Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 January 2012

PREVIEW CERPEN KE TUJUH


CINTA? Apa itu cinta sebenarnya? Apa yang digilakan tentang cinta? Entahlah, aku sendiri tidak pernah mengalami perasaan itu. Oleh kerana sememangnya aku tidak percaya pada erti cinta maka bagiku cinta hanya membuang masa. Benarkah antara pasangan itu benar-benar setia? Benar-benar sayang? Benar-benar kasih? Namun mengapa setelah diijabkabulkan perang mulut berlaku? Tiada lagi sefahaman? Dan akhirnya masing-masing tersungkur dengan ego sendiri membawa kepada penceraian. Itu yang aku nampak dalam zaman moden ketika ini.
Jariku menari bersama pena yang aku luahkan di dalam diari buruk kesayanganku. Di sini aku meluahkan segala-galanya. Agaknya kalau sesiapa yang membaca diariku ini pasti akan dibakar depan-depan mata. Hu hu hu

Di sekolah aku lebih gemar memerhati pelajar-pelajar yang seangkatan denganku memadu kasih tanpa segan silu tatkala tamat waktu persekolahan. Banyak betul duit kekasih hati mereka. Dari mana datangnya duit itu ya? Tentu sahaja dari mak bapak bukan? Jadi mengapa perlu mensia-siakan duit perbelanjaan itu untuk sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah? Apa nak jadi budak-budak remaja zaman sekarang...

Ramai pelajar sekolah mengatakan aku ini seorang yang terlalu prejudis terhadap cinta. Ya barangkali?! Namun aku tidak mengambil pusing , terus membiarkan sahaja apa yang dilontarkan dan apa yang diluahkan oleh mereka. Hak masing-masing tetapi sekiranya melebihi batasan. Awas ya!

Sedang aku terleka mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba aku menerima sepucuk surat dari pelajar lain. Katanya ada peminat misteri yang mengagumi aku. Gila barangkali orang ini? Bukankah aku ini kaki prejudis terhadap cinta? Kasihan pada peminat misteri ini kerana tersalah perhitungan untuk mengagumi perempuan seperti aku.

Aku hanya membiarkan dahulu surat layang yang tidak seberapa layang lagaknya kerana dihulurkan melalui tangan ke tangan. Aku menumpukan kembali tugasanku mencari bahan ilmiah untuk menghadapi peperiksaan SPM yang tidak lama lagi akan muncul. Inilah waktunya untuk menentukan masa depanku. Aku tidak mahu menjadi seseorang yang hidup hanya setakat itu sahaja. Perlu ada iltizam dan cita-cita.

Ewah! Kalau Abang Fariz mendengar ngomelan kecilku ini, pasti dia akan menyindir tahap bernanah di dalam telinga! Abang Fariz merupakan teman gustiku di rumah. Ibu dan ayahku semakin naik pening melihat perbalahan mengarut antara kami. Maklum sahajalah hanya kami berdua menjadi penyeri . Kakak sulungku telah lama dipanggil Illahi kerana menghidap barah hati. Ketika itu aku masih kecil dan masih belum mengerti apa yang terjadi. Aku rindu arwah Kak Farizah! Semoga roh kakakku dicucuri rahmat.

Amin...

*******

MASIH setia bersama buku-buku yang disusun di atas meja. Satu persatu helaiannya aku selak. Tidak ramai pelajar yang hadir ketika waktu ini. Masing-masing lebih suka melepak di kedai makan Makcik Munah yang merupakan satu-satunya yang bertapak di dalam kawasan kolej ini. Aku? Lebih suka bungkus dan bawa balik ke dalam bilik.

Aku membuat nota ringkas untuk persediaan ujian yang akan menjelang tidak lama lagi. Segala bahan yang penting aku highlight menunjukkan bahawa ianya nota yang penting. Beberapa kali aku menguap menahan kantuk. Jam di tangan aku kerling dan menunjukkan sudah ke angka sepuluh malam. Aku mula mengemas peralatanku dan buku-buku di susun di tempat yang sepatutnya. Namun mataku tertancap sebuah buku yang berwarna coklat gelap tersusun di bahagian psikologi. Ia menarik minatku dan buku itu aku tarik perlahan.

TENTANG CINTA

Aku terus menuju ke bahagian kaunter dan membuat pinjaman. Aku memeluk erat buku berwarna coklat itu. Helaian pertama aku baca ianya mudah menarik minatku.

“Hmm...habis ujian nanti bolehlah aku luangkan masa untuk menyelongkar isi kandung buku ni.”

Aku mengomel sendirian dan tidak semena-mena aku terlanggar belakang badan seseorang. Membuatkan aku jatuh terduduk dan punggungku mula terasa sakit.

“Aduh! Sakitnya!”

“Maafkan saya saudari...”

Pemuda itu pula yang memohon maaf sedangkan aku yang bersalah kerana terlanggar dirinya. Alangkah malunya aku, bagaimana orang aku langgar begitu mudah untuk memohon maaf.

“Eh...saya yang patut mintak maaf. Bukan saudara...”

“Oh...tak mengapa. Bukan susah pun kita nak ucap kata maafkan. Awak tak apa-apa?”

Sekali lagi aku merasa terpukul dengan pengakuan sebegitu. Sungguh!

“Err...tak...tak...saya tak apa-apa. Maaf ya. Saya beransur dulu...” Cepat-cepat aku mengundurkan diri. Perasaan malu bukan kepalang aku rasakan saat ini. Itulah terlalu khayal dengan buku yang aku pinjam langsung tercuai pada pandangan mata. Nasib baik pemuda itu tidak menengking aku.

“Eh! Alamak mana buku tadi? Tertinggal ke? Matilah kalau buku itu hilang. Belum sempat menyelongkar lagi.” Baru aku sedari buku yang aku pinjam tadi sudah tiada lagi dalam genggam. Lantas aku berpatah semula menuju ke tempat yang aku jatuh terduduk sebentar tadi.

Puas aku mencari keliling tapi tidak berjumpa. Belum sempat aku hendak membaca isi kandungan buku itu, sudah hilang dari pandangan. Bab bayar denda itu aku tak kisah langsung tapi hati ini akan tercarik rasa. Itulah mata ini tidak mahu pandang ke depan, sudahlah terlanggar orang aku tidak memohon maaf dan alih-alih buku pula sudah hilang.

“Eh!... Ntah-ntah mamat tu tadi tak terambil buku tu? Alamak! Macam mana nak cari mamat tu...? Dahlah tadi aku tak fokus muka dia...nama dia pun aku tak tahu! Aduh! Masalah! Masalah!...” Aku mengumam sendiri sambil menepuk dahi sebelah tangan dan tangan yang satu lagi mencekak pinggang. Salah sendiri sebab tidak melihat muka pemuda itu. Bertambah salah lagi sebab tidak sabar-sabar melarikan diri kerana malu punya pasal. Apalagi... memang padan dengan muka aku!

Aku berlalu pergi dengan hati yang sebal. Lemah sahaja langkahku sambil menggalas beg dibelakang badan aku. Perut yang agak lapar terus kekenyangan dan mati selera hendak makan mee goreng basah kedai Mak Munah. Dalam hati masih mengomel kesilapan diri. Kenapalah saat-saat begini aku seperti orang bengong? Tajuk buku itu bermain-main difikiran. Kenapa tiba-tiba hati aku terpaut mahu mengetahui rahsia TENTANG CINTA?

Hampir sahaja diperkarangan kedai Mak Munah, aku terdengar seperti seseorang memanggil namaku. Suara orang lelaki. Siapa pula yang malam-malam begini panggil nama aku? Dan setahu aku, aku tidak rapat dengan sesiapa lelaki di dalam kolej ini. Maklumlah aku ini masa di zaman sekolah dahulu dikenali sebagai makhluk misteri kerana tidak berkawan rapat dengan lelaki mahupun perempuan. Lebih senang dengan dunia sendiri. Kecuali teman gusti aku, Abang Fariz. He he he...

Aku memalingkan pandanganku dan seperti macam pernah dengar suara pemuda ini. Tapi dekat mana ya?

“Saudari Annissa... Maaf. Saya cuma nak pulangkan buku awak. Mungkin terambil semasa pelanggaran tadi. Maafkan saya sekali lagi?” Pemuda ini mudah benar mengucapkan kata maaf. Dan aku? Kenapalah berat sangat mulut ini? Bukan susah pun.

“Err...errr... takpe...takpe.. Terima kasih kerana pulangkan. Tapi macam mana tahu nama saya?”

Pemuda itu hanya tersenyum dan membuatkan aku merasa pelik. Lain macam sahaja...

“Maaf ye. Saya pergi dulu. Nanti kawan-kawan saya merungut kalau saya terlambat. Salam perkenalan Annissa Shuhaida... Assalamualaikum...” Pemuda itu tersenyum lagi dan terserlah lesung pipi di kedua-dua pipi kiri kanannya. Aku semakin binggung. Siap nama penuh aku meniti dibibir nipis milik pemuda itu. Siapa dia sebenarnya?

Buku yang dihulurkan kepada aku sebentar tadi aku memegangnya dengan erat. Tidak mahu kehilangannya tadi. Tetapi misteri yang berlaku tadi telah membuatkan separuh minat aku terhadap isi kandungan buku ini hilang tak semena-mena. Separuh itu melayang teringatkan pemuda misteri yang mengetahui nama penuh sedangkan aku tidak mengenali siapa dia. Beban di kepala mula terasa dan membuatkan aku merasa sesak!

***********************************
 
Cerita ini pulak hari Selasa (kalau ada kesempatan). INi belum ada cover agi sebab saya belum jumpa yang sesuai.
 
Kalau tak saya garap hari cuti minggu hadapan pula. He he he
 
Selamat membaca. Peace yo!

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*