Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

19 November 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA ~ BAB 20


MALAM ini entah mengapa aku sukar untuk melelapkan mata.Aktiviti tadi yang mengakibatkan aku menjeruk rasa terhadap Kamarul.Kata-katanya yang pedas itu telah membuatkan perasaan aku terluka.Entah mengapa mudah sahaja airmata aku mengalir dan aku terus bangun dari pembaringan. Zip khemah dibuka perlahan yang aku kongsi bersama dua pelajar perempuan yang baharu sahaja aku kenali.Baru aku perasan kenapa pelajar dalam kelas aku tiada bersama dan pengakuan Kamarul merungkaikan segala-galanya.

Aku menjenguk ke luar khemah dan aku dapati tiada sesiapa yang duduk di depan unggun api yang kelihatan semakin mengecil. Aku memakai baju panas dan berstokin kemudian aku keluar dari khemah. Seorang pelajar perempuan menegur aku dan membuatkan aku terperanjat. Aku mengurut dada.Nasib baik aku tidak pengsan!

"Awak nak kemana Zulia?"

"Er...saya nak ambil angin kat luar sekejap. Mata tak boleh lelap... Maaf kalau pergerakkan saya tadi menganggu tidur awak."

"Saya Amelia.Panggil saya Ame. Nak saya temankan awak ke?"

"Oh Ame.. Saya awak boleh panggil Zizi. Eh! Tak payah susah-susah Ame, saya duduk kat depan khemah aje. Awak tidur lah."

"Ok...jangan lama-lama ye." Amelia memesan dan aku hanya mengangguk di dalam khemah yang suram keadaanya.

Aku duduk ditempat yang aku duduki semasa aktiviti berjalan tadi. Aku mengimbas kembali kejadian yang telah melukakan perasaan aku. Kenapa tiba-tiba aku jagi begini?

*******

"MALAM ini merupakan malam yang pertama kita berada disini adalah untuk sesi perkenalan antara senior fakulti dan pelajar baru. Sila ambil tempat duduk masing-masing." Kamarul mula memberi arahan. Aku yang konon-kononnya hendak tidur awal terpaksalah membatalkan hasrat murni aku itu. Cis!

Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan Kamarul. Alamak! Baru hendak lari tetapi terpaksa juga berdepan dengan Ahmad Pewai ini.

" Bibik! Ikan bakar mana? Takkan kami nak makan angin malam aje?!"

Dia dah mula dah...

Oleh kerana aku terhutang budi dengan mamat pewai ini siang tadi jadi aku hanya menguncikan mulut sahaja. Ikut arahan yang diberikan, aku malas hendak bertekak. Penat siang tadi masih belum habis dan aku tidak mahu menambahkan lagi rasa letih. Aku bangun dari tempat duduk dan terus menyusuri belakang khemah. Ikan yang sudah siap disaluti kunyit berserta garam itu aku cucuk pada besi pembakar.

"Maafkan Abang Amin..."

Terperanjat aku mendengar suara yang tiba-tiba memecah hening malam. Hampir terlepas ikan yang berada ditangan aku pada ketika itu. Nasib baik menyebelahi aku.

"Errr..errr...maaf, saya hendak ke depan!"

"Zulia....abang nak minta maaf apa yang abang lakukan siang tadi. Maafkan abang..."

"Errr....errr...saya...saya..."

"Bibik! Kenapa lama sangat tu? Pukul berapa nak masak ikan tu!" Tiba-tiba sahaja Kamarul muncul dan aku bernafas lega. Dia datang tepat pada masanya. Baru sahaja aku hendak melangkah pergi, Abang Amin menghalang dan membuatkan aku tersentak. Lantas kakinya aku pijak sekuat hati.

"Aduh!"

"Yelah...yelah...datanglah ni..." Aku menyahut.

"Amin! Kau nak buat apa lagi ni?! Tak cukup siang tadi?" kamarul mendekati kami berdua.

"Aku tak buat apa-apa...aku cuma nak mintak maaf pada Zulia..." Amin Zuhairi membela diri.

"Nak mintak maaf biar cara berdepan bukan sorok-sorok kat belakang!" Kamarul membentak. Marahnya masih belum hilang.

"Yang kau sakit hati sangat dengan aku ni kenapa? Ke kau ada hati dengan budak kecik tu?!" Kamarul dan Amin Zuhairi mula beradu mata. Aku yang berada ditengah-tengah cuba meleraikan pertengkaran yang berlaku. Aku jadi rimas!

"Sudahlah! Jangan pasal saya korang berdua nak bertekak. Nanti apa pelajar lain kata, tak manis pulak! Abang Amin, bukan senang saya nak maafkan apa yang berlaku siang tadi. Anggap sahaja itu sebagai hukuman untuk Abang Amin kerana bertindak diluar kawalan. Saya perlukan masa untuk pulih! Ini melibatkan maruah!" Kataku membuatkan Abang Amin terkejut apabila medengarnya.

"Tapi Abang betul-betul rasa menyesal... Maafkan Abang..."

"Dia tak boleh maafkan sudahlah... Janganlah nak paksa-paksa..." Kamarul menyampuk dan sikapnya malam ini membuatkan aku terasa seperti ada benda yang tidak kena.

"Kau janganlah masuk campur!"

"Mana boleh aku tak masuk campur! Budak ni bawah tanggungjawab aku dan aku yang masukkan nama dia dalam aktiviti disini. Maka dengan rasminya minah senget ini dalam pemerhatian aku! Kau tu sepatutnya aku tak luluskan ikut serta dalam program ni! Jauhkan diri kau dari dia lepas ni. Kalau tak nahas kau aku kerjakan! Faham!"

"Kau kata apa tadi?!" Aku menyoal secara tiba-tiba.

"Tak..tak...tak ada apa. Sudah...bawak ikan tu ke depan cepat! Ingat Amin tentang amaran aku tadi!" Kamarul kelihatan tidak senang hati. Mengamuk mengalahkan aku yang menjadi mangsa. Lebih tepat lagi, macamlah dia ini suami aku!

Erk! Suami? Oh tidak!

"Kalau aku tak nak denganr amaran kau, kau nak buat apa hah?! Kau ingat kau anak orang kaya kau boleh nak herdik-herdik orang sesuka hati? Blah lah kau!" Abang Amin menolak bahu Kamarul. Pertengkaran mula semakin lama semakin panas. Kamarul menarik baju Abang Amin dan aku terkedu seketika. Pertama kali aku melihat Kamarul benar-benar marah! Apa sudah jadi?

"Sekurang-kurangnya aku tak berperangai macam setan siang tadi..." Kamarul memulangkan paku buah keras kepada Abang Amin dan aku lihat Abang Amin terus terdiam sambil mengepal penumbuknya.

Kamarul menarik hujung lengan baju aku dan membuatkan aku terdorong ke depan. Sekali lagi ikan yang berada di tangan hampir terlepas. Aku memandang tajam ke arah Kamarul di atas kata-katanya sebentar tadi. Baru kini aku tahu rupanya dia yang memang sengaja masukkan nama aku di dalam senarai. Mati-mati aku ingatkan wajib ke atas semua pelajar baru fakulti aku. Huh!

Argh! Geramnya!

*******

AKU memandang wajah Kamarul dengan perasaan yang tidak senang. Dia kelihatan seperti ayam berak kapur apabila terpandangkan wajah aku seperti hendak menelannya hidup-hidup. Sesekali aku membalingkan batu kearahnya menunjukkan tanda protes. Kamarul membalas semula dan aku mengetap bibir.

"Sekarang giliran Zulia pula... Silakan..." Tak semena-mena nama aku dipanggil oleh seorang ahli jawatankuasa perempuan. Siapa dia? Aku tak kenal pula kakak ini. Cantiknya dia.

"Errr...errr...saya...saya kena buat jugak ke?" Aku bertanyakan soalan yang bijak pandai. Kalau sudah semua wajib memperkenalkan diri maka dengan rasminya tidaklah perlu bertanya lagi bukan? Itulah berangan lagi kau ini Zulia Zafira!

Aku bangun dengan perasaan yang malas. Hendak atau tidak memang kena juga nampak gayanya.

"Nama saya Zulia Zafira... asal daripada Kuala Lumpur. Anak yatim tetapi masih mempunyai mama. Saya merupakan anak tunggal. Er...err...apalagi ye?" Wajahku kelihatan keliru. Kamarul memandangku tanpa lepas.

"Dah ada pakwe belum?" Suatu suara yang mengusik dan aku hanya tersengih.

"Belum... dan tidak diperlukan buat masa ini. Tamat. Titik. Noktah." Laju sahaja jawapanku dan ada yang tergelak mendengarkan alasan aku. Betul apa...

"Sudah duduk!" Kamarul yang tiba-tiba memberikan arahan dan membuatkan aku terasa sedikit malu. Mana tidak cerita pasal diri aku belum habis. Memang sengaja buat aku begitu agaknya. Benci betul!

"Tapi saya belum..." Kata-kataku dicantas.

"Aku tak berminat nak dengar cerita pasal kau... Boring... Bosan... Rasa macam nak tertidur pun ada tadi." Kata-kata Kamarul membuatkan aku terasa sedikit di hati dan terluka. Aku tersentak dan terus mendiamkan diri. Aku kembali duduk di tempat aku dan pelajar yang lain juga mendiamkan diri. Airmata aku mula terbit ditubir dan aku seka perlahan.

Pelajar seterusnya memperkenalkan diri dan aku lihat gembira sahaja dia berceloteh tetapi aku? Selama ini aku tahankan rasa sakit dan kata-kata tajam Kamarul. Namun entah mengapa sebentar tadi tiba-tiba hati kecil aku seakan merajuk dengannya. Kenapa ya?

*******

MATAKU memandang di kaki langit yang kosong. Tiada bintang yang bersinar cuma pekat malam yang muncul. Aku memejamkan mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku mengosongkan minda yang sedikit terganggu. Perlahan-perlahan kepala aku turun ke bawah dengan mata yang masih terpejam. Aku menghembuskan nafas seolah-olah melepaskan bebanan yang berat. Semenjak melangkahkan kaki ke Universiti Sains Malaysia ini banyak perkara yang membuatkan perasaan aku sedikit berkecamuk. Aib yang telah dilemparkan masih juga belum dapat aku bersihkan.

Akhirnya aku menangis sendirian sambil memanggung kepala. Tiba-tiba kepala aku terasa sakit kerana dibaling dengan benda keras. Macam batu. Aku membukakan mata dan terkejut melihat Kamarul berada di hadapan aku.Airmukanya kelihatan sedikit tenang dan tidak seperti tadi. Aku mengambil ranting kecil dan dilemparkan kepada Kamarul. Dia mengelak dan tersenyum.

Aik! Senyum pulak mamat pewai ni...

"Kau buat apa duduk luar sorang-sorang ni? Tak takut ke?" Kamarul beralih arah dan duduk di atas dahan yang berhampiran dengan aku. Aku tidak menjawab dan terus membaling ranting-ranting yang ada ke dalam ungun api yang semakin lama semakin mengecil.

"Aku bercakap dengan tunggul kayu ke batu ni?"

Aku masih mendiamkan diri dan Kamarul mula membalingkan batu-batul kecil ke kaki aku. Aku semakin geram dan membaling semula batu kecil tadi kakinya. Sukahati dia hendak main baling-baling. Aku bukan ikan tahu!

"Sejak bila kau jadi bisu, tuli dan pekak ni?" Ayat terakhir Kamarul membuatkan aku benar-benar sakit hati. Lantas aku berdiri tegak.

"Aku benci kau. Oleh kerana aku terlalu benci sangat dengan kau pasal itu aku malas nak bercakap dengan kau lagi. Mulai saat ini, ketika ini, jam ini, masa ini dan harini aku tak nak bercakap dengan kau. Esok pagi aku akan minta tolong Amelia temankan aku pergi cari kayu api. Kau tak payah susah-susah nak temankan aku. Oh ye, hampir terlupa nak ucapkan terima kasih ataas kejadian siang dan aktiviti tadi. Maaf sebab termenangis dekat bahu kau. Aku tak sengaja. Anyway....Selamat malam." Lancar sahaja aku berkata-kata dan aku lihat Kamarul sedikit tersentak.

Aku terus berlalu pergi dan masuk kembali ke dalam perut khemah. Ketika hendak meutup zip khemah sekali lagi aku memandang wajah Kamarul.Dia masih seperti tadi. Terdiam kaku selepas aku luahkan kata-kataku.

Aku membaringkan diri dan mula cuba memejamkan mata. Namun masih tidak mahu terlelap dan aku semakin geram. Terbit rasa bersalah selepas berkata begitu tapi memang itu yang aku rasakan. Samaada Kamarul suka ataupun tidak janji aku sudah luahkan segala-galanya.

Aku mengambil MP3 di dalam beg galas yang aku bawa bersama kemudian menyumbatkan earphone ke dalam lubang telinga aku. Banyak lagu-lagu yang aku simpan di dalam MP3 kesayangan ini selepas membuat muat turun dari internet. Entah kenapa lagu dari Micheal Jackson mudah menyejukkan perasaan aku apabila lagu You're Not Alone berkumandang. Aku pelik kenapa sikap aku tiba-tiba berubah jadi begini? Adakah kerana kejadian siang tadi? Kelibat Abang Amin tidak kelihatan semasa aktiviti berjalan. Kemana dia menghilangkan diri?

Dapatkah aku memaafkan perlakuan Abang Amin yang boleh dikira melampaui batas begitu sahaja? Kalau mama tahu apa yang terjadi pada aku, tidak mustahil Abang Amin boleh dibuang oleh pihak Universiti.Namun mampukan cerita yang mengaibkan ini dapat disimpan selamanya? Aib yang sedia ada pun masih belum reda ini datang pula yang baharu.

Susahnya menjadi Zulia Zafira!

2 kata-kata pujaan:

IVORYGINGER said...

jahanam la amin tu. pergi berambus jauh. kamarul dah mula jealous nmpknya. ada hati ngan zizi ya. tp sorry la zizi dah reject sbb sll skitkan hati dia. so kena la usaha keras ckit nk dptkan kemaafan zizi. he... anyway cik writer ceta ni best. sila sambung episode sterusnya.

Anor said...

kekadang lucu juga si zizi dgn
kamarul ni macam anjing dgn kucing
asyik bertekak je..tapi seronok
cepat sambung ye...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*