Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 November 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA - BAB 19

HATI aku berbunga riang dan perasaan tersangatlah aman tenteram. Walaupun kena denda cari kayu api petang itu membuatkan aku terasa bahagia. Tidak aku meyangka bahawa Abang Amin seorang yang peramah lagi baik hati. Amboi! Aku sudah memuji berlebih-lebihan sedangkan baru kenal satu hari. Itupun sebab kerana kem motivasi ini kalau tidak jangan harap! Oh Abang Amin. Hu Hu Hu.

Aik! Kenapa mamat itu ikut jugak? Menyibuk betul! Habislah... Tak amanlah dunia aku! Huwaaaa...

"Zulia!" Kamarul menjerit lagi.

"Apa Pewai?!" Aku separuh menjerit. Lagak geram terhadap penyibuk yang tidak habis-habis menganggu.

"Aku ikut kau!"

"Eh! Apsal pulak? Tak payah susah-susah Ahmad Pewai, aku boleh pergi dengan Abang Amin! Huh! Menyibuk betul!"

"Kau tak kenal siapa dia! Lebih baik aku ikut!"

"Eh..eh kau ni, sesuka suki hati kau nak tuduh orang macam tu. Aku tengok dia baik aje. Cakap dengan aku pun lemah lembut dan sopan santun! Tak payahlah menyibuk! Inikan denda untuk aku..."

"Jangan degil minah senget!"

"Ah! Peduli apa aku!"

"Pompuan ni degil betul! Lantak kaulah! Kalau jadi apa-apa jangan nak melalak dan salahkan aku ok!" Aku dan Kamarul beradu mata. Nafas aku turun naik menahan kemarahan yang meletus.

"Bagus!"

"Blah lah kau minah senget!"

"Diamlah Ahmad Pewai!"

Aku menghentakkan kaki menuju ke dalam khemah. Aku menumbuk-numbuk lantai khemah namun tumbukkan itu membuatkan aku terasa kesakitan amat sangat. Menyesal pula menumbuk tadi. Aku mendengus kasar dan terus menyiapkan barang-barang keperluan untuk masuk ke dalam hutan. Nasib baik pernah ada pengalaman semasa sekolah menengah dahulu.

Aku menyeludup senyap-senyap dari pengetahuan Kamarul. Aku sudah berjanji dengan Abang Amin untuk berjumpa berhampiran jambatan sungai. Hampir sahaja di hujung jambatan, aku lihat Abang Amin sudahpun menunggu ketibaan aku. Senyuman aku melebar dan sesekali memandang keadaan sekeliling kalau-kalau Ahmad Pewai itu mengintip.

Eh! Aku bukan buat apa pun, pergi cari kayu api ajelah. Lalalalala

*******

AKU melangkah semakin lama semakin laju apabila melihat kelibat Abang Amin sudahpun menunggu. Aku lihat ada asap kepul-kepul dari wajahnya. Merokok? Cancel macam ini, aku tidak berapa gemar lelaki perokok. Membahayakan kesihatan dan memudaratkan orang-orang yang berhampiran dengannya. Hati! Perasaan! Sila beku sekarang!

Tatkala aku sampai, cepat-cepat Abang Amin membuangkan rokoknya yang masih ada lagi separuh untuk dihabiskan. Aku mengipas-ngipas saki baki asap rokok yang ada sambil menutup lubang hidung. Asap rokok mendatangkan keracunan sesiapa yang menghampiri si perokok. Abang Amin tersenyum sumbing melihat perlakuan aku yang selamba badak!

Nasiblah Abang Amin kena peel saya.

"Maaf! Abang tak tau pulak Zulia tak suka asap rokok."

"Kalau benda beracun, sesiapa pun tak suka Abang Amin. Tak gitu?"

"Err...er..ye...ye...Abang pun tak suka..." Abang Amin membahasakan dirinya ABANG kepada aku dan aku sedikit terasa pelik. Kemana hilangnya AMIN itu ya?

"Kalau tak suka, baik Abang Amin berhenti merokok. Jantung, hati, limpa, otak saraf dan semuanya akan menjadi sihat." Aku tersenyum.

Aduh! Cantiknya lesung pipi budak kecik ini! Tergoda aku tengok!

"Nanti Abang berhentilah. Jomlah kita sama-sama cari kayu api. Lewat nanti kita balik malam pulak." Abang Amin menarik pergelangan tangan aku. Aku terpinga-pinga. Siapa yang kena denda sebenarnya ini? Cepat-cepat aku menarik semula tangan aku. Abang Amin kehairanan.

"Bukan muhrim, takpe saya boleh jalan sendiri sebab saya bukan buta dan rabun. Mata sihat lagi ni." Aku memberikan alasan yang paling sadis.

"Oh! Maafkan Abang. Terlupa..." Abang Amin melepaskan pegangnya dan aku lihat air wajahnya berubah. Merah padam menahan malu atas kesilapan sendiri. Tolong ya, aku masih menjaga batas dan adab dalam berkawan tapi kenapa aku tengok Abang Amin ini lain macam sahaja?

"Ok."

Kami beriringan dan aku mula mengutip ranting-ranting yang kering untuk dijadikan bahan asas untuk membuat unggun api malam ini. Semasa aku sedang asyik memunggut kayu api, aku terasa seperti seseorang sedang membelakangkan aku. Perlahan-lahan aku memusingkan badan ke belakang dan aku lihat Abang Amin tersenyum-senyum melihat aku. Pelik betul senyuman Abang Amin hari ini.

Aku berundur sedikit ke belakang dan Abang Amin mula menapak ke depan. Semakin lama semakin rapat dan aku mula rasa tidak sedap hati. Lagaknya benar-benar lain macam dan secara automatik tangan aku dipegang kasar.

"Apa ni Abang Amin?! Apsal nak pegang-pegang tangan saya? Lepaslah! Sakit tau tak!" Aku mula meronta dan peluh dingin mula membasahi dahi. Tudung yang aku pakai mula direntap oleh Abang Amin.

"Kau diam! Aku dah lama bersabar dengan kau tadi. Sekarang kau rasakan!" Abang Amin menarik aku dengan kasar dan menolak aku di dalam kawasan semak yang berhampiran. Aku sudah mula ketakutan kerana hilang sudah segala keramahan dan kelembutan Abang Amin tengahari tadi.

"Jangan buat saya macam ini Abang Amin! Tolong! Tolo...mmmgmm..gmmmggm..." Sepantas kilat mulut aku ditekup dengan kuat dan membuatkan aku tercungap-cungap.

"Kau berlagak sangat tadi kan!" Abang Amin seperti sudah kerasukkan syaitan dan aku pula sedang cuba mengerah tenaga untuk melawan. Namun kudarat seorang perempuan apalah sangat jika dengan tenaga seorang lelaki. Aku menangis semahu-mahunya dan wajah mama mula bermain difikiran.

Tiba-tiba...

"Celaka kau Amin! Menyesal aku benarkan kau ikut serta!" Kamarul dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain sedang mengepungnya. Aku menangis semakin lama semakin kuat. Beberapa pelajar wanita yang lain datang membantu dan memelukku untuk menenangkan perasaan.

"Maafkan aku...maa....maaafkan aku... Aku tak sengaja Rul."

"Maaf aje tak cukup! Setan kau Amin! Dulu aku hanya dengar khabar angin tapi hakikatnya memang betullah perangai kau mengalahkan binatang!" Kamarul mengherdik kasar dan aku melihat wajah Kamarul tegang. Tak semena-mena Kamarul memandang wajah aku dan aku tertunduk. Menyesal kerana tidak mendengar kata dan amarannya kepada aku. Bersalah pula terasa dihati!

Kamarul mula menarik tanganku dan menjauhi dari kumpulan yang sedang menyoal siasat Abang Amin. Aku memandang tajam kearahnya dan dia juga tertunduk sambil memanggung kepala.

"Aku dah kata! Kau tak nak dengar! Sekarang tengok apa dah jadi?! Nasib baik aku ikut sama dari belakang, kalau kami semua tak ada tadi memang bernasib malanglah hidup kau! Degil! Senget!" Kamarul memarahi aku dan saat itu airmataku mengalir semakin lebat. Aku tersedu sedan menahan kesedihan. Kamarul yang sebentar tadi menghamburkan kemarahannya mula kembali reda.

"Aku...aku... mintak maaf Ahmad Pewai...huwaaaaa...." Aku menangis dibahunya dan terlupa terus akan adab seorang perempuan dan lelaki ketika itu. Kamarul kaget dan menolak lembut bahu aku.

"Kau...kau..kau...err... sudah..sudah..jangan nangis lagi. Aku lemah sikit tengok perempuan menangis... Jom cari kayu api sama-sama. Lepas ni jangan membangkang cakap Ahmad Pewai ni tau..." Kamarul berpaling dan menarik tangan aku. Aku menarik kembali dan Kamarul memandang aku.

"Aku belum buta dan tak rabun. Boleh jalan sendiri!"

"Tengok tu! Degil lagi minah senget ni! Jomlah cepat. Hari dah nak hampir senja. Ranting yang kau kutip tu kita guna untuk malam ini. Esok pagi-pagi cari yang lain pulak. Aku ikut! Faham!"

"Yelah...yelah..tak payahlah jerit-jerit. Aku belum pekak tau..."

Langkahku meluncur laju dan terus meninggalkan Kamarul di belakang. Wajah Abang Amin aku pandang dengan jelingan sungguh tajam. Ada pembalasan untukmu kelak! Jantan tak guna! Huh! Abang Amin hanya memandangku dengan wajah yang keruh. Mungkin kerana menyesal bahawa aku bukan seperti perempuan lain yang mudah masuk dalam jeratnya. Kamarul juga memandang wajah Abang Amin dengan pandangan yang mendalam. Barangkali dia juga marah kepada Abang Amin, tetapi kenapa pandangan dia semacam aku lihat? Macam orang sakit hati sangat-sangat.

Alamak! Takkanlah?!

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*