Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 April 2011

KERANA ZULIA ZAFIERA - BAB 21

           AWAL pagi sudah bangun. Aku terasa sangat kemalasan dan letih akibat tidur lewat malam tadi. Sudahnya aku tersengguk-sengguk menahan kantuk yang tidak mampu aku tahan. Kalaulah ada mamat seorang ini memang kuatlah suara dia menjerit sebelah telinga aku seperti halilintar gamaknya. Kadang-kadang aku tidak faham benar dengan perangai angin monsun mamat pewai seorang ini. Entah apa yang dia berdengki sangat dengan aku pun tidak tahulah. Barangkali ada fius dia yang tercabut agaknya.

Aku tersenggih sendirian sambil mata terpejam rapat. Tiba-tiba aku terasa seperti ada orang menarik telinga aku. Terus mata terbuka luas dan terbang sudah kantuk aku. Aku berpaling dan melihat mamat pewai ini selamba badak dia sahaja menarik-narik telinga aku. Nasib baik pakai tudung. Kuranglah sikit sakitnya. Ini yang buat angin badak sumbu aku datang!

"Hoi! Sakitlah. Ingat telinga aku ini telinga anak patung ke? Sukahati jer main tarik-tarik. Sakit tau tak..."

"Habis siapa suruh kau membuta? Aku penat-penat bagi arahan kat depan tu, kau sedap buat tahi mata..."

"Bila masa kau bagi syarahan? Bukan tadi orang lain yang bagi penerangan ke?"

"Kau ingat aku ini macam kau ke? Tak habis-habis dengan peragai kau dari hari pertama ikut program mahasiswa sampai ke program dalam hutan ini pun kau tak berubah kan..."

Semua mata sudah memandang ke arah kami yang begitu leka bertekak. Seolah-olah hanya kami berdua sahaja yang ada di situ. Aku memijak kaki Kamarul.

"Hoi! Sakitlah. Apasal kau pijak kaki aku pulak?"

"Sakit? Oh sakit rupanya. Macam itulah rasanya bila kau tarik telinga aku tadi tahu!"

"Ini sudah lebih! Aku arahkan kau pergi cari kayu api sekarang! Kau tak boleh makan pagi ni. Sekarang pergi cari!" Terkebil-kebil mata aku kena herdik depan-depan. Terpercik air liur si mamat pewai ini. Geli aku. Rasa macam hendak baling batu sahaja dekat kepala mamat ini.

Aku menghentak-hentakkan kaki terus menuju ke arah belakang kem untuk mencari kayu api. Sudahlah kena masak untuk diaorang, sekarang kena denda pula. Letih aku macam ini. Kalah bibik-bibik semalaya dan ini boleh bikin union!

"Hoi! Jangan jalan laju sangat!" Terus 360' darjah aku pusing setelah dengar suara pemilik yang aku kenal sangat-sangat! Alah! Dia menyibuk ikut aku buat apa?! Tadi beria-ia sangat suruh aku pergi cari kayu api. Sekarang sibuk hendak mengekor. Tension sahajalah aku cari kayu api ini nanti.

"Kau sibuk ikut apahal?! Rimaslah aku!" Aku menonong sambil mempercepatkan langkah aku.

"Untuk keselamatan! Sudah jangan nak banyak cakap..."

"Huh! Sibuk!"

Kamarul mula menarik tudung aku dan membuatkan langkah aku terhenti seketika. Terkebelakang tudung aku sudahnya. Hantu betul! Ini yang membuatkan aku seperti ingin menjadi incredible hulk versi wanita.

"Kau ni apasal pulak main tarik-tarik tudung aku?!"

"Dah kau tu laju menonong aje. Aku suruh gerak perlahan kau tak nak... Nasiblah..."

"Kau ni dengan orang perempuan pun kau nak ajak bergaduh. Spesis apalah agaknya kau ni agaknya kan. Memang malang betul."

"Aku suka bergaduh dengan kau nak buat macam mana. Lagi satu kaulah satu-satu pelajar yang ikut sukahati kau hendak melawan dengan cakap senior macam aku ni. Kalau lelaki lain bukan main baik lagi kau layan. Tengok apa sudah jadi semalam? Degil! Tak nak dengar cakap orang. Kita kat sini dok risau pasal dia."

Ayat yang terakhir itu membuatkan aku tersentak. Kenapa pula dia perlu risau tentang aku? Bukan ke dia benci sangat dengan aku? Kata satu-satunya pelajar yang kuat melawan kata-kata dia. Sekarang makin mula mengarut. Entah apa-apa sahajalah perangai dia ini. Kejap macam singa lapar kejap macam ok.

"Apsal pulak kau sibuk-sibuk nak risau pasal aku?!"

"Errr...aku silap cakaplah. Sudah! Kita dah makin jauh ke dalam ni. Berhenti kat sini cukup, kau pergi hujung tu aku pergi hujung sini cari ranting. Kau jangan jalan jauh-jauh pulak. Karang sesat tak pepasal nanti."

"Entah apa-apa... Biarlah aku nak sesat pun. Eeeeeeeiiii...tension...tension...."

"Jangan nak mengada-ngada tahu! Cepat pergi ambil ranting kat sana tu. Lepas kumpulkan kat sini. Nanti aku tolong ikatkan."

"Huh! Mengarah aje pandai!"

"Diamlah..."

"Kaulah diam!"

Masing-masing bercakaran membuatkan kawasan dalam itu riuh rendah dengan pekikan antara mereka. Agaknya kalau ada hakim mahu botak kepala hakim tengok dua orang jantina ini bertelingkah. Mana tidaknya masing-masing tidak mahu kalah, hakim pun tarik-tarik rambut sebab tahan geram. Haih....

Zulia Zafiera mencari-cari ranting kayu kemudia apabila sudah penuh di tangan terus dia campakkan ke arah Kamarul. Tidak mahu kalah, Kamarul juga mencampak ranting-ranting hasil dari kutipan ke arah Zulia. Masing-masing main campak sana sini sehinggalah kedua-duanya berhenti dan merenung antara satu sama lain. Mata masing-masing beradu dan tiba-tiba...

Kamarul senyap sunyi sepi. Zulia Zafiera diam membantu tanpa berkata sepatah apapun. Selalunya bertekak macam anjing dengan kucing kalau dua-dua bertemu muka. Ini tiba-tiba terus masing-masing macam tidak pernah kenal antara satu sama lain. Dua-dua duduk mengadap ranting-ranting kayu yang telah berselerakan akibat pergaduhan campak mencampak tadi. Zulia menjeling ke arah Kamarul, manakala Kamarul menjeling ke arah Zulia.

Masih lagi tidak mahu mengalah lagi itu!

Zulia Zafiera bingkas bangun dan kemudian dikuti oleh Kamarul. Zulia mengumpulkan kembali ranting-ranting kayu itu dan Kamarul juga berbuat seperti itu. Apa yang Zulia buat itulah yang akan Kamarul buat. Bezanya apa yang Kamarul buat Zulia hanya memerhati. Kini hanya bunyi cengkerik yang menemani mereka berdua.

Tidak semena-mena Zulia ketawa dan Kamarul memandang ke arahnya. Akhirnya dua-dua ketawa kerana telah membuat perkara bodoh. Manakan tidak bertekak punya pasal habis ranting-ranting yang menjadi mangsa mereka. Kalaulah ranting-ranting itu boleh bercakap, sudah lama agaknya dua-dua ini kena sekolah.

"Kenapa kau gelak..."

"Abis dah kau gelak...aku gelaklah..." Kamarul menjawab dan membuatkan Zulia kehairanan.

"Aku nak tanya kau satu soalanlah..."

"Hah! Soalan apa kau nak tanya?" Zulia bercekak pinggang.

"Kenapa kau suka melawan cakap aku?" Kata Kamarul dengan nada yang tidak lagi ada nada jeritan seperti tadi. Dia jadi cool secara semula jadi.

"Kau selalu sakitkan hati aku..."

"Kau benci aku tak?"

"Ada kot..."

"Aku minta maaf..."

"Hah!....."

Zulia terkedu dengan kenyataan ikhlas daripada Kamarul. Semacam tidak percaya dengan apa yang dia dengar daripada mulut musuh ketatnya itu. Macam mati hidup semula apabila Kamarul memohon maaf daripada Zulia. Itu yang dirasakan oleh Zulia Zafiera tatakala ini. Dia terkebil-kebil dan memandang Kamarul.

Kamarul senyum.

Zulia terpanar....

3 kata-kata pujaan:

nisa said...

lama dah tuggu sambungan cite ni tau...best sgt!!!cpt smbung erk...
^_^

Anonymous said...

wah, dh ada smbungan..
lama tggu tau..
=)




*nur*

DALIA NA ZA said...

nisa :

maaf...maaf...maaf (ala2 nabil)...insya'allah akan sambung cepat2...thanks for reading ya ^_~

Nur :

ekekekeke....ada2...cuma idea tu lambat datang...maaf ye... ^_~

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*