suamiku menunaikan kewajipannya kepada yang Maha Esa. Sesekali aku mendengar bisikan halus suaranya yang menggetarkan jiwa. Apa kena pula dengan aku ini? Sudah jatuh hati? Sudah jatuh cinta? Tapi kenapa perasaan dingin seumpama salju kering?

Aku termanggu dan masih berteka teki dengan persoalan yang bermain dilubuk hati. Sehinggalah aku dikejutkan dengan kehadiran suami yang duduk disebelah. Aku terbangun secara mendadak. Suamiku melihat dengan tergelak kecil. Aku mula meloloskan diri kerana merasa tidak begitu selesa. Pandangan suamiku mula berubah.

"Jangan risau... Abang belum nak buat apa-apa dekat Intan. Ramai lagi kat luar tu. Nanti tak pasal-pasal ada yang menadah telinga dekat daun pintu..." Suamiku berlalu melepasi daku. Aku tersentak dengan kata-kata itu.

"Errkk..."

"Jomlah kita keluar..."

"Ok..."

Aku membuntuti langkah suamiku dan apabila kami keluar beriringan aku melihat kakak sulungku sudah tersenyum-senyum. Aku buat-buat tak faham disebalik senyuman itu. Memang aku tak buat apa-apa pun di dalam bilik. Ibu mentuaku sedang duduk berehat bersama dengan saudara-mara yang lain. Mereka berbual panjang dan aku hanya duduk bersimpuh di hujung sudut sehinggalah namaku dipanggil.

"Intan... Marilah buka hadiah sama-sama dengan Hafiz. Kenapa duduk di hujung ceruk tu?"

"Err...ambil angin ibu..." Aku membalas dengan alasan yang tidak masuk diakalkan.

"Dia malu tu ibu sebab tengah buang angin. Pasal itu dia duduk dekat ceruk sudut tu." Laju perkataan itu dari mulut suamiku. Wajahku sudah merah padam terkena usikkan.

"Kurang asam betul..." Kataku di dalam hati. Alamak! Terlupa pesanan tok kadi semasa akad nikah siang tadi. Kata-kata suami jangan dilawan biarpun sekadar berbisik di dalam hati. Tak semena-mena kena minta maaf. Cis!

"Maafkan Intan..." Ujarku pendek.

"Mesti mengata abang dalam hati kan?" Bisik suamiku di cuping telinga. Nafasku tiba-tiba tidak setenang tadi. Gemuruh!

"Hmm... Maaf..."

"Intan punya pasal abang tak kisah... Abang sayangkan Intan." Semakin tersekat nafasku apabila kata-kata itu diulang sekali lagi. Hampir rasa hendak pitam pun ada. Tolonglah jangan sebut perkataan romantis itu lagi. Aku boleh jadi tidak siuman nanti!

Hafiz tersenyum melihat wajahku merona kemerahan. Lantas jemariku digenggam dan aku hanya memandang tindakannya. Kini kesemua hadiah-hadiah pemberian dari sahabat handai, rakan taulan, teman sekepala serta saudara-mara kedua-dua belah pihak telah tersusun rapi. Susunan dari besar hinggalah saiz yang paling kecil. Satu persatu hadiah itu dibuka oleh suamiku dan aku tetap sebegitu. Statik!

Mereka yang sama-sama berkumpul tergelak sakan apabila suamiku membuat lawak. Aku? masih juga berkeadaan begitu. Mood tiada untuk bersukaria. Masih teringatkan arwah kedua orang tuaku. Airmata tiba-tiba bergenang di tubir. Sedih benar rasa di hati apabila tidak dapat meraikan hari bersejarah aku.

"Intan... rindu mak dengan abah..." Bisiknya di dalam hati dan senyuman tawar di buat-buat agar empangan aku tidak pecah di hadapan semua orang. Suamiku melihatku dengan sinar mata yang mendalam. Cepat-cepat aku berpaling dan mengelap mata. Suamiku mengenggam semula jemariku dengan kuat. Lebih kuat daripada tadi sampai aku terasa sakit. Apa kena dengan dia ini? Hendak bagi patah ke jari jemari aku semua? Pelik betul!

"Jangan malukan abang..."

"Ouch...sakitlah jari Intan..."

"Jangan nak buat drama pulak dekat sini. Jangan jatuhkan airmuka abang nanti orang kata Intan kahwin paksa..." Hatiku tiba-tiba menjadi sakit. Terguris perasaan aku ketika itu dengan kata-kata yang semakin tajam.

"Memang kahwin paksa pun..." Aku melawan. Kali ini apa hendak jadi, jadilah. Aku sudah tidak peduli.Angin tiada ribut tiada tiba-tiba berkata kasar pula. Kemana hilang agaknya kata-kata romantis tadi. Siapa Hafiz Hadi ini sebenarnya? Sekejap romantik sekejap kasar sekejap ramah. Hairan sungguh...

"Amboi...pasangan pengantin kita ni. Main bisik-bisik pulak depan kita. Bukalah hadiah ni sampai habis dulu kalau kot ye pun. Dalam bilik nak main bisik-bisik sampai pagi pun tiada siapa nak larang."

"Seronok apa main bisik-bisik sambil buka hadiah. Kan Intan kan..." Hafiz mengenyitkan mata dan aku sekali lagi berasa pelik. Dia ini betul ke tidak? Aku hanya mengeleng.

"Hah! Fiz... Intan tak suka kau main bisik-bisik dekat sini. Ha ha ha..." Usikkan dari sepupu dari kaum keluarganya membuatkan semuanya ketawa berdekah-dekah.

"Alah Mir... Intan ni malu-malu kucing... Dah lama-lama esok kau tengoklah sendiri. Dia yang ajak aku main bisik-bisik..." Kata-kata Hafiz membuatkan hati aku semakin panas. Tak tahu malu ke apa ini? Jatuhlah saham aku!

"Hah! Diam aje tu betullah apa yang aku kata tu..."

"Sudahlah kau Fiz... cepatlah bukak hadiah yang paling besar tu. Aku nak tengok.Mana tau kalau-kalau ada yang bagi katil saiz king ke? Ha ha ha"

"Mengarut aje kau Mir..."

Semua menyambung gelak tawa yang masih bersisa cuma hanya aku seorang masih buat tak tahu. Baru aku perasaan wajah ibu mentuaku. Aku tersenyum sumbing. Lupa seketika bahawa kaum keluarga suamiku masih bertandang di rumah arwah kedua orang tuaku. Ibu mentuaku hanya mengangguk dan tersenyum. Aku mengamati tutur bicaranya...

S.A.B.A.R

Aku mengeluh berat dan mengangguk tanda mengerti maksud ibu mentuaku.





3 kata-kata pujaan:

Dr.LoVe said...

i like this story...mantop sehhhh..
sambung lagi ya...

--> ceta ni betul2 mbuatkan sy tertanya2 apakah masalah antara Intan dan Hafiz.

Anonymous said...

suke3x..

fyza said...

kena kawin paksa ke ni??? main ugut2 pulak, tapi comel...hahaha

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*