Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

24 January 2012

CINTAILAH AKU SEADANYA.....



AKU BENCI KAU SAMPAI MATI!

Pesanan ringkas yang aku hantar berbaur kemarahan yang meluap-luap. Hati aku sedih. Perasaan aku terluka apabila mengetahui perkara sebenar Shafiq lelaki yang berhidung belang. Mana aku hendak letakkan muka yang tidak lama lagi tali pertunangan akan dijalankan dalam tempoh seminggu sahaja lagi?!

Paling teruk hati dan perasaan mama serta papa yang mengalah mengikut pilihan hati aku sendiri. Inilah balasan pada anak derhaka macam aku.

Benar kata orang-orang tua, percintaan tanpa restui kedua orang tua kita memang tidak akan sampai kemana. Paling sadis apabila kita buta dalam menilai soal cinta. Asal yang buruk tetap kita nampak cantik. Inilah yang terjadi pada diriku apabila Shafiq mempermainkan hati dan perasaan aku. Patutlah selalu mengelak bila aku ajak keluar pergi beli barang-barang pertunangan. Katanya sibuk!

Sibuk kepala otak dia! Berkepit dengan perempuan siap makan pun main suap-suap sambil bawa balik terus ke rumah bujangnya! Nasib baik aku ikut lelaki hidung belang ini. Puncanya sahabat baikku, Aini yang menelefon mengatakan Shafiq sedang bermain kayu tiga. Bagi aku dia telah mempermainkan kayu lima enam sampai sepuluh dengan cinta aku yang tulus ini. Aku setia bagai nak rak, sanggup mempertahankan hubungan ini daripada retak. Sanggup melutut dan merayu-rayu kepada papa supaya restui hubungan aku dan Syafiq. Tapi apa yang aku dapat?!

Penipu punya lelaki keparat!

Nafas aku berombak laju menahan sakit didalam dalam dada. Rasa amcam hendak pecah bagaikan dihempas ombak yang menganas. Ini bukan Ombak Rindu, Tsunami mengaum terus! Ikutkan hati mahu sahaja aku menelefon JAIS membuat tangkapan terhadap dua merpati sejoli yang terlupa akan hukum hakam Allah. Aku bernasib baik tidak terjerumus dalam permainan cinta nafsu Syafiq! Alhamdullillah.

"Jom kita gegar pintu rumah mangkuk ni!" Aku memberi cadangan dan Aini terkejut. Belum sempat dia memberi jawapan aku terlebih dahulu melangkah keluar daripada perut kereta bagaikan wanita satria menuju ke medan perang. Ya Perang Dunia ke Ketiga!

Pintu rumah Syafiq aku ketuk bertalu-talu bagaikan hendak roboh lagaknya. Naga Air sedang mengamuk sakan. Kebetulan pula cuti Tahun Baru Cina minggu ini dan binatang yang jatuh hari perayaan adalah naga! Maka amarah aku dengan naga mungkin samalah agaknya kot? Ah! Pedulilah...

**********

"ASSALAMUALAIKUM! Buka pintu ini kalau tidak pecah saya tendang!" Aku memang betul-betul macam naga air. Kalaulah wujud naga itu, memang agaknya aku yang melampaui naga air sebenar. Aini kelam kabut menyabarkan aku. Kecil sahaja aku tengok pintu rumah Syafiq.

"Syafiq! Aku tahu kau ada dekat dalam. Bukak pintu ni sekarang kita selesaikan hal kita berdua harini jugak. Lepas tu lantak kaulah!" Aku menjerit kasar. Orang gila kalau nampak mahu bersepah lari sebab tengok aku 'kegilaan' aku lagi hebat dari diaorang. Jangan main-main dengan wanita bernama Nur Afrina!

"Waalaikusalam! Hoi siapa yang ketuk-ketuk pintu rumah aku bagai nak roboh ni?!" Lantang suara seorang lelaki yang aku dengar daripada dalam. Kalau lawan kekuatan, memang senang-senang lelaki ini akan menang. Tapi kalau lawan lontaran vokal tentu aku yang akan meraih juaranya.

"Saya!" Aku menjerit kasar. Aku sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Peduli apa aku dengan pandangan orang sekeliling. Diaorang bukan kenal aku siapa pun!

"Saya tu siapa? Takde nama?" Mengacau aje orang nak tidur!"

Aku berpandangan dengan Aini. Waktu Asar ini masih tidur? Banyaklah kau punya tidur! Bawak balik perempuan masuk dalam rumah, tidur konon! Phuiii... Agak-agaklah hendak menipu pun.

"Af...kau..kau..." Tersekat-sekat suara Aini untuk menenangkan aku. Aku kalau dah marah memang dah tak nampak apa pun depan mata.

"Aini...kau kawan aku kan. Sahabat baik aku dunia dan akhirat kan... Jadi kau duduk diam-diam kat situ. Nanti tak pasal-pasal kau pulak aku tengking. Kau tahu kan kalau aku dah marah macam mana?" Aku menjengilkan mata dan membuatkan Aini menggaru kepalanya yang bertudung tidak gatal itu.

"Tidur apa bendanya! Awak dah bawak balik perempuan masuk rumah kata tidur? Tidur kepala jambul awak! Bukak pintu ni kalau tidak memang saya tendang-tendang pintu awak ni sampai pecah!" Itu dia Nur Afrina Binti Dato' Alfian, juara taekwando tali pinggang hitam sewaktu sekolah menengah dan universiti dahulu.

"Kau dah salah rumah lah perempuan! Ini bukan rumah yang kau cari. Pergi cari betul-betul la, aku mengantuk nak tido ni! Terpekik terlolong macam orang tak betul aje." Jawapan daripada dalam membuatkan hati aku betul-betul hangit terbakar. Ini mencabar keimanan aku tau. Tadi tangan aku sahaja yang bergerak. Sekarang kaki aku pulak yang menendang-nendag pintu rumah ini.

"Bukak...bukak...karang aku call JAIS baru padan muka kau Syafiq!" Aku memang sudah hilang sabar.

"Syafiq? Syafiq mana pulak? Memang sah perempuan gila ni dah salah pintu rumah." Omel Khairi sambil mengesat matanya yang pedih menahan kantuk yang masih bersisa. Dia yang terpaksa berkerja lebih masa malam tadi membuatkan badannya benar-benar keletihan. Projek usahama dengan syarikat gergasi Mekar Holdings benar-benar membuatkan urat belikatnya sakit. Plan utama terpaksa diubahsuai semula kerana pihak Mekar Holdings mahukan rekaan yang benar-benar luar biasa!

Padahal memang sudah luar biasa aku buat plan koridor raya ini! Dengar kata salah seorang Director nya yang mahu plan itu diubahsuai semula. Memang mencari penyakit betul! Pintu rumah dibuka dengan kasar. Kepantangan baginya jikalau ada orang yang mengacau waktu dia tengah sedap tidur. Kalau dipanggil lemah lembut boleh juga dia senyum-senyum. Ini tidak macam dilanggar kapal kontena sahaja bunyi ketukkan dipintu rumahnya.

"Hah! Kau nak apa perempuan! Kan aku dah cakap kau salah rumah! Lagi nak tendang-tendang pintu macam budak sekolah tadika mengamuk. Ingat sikit, kau tu perempuan sila jaga adab tatasusila tu elok-elok sikit. Rumah aku ni takde orang nama Syafiq, Taufiq mahupun HARPIC! Rosak pintu rumah aku, kau bayar gantirugi sekarang jugak faham!" Khairi menghamburkan amarahnya. Oleh kerana pandangan matanya kabur tidak berkaca mata, maka wajah perempuan itu dilihat samar-samar. Lagi pula matanya masih pedih menahan kantuk.

Boom!

Itu dia macam bom mortar yang tertepek depan muka bila aku sedar aku sudah salah pintu rumah! Macam mana boleh silap, nombor rumah 121 dengan 211? Sepantas kilat aku menarik tangan Aini untuk beredar! Tebal gila muka aku weih! Alamak! Macam mana ini? Aduhai...ini semua Syafiq punya pasal. Siap lagi perli aku dengan bahan pencuci tandas Harpic! Hampas punya mamat serabai ni! Dah tu berseluar pendek aje. Tak pepasal mata aku dah dapat tayangan free!

"Sorry! Salah rumah. Aini...jom..."

"Gila punya minah!"

Pedih telinga kau aku cakap! Tapi memang betul aku menggila harini. Sudahlah mengamuk tak tentu pasal, rumah orang lain pulak jadi mangsa tendangan aku. Sakit jugak tapak kaki tadi.

"Apsal kau tak cakap aku salah rumah? Kelam kabut punya pasal sampai aku tersilap nombor rumah!" Aku mula letakkan kesalahan yang aku buat dibahu Aini.

"Weih...tadi aku nak tegur kau tak kasik. Itulah padan muka. Mamat tadi tu macho jugak eh berseluar pendek...He he he..."

"Hoii..ingat laki dengan anak kau dekat rumah! Jom kita pergi serang 'nombor rumah' sebenar Syafiq! Aku nak langsaikan segala-galanya hari ini jugak!"

*********

PERIHAL aku dan Syafiq telah pun berakhir dengan perpisahan dua puluh empat jam yang aku putuskan! Papa dan mama memujuk tangis aku yang tidak henti-henti melalak pada waktu malam selama tiga hari. Bengkak habis mata aku yang comel lagi bundar bagaikan pelakon Korea. Hendak jugak memuji diri sendiri itu! Ceh!

Aku tak tahu kenapa aku sedih bagaikan nak rak apabila perpisahan itu aku sendiri yang pinta. Hendak kata menyesal tidak jugak. Tetapi kenapa asyik bayangan Syafiq muncul memamah diri? Tidak mungkin kerana sayang tapi apa? Cinta? Pergi jahanam! Tiada istilah cinta suci untuk lelaki yang bernama Syafiq Hussaini itu! Nama sahaja sedap tetapi perangai mengalahkan syaitan!

Kadang kala aku sedih apabila terkenangkan saat percintaan aku bersama Syafiq. Kenapalah baharu kini aku baharu sedar dan celik dari cinta buta itu! Maafkan Afrina papa dan mama sebab terlalu mengikut kata hati. Meskipun aku bencikan Syafiq kerana mempermainkan aku namun sekali-sekala ada juga rindu ini bertandang dihati. Terpautkah aku pada cinta Syafiq ataupun aku sendiri yang mengada-ngada?

Argghhh! Kusut benar kepala otak aku sekarang. Sudah tiga hari aku tidak ke pejabat gara-gara hati sedih bagaikan dipalu kononnya. Padahal aku tak nak sesiap melihat mata aku bengkak melalak sakan kerana menangis untuk perkara yang sia-sia.

Sedas perli dan sindir diri sendiri. Hu hu hu...

"Afrina...mama masuk ya." Kedengaran suara mama yang lemak merdu melembutkan hati aku yang masih amarah. Entah perangai siapa aku ikut agaknya, garang mengalah singa lapar. Papa pun tidak segarang macam aku. Kata mak uteh, pembantu rumah yang telah berkhidmat laebih daripada dua puluh lima tahun perangai baran aku macam arwah atuk. Atuk dahulu memang terkenal dengan sikap garangnya. Sesiapa anak-anaknya yang bermain-main dalam pelajaran, memang mencari nahas. Sebab itu papa kini telah menjadi orang yang berjaya dalam perniagaannya. Mekar Holdings adalah harta pusaka turun temurun.

Aku yang merupakan anak perempuan tunggal dari tiga beradik lelaki. Kiranya aku ini anak yang nombor dua dalam keluarga. Bukan selalu anak nombor dua dalam keluarga cool ke? Hew hew hew...

Kini aku juga telah berkhidmat dalam urusan Mekar Holdings secara amnya. Dengar kata orang, aku ini memang cerewet. Ya cerewet untuk memastikan semuanya lancar dan teratur. Abang aku sendiri pun tak tahan layan cerewet aku. Kalau pasal Syafiq dahulu boleh pulak aku bertolak ansur. Papa selalu tegur bahawa sikap cerewet itu memang bagus tetapi lama-lama akan memakan diri nanti. Ramai nanti pekerja akan makan hati diam-diam.

Aku nak buat macam mana, kalau daripada kecik aku sudah dididik untuk bertegas dalam segala hal. Kalau atuk ada mesti atuk aku akan duduk berbincang dengan aku. Tapi kini atuk sudah tiada lagi tinggallah wan yang senantiasa sahaja tersenyum. Memang sesuai jadi pasangan dengan atuk. Wan memang lemah lembut kalah aku yang sudah serupa macam lelaki.

Wan selalu tegur 'perempuan tak elok sangat aihh macam perangai lelaki. Takut tak dak sapa nak dekat.' Wan aku memang sporting habis. Sebab itu sesuai sangat dengan atuk yang garang berdentam dentum. He he he. Tumpahlah keturunan itu ke dalam jiwa aku.

"Sayang...sudah..sudahlah tu. Tak bagus kita ingatkan perkara yang lepas. Jadikan pengajaran ya. Lepas ini biar papa dan mama carikan jodoh untuk Afrina ya." Mama bersuara lembut.

"Afrina ok dah. Esok Afrina masuk keje. Aini call kata berlambak-lambak dokument nak kena review seminggu ini. Kesian pulak dengan orang yang kena ubahsuai balik plan tu. Terima kasih mama sebab sudi jadi pendengar Afrina yang baik. Afrina serahkan pada mama dan papa untuk carikan jodoh untuk Afrina. Afrina akan terima dengan hati terbuka. But please make sure it's not same typical as Syafiq ya mama. It's will be hurt me once again." Aku memeluk mama dengan seerat-eratnya.

"That's good day girl. Mama dan papa janji takkan cari sebarang jodoh untuk Afrina. Lelaki ini memang baik dan terbaik untuk anak mama. Cuma tinggal nak usulkan sahaja perkara ini."

"Aik! Belum ada apa-apa, papa dengna mama dah rancang awal-awal ya..." Aku tersenyum.

"Mama dan papa mahukan anak manja ini bahagia sayang..."

"That's why I love both of you mama...papa... Mama...laparlah, jom makan."

"Anak mama dengan makanan memang nombor satu kan? Jom, mak uteh dah siap-siapkan apa yang patut tu." Mama berseloroh. Nasib baik berat badan aku maintain sahaja. Perut dengan perangai memang macam naga. He he he...

**********

KHAIRI NASRUN memanggung kepalanya yang berserabut itu. Kenapalah dia boleh berkerjasama dengan seorang perempuan cerewet yang benar-benar menyesakkan kepalanya. Kalau bukan kerana bossnya yang baik hati itu sudah lama dia campakkan plan itu semua dihadapan muka perempuan yang muka sahaja cun tapi mulut mengalahkan naga! Silap-silap naga pun boleh kalah kot!

Urat belikatnya semua terasa sangat sakit. Penat lelah membuat ubahsuai tempohari masih belum hilang, tup..tup harini apabila diusulkan lain pula jadinya. Perempuan cerewt ini mahu plan asal dan yang terbaharu digabungkan menjadi satu. Ingat aku ini robot pencetak ke? Mahu terkeluar biji mata macam ini. Lama-lama power cermin mata aku mahu naik ke angka seribu kalau begini selalu.

Khairi melukis-lukis gambar perempuan cerewet ini diatas kertas kosong apabila mindanya mula terbayang akan wajah wanita itu. Siap ada cogankata :

'Saya mahu plan ini diubahsuai sekali lagi. Gabungkan yang asal dan terbaharu awak buat. Saya mahu semuanya siap hari Isnin minggu depan.'

Kemain lagi engkau kan. Sudahlah hari ini hari Jumaat. Hendak balik kekampung terpaksa ditundakan ke minggu hadapan. Cuti hujung minggunya bermain-main dengan komputer, pensil, kertas dan sebagainya. Kalau orang lain keluar bersuka ria mahupun bercintan-cintu dengan awek masing-masing. Nasib baik aku masih tidak ada teman wanita. Kalau tidak masak kepala otak aku nak jaga itu ini. Nasib...nasib...

Tutt...tuttt..

Telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan masuk tertera nombor telefon pak utehnya. Khairi menggaru kepala yang tidak gatal. Kerana plan projek usahama kedua-dua syarikat, dirinya tidak terurus seminggu dua ini. Wajahnya sudah sedikit berjambang, berkumis halus dan rambutnya juga sudah panjang. Dia membetulkan tone suaranya supaya pak utehnya tidak emngetahui bahawa dia benar-benar penat!

"Assalamualaikum pak uteh."

"Waalaikumsalam Nasrun." Panggilan yang digelarkan saudara maranya yang terdekat. Kalau kawan-kawan pejabat lebih gemar memanggilnya Khairi. Mana-mana pun sama tetap dalam satu nama!

"Apa khabar Pak Uteh. Lama tak jumpa Pak Uteh ya. Mak Uteh sihat ke?" Berbahasa lembut sahaja daripada Khairi Nasrun.

"Pak Uteh khabar baik. Samalah Mak Uteh kamu pun. Kami nak balik kampung hujung minggu ni. Kamu nak ikut sekali tak? Tak payahlah naik motor balik kampung. Tumpang kami sahaja Nasrun. Lagipun bahaya naik motor tempuh lebuhraya yang panjang baik ke Johor Bharu nun."

"Maaflah Pak Uteh, saya tak dapat nak balik kampung minggu ini. Ada kerja kecemasan kena siapkan untuk hari Isnin nanti. Boss saya mintak tolong daripada saya. Jadi saya kena jugaklah buat." Ujarnya.

"Kalau macam itu tak mengapalah. Kami balik sahajalah untuk urusan besar perihal kamu. Ada orang berkenan dengan kamu Nasrun. Insya'allah lepas balik dari kampung Pak Uteh datang rumah sewa kamu." Berita yang disampaikan oleh Pak Utehnya membuatkan telefon bimbitnya hampir terlepas daripada tangan. Aku lelaki bukan perempuan tau. Bila masa pula ada orang berkenan dengan dia?

Dunia sudah terbalik ke?

"Err...Pak Uteh...perihal apa itu? Lain macam betul bunyinya."

"Ada keluarga besar nak jadikan kamu menantu Nasrun. Nantilah kita jumpa bincangkan hal ini."

Gedebuk!

"Kenapa tu Nasrun?" Pak Uteh terperenjat.

"Err...takde apa-apa Pak Uteh, 'buku' saya terjatuh."

"Ha..kalau macam itu minggu depanlah hari Rabu Pak Uteh dengan Mak Uteh datang rumah sewa kamu. Nak harap kamu datang rumah Pak Uteh memang takdelah. Sibuk memanjang sahaja kamu tu."

"Ha..? Err..ha..ok Pak Uteh."

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam Pak Uteh...kirim salam mak ya Pak Uteh."

"Baiklah..."

Talian dimatikan. Aku menahan sakit dipunggung akibat terjatuh dari kerusi apabila mendengarkan berita yang benar-benar mengejutkan ini. Keluarga siapa pulak yang berkenan dengan aku? Jumpa pun tidak pernah.

Haru macam ini!

*********

URUSAN peminangan berjalan dengan lancar. Aku yang dari tadi duduk diluar seakan gelisah menghimpit rasa. Naik malu pun ada, naik segan pun ada jugak. Memang tak pernah dibuat orang apabila menyediakan diri sahaja. Urusan duir hantaran bakal bapa mentua aku sediakan sebagai hadiah hantaran daripada pihak keluarga perempuan. Memang betul-betul tidak pernah dibuat dek orang!

Bukan aku tidak ada simpanan, malahan ukup untuk menanggung segala perbelanjaan hantaran kepada pihak perempuan. Kata bapa mentua aku, dia sudah lama memerhatikan segala tingkah laku dan prestasi kerja yang aku lakukan didalam syarikat usahamanya. Rupa-rupanya syarikat itu juga bernaung dalam syer yang sama!

Macam mana aku boleh tidak perasan yang anak lelaki sulung yang menerajui syarikat yang sedang aku bekerja kini. Patutlah baik sangat, rupanya mengikuti jejak langkah ayahnya yang begitu pemurah. Boss...boss...dengan saya pun hendak berahsia. Tapi aku sendiri pun tidak pernah hendak bertanya, jadi bagaimana ketua aku itu hendak bercerita. Baharu perasan yang wajah ketuaku dan bakal bapa mentuaku memang ada seiras. Lagipun takkan aku hendak terhegeh-hegeh soal selidik salasilah keluarga ketua aku?

Khairi Nasrun... Khairi Nasrun.

Tiba-tiba pemikiran aku melayang terhadap seorang wanita yang pernah tersalah menyerang rumahku. Kalaulah aku pakai cermin mata tempohari mesti aku dapat tengok wajah wanita ibarat naga air itu. Apabila aku buat perbandingan antara pengurus pembangunan Meka Holdings dengan wanita 'meroyan' itu hampiar sama kesombongannya.

Aku tersenyum mengingatkan perihal itu. Bagaimanalah nasib budak lelaki yang buat hal dengan perempuan itu ya? Kalau tak terseliuh mesti patah riuk dikerjakan. Mana tidaknya pintu rumah aku pun sampai hendak roboh dikerjakan. Petang-petang waktu aku hendak melepaskan lelah selepas berhempas pulas menyiapkan pelan yang dikehendaki. Alih-alih mahu gabungkan kedua-duanya.

Memang menahan rasalah kalau sesiapa yang berkerja dengan perempuan cerewet seperti itu. Tidak lama kemudian nama aku dipanggil Pak Uteh untuk masuk ke dalam bagi urusan sesi perkenalan pula.

Kenapa jantung aku macam hendak pecah?

Aku melangkahkan kaki sambil doa tidak putus-putus keluar daripada bibir. Punyalah ramai saudara-mara serta sahabat handai yang hadir dalam majlis pertunangan ini. Paling tak sangka majikan aku sudah memanggil aku adik ngah. Aku hanya tersenyum terdengarkan gelaran yang sudah meniti dibibir tetamu yang ada.

'Amboi...handsomenya bakal anak menantu kau Zah.'

'Sesuai benarlah dengan Afrina tu Dato Alfian'

'Cepatkanlah terus urusan pernikahan mereka berdua ni. Tak sabar pula tengok mereka berdua bersanding'

'Bertuahnya dapat calon menantu lelaki seperti Khairi Nasrun ni ya. Sopan santun, berbudi pekerti selepas itu memang rajin pula menguruskan pelan-pelan syarikat kita ya Alfian'

"Berdesup-desup pujian yang kau dengar daripada mereka ya Khairi Nasrun. Tinggi saham kau!" Omel aku sendirian didalam hati.

Sampai sahaja aku dihadapan bakal isteri yang aku nikahi nanti. Mata aku terpaku melihat kecantikkan wajah itu. Sebelum ini nampak biasa sahaja dipejabat cuma mulutnya sahaja tidak berkunci macam bertih jagung. Tetapi kenapa hari ini aku lihat wajahnya begitu mengayukan? Senyumannya yang begitu mempesonakan? Siapakah dirimu sebenarnya Nur Afrina?

Tergugup-gugup aku menyarung cincin pertunangan ke jari manis milik wanita ini. Perempuan yang duduk disebelahnya juga macam seperti aku kenali. Tetapi dimana ya? Ah! Aku buang jauh-jauh persoalan itu dan terus menerus menatap wajah milik Nur Afrina. Ada seiras rupa bakal mak mentua aku.

"Jom nikah esok?" Itu yang terpacul daripada mulut aku. Wajah Nur Afrina merona kemerahan. Aduh! Macam mana boleh terlepas cakap!

"Sabar..." Lembutnya Nur Afrina bersuara kepada aku. Hilang terus cerewetnya dan bebelan yang menyakitkan telinga aku sebelum ini.

Terpautkah aku?

*********

TINGGAL seminggu sahaja aku dan tunanganku Khairi Nasrun akan melangsungkan pernikahan. Alhamdullillah perhubungan yang direstui oleh mama dan papaku menampakkan bibit bahagia yang aku idamakan. Syafiq telah hilang sepenuhnya dari hatiku dan kini digantikan pula oleh Khairi Nasrun yang begitu mencintai aku setelus hati. Tipulah kalau tidak ada perselisihan faham. Itupun hanya batas dalam soal kerja sahaja. Kalau aku merajuk, gemar mengajak aku pergi makan ataupun tnegok wayang untuk hilangkan rasa marah.

Pandainya memujuk. Tetapi wajahnya macam pernah aku lihat sebelum ini walaupun jarang bertemu dipejabat. Tetapi dimana ya?

Aku membuat perbandingan personaliti antara Syafiq dan Khairi Nasrun. Nampaknya tunangan aku ini memenangi carta nombor satu dihatiku. Tidak pernah aku dengar dia mengeluh atau menarik muka jikalau aku merajuk mahupun memarahinya. Tersenyum sahaja dan paling membuatkan aku terpesona adalah lesung pipi kiri dan kanannya yang begitu meruntun jiwa meskipun berjambang dan rambutnya sedikit panjang itu. Hai bertuahnya badan!

Usai segala kerja aku telah berjanji dengan tunanganku untuk mencuba persalinan penikahan serta persandingan untuk kali yang terakhir. Entah kenapa aku merasa seronok pula membonceng motorsikal milik Khairi Nasrun. Kalau dahulu akulah perempuan cerewet yang tidak mahu kena panas, hujan, debu-debu kota serta macam-macam lagilah. Tetapi kini aku juga telah membiasakan diri untuk menjadi orang yang bersederhana seperti Khairi Nasrun.

Mulanya aku tidak percaya juga, wajah agak menarik seperti Khairi Nasrun tidak mempuanyai kekasih hati. Mak Uteh yang beria-ia bercerita perihal tentang anak saudaranya yang tunggal ini. Rupanya Khairi Nasrun merupakan anak ketua kampung di kampung halamannya. Walaupun agak sempoi tetapi terserlah karismanya sewaktu membuat pembentangan pelan usahama yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat.

Tutt...tutt...

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama yang sudah agak lama menyepi. Darah aku mula menyirap kembali. Elok-elok dah sejuk panas dihati datang pulak malaun ini menyibuk! Apalagi yang dia hendak? Dahulu bukan main lagi sombong kata takkan menghubungi aku lagi selepas insiden memalukan dia tempohari. Padanlah muka, siapa suruh buat pasal dengan aku!

"Hello! Kau nak apa lagi mangkuk?"

"Assalamualaikum...Afrina..." lembut sahaja suara itu kedengaran. Tetapi belum cukup untuk membuatkan darah aku yang tengah menyirap tenang kembali. Naga air tengah tidur pi kacau pasai apa?!

"Hah..waalaikumsalam. Dengar sini kau tak payah nak telefon aku lagi. Tak lama lagi aku nak jadi isteri orang dah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah celikkan mata aku supaya tidak tertipu dengan permainan cinta kau. Itulah balasannya apabila kau permainankan cinta suci yang aku taburkan untuk kau suatu masa dahulu. Lepas ini kau jangan berani telefon aku lagi. Aku takkan teragak-agak buat aduan pada polis mengatakan kau menganggu ketentaraman sejagat. Aku dah cakap aku benci kau sampai mati!" Aku menghamburkan segala kemarahan. Airmata aku yang tleh lama kering akhirnya mengalir sekali lagi. Ianya menunjukkan betapa sakitnya yang aku rasakan.

"Afrina...I cuma nak mintak maaf pada you sayang... I tahu I silap dan salah buat you macam tu. I dah dapat balasan daripada Allah. I dah insaf. I pohon kemaafan daripada you. Itu sahaja yang I harapkan." Lemah sahaja aku mendengarkan suara milik Syafiq. Sakitkah dia? Kenapa pula aku tiba-tiba merasa kasihan?

"Kau jangan nak sayang...sayanglah dengan aku. Padanlah muka kau! Tanggunglah sendiri. Masa buat tidak ingat dosa pahala. Dah dapat balasan baru hendak insaflah...mintak maaflah kononnya. Sudah jangan cakap apa-apa lagi. Aku tak nak dengar. Bye!"

"Afrina...maafkan I..." Kedengaran hujung suara ditalian telefon bimbitku. Aku terus menekan butang off. Airmata aku mengalir lebat. Tidak mungkin kerana sayang aku jadi begini. Namun cinta itu masih juga terpaut meskipun hati ini pernah dilukai.

Selamat tinggal Syafiq.

"Assalamualaikum Nur..." Tiba-tiba kedengaran suara tunanganku yang sudah berada didepan mata. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Oh....

"Errr...waa..waalaikumsalam Nas..." Aku menjawab tergagap-gagap. Aku tidak mahu tunangan aku tersalah anggap dengan panggilan tadi.

"Jom...nanti lambat pula. Lepas tu kita pergi makan ya. Bagi awak tenang balik." Khairi Nasrun menghadiahkan senyuman yang membuatkan hati aku kembali sejuk.

"Tapi tadi tu...awak...tadi tu...dengar kan...saya...tadi..." Tersekat-sekat aku bersuara.

"Takpe saya faham. Meh sini saya kesat airmata awak. Lepas ini jangan bazirkan airmata untuk lelaki yang pernah menyakiti hati awak suatu masa dahulu. Saya ada disisi untuk menemani awak sampai bila-bila. Apabila awak sedih senantiasa ingatkan saya ada untuk merawat luka itu."

Makin lebat airmata aku mengalir. Khairi Nasrun....awak memang baik!

*********

AKU dan Khairi Nasrun telah selamat diijabkabulkan. Terpesona aku melihat wajah suamiku ini. Tiada lagi jambang, tiada lagi rambut yang panjang dan paling aku tertarik senyumannya yang memang mencarik hati. Tampan rupanya suami aku ini. Kenapa tidak berjumpa dari dahulu? Kalau tak mesti dah kahwin awal-awal. Ngeeee...

Terbaik wa cakap sama lu!

Aini datang menghampiri aku. Semua orang sudah berangkat untuk pulang ke rumah masing-masing Aini dan suami serta anaknya masih lagi menemani aku. Aini berkata sesuatu dan membuatkan mulut aku terlopong. Memang kecil sungguh jodoh yang ditentukan oleh Allah ini.

"Kalau kau nak tahu, inilah mamat yang kita tersalah serang dengan kes Syafiq tu. Tak sangka aku mamat serabai ini memang kacak bergaya rupanya. Untung kau, serang hendap rumah orang terus jadi laki. He he he..."

"Weih betul time itu aku tak sengajalah. Manalah aku nak perasan nombor rumah suami aku tu. Aku ni kan kalau dah marah main belasah aje."

"Alah...tak kisahlah janji dah jadi laki. Seribu kali baik daripada Syafiq yang berperangai tak senonoh itu. Aku doakan sahabat sejati aku ini bahagia dunia dan akhirat tau. Cepatlah dapat baby banyak-banyak boleh window shopping dengan aku." Ujar Aini yang kini sedang berbadan dua untuk kelahiran yang kedua. Hebat sungguh kisah cinta diaorang ini. Hew hew hew...

"Terima kasih sahabat! Bagilah aku petua. He he he..."

"Suami kau yang akan bagi petua nanti. Ha ha ha..." Aku tersengih mendengar usikkan Aini yang memang terkenal lurus bendulnya itu. Sebab itu aku dan dia boleh jadi sahabat karib semenjak dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang.

Aku memohon diri daripada Aini serta ahli keluarganya. Aku mendekati Khairi Nasrun yang kini sudah menjadi suamiku yang terbaik.

"Abang...Nur nak cakap sikit..."

"Nak cakap banyak pun boleh sayang..."

"Err...ingat tak perempuan yang 'meroyan' yang serang rumah abang dahulu?"

"Serang rumah? Oh yang itu. A'aaa...sampai nak roboh rumah abang. Kalau pintu ok lagi. Kenapa?"

"Err....err...macam mana nak cakap eh...errr...perempuan tu..perempuan tu..."

"Kawan sayang ke?"

"Sayang ler yang serang hendap rumah abang. Entah macam mana boleh tersilap pintu rumah. Maaf ye...he he he..."

"Ohh..sayang ke? Patutlah macam pernah nampak wajah kawan sayang tu dengan wajah sayang tapi macam samar-samar. Maklumlah rabun jauhlah katakan. Tu dia...hebat nooo isteri abang. Kalau nak renovate rumah tak payah panggil buldozer dah. Sayang pun boleh robohkan rumah." Suamiku mengusik. Aku sudah memuncung.

"Abang! Ini yang nak jadi naga balik ni."

"Auw...auww..sakitlah ketam sayang ini. Aduh..sudah..sudah..jangan cubit lagi. Ok..ok...abang mintak maaf. Naga jadi ketam lagi tak boleh tahan."

"Apa? Abang nak kena lagi eh?"

"Tak...tak...abang melawak aje. Tak kisahlah siapa sayang yang dahulu. Janji kini sayang dah jadi milik abang yang sah. Harapan abang keluarga yang kita bina nanti akan membahagiakan sayang untuk selamanya. Siapapun sayang waima naga air sekalipun, abang terima sayang seadanya."

"Abang....terima kasih..tapi berhentilah cakap pasal naga air. Nanti sayang betul-betul jadi naga tak tidur malam abang nanti."

"Yelah...jom masuk bilik..."

"Eh! Siang lagi ok. Jangan nak mengenyam sangat. Tu semua tu siapa nak bereskan?"

"Eh! Belum malam eh? He he he..."

Terima kasih papa, mama, Mak Uteh dan Pak Uteh kerana menghadiahkah Khairi Nasrun menjadi suamiku. Terima kasih kepada Allah untuk pertemuan hati antara kami. Terima kasih abang kerana menerima Nur Afrina seadanya. Nur cintakan abang sehingga ke akhir hayat.

Jodoh pertemuan ditangan Allah. Cepat atau lambat memang sudah dimaktubkan dalam salasilah yang Allah tebarkan. Syukurlah pada pemberian Allah untuk hamba-hamba yang dikasihinya.

**********

TAMAT

2 kata-kata pujaan:

nim said...

kisahnya biasa saja, tapi saya suka cerpen ni :)

DALIA NA ZA said...

nim : mekaseh ye...kitew suke awak baca jugak cerita ini :)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*