Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 August 2010

KERANA ZULIA ZAFIRA : BAB 4

      DI KALA mereka sedang bersantai perihal masing-masing, tiba-tiba Yanti bersuara memecahkan hening malam.

 
“Awak tak takut ke Zulia?” Soal Yanti.

“Takut? Tak ada maknanya nak takut dekat monyet tu. Padan muka dia. Puas hati saya dapat kenakan dia tadi.” Zulia tersenyum riang. Pembalasannya terlunas jua apabila dia berjaya memalukan Kamarul.

“Kau jangan main-main Zulia. Dia tu senior kita.” Rina memberi amaran.

“Peduli apa aku dengan pangkat dia. USM ni bukan dia punya pun. Setakat orang macam dia tu aku tak hairan langsung.” Zulia mula membongkak.

“Tak adalah beb. Aku tengok korang berdua ni macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa mesti nak bergaduh. Mesti nak bertekak. Esok-esok jatuh cinta baru tau!” Rina tersengih. Zulia membulatkan matanya yang galak itu.

“Apa! Jatuh cinta dengan monyet tu? Kau ni buat lawak betullah Rina. Hahaha...” Zulia menghamburkan tawanya. Yanti hanya tersenyum. Malas mahu ikut campur.

“Aku doakan benda tu jadi betul. Jangan lupa hantar kad dekat aku dan Yanti bila korang kahwin nanti. Hahaha...” Rina berseloroh.

“Hahaha...Kahwin dengan monyet tu. Please... Baik aku kahwin dengan pen ke...pensil ke...pemadam ke...Takpun suruh mama aku carikan jodoh untuk aku terus.” Zulia menjawab selamba.

“Banyak lagi benda yang aku nak kejar untuk capai cita-cita aku. Daripada aku layan si monyet tu baik aku study rajin-rajin. Ada juga faedahnya. Dah berjaya esok aku nak buka perniagaan kedai perabot dan bunga segar.” Zulia berkongsi cita-cita dan impiannya sejak kecil. Bunga segar merupakan sumber inspirasinya untuk mencari mood yang tenang.

“Wah! Esok-esok aku nak beli perabot dekat kedai kau mesti dapat murahkan...” Rina bersahaja.

“Boleh...boleh...korang punya pasal aku boleh bagi diskaun yang menguntungkan. Tak gitu Yanti...” Zulia melagakan bahunya kepada Yanti.

“Saya akan pastikan awak bagi diskaun!” Spontan Yanti menjawab dan mereka semua tertawa.

*****

     KEJADIAN yang merobek maruah Kamarul benar-benar buatkan Zulia berpuas hati. Pasti kejadian itu akan diingati sampai bila-bila. Manakan tidak Zulia berani menuangkan kuah laksa dikepalanya sewaktu mereka bertengkar di kafe. Kemudian Zulia meninggalkan drinya dengan senyuman sinis. Kamarul membentak menahan kemarahan yang meluap-luap. Membuatkan dia semakin membenci gadis itu. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terlopong dan tidak berani masuk campur.

Kamarul berlalu pergi dengan hati yang panas. Berulang kali dia masuk ke bilik air membersihkan dirinya. Namun bau kuah laksa itu masih melekat di rambutnya. Kamarul semakin memberontak. Tidak sabar untuk membalas dendam terhadap Zulia.

“Berani kau buat aku macam tu ye! Siaplah kau! Peperangan akan bermula!” Kamarul membentak.

“Kamarul...aku nasihatkan kau tak payahlah ikutkan sangat hati kau yang panas tu. Bukan dapat untung apapun.” Haizam tidak putus-putus menasihatinya lagi.

“Mana boleh! Aku tak kira...Sekarang aku isytiharkan peperangan dengan budak tu. Kali ini aku akan buat dia menangis. Jangan sangka aku akan berdiam diri!” Kamarul menghamburkan marahnya. Haizam sudah tidak mampu menenangkannya. Marahnya benar-benar sudah menguasai diri.

Kamarul tersenyum berdiri di depan cermin kecil itu. Hari pembalasan itu akan tiba. Zulia akan diaibkan sepanjang hidupnya.

“Kau akan menyesal Zulia Zafira Zainuddin!” Kamarul menyeringa dengan penuh dendam.

Haizam malas mahu melayan kerenah Kamarul. Dicapai tualanya untuk membersihkan badan.

“Zam....jom lepas mandi aku belanja kau makan. Jangan lupa text As sekali.”

“Yelah...kau tunggu jap. Aku nak mandi. Melekit sudah badan aku dengan kemarahan kau tadi. Hehehehe” Haizam berseloroh mengenakan Kamarul.

“Banyaklah kau. Aku tunggu dekat bilik menonton di lobi. Cepat sikit. Jangan mandi lama sangat macam itik pulang petang.” Giliran Kamarul mengenakannya semula.

“Yelah...yelah...” Haizam malas mahu membalas. Dia tahu akhirnya dia sendiri yang akan terkena.

“Orait...”

*****

     DALAM perjalanan turun ke lobi. Kamarul sempat lagi berfikir mahu mengenakan Zulia. Senyuman tidak pernah lekang di bibir nipisnya. Dia akan memastikan bahawa Zulia tidak akan terlepas dari genggam.

Kamarul seronok kerana Zulia memberi respon terhadap permainannya. Bagi dirinya orang yang melawan akan menjadi perhatiannya. Dia akan melakukan permainan yang paling kejam. Semester lalu dia membuli pelajar junior sehingga pelajar itu menangis. Merayu padanya hentikan permainannya dari membuli.

“Zulia Zafira Zainuddin... Aku akan kerjakan kau puas-puas. Baru kau tahu sama ada langit itu tinggi ataupun rendah. Jangan cuba bermain api dengan aku.” Kamarul berkata sendirian. Siaran televisyen tidak lagi menarik perhatiannya. Dalam otaknya memikirkan pembalasannya terhadap Zulia.

Kamarul semakin tersenyum lebar. Sampaikan Haizam hadir pun tidak disedari olehnya. Haizam menggeleng melihat kerenah Kamarul yang tidak mahu beralah.

“Hoi! Berangan apa tu? Ingat budak tu lagi ke?” Sergah Haizam tidak semena-mena. Kamarul terkejut dan hampir tersungkur.

“Woi! Terkejut aku!” Kamarul bertempik. Haizam ketawa berdekah-dekah.

“Hahahaha...Padanlah muka. Siapa suruh berangan.” Haizam mengejek.

“Aku bukan beranganlah.”

“Itu kau punya pasal. Sekarang aku dah lapar. Jom kita pergi makan. Asmira tunggu kita dekat depan Dewan Santapan.”

“Itulah keje kau. Makan...makan...” Kamarul mencebik.

“Habis tu kalau tak makan nanti mati kebulurlah aku.” Haizam membalas.

“Tengok perut tu! Kalau aku jadi awek kau pun aku akan lari. Bawak-bawaklah berdiet sikit kawan...” Kamarul mengenakannya.

Hallo brother.... Boroi itu menawan tau. Kau tu rambut dah macam mop aku tengok. Guntinglah sikit. Berserabailah. Rimas aku tengok!”

“Hahahaha...Aku lebih suka serabai macam ni. Kalau aku kacak sangat nanti Asmira jatuh cinta pula dengan aku...” Jawapan Kamarul membuatkan hati Haizam tersentap. Namun cepat-cepat dia mematikan perasaan itu.

“Asmira boleh jatuh cinta dengan kau? Jangan bermimpilah. Dia tu kan macam lelaki sikit.”

“Hai...Bunyi macam orang kecewa je kau ni. Takkan kau minat As pulak?” Kamarul memasang perangkap.

Sorry bro. Aku tak terfikir ke arah itu lagi. Apa yang penting study nombor satu.” Haizam cuba menyembunyikan kegusarannya. Soalan Kamarul seperti membunuhnya.

“Yelah...yelah....Dah jom gerak. Karang mak nenek tu membebel pedih telinga aku dengar.” Kamarul dan Haizam menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.

*****

     DALAM perjalanan Kamarul ternampak kelibat Zulia yang baru pulang arah berlawanan. Kamarul mula memikirkan sesuatu untuk mengenakannya.

Zulia yang sedang rancak berbual tidak menyedari Kamarul berselisih dengannya. Tidak semena-mena bahu Zulia sengaja dilanggar dan menyebabkan dirinya terdorong ketepi. Habis uku-bukunya terjatuh. Zulia mengaduh.

“Padan muka!” Ejek Kamarul.

Zulia tidak menyedari siapakah gerangan yang melanggarnya. Apabila wajahnya di toleh ketepi. Alangkah terkejutnya dia kerana tidak menyangka akan bertemu dengan Kamarul. Zulia mula terasa wajahnya membahang.

“Bodoh betul! Buta ke apa mata tu sampai main langgar-langar je orang yang lalu lalang kat sini?”

“Apa kau kata!” Kamarul berpaling. Panas telinganya mendengar kata-kata Zulia.

“Lah ingatkan buta aje. Tak sangka pekak badak ye...” Zulia sengaja mencari nahas.

“Kurang ajar punya budak... Baru hingusan nak tunjuk lagak! Aku lempang muka kau kang!” Haizam menahan kemaraan Kamarul.

“Ish...ish....dayus sungguh lelaki memukul perempuan. Agaknya dia ni datang dari planet manalah kan...” Semakin galak Zulia mengundang amarah Kamarul.

“Kau tengok tu Zam...perempuan zaman sekarang mulut macam murai tercabut ekor!” Balas Kamarul.

“Sekurang-kurangnya tak adalah perangai macam makhluk seorang ni! Harap sempurna tapi sayang akal pendek.” Zulia membalas semula.

“Sudahlah tu Rul. Jom kita pergi. Lambat nanti As marah pulak. Sudah...sudah...jom.”

“Terima kasih abang Haizam. Tolong bawak makhluk ni jauh-jauh sikit. Sakit mata saya tengok.” Kata Zulia seakan mengejek.

“Kau tunggu....kau tunggu....” Kamarul memberi amaran.

“Tunggu apa monyet? Tunggu kau masuk dalam sungai?” Zulia sudah tidak peduli.

What the....”

See yaa monyet....” Zulia berpaling dan terus mendapatkan rakan-rakannya. Lalu meninggalkan Kamarul yang terkulat-kulat menahan amarah.

“Kau tengok budak perempuan tu. Kurang ajar betul di panggilnya aku ni monyet!” Getus Kamarul.

“Yang kau cari pasal dengan dia siapa suruh. Elok-elok budak tu berjalan kau yang sengaja langgar dia. Kalau aku pun aku marah. Sekarang tanggunglah sendiri. Budak tu besar kepala pun pasal kau jugak.” Haizam sengaja menambahkan keadaan yang semakin tegang.

“Kau ni kawan aku ke kawan dia? Sudahlah! Jom!” Kamarul menghamburkan amarahnya dan Haizam hanya tersenyum.

“Aku nasihatkan kau jangan selalu sangat nak kenakan budak tu. Esok-esok kau terus angaukan dia pulak. Time tu pijat semut pun tak mati.” Haizam berseloroh lagi. Kamarul tidak membalas. Malas melayan usikkan Haizam. Mereka berjalan pantas kerana sudah hampir terlewat menemui Asmira. Pasti Asmira akan membebel. Apabila Asmira membebel akan berdesing telinga Kamarul dan Haizam. Mereka sudah masak dengan bebelan maut Asmira kerana boleh bercakap tanpa henti selama satu jam!

*****

     DARI jauh Asmira sudah nampak Kamarul dan Haizam. Naik lenguh kakinya menunggu mereka berdua. Asmira sudah mula naik geram.

Sorry...sorry... Tadi ada hal kecemasan.” Kamarul memberi alasan.

“Apahal yang kecemasan sangat tu! Kot ye pun text lah aku kalau nak datang lambat. Aku dah macam tunggul tau tunggu korang lama-lama dekat sini!” Asmira menghamburkan kemarahannya.

Sorry lah geng. Janji tak jadi lagi macam ni. Ok?” Kamarul memohon maaf dan mengangkat tangannya menyusun sepuluh jari. Asmira mendengus.

“Kamarul ni kecemasan sebab berperang mulut dengan junior kesayangan dia tu...” Sengaja Haizam mengenakan Kamarul. Bulat mata Kamarul mendengar jawapan Haizam dan terus menyiku perutnya. Haizam mengaduh tahan senak.

“Pasal budak tu lagi ke? Kau ni... Kan program tu dah berlalu dua minggu lepas. Kau nak bermusuh dengan dia apsal? Aku tengok budak tu elok aje. Kau yang mencari masalah dengan dia. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Suka benar membuli orang. Esok-esok dia yang buli kau balik padan muka!” Asmira menepelak.

“Itu hal aku dengan dia. Korang tak payahlah masuk campur. Dah...dah...jom pergi makan. Aku dah lapar ni.” Kamarul mengelak dan terus berlalu. Asmira memandang Haizam. Kedua-duanya mengangkat bahu. Terus membuntuti Kamarul dari belakang.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*