Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 5

     RINA merempuh masuk ke bilik setelah selesai dari membasuh baju. Yanti terkejut. Lantas disimpan diarinya cepat-cepat. Rina tersengih seperti kerang busuk kerana tersedar kesilapannya.

“Eh! Petang ni korang ada pergi mana-mana tak? Aku ingat nak ajak korang keluar sekejap. Pergi bandar beli barang makan sikit. Lagipun stok dah banyak habis ni.” Rina berbasa basi. Zulia hanya terbaring kepenatan akibat mengikuti aktiviti pagi tadi.

“Tak rasanya...” Balas Zulia ringkas. Matanya hampir terlelap.

“Ok set... Petang ni pukul empat kita keluar ya...” Ajak Rina.

“Saya ikut saja. Lagipun memang ada barang saya nak beli.” Yanti tersenyum.

“Tapi bagi aku tidur dulu sekejap boleh tak? Penat dan mengantuk sangat ni...” Zulia merayu.

“Boleh...Nanti aku kejutkan kau.” Sapa Rina mesra.

“Huargghh...Tiga malam yang lepas nampak monyet tu buat hidup aku berserabut.” Zulia menguap.

“Kau pergi layan dia kenapa? Kau pun satu cari penyakit.” Rina sudah mula membebel. Zulia menekup mulutnya.

“Mana ada aku layan... Dia yang sengaja langgar bahu aku. Apalagi aku pun balaslah balik...Mana boleh diamkan...Hehehe...” Zulia mengekek teringat peristiwa malam itu. Dia melihat muka Kamarul terkulat-kulat menahan marah. Zulia merasa puas.

“Awak berani betul ye panggil Abang Kamarul begitu...” Yanti menyampuk.

“Apa? Abang? Uwek...Muntah hijau dengar kalau panggil dia ABANG!” Zulia meluat.

“Kan dia lebih tua daripada kita. Kenalah hormat kan...” Yanti tersenyum dan faham melihat keadaan rakannya itu.

“Awak tak apalah Yanti. Kalau saya sorry nak panggil dia abang. Panggil monyet cukup...Hehehehe.” Kata Zulia dan Rina hanya ketawa.

“Korang berdua ni kan. Sama-sama ego tau tak... Masing-masing nak menang. Agaknya kalau bercinta aku rasa terbalik bangunan dalam USM ni...” Rina mengusik dan Zulia mencebik.

“Tak hingin aku nak bercinta orang macam Kamarul monyet tu... Buat rugi aje.” Laju sahaja jawapan yang keluar dari mulut Zulia. Yanti dan Rina berpandangan.

“Tak apa kita tengok nanti. Kalau korang berdua sama-sama jatuh cinta aku orang pertama akan bagi surat beracun. Hahahaha... “Selamba Rina menuturkan kata-katanya. Zulia membeliakkan matanya dan lantas membaling selimut kearah Rina. Sempat Rina mengelak.

“Saya pula akan bagi kad tahniah pada awak...” Yanti turut menyokong. Mereka tertawa bersama.

“Daripada korang membazir nak buat benda macam tu lebih korang belanja aku makan. Ada juga faedah. Sudahlah...Aku nak tidur sekejap. Letih benar ni. Jangan lupa kejutkan ye...” Tutur Zulia dan mula membetulkan bantalnya.

Rina dan Yanti berpandangan semula dan terus menggeleng. Tersenyum mereka melihat gelagat Zulia. Mereka berpakat mencari jalan untuk memulihkan hubungan hambar antara Kamarul dan Zulia. Tidak tahan melihat antara mereka berbalah hanya kerana ego. Sikap itu hanya akan memakan diri masing-masing.

Kamarul dengan egonya ditambah pula dengan barannya. Zulia dengan egonya juga malah ditambah lagi dengan kedegilannya. Bertemu buku dengan ruas. Seorang keras kepala dan seorang lagi kepala angin. Kesimpulan yang dibuat oleh Rina dan Yanti terhadap Kamarul dan Zulia. Masing-masing sama perangai. Akhirnya mereka tertawa.

*****
    
     YANTI gadis pemalu dalam diam meminati Haizam. Namun dia sembunyikan perasaan itu sedalam-dalamnya. Tidak mahu sesiapa mengetahui isi hatinya. Setiap kali terserempak dengan Haizam jiwa nuraininya akan bergetar hebat. Yanti hanya mampu melemparkan senyuman kepada Haizam. Tidak mampu meluahkan perasaannya terhadap Haizam. Bimbang dia sendiri yang akan terluka seandainya Haizam menolak.

Haizam yang ramah hanya membalas senyuman ikhlas tanpa sebarang niat. Yanti berbunga-bunga keriangan. Pada diari kecil miliknya tempat dia meluahkan segala rasa hati. Tersimpan kemas rahsia peribadinya disitu. Dia sentiasa memastikan diarinya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dia cukup berhati-hati. Kemana sahaja dia pergi diari itu sentiasa menemani.

Rina dan Zulia selalu pelik melihat Yanti akan usung beg galasnya ke sana sini. Namun mereka tidak mahu mencampuri urusan peribadi Yanti. Bagi mereka itu adalah haknya. Hak yang tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.

Yanti sentiasa memuja Haizam dalam lenanya. Entah mengapa sejak mengikuti program Mahasiswa itu dia jatuh suka melihat Haizam. Hanya Haizam seorang yang tidak terjerit-jerit dan memekik-mekik. Sangat tenang dan bersahaja malah tidak kedekut memberikan senyuman. Namun Yanti tidak mengetahui bahawa Haizam meminati Asmira Zuraina. Tetapi nasib tidak menyebelahi Haizam apabila perasaannya tidak dilayan oleh Asmira dan menganggap itu hanya satu gurauan.

Yanti sering melayani perasaannya sendiri. Setiap kali dia menghilang pasti Rina dan Zulia akan bertanya kemanakah dia pergi. Alasan yang sama pergi ke perpustakaan. Ada sebab mengapa Yanti selalu kesana. Rahsia itu hanya Yanti seorang sahaja yang tahu.

Yanti tahu bahawa Rina dan Zulia bukanlah jenis orang yang suka menyibuk perihal orang lain. Yanti sangat menyenangi rakan sebiliknya itu. Malah cukup menghormati hal peribadinya.

*****
 
     RINA yang baru sahaja selesai mandi melulu masuk ke bilik. Selalu benar dia begitu.

“Eh! Dah pukul berapa ni?” Soal Rina tiba-tiba dan Yanti terkejut.

“Err... pukul empat.” Yanti menjadi gugup tiba-tiba.


“Eh! Kenapa dengan awak ni? Macam nampak hantu je? Hehehe...” Usik Rina.


“Bukanlah. cuma terkejut sebab awak masuk melulu. Nasib baik si Zulia ni tak terperanjat.” Yanti memberi alas an.

“Eh.... Sorry...sorry... Bukannya apa. Tengah berkemban ni. Itu yang laju berlari masuk ke bilik. Terlupa bawa baju tadi.” Jawab Rina menutup malunya.

“Tak apa....” Yanti tersenyum. Dia memang tidak lokek untuk sedekahkan senyuman.

“Wah...wah...perempuan sorang ni. Sedap betul tidur ye.” Rina mengejutkan Zulia yang terlena.

“ZiZi....ZiZi....bangun....bangun...dah pukul empat ni. Jom keluar beli barang. Kau nak tidur berapa lama lagi ni? Tak baik tidur lewat petang. Nanti cepat bengap.” Gelaran ringkas itu hanya Yanti dan Rina sahaja yang tahu selain daripada ahli keluarganya. Secara tiba-tiba Zulia terbangun apabila mendengarkan ayat terakhir daripada Rina. Tertawa Rina melihat gelagat Zulia.

Hallo...hallo....ayat terakhir tu bagi tapis sikit. Zip mulut tu kang.”

“Hehehe....amboi terus terbangun dan segar bugar ye. Sudah pergi mandi cepat. Aku dengan Yanti dah nak bersiap ni. Kau tu mandi macam puteri raja. Lambat...”

“Mandikan untuk aku boleh?” Zulia merayu manja. Lantas Rina menarik cuping telinga Zulia dan membuatkan Zulia mengaduh.

“Ampun Madam...Ok Madam...Saya bangun mandi sendiri Madam...Jangan marah Madam...Nanti cepat tua Madam...” Mendengarkan jawapan Zulia terhambur tawa Rina.

“Kau ni kan... Ada saja lawak yang kau nak buat...Lama-lama senak perut aku kalau asyik ketawa saja.” Kata Rina dan membuatkan Zulia dan Yanti tertawa gembira.

“Baik bukkkkkk...” Zulia mencapai tuala dan berlalu pergi.

“Saya rasakan Zulia tu memang orang yang kelakarlah.” Yanti memuji.

“Tak perlu rasa-rasa awak. Dia tu memang kelakar. Susah nak tengok dia bermuram. Kadang-kadang pelik pun ada. Tapi saya tabik dekat dia sebab berani melawan kata-kata senior. Ramai jugalah yang geram dengan dia. Tapi dia buat selamba aje.”

“Itulah awak. Kadang-kadang saya risau juga kalau senior-senior tu membuli dia. Tapi sekarang saya tengok sudah terbalik. Dia yang membuli orang!” Yanti menjerit kecil.

“Betullah....” Rina mengangguk tanda setuju dan mereka tertawa lagi.

Mereka bersiap-siap sementara menanti Zulia. Sambil itu Rina berbaring seketika dan Yanti seperti biasa menyimpan diari rahsianya dengan selamat. Rina hanya memandang sunyi. Tidak mahu menyibuk perihal Yanti dan diarinya.

Sorry...sorry...lambat sikit pasal tak ada dayang nak tolong mandikan aku...” Zulia berseloroh.

“Banyaklah kau punya dayang... Cepat sikit.” Arah Rina kerana jam sudah menunjukkan hampir ke pukul lima petang. Risau mereka akan balik lewat. Undang-undang telah menetapkan bahawa tepat pukul sembilan malam mahasiswa dan mahasiswi tidak dibenarkan masuk lewat ke dalam kampus.

“Yelah mak nenek...” Zulia mengejek. Rina membaling bantalnya kearah badan Zulia.

“Luculah awak ni Zulia.” Yanti sesekali meyampuk.

“Saja menyakat Rina ni Yanti...” Zulia mengenyitkan matanya. Yanti hanya tersenyum. Rina tertawa. Mereka sangat serasi tinggal bersama. Biarpun sebelum ini tidak pernah bersua muka. Universiti Sains Malaysia yang menemukan mereka dan terus terjalin persahabatan. Utara Selatan menjadi saksi.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*