Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 6

      SEPERTI biasa Haizam akan menjadi mangsa sekiranya Kamarul tidak berpuas hati terhadap Zulia.

“Kalau aku jumpa budak tu lagi siap dia!" Kamarul menghamburkan kemarahannya lagi kepada Haizam.

“Kau ni rilekslah...Nak marah-marah tak tentu pasal ni apahal....Aku pulak yang jadi mangsa baran kau. Sebelum ni kau tak pernah pun melatah macam ni...Alih-alih dapat mangsa baru aku tengok engkau yang tertekan...Budak tu cool je...” Haizam cuba menenangkan Kamarul yang tengah membara.

“Dulu lain...Mangsa buli aku mana reti melawan...Dengar aje cakap aku...Tapi yang sorang ni melampaulah pulak....Sampai gelar aku monyet...” Kamarul cuba berlagak menang.

Haizam semakin tidak faham dengan perangai Kamarul. Lagipun yang salah dalam situasi begini adalah rakan baiknya sendiri. Tidak sudah-sudah nak membuli pelajar baru. Tapi dia gembira sebab ada juga pelajar baru yang berani melawan kata-katanya. Haizam tersenggih sendirian. Kamarul memandangnya dengan penuh hairan.

“Woii! Yang kau tersengih macam kera dapat pisang apsal?” Sergah Kamarul terus mematikan kegembiraan Haizam.

“Budak tu lain macam sikit...”

“Lain macam? Apa yang lain macamnya? Mulut macam nak kena cili aje dengan aku...”

“Lain macamlah... Sebab berani berperang dengan kau. Pelajar lain sebelum ni mana ada. Nak angkat muka pun diaorang takut. Tapi budak ni memang hebat!” Puji Haizam tak semena-mena dan membuatkan Kamarul bertambah geram.

“Kau ni kawan baik aku apahal pulak nak sokong budak tu!” Tempelak Kamarul.

“Aku tak sokong mana-mana pihak pun Rul... Aku hanya melihat, mendengar dan menasihati aje.”

“Tapi sokonglah aku sikit...” Kamarul memujuk.

Haizam hanya menggeleng dan tertawa melihat sikap Kamarul yang tiba-tiba berubah. Kamarul membalingkan bantal yang dipeluknya kearah Haizam.

“Zulia... Hari pembalasan untuk kau akan tiba tak lama lagi. Aku akan malukan kau macam mana kau malukan aku dulu...” Kamarul kembali tersenyum. Haizam membiarkan Kamarul melayani perasaannya sendiri.

“Lantak kaulah Rul...Aku malas nak masuk campur. Kalau apa-apa terjadi kau tanggung sendiri. Jangan berani petik nama aku haaa...” Haizam memberi amaran dan Kamarul tergelak.

“Hahahaha...Jangan risau kawan. Rancangan ini tidak melibatkan mana-mana pihak. Itu antara aku dengan minah seorang tu.” Kamarul sudah merancang untuk mengenakan Zulia. Kamarul berbaring semula sambil menggosok bibirnya yang nipis.

“Zulia Zafira....hehehe...”

******

     SEKARANG sudah menunjukkan pukul enam petang. Ramai pelajar bersiap-siap untuk menjamu selera. Mengikut undang-undang waktu makan malam bermula dari pukul enam petang hingga ke pukul lapan malam.

“Zizi....Jomlah cepat. Aku dah lapar sangat ni. Yanti pun dah lama tunggu kau...” Terjerit kecil Rina memanggil rakannya.

Terkocoh-kocoh Zulia mengenakan pakaian dan tudungya. Rina dan Yanti sudah lama menantinya di luar.

“Sekejap...Nak siap dah ni....dua minit lagi.” Pinta Zulia.

“Kau ni dua minit...dua minit....Banyaklah kau punya dua minit. Dah dekat setengah jam kitaorang tunggu kau ni. Cepat...cepat....Kalau tak tinggal. Kau pergi sorang-sorang!” Rina kembali mengomel.

“Sabarlah sayang. Campak kau dekat bawah karang. Hehehehe.” Zulia tersembul tiba-tiba di depan pintu.

Rina mencubit lengan Zulia. Mengaduh sedikit Zulia dengan tindakan spontan Rina. Mereka beriringan menuju ke Dewan Santapan. Zulia yang mengenakan pakaian serba putih menyerlahkan lagi keayuannya. Kalau dia tidak mengenakan tudung tentu orang di luar percaya dia mungkin berketurunan Tionghua. Zulia sudah terbiasa begitu.

Ketika sampai di Dewan Santapan ramai pelajar yang sudah beratur menunggu giliran. Rina, Zulia dan Yanti bergelak ketawa keriangan. Sesekali tawa mereka meletus membuatkan beberapa pelajar perempuan senior kurang menyenangi sikap mereka.

Tiba-tiba mereka dihampiri sekumpulan pelajar senior. Senyap. Tiada lagi gelak tawa yang menggelikan hati.

*******

     “DEKAT sini tempat makan bukan tempat bergelak ketawa berdekah-dekah. Sila hormat sikit... Faham!” Kepala Zulia ditunjal dengan kasar. Tak semena-mena darah Zulia mula menyirap tahan marah. Satu kepantangan kalau sesiapa yang sesuka hati menunjal kepalanya. Cukup membengangkan.

“Yelah akak senior. Kami akan kunci mulut kami dengan zip. Puas hati?” Zulia membalas kasar. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap.

“Jangan nak besar kepala dekat sini. Awak tu freshie lagi ...Jangan nak tunjuk sombong dengan kami yang dah lama di sini.” Sekali lagi mereka di tegur.

“Ampun Tuanku. Hamba dan sekalian rakan-rakan hamba tidak akan membuat bising.” Zulia sengaja mencari bala.

“Eh..eh...Budak ni makin ditegur makin menjawab pulak dia. Jaga kau!” Amaran terakhir pelajar senior itu sambil menuding jari ke muka Zulia. Seperti biasa Zulia buat selamba.

Pelajar senior itu berlalu pergi sambil memandangnya dengan mata yang tajam. Seolah-olah ingin menelan Zulia pada ketika itu juga. Rina dan Yanti sudah mula kecut perut dengan amaran terakhir itu. Lantas Rina menyiku lengan Zulia.

“Apa?”

“Kau ni berani sangatlah. Kitakan pelajar baru dekat sini. Hormatlah sikit dengan senior-senior tu. Kalau diaorang lancarkan peperangan dengan kita macam mana?” Getus Rina.

“Alah kau jangan risau. Diaorang tak berani nak buat apa-apa dekat kita. Lagipun ada undang-undang. Mana boleh sukahati nak berperang sana sini.”

“Lantak kaulah Zizi...” Rina berasa geram dengan kedegilan Zulia.

“Jangalah marah-marah beb. Jangan risau. Aku akan pastikan korang berdua tidak terlibat ok. Dah..dah... jangan pasal diaorang kita pulak bermasam muka. Cool...cool...” Zulia memujuk rakan sebiliknya itu.

Rina dan Yanti mengangguk. Zulia kembali tersenyum. Tanpa disedari olehnya bahawa ada sepasang mata yang menyaksikan kejadian itu dengan senyuman yang meleret.

“Jaga kau sekejap lagi...” Suara itu berbisik halus.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*