Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

21 February 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 13



HAFIZ tiba diperkarangan rumah dan hatinya menjadi sebal. Dia risau akan rajukan Intan namun dia juga berasa gembira seolah-olah Intan tidak sabar menunggu kepulangannya. Ya! Bila Hafiz teringat kembali pesanan ringkas daripada Intan, Hafiz tersenyum.

"Sejak bila ibu tukar panggilan jadi umi ni?"

Pintu dibuka perlahan bimbang akan mengejutkan penghuni rumah yang sudah terlena. Jam sudah menginjak ke angka dua belas malam. Perjumpaan bersama client siang tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Client yang tidak lain tidak bukan adalah Kamal, sahabat yang sekian lama menghilangkan diri. Syarikat Kamal merupakan salah satu pemohon tender yang ditawarkan oleh syarikat Hafiz. Pada mulanya pertemuan awal membuatkan masing-masing kehilangan kata-kata untuk berbicara.

Ketenangan Hafiz akhirnya membuahkan hasil apabila Kamal mula berbual santai dengannya. Tiada lagi perbualan yang melibatkan ketegangan urat. Hafiz dan Kamal berbaik semula dan perbalahan lama akhirnya berakhir dengan pertemuan semula yang sudah melebihi daripada sepuluh tahun.

"Assalamualaikum Acik Hafiz... Lambatnya balik."

"Waalaikumsalam Hada. Maaf Acik ada perjumpaan dengan client tadi. Dia sahabat baik Acik Hafiz dulu. Errr....Acik Intan mana?"

"Rindu ke? He he he..."

Hafiz hanya tersenyum dan menumbuk lembut pipi Hada...

"Rindulah jugak. Makcik sorang tu kan merajuk sebab Acik mungkir janji..."

"A'aaaa rajuk Acik Intan lain macam pulak sekarang ye...Marah bukan main lagi. Sampai tak keluar bilik. Makan tu pun belum lagi tu..."

"Hah! Tak makan lagi?"

"A'aaa Acik Hafiz. Pujuk eh Acik Intan...dia tu bukan boleh kalau tak makan. Senang kena gastrik..."

"Oh! Ok..ok... Acik naik dulu?"

"Dipersilakan Acik Hafiz...Hik hik hik..."

Hafiz tersenyum lagi sambil menggeleng. Shuhada memang kaki mengusik juga! Tiba di depan pintu Hafiz siap berdoa sekali agar marah dan rajukan Intan hilang segera. Dipulaskan tombol pintu namun ianya berkunci.

"Nak suruh aku tidur luar ke apa ni? Adoyai buah hati aku sorang ni..."

Hafiz mencari-cari kunci bilik dan dia baharu tersedar masih belum buat pendua. Hafiz menepuk dahi dan terkejut dengan kehadiran Shuhada.

"Acik cari ini ke? He he he..."

"Err....a'aaaa..." Hafiz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Nasib baik hada ada kan...kih kih kih..." Shuhada memeberikan kunci penduanya kepada Hafiz.

"Itulah...kiranya Acik memang nasib bertuah harini.."

"Acik ambil dulu, jangan lupa buat pendua okey... Selamat memujuk kekasih yang tengah menjadi harimau lapar tu tau...ha ha ha..." Shuhada berlalu meninggalkan Hafiz yang sedang tersengih bagaikan kerang wangi. Wangi? Wangi lagi....

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Alangkah terkejutnya Hafiz apabila terlihat satu lembaga yang serba putih sedang duduk tegak di atas sofa. Rambut mengerbang dan berwajah putih. Hendak tercabut jantung Hafiz tatkala itu.

"Astafiqfirullahalazhim!"

"Ini sayalah...!"

"Hah! Sayang ke tu? Apsal jadi macam ini rupa?"

"Baru bangun, tadi tertidur tadi tunggu Perdana Mentari balik..."

Hafiz tersenyum. Dia pasti bahawa Intan Maisarah masih lagi merajuk.

"Maafkan abang...tak sengaja nak balik lewat. Client abang tadi banyak betul ceritanya... Sayang belum makan kan...Jom makan sama-sama dengan abang..."

"Eh! Takpe...takpe...saya tak lapar. Kenyang lagi..."

Tiba-tiba terdengar sesuatu yang berbunyi datang dari perut Intan. Dia terkedu dan Hafiz tergelak.

"Kenyang konon. Tu bunyi apa tadi tu? Bukan bunyi keroncong kelaparan ke? Sudahlah jangan merajuk lagi, abang betul-betul minta maaf. Mari makan dengan abang. Kalau berdegil lagi nanti abang terus dukung aje. Cepat buat pilihan..." Haifz tahu ugutan DUKUNG memang membuatkan Intan akan terus mengalah. Intan memang kalah kalau bab-bab romantika.

"Errr....takpe...takpe..saya boleh jalan sendiri. Turunlah dulu, Intan nak basuh muka..."

"Jom mandi dengan abang sekali nak?" Hafiz sengaja mengusik lagi.

"Hah!? Errr...takpelah Intan basuh muka dengan sinki dapur. Abang mandilah sendiri...sayang siapkan apa-apa yang patut..."

Hafiz terkejut mendengar butir bicara Intan yang terakhir. Hafiz terlompat-lompat keriangan. Intan Maisarah terkejut melihat perlakuan Hafiz.

"Terima kasih sayang..."

"Hah!? Terima kasih apa pulak ni...tetiba je..."

"Tadi abang dengar sayang panggil abang ni abang...takde awak lagi...lepas tu sayang panggil diri sayang...takde dengar saya lagi dah.."

"Errrr...mana ada, memandai aje...saya tersilap cakaplah..."

"Errkk..." Hafiz terkedu seketika. Intan memang kaki coverline terbaik punya! Hafiz layankan sahaja.

"Oklah...saya turun dulu..."

Hafiz hanya mengangguk sambil tersengih. Intan menjungkit bahu. Apabila terlintas di hadapan cermin Intan terjerit.

"Makkkkkk! Hantu....hantu...abang...tolong ada hantu depan cermin..." Intan berlari mendapatkan Hafiz. Nafasnya turun naik dengan laju. Hafiz ketawa sambil memegang perut. Intan memandangnya pelik.

"Itu bukan hantu sayang...itukan diri sayang... Itu pasal masa abang masuk dalam bilik tadi abang pun terkejut. Tadi tu tersilap cakap lagi ke? Ni sekarang tersilap peluk ke? He he he..."

"Errrr....Intan keluar dulu." Intan memboloskan dirinya daripada Hafiz. Malu yang entah ke berapa kali pun Intan tidak tahu. Tebal mukanya mengalahkan batu konkrit! Namun yang paling membuatkan dia termalu-malu adalah apabila pantas berlari memeluk tubuh Hafiz dengan erat. Apabila tiada idea untuk mengelak Intan cepat-cepat melarikan dirinya semula. Intan mengetap bibir mugilnya sambil mengepal-ngepal penumbuknya. Malam ini entah apa yang telah terjadi pada dirinya.

Sampai di ruang dapur, Intan menuju ke bilik air di tingkat bawah. Dia memandang cermin kecil yang elok terlekat di dinding dan Intan ketawa. Wajah sendiri yang ditepek bersama bedak sejuk sambil rambutnya sudah kusut masai akibat tertidur sebentar tadi benar-benar merubahkan wajah yang comel ke ala-ala kakak pontianak. Patutlah dia dan Hafiz boleh terkejut! Setelah membersihkan wajah dan mendandan rambutnya dengan bersih Intan keluar daripada bilik air. Terkejut melihat Hafiz sudahpun menunggu di meja.

Sekejap betul dia mandi?

"Sayang buat apa lama-lama dalam bilik air? Hampir setengah jam abang tunggu..."

"Hah!? Bukan tadi saya baru masuk ke?"

"Mana ada...dah lama sayang berada dalam bilik air tu..."

"Ye ke...?"

"Ye...lauk dah panaskan ke belum? Kalau belum abang tolong..."

"Eh! Tak payah. Duduk aje kat situ. Kejap Intan panaskan."

"Kalau macam tu abang ambilkan nasi..."

"Eh! Tak payah jugak. Duduk aje diam-diam kat situ. Biar saya buat..."

Hafiz hanya menjungkit bahu. Dia membiarkan Intan melakukannya semua. Intan menyenduk nasi di dalam periuk sambil membiarkan lauk dipanaskan terlebih dahulu. Air suam dituang ke dalam gelas jernih itu. Diambil air basuh tangan mangkuk kecil yang telah diisi dengan air paip. Kain untuk mengelap tangan juga diletakkan di bawah mangkuk air basuh tangan itu. Semua lauk yang telah dipanaskan dimasukkan ke dalam piring dan dihidangkan di atas meja. Hafiz hanya memerhati gerak geri Intan sambil tersenyum-senyum. Intan hanya menjeling dari ekor matanya. Dalam hati berbunga riang sebab ini kali pertama Hafiz merasa masakan dari air tangannya sendiri.

Intan duduk di hadapan Hafiz. Hafiz bangun dan terus menuju ke kerusi sebelahnya. Intan terasa berdebar. Haruman sabun mandi daripada badan Hafiz mengusik sedikit naluri kewanitaannya. Intan cepat-cepat memegang sudu untuk mengambil sayur campur dan tiba-tiba tangan Hafiz menyentuh tangannya. Bagaikan terkena elektrik sudu itu terlepas dari tangan Intan. Hafiz ketawa.

"Tangan abang ada elektrik ke?"

"Er..er..." Intan hilang butir bicaranya. Tidak tahu memberikan alasan yang paling logik untuk Hafiz. Intan menyuap terus nasi ke dalam mulut. Hafiz menyendukkan lauk untuk Intan. Ikan goreng dicubit dan dibahagikan dua untuk Intan.

"Sayang...I love you... Janji dengan abang Intan tak pergi mana-mana ye. Abang akan sentiasa rindukan Intan, sekarang pun tengah rindu separuh mati jugak ni. Abang mintak maaf sebab balik lewat dan buatkan Intan tertunggu-tunggu sampai tertidur dengan perut yang masih kosong. Abang takkan buat macam lagi dengan Intan. Esok kita pergi rumah ibu ye..."

Intan tercekik. Hafiz tergelak lagi. Intan hanya tersenyum di dalam hati. Oh bahagianya! Intan hanya mengangguk dan lidahnya terkelu mendengar pengakuan romantis Hafiz. Hati ini sudah semakin sayang tetapi kenapa aku masih lagi hendak berlakon? Susah sangat ke hendak tunjukkan bahawa aku pun sayangkan dia? Aduhai...ke aku ini penakut?

"A'aaa...ok... Siang tadi umi call. Maaf jugak sebab hantar pesanan ringkas macam tu."

"Sejak bila ibu abang tukar gelaran jadi umi ye? Tak tahu pulak abang. Intan dengan umi ni macam belangkas pulak ye..."

"Errr....umi...eh..ibu abang...eh..ibu awak yang bahasakan dirinya umi. Sayang...eh saya ikut aje..."

"Ni kenapa tergagap-gagap pulak? Sayang nak belajar tukar panggilan diri eh...? Takpe abang tunggu sampai sayang mahir..."

"Err...tak...tak...saya...saya...saya..." Intan terdiam kaku apabila Hafiz mengucup jemarinya. Bibir Intan disentuh dengan jemari Hafiz.

"Cuba jangan banyak bagi alasan. Kekadang abang geram dengan Intan ni tau. Ada je alasan nak mengelak dari abang. Cakap ajelah Intan pun suka, sayang, rindu dan cintakan abang...bukannya susah sangant pun kan." Hafiz meluahkan rasa hatinya.

"Sayang...abang sayangkan Intan. Sumpah sayang, betul abang cintakan sayang. Entah bagaimana abang nak gambarkan perasaan abang yang di dalam ini. Kalaulah boleh dilihat dengan mata kasar, pasti Intan memahami apa yang abang rasakan sekarang."

"Sayang nak tahu...sewaktu hari penikahan kita, abang terpandangkan wajah sayang bertudung dengan sepersalinan pakaian nikah abang terpukau dengan keindahan milik sayang. Wajah sayang hari-hari abang rindu. Di tempat kerja tadi pun abang dah berangan-angan pasal sayang. Abang...." Intan meletakkan jemarinya pula dibibir milik Hafiz.

"Tolong bagi Intan masa? Seperti mana yang telah kita bicarakan beberapa hari lepas di dalam kereta milik awak..."

"Baiklah abang bagi masa..."

"Tolong jangan tergopoh-gapah apabila mengucapkan kata sayang...kata cinta...kata rindu..."

"Sumpah sayang..ini bukan tergopoh-gapah...Ini betul-betul..."

"Syhhhh....jangan senang-senang bermain dengan perkataan sumpah. Kelak diri awak sendiri yang merana nanti."

"Sekarang abang tengah meranalah ni. Sumpah dah makan diri abang. Abang sayang Intan..abang...cinnn..."

"Syhhhh...sudah makan. Intan tahu awak sayang, rindu dan cintakan saya. Saya faham."

"Jadi sayang terima abanglah ni?"

Intan hanya mengangguk dan terus menyuapkan nasi ke dalam mulut Hafiz. Hafiz mengucup sekali lagi jemari milik Intan.

Tiba-tiba...

"Aduh! Sakitlah..."

"Abang geram!"

"Kot ye pun tak payah ler sampai nak gigit tangan saya ni... Tangan saya ni bukan ikan goreng tu..."

"He he he..."

"Yeah! Yeah! Yahooooooooo!"

Hafiz dan Intan terpandang sesama sendiri dan terkejut melihat Shuhada sudah terlompat-lompat keriangan. Mereka tersenyum melihat keriangan Shuhada.

"Yes! Acik Intan dan Acik Hafiz sudah jadi loving couple....Hada suka...Hada suka..."
Intan bangun dari tempat duduknya dan terus menarik telinga Shuhada. Shuhada mengaduh sambil menaikkan ibu jari dan ditunjukkan kepada Hafiz. Tergelak Hafiz melihat perlakuan Intan dan Shuhada.

"Suka betul mengendap!"

"He he he..."

"Pergi masuk tidur! Esok nak sekolah. Hish budak kecik ni!"

"Eleh...esok cutilah...esokkan hari Sabtu. Apalah Acik Intan ni."

"Err...tak kiralah...pergi masuk tidur. Jangan kacau Acik Hafiz nak makan."

"Malulah tu kalau Hada tengok Acik Intan main suap-suap nasi dengan Acik Hafiz kan kan kan..."

"Hada!"

"Ha ha ha...Ok...ok..tak kacau. Selamat menjamu selera sambil bercintan cintun..." Shuhada melarikan dirinya dan Intan tidak sempat menarik telinga Shuhada sekali lagi. Hafiz tersenyum dan bangun menarik tangan Intan. Intan terpanar apabila Hafiz mencium rambutnya. Intan duduk diam dan giliran Hafiz menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Pada mulanya Intan menolak namun mulutnya tersua juga apabila Hafiz cuba mengugut mencium pipinya. Merah padam wajah Intan tatkala ini. Hafiz gembira. Intan terasa bahagia! Hilang semua rajuk dan marahnya siang tadi.

6 kata-kata pujaan:

Zass said...

ermmm. so sweet... harap cinta hafiz tu x pudar... and intan! awak cuba beranikan diri tu sikit... diakan suami awak.. apalh salahnya awak luahkan je perasaan awak tue...

DALIA NA ZA said...

korro : ekekekeke...intan ni penakut sebab tak pernah bercintan...pompuan ganaih dia ni..hahahaha

Seorg wanita... said...

Lawaklah Intan ni... depan hafiz, semuanya kalut..hehehe..

Suker, Intan dah makin kalut sbb dalam hati penuh dgn bunga-bunga cinta utk Hafiz..

DALIA NA ZA said...

seorang_wanita : terima kasih kerana sudi follow cerita ini..

maaf semua...sejak kebelakangan ini idea lambat timbul hehehehe...
thanks sebab sabar tunggu bab seterusny...peace!

^_^

MaY_LiN said...

oho..
acik acik da luv luv ya

areyou said...

hahhaahhaha....so sweet...x sbr nk bace next n3..

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*