Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

12 November 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA - BAB 18

IKAN yang berjaya aku perolehi tadi terkial-kial aku menyiangnya atas kerana arahan seorang diktator! Namun nasib baik mama pernah ajar aku bagaimana mahu menyiang ikan secara berhemah. Kalau bukan kerana ramai peserta aku buat cincai sahaja untuk Kamarul itu! Huh! Biar lunyai baru kena buku dengan ruas. Akibat buat dalam keadaan marah, jari aku terkena pisau dan menyebabkan ianya terluka. Darah menitis ke dalam air sungai dan aku memicit untuk menghilangkan sedikit rasa ngilu.

"Aduh!"

Apalah nasib aku, sudahlah kena denda lepas itu kena masak pula dan akhirnya jari terluka sendiri. Aku masih memicit luka yang masih berdarah. Sesekali aku menjeling ke arah Kamarul dan aku lihat dia masih lagi dengan perangainya. Mengarah! Memekak! Mengherdik! Poyo! Berlagak! Eksyen! Banyak sungguh benda buruk yang aku sangka pada Kamarul. Nasib kaulah ya Kamarul.

"Time..time nak cepat inilah jari boleh terluka pulak. Haih! Geram betul."

Usai menyiang ikan dengan jari yang masih berdenyut, aku menuju ke pangkin yang telah diletakkan bahan-bahan untuk memasak. Aku mengambil kunyit dan ditabur atas ikan mengikut sukatan yang sesuai. Selepas itu aku memasukkan sedikit garam juga mengikut sukatan yang aku pakai agak sahaja. Lantaklah masin ke tawar ke. Kalau hendak yang sedap-sedap pergi makan dekat hotel. La la la la.

"Hoi! Bibik! Dah siap ke belum?! Terhegeh-hegeh buat keja! Dekat rumah ni mesti pemalas ni?! Kalau rajin mesti cepat buat keje..." Kamarul mula menganggu ketenangan aku. Api kemarahan makin lama semakin menebal. Mahu sahaja aku baling ikan yang berkunyit ini dekat muka dia!

"Diamlah! Memekak tak habis-habis! Orang masak pun tak senang. Mulut mengalahkan murai tercabut ekor. Agaknya kalau berdebat dengan burung murai mesti burung murai yang kalah!" Aku melawan namun muka aku masih tidak memandang ke arah musuh ketat yang sedang berdiri di belakangku.

"Apa?!" Kamarul menolak bahuku dengan kasar dan membuatkan aku terdorong ke depan. Nasib baik tidak terbalik ikan jatuh ke tanah. Mencari nahas betul! Aku malas melayan terus tanganku mengaul ikan yang masih tidak rata kunyitnya. Aku mengetap bibir menahan pedih akibat luka terkena bilah pisau semasa menyiang tadi.

"Pergi berambuslah! Aku nak masak ni. Nanti lambat kau orang yang paling kebulur nanti. Huh!" Aku berpaling dan mendapati jarak aku dan Kamarul beberapa inci sahaja. Mata kami bertembung dan masing-masing tercegat kaku. Aku menelan air liur dan Kamarul cepat-cepat berpaling semula.

Apahal pula jadi macam ini?! Cis! Dengan mamat sewel ni pulak tu! Kalau pujaan hati ok jugak!

"Lepas ni kau...kau...kau pergi... Hah! pergi cari kayu api banyak-banyak! Lebih-banyak lebih bagus, boleh buat unggun api besar sedikit!" Kamarul mula tergagap. Aku hanya mencebik.

Fuh! Boleh tergoda aku kalau selalu bertembung dengan minah senget ni cara tadi!

"Apsal pulak orang pompuan kena cari kayu api? Bukan tugas orang lelaki ke? Pemalas!"

"Kau tu bibik! Kerja-kerja itu yang sesuai untuk bibik macam kau! Faham!"

"Ah! Kalau dah pemalas tu pemalas jugak! Badan sihat walafiat tetapi pemalas ikut perangai setan! Malang ler siapa jadi makwe kau kan... Ha Ha Ha" Aku sengaja mengejek.

"Aku rasa kau ni kalau sesat dalam hutan pun bagus! Aman dunia aku!"

"Eleh! Esok-esok kau jugak yang susah kalau aku sesat! Semua orang akan salahkan kau! Masa tu melutut mintak maaf dengan aku pun, aku tak hingin tahu!"

"Banyak cakap pulak! Masak-masak..."

"Huh!" Aku menolak bahu Kamarul dengan kasar dan dia sedikit terdorong ketepi. Dia ingar dia seorang sahaja kuat. Aku pun kuat juga.

"Korang berdua ni kalau tak bertekak tak boleh ke? Macam anjing dengan kucing tau. Rimas aku tengok!" Salah seorang ahli jawatankuasa mula bersuara. Namun dalam tegas masih ada kelembutan.

"Kau jangan masuk campur ler Amin, minah senget ni memang sengaja cari pasal dengan aku." Kamarul membela diri dan tidak semena-mena aku pula yang disalahkan. Ini tidak boleh jadi!

"Eh...eh...aku pulak yang kena. Kau tu yang sewel..."

"Dah...dah...jangan bergaduh... Siapa nama awak?" Soal pemuda yang kelihatan manis apabila tersenyum.

"Zulia..."

"Minah sewel..." Kamarul menyampuk aku menjeling tajam dan pemuda itu tersenyum.

"Maaf Zulia. Kamarul ni memang macam ini, selalu sangat sakat orang. By the way, my name is Amin Zuhairi. Just called me Amin or Abang Amin" Pemuda itu bertutur amat lembut sambil memperkenalkan namanya dengan aku dan secara automatiknya suara aku bertukar lembut secara tiba-tiba. Aku lihat Kamarul mula mencebik dengan perubahan aku.

"Oh ye ke. Hmm...sesuailah sangat nama timangan dia saya bagi pada mamat ni abang Amin..." Aku mula beramah mesra dengan abang senior yang jatuh lebih mesra dari mamat seorang ini.

"Nama timangan?" Amin kedengaran pelik.

"A'aaaa...nama timangan..." Aku mengangguk laju dan Kamarul kelihatan sudah merah padam.

"Apa nama timangan dia tu? Nak juga tahu." Amin tersenyum lagi. Aku sudah semakin cair. Alamak!

"Ahmad Pewai aka Ahmad Sewel!" Laju sahaja aku bertutur dan aku melihat Kamarul sudah menendang-nendang dahan pokok yang berhampiran. Aku dan Amin ketawa.

"Amboi! Sedap betul nama timangan kau Rul..." Amin mengenyit matanya pada aku. Aku tersengih.

"Huuargh!" Kamarul menjerit geram. Aku dan makin semakin galak ketawa. Padan muka!

"Alamak! Gorilla mengamuk. Saya masak dulu abang Amin, lepas tu kena cari kayu api pulak. Hai macam dalam cerita P. Ramlee lagaknya." Aku mula mengambil ikan yang sudah digaul dan di cucuk ke besi pemangang yang sudah siap tersedia.

"Cari kayu apa? Kalau macam Abang Amin temankan Zulia ok?" Amin tersenyum lagi. Hati aku semakin lama semakin cair. Mata aku mula bersinar-sinar dengan pelawaan Abang Amin sebentar tadi. Gegendang telinga aku mendengar seseorag tengah mula meroyan. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Pewai! Ha Ha Ha.

Aduh! Jangan senyum macam itu lama-lama Abang Amin... Zizi tergoyah iman nanti! Eh! Apsal aku tiba-tiba jadi begini? Syuh...syuh....penyakit gatal miang keladi...

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*