Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 8

     SEMENJAK pertemuan antara Asmira dan Zulia membuatkan mereka bertambah rapat. Mereka kerapkali berkumpul menikmati makan tengahari bersama-sama dengan Haizam. Kamarul yang menyaksikan kemesraan mereka terasa bengkak hati. Tidak menyangka rakan-rakan baiknya sanggup membelakangkan dia semata-mata kerana Zulia.

“Zulia...Kalau Kamarul tu cari pasal lagi panggil aje Kak As dengan Abang Zam ni. Biar kitaorang pulas telinga dia.” Terhambur gelak tawa Zulia dan Kamarul semakin bengang.

“Betul tu Zulia....Abang Zam akan gantung Kamarul tu dekat tiang elektrik.” Zulia tersenyum girang.

Yanti sudah mula berasa selesa dan tiada lagi sikap malu-malunya. Apa yang menggembirakannya ialah dia dapat berjumpa Haizam secara dekat setiap hari.

“Terima kasih kawan...” Yanti berkata sendirian.

“Tapikan Kak As...Kalau Zizi ni mengamuk habis angin puting beliung merebak dalam bilik tu...” Rina menyampuk.

Asmira dan Haizam hairan mendengar nama “Zizi” di bibir Rina. Serentak mereka bertanya.

“Siapa Zizi?”

“Oh....Zizi tu ialah...umm...umm...umm...” Sepantas kilat mulut Rina ditekup oleh Zulia. Asmira dan Haizam memandang Zulia yang tersengih tiba-tiba.

“Adoi...Tak bernafaslah aku....Kau ni kan...”

“Alamak....!” Rina baru menyedari kesilapannya. Terus mendiamkan diri. Zulia menjengilkan matanya. Dia sudah berpesan jangan sesekali memanggil namanya Zizi dari luar bilik. Tapi Rina sudah terlepas kata. Tidak boleh di tarik balik. Merah padam muka Zulia.

“Oh.....Zizi tu panggilan manja awak ya Zulia...” Asmira sudah dapat mengagak. Zulia tersenyum hambar.

“Err....err...ye Kak As. Tapi panggilan tu biasanya dekat rumah dan rakan sebilik dengan diaorang ni je.” Zulia berterus terang. Haizam terkekek. Asmira menyiku lengan Haizam.

“Amboi...siap ada nama manja. Kalau macam tu Abang Zam nak panggil Zulia nama Zizi ajelah. Ringkas. Mesra gitu...”

“Kau ni sibuklah...bagilah aku berborak dengan budak ni...” Asmira menegur Haizam.

“Eh apa pulak. Aku pun nak berborak juga dengan dia...Kan Yanti kan...” Haizam mengenyit mata dan tak semena-mena wajah Yanti membahang.

“Err...hmmm...” Itu sahaja jawapan Yanti.

“Yanti asal mana ye...?” Tiba-tiba Haizam menyoalnya dan membuatkan jiwa Yanti bergetar semula.

“Bandar Baru Uda...Johor...” Balas Yanti.

“Oh orang Johor rupanya. Samalah kita. Abang Zam orang Masai. Nanti bolehlah kita balik kampong sama-sama kan...” Haizam menghadiahkan senyuman dan Yanti merasa sungguh bahagia. Peluangnya untuk mendekati Haizam semakin cerah.

“Weih....Kau jangan nak macam-macam eh. Lesing kau karang...” Asmira memberi amaran.

“Lah kau ni...Apalah salahnya aku balik kampung sama-sama dengan si Yanti ni. Kau tu kan orang sini...Takkan aku nak ajak kau balik Johor pulak...Buat lawaklah kau...” Haizam ketawa. Asmira mencebik. Rina, Yanti dan Zulia tersenyum.

*****

    LAJU sahaja langkah Kamarul. Dia sudah tidak mempedulikan kemesraan yang ada di depan matanya. Ingin dia punahkan sekelip mata. Dengan tidak semena-mena dia mencampakkan bukunya di atas meja. Zulia dan rakan-rakannya terkejut dan berpaling ke arah Kamarul. Zulia mula menjeling tajam.

“Opocot!” Haizam melatah.

“Korang apsal tinggalkan aku! Bercampur pulak dengan budak-budak ni!” Sergah Kamarul. Semua pelajar lain  memandang adegan itu apabila terdengarkan kelantangan suara jantan milik Kamarul.

“Tak apalah Kak As.....Abang Zam...kami pergi dulu. Kuliah tak lama lagi bersambung semula. Ada masa kita berbual lagi. Maaf.” Zulia mula mahu beredar. Malas dia nak melayan musuh ketatnya.

“Pandai pun nak berambus!” Jerkah Kamarul dengan muka tegangnya.

“Rilekslah beb....Janganlah marah tak tentu pasal...” Haizam mula bersuara. Asmira mula mencebik melihat perangai Kamarul yang semakin menjadi-jadi.

“Rileks apa bendanya! Korang sanggup biarkan aku sorang-sorang! Dah tu berbual mesra pulak dengan musuh ketat aku!”

“Kau ni...Apa salahnya kitaorang berbual dengan diaorang. Kalau kau sorang yang bermusuh dengan dia itu masalah kau lahkan...Jangan nak libatkan kitaorang pulak. Aku makin tak fahamlah dengan kau ni! Sikit-sikit nak berhangin tak tentu pasal. Cuba-cubalah bawak berlembut sikit keras kepala kau ni ...” Laju sahaja Asmira meluahkan rasa hatinya yang terbuku sekian lama. Sebelum ini dia hanya mendiamkan diri dan tidak mahu masuk campur urusan Kamarul. Tetapi Kamarul sudah melampaui batas dan dia perlu di tegur.

“Korang tak kena korang apa tau! Sekarang ni korang kawan aku ke kawan budak-budak hingusan tu?” Kamarul menjengilkan matanya.

“Aku ni berkawan dengan sesiapa yang aku nak. Kalau kau berterusan begini lama-lama kita boleh putus sahabat!” Asmira pula bertekak dengan Kamarul. Haizam mula panik. Lantas dia memainkan peranannya untuk mendamaikan pertikaman lidah antara Asmira dan Kamarul.

Wow....wow....Rileks...Rileks...Minum dulu....Bagi tenang. Jangan gaduh-gaduh ok. Kitakan kawan. Benda kecil nak bergaduh bukan dapat apa. Mari sini kawan-kawanku.” Haizam cuba menjadi orang tengah.

“Huh!” Kamarul membentak.

“Huh! Menyampah betul!” Asmira pula membentak dan mengambil beg galasnya dengan kasar. Haizam bingung.

“Blah lah kau As...” Kamarul mengherdik.

“Kaulah blah...” Asmira membalas.

Pertama kali mereka bertikam lidah. Haizam naik pening.

*****

     ZULIA tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap kuliah yang sedang berjalan. Sesekali wajahnya memandang kearah luar tingkap. Hatinya pedih melihat Kamarul menghalau dia dan rakan-rakannya. Kasihan benar dia melihat muka rakan-rakannya yang kecut perut sebentar tadi. Gara-gara perbalahannya dengan Kamarul membuatkan kemesraan antara mereka terbatas. Zulia menarik nafas panjang.

Akhirnya Zulia mengalah dan demi rakan-rakannya bahawa dia berjanji tidak akan melayani permainan Kamarul lagi. Dia tidak mahu kerana dirinya ramai orang yang akan terlibat sama. Mengalah bukan bererti kalah tetapi dia tidak mahu kemesraan itu punah sekelip dalam mata sahaja. Kalau boleh dia mahu berpanjangan.

Mamanya sudah berpesan bahawa jangan terlalu ikutkan sangat sifat barannya. Takut-takut merebak terkena orang lain. Zulia nekad akan buat tak tahu setiap kata-kata Kamarul terhadapnya.

*****

     MEREKA bertiga telah sepakat ingin pergi melawat bilik Asmira. Ingin memohon maaf di atas kejadian yang berlaku tengahari semalam. Mereka rasa bersalah kerana menyebabkan pertikaman lidah yang berlaku.

“Tok...tok...” Pintu diketuk perlahan.

“Assalamualaikum Kak As...” Serentak mereka memberi salam.

“Waalaikumsalam...eh mari masuk...” Pelawa Asmira lembut.

“Maaf Kak As kalau kedatangan kami ini menganggu Kak As...” Zulia memulakan perbualan.

“Tak menggangu pun. Kak As lagi suka...”

“Err....Kak As....saya nak minta maaf pasal kejadian tempohari. Tak sangka pula pasal kami Kak As bertengkar dengan si Kamarul tu...” Ujar Zulia.

“Tak usah layan si Kamarul tu Zulia....Dia memang macam tu. Suka sangat nak membuli orang. Lagipun Kak As dah lama bersabar dengan dia. Tak larat lagi rasanya nak tengok dia memarahi orang sesuka hati...Dia ingat kita ni tak ada perasaan ke? Lainlah dia tu. Hati batu...”

Rina dan Yanti tersenyum kelat. Zulia tertunduk.

“Boleh Kak As panggil Zulia ni Zizi aje...” Asmira menyambut lembut tangan milik Zulia.

“Err...err...Boleh...boleh...Apa salahnya.”

“Kalau macam tu Kak As nak ajak Zizi, Rina dan Yanti keluar berjalan esok...Kita ajak Abang Haizam sekali...Ok tak?”

Yanti berbunga riang. Rina tersengih. Zulia terkedu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Eh...tak suka ke nak keluar dengan Kak As dan Abang Zam?”

“Err...tak...tak...Kami suka Kak As...” Mereka menjawab serentak dan Asmira tertawa.

“Luculah kamu semua ni...Nanti cuti semester Kak As ingat nak ajak kamu semua balik kampung sebelah mak Kak As... Tak jauh. Dekat area Bukit Mertajam...”

“Err....err....Tengok keadaan dulu Kak As. Manalah tau kot-kot kami kena balik kampung...” Balas Zulia.

“Ok kalau macam tu...Tapi kalau tak balik bagitau Kak As ye...Boleh plan semula...”

“Ok Kak As...” Mereka menjawab mesra.


“Kak As....Kami pulang dululah ye. Sebab dah nak hampir larut malam ni...Esok kita berjumpa ye...” Rina memohon diri.

“Ok...Thanks for visiting...Kak As sayang korang.” Asmira tersenyum.

Zulia, Rina dan Yanti masing-masing berganti memeluk Asmira dengan mesra. Mereka amat menyenangi pelajar senior ini. Tidak sombong dan ramah.

*****

     DALAM perjalanan pulang mereka tersenyum kegembiraan.

“Tak sangka aku yang Kak As tu ramah kan...”

“A’aa...cantik pulak tu. Aku suka tengok lesung pipit dia dua-dua belah pipi tu. Rasa macam nak cubit-cubit aje.” Kata Rina kegeraman. Yanti hanya mendengar dan tersenyum.

“Padankan kalau Kak As dengan Abang Zam!” Rina menjerit kecil. Yanti tersentak. Tiba-tiba hatinya sakit bagai dihiris belati tajam apabila terdengarkan kata-kata Rina. Perasaannya berombak menahan rasa pedih.

Tak semena-mena dia berjalan laju dan meninggalkan Zulia dan Rina. Terpinga-pinga mereka melihat perubahan drastik Yanti.

Yanti melulu masuk dan terus menghempas pintu. Mereka semakin kehairanan melihat sikap Yanti. Rina menegurnya dan Zulia hanya memandang.

“Eh...kenapa dengan awak ni Yanti? Tiba-tiba saja naik angin. Apasal?”

“Tak ada apa...Sakit kepala sikit.” Yanti mengelak.

“Eh....Takkan sakit kepala sampai jadi macam ni...Nak saya urutkan tak bagi reda sedikit?” Zulia menawarkan diri.

“Tak apalah. Saya ok. Selamat malam. Saya dah mengantuk. Nak tidur.” Balas Yanti ringkas dan terus berselubung. Zulia dan Rina berpandangan. Mereka menunjukkan isyarat mungkin datang bulan. Mereka tersengih. Pertama kali mereka melihat Yanti bersikap sedemikian rupa.

Terus mereka menutup lampu dan kembali ke katil masing-masing.

*****

     HANYA Yanti yang masih belum melelapkan mata biarpun telah larut malam. Hatinya membengkak apabila terdengarkan kata-kata Rina mengenai Haizam berpadanan dengan Asmira. Sungguh dia merasa sangat terkilan dan pilu dengan kenyataan itu. Lantas dia mengambil diarinya dan mencatatkan sesuatu dengan penuh rasa emosi.

Di coretkan segala rasa amarahnya di dalam diari kecil itu. Airmatanya bergenang di tubir mata. Hancur hatinya jika ramalan Rina itu menjadi. Dia harus bertindak segera. Dia sudah tidak peduli tentang perasaan malunya sebelum ini. Dia tidak mahu lelaki pujaan hatinya jatuh ke tangan orang lain. Dia sudah nekad untuk meluahkan segala-galanya.

Zulia memerhatikan Yanti yang sedang asyik menulis. Dia semakin hairan melihat keadaan Yanti. Seperti orang yang sedang marahkan sesuatu. Tetapi Zulia malas hendak menyibuk. Dibiarkan sahaja Yanti menulis seorang diri. Dia tidak mahu menganggu masa privasi rakannya itu.

Mungkin suatu hari nanti dia akan mencari waktu yang sesuai. Mengajak Yanti berbual bagi meredakan bebanannya. Dia tidak mahu rakan-rakannya bersedih hati seorang diri. Akan di cuba sebaik mungkin untuk berdiplomasi secara berhemah. Sebolehnya dia tidak mahu tersilap kata kerana ia mungkin mengundang pertengkaran yang tidak dirancang.

Yanti tersenyum bersendirian selepas meluahkan segala-galanya. Rahsia yang tersimpan kemas akan dirungkai apabila tiba masa itu kelak.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*