Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

15 January 2012

PREVIEW CERPEN KE LIMA



AKU melangkah lemah menuju ke pejabat pagi ini. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku tidak gembira dan selesa hendak membuat kerja. Lagi-lagi kena mengadap muka lelaki yang semakin hari semakin menyampah aku tengok. Pelbagai cara dia lakukan untuk menyakitkan perasaan aku. Elok-elok kerja yang sudah sedia ada aku buat, tup..tup terus 360 darjah aku kena tukarkan buat kerja lain.

"Airin, apsal monyok aje aku tengok kau pagi ni? Mana hilang ceria kau ni? Orang kalau baru kahwin seronok gembira. Ini tidak, muncung aje aku tengok pagi-pagi."

"Hmmm...aku takde mood nak buat keje la. Lagi satu bermula bulan hadapan dah kena buat keje lain. Kalau tak menyusahkan aku takpe. Ini esok-esok datang dekat aku minta yang bukan-bukan! Aku tak nak ikut versi orang lain. Lagipun perkahwinan ini pun sudah dirancang kedua orang tua kami. Manalah aku nak tahu rupanya boss sendiri jadi laki aku! Menyampah betul." Aku mendengus.

"Tak baik cakap macam itu Airin. Walau macam mana pun, dia tetap boss kita dan merangkap suami kau. Terima sahajalah hakikat yang korang berdua dah kahwin." Suhana berkata sambil menasihati aku.

"Eeiii...tak kuasa aku. Lagi dia buat macam itu lagi sakit hati aku tau. Dah lah..tak nak cerita pasal dia. Kau dah minum? Jom teman aku pi minum nak?" Aku mengulumkan senyuman.

"Belum. Tapi boleh ke turun minum jam sekarang?"

"Kau ikut ajelah. Kalau dia bising aku pulagkan paku buah keras dekat dia pulak. Kalau dia tak nak orang lain keluar minum lambat, jadi dia pun tak boleh buat macam itu. Setakat seminggu sekali takpe kan? Ini hari-hari aku tengok, berbulu jugak mata. Lepas tu terus tanya, itu dah siap ini dah siap. Ingat aku ini robot ke apa.."

"Ok...ok...jom gi minum. Kau ini bukan boleh, karang hangin kau merebak sampai ke tempat lain. He he he."

"Kalau bab dia aje aku naik hantu. He he he...Jom..laparlah...kat rumah tadi takde selera nak makan." Aku tersengih.

"Itulah, kat rumah jual mahal. Tak nak minum dengan laki kau tu."

Aku sudah menjenggilkan mata. Suhana tesengih.

************************************

AKU terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Rasa hendak ghaib sekarang jugak. Apalagi dia hendak? Aku kan dah tak buat semua kerja tu. Apsal aku pulak yang kena panggil! Tension betul.

"Masuk!"

"Ada apa Encik Hakim panggil saya? Hendak 'hakim' saya pasal apa pulak?" Aku tidak menunggu lama. Meluncur laju sahaja pertanyaan aku.

"Kalau ya pun duduk dulu. Ingat sikit saya ini siapa." Hakim membalas sinis. Semakin lama semakin sesak kepalanya melayan sikap dingin Airin yang telah dilantik menjadi pembantu peribadinya. Daripada bahagian operasi terus melencong ke bahagian korporat. Isteri yang baharu sahaja dinikahinya tidak sampai tiga bulan telah melancar perang besar-besaran. Dirumah jangan kata hendak berbual mesra. Hendak bercakap sepatah pun sudah terjadi perang teluk.

"Hah...ada apa Encik Hakim. Saya nak buat kerja yang berlambak-lambak Encik Hakim bagi dekat saya. Nanti kena 'hakim' pulak kan..." Sinis sahaja mulut aku bercakap. Malas sudah hendak menjaga perasaannya. Dari zaman belum kahwin sampai dikenakan kahwin aku memang anti sikit dengan dia. Yelah, orang kain punya salah aku pulak yang kena. Telinga sampai naik pekak bila kena tengking tau.

"Awak ni Airin, tak habis-habis ke nak bertekak dengan saya. Bermusuh dengan saya? Hormatlah sikit siapa saya sekarang. Dosa pahala isteri dibahu saya sekarang. Awak nak digelar menjadi isteri derhaka ke?" Tempelak Hakim dan membuatkan aku terdiam. Balik-balik ugut aku benda yang sama. Aku pun tak tahu, hangin apa yang tengah merasuk aku sekarang. Asal bertembung mata, mulut aku kalah bertih jagung yang sedang menggelegak.

"Huh..."

"Saya tak tahu macam mana lagi saya nak kena buat supaya hati awak tidak sedingin ini. Kalau dekat rumah kita bergaduh tak mengapa sebab luar dalam kita yang sahaja yang tahu. Tapi kalau bergaduh memanjang dipejabat rasanya tidak professional. Awak tetap pekerja saya dan saya tetap majikan awak. Awak kenalah asingkan hal peribadi dan kerja. Tak bolehlah nak dicampur adukkan sekali. Bukan saya seorang yang jadi buah mulut. Awak pun sekali akan terbabit. Malah boleh buat kedua keluarga kita terjebak sama." Panjang lebar Hakim bersuara dan membuatkan hati aku benar-benar semakin sakit.

"Saya berhenti dua puluh empat jam bermula dari sekarang!" Aku terus keluar daripada bilik Hakim dan dada aku berombak laju. Apa hendak jadi, jadilah sekarang. Aku tidak mahu luka dihati semakin bernanah sekian hari.

"Airin! Airin!" Aku terdengar Hakim menjerit memanggil aku. Nasib baik bilik ini hanya kami berdua duduki. Aku pantas mengambil tas tangan aku dan berlari keluar daripada pejabat. Airmata aku merembes kerana hati terlalu sakit.

Entah dimana silapnya tiba-tiba pandangan aku kini menjadi gelap. Gelap sangat sehingga mata aku tidak boleh dibuka.

"Hakim..." Hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut aku kerana tersayup-sayup terdengar suara lelaki itu memanggil namaku.

*********************************

PERLAHAN-LAHAN aku membuka mata. Aduh! Sakitnya melihat cahaya terang itu. Rasanya baharu semalam sahaja aku terlelap. Kepala semuanya terasa sakit. Paling sakit adalah bahagian dada. Terasa macam hendak pecah.

"Airin...baring sahaja. Airin belum sembuh lagi tu..." Kedengaran suara ibuku yang cuba membaringkan aku semula. Semua aku lihat berdiri melihat keadaan diriku. Cuma satu wajah sahaja aku tidak nampak. Mana dia? Isteri tengah sakit boleh pula dia menghilangkan diri. Nampak sangat membencikan diri aku. Makin bertambah benci aku kepada Hakim.

"Sakitlah ibu dada Airin. Macam nak pecah rasanya." Aku merengek bagaikan anak kecil.

"Memanglah, kesan pemedahan tu belum baik lagilah Airin. Lagi sebulan dua baiklah tu. Airin rehat ya. Airin nak makan? Ibu suapkan bubur ni ya."

"Lapar juga ibu. Tapi Airin nak tanya kenapa dada Airin kena bedah? Haritu apa yang berlaku kepada Airin ya? Berapa lama Airin berada dalam wad?" Bertalu-talu soalan aku lontarkan.

"Sekarang ni Airin rehat dulu. Makan. Bila dah sihat sikit nanti ibu cerita ya. Abang tolong tengokkan Airin sekejap. Anum nak sediakan bubur untuk Airin." Aku melihat ibuku berlalu pergi dan ayah hanya mengangguk sambil tersenyum. Mak dan bapa mentuaku hanya sekadar melihat kearah aku dengan wajah yang sayu. Aku melihat airmuka Adam seperti orang menahan marah sahaja. Aku cuba tersenyum tetapi aku tersentak melihat Adam mendengus marah. Aku terkejut.

"Kenapa dengan Adam tu ayah? Kenapa semacam Airin tengok muka Adam tu?" Ujarku perlahan.

"Biasalah orang sedang hadapi peperiksaan. Takkan Airin tak kenal sikap adik Airin tu. Mari ayah betulkan bantal Airin supaya selesa." Ayah menepuk-nepuk bantal sambil membantu diriku duduk dalam keadaan yang selesa.

"Kenapa Hakim takde? Dia tak ingat isteri dia yang tengah sakit nazak ni ke?" Luncur sahaja perkataan sinis yang keluar daripada mulut aku.

Ayah, mak dan bapa mentuaku berpandangan sesama sendiri. Aku hairan melihat perilaku mereka yang secara tiba-tiba itu.

"Airin...Hakim...Hakim..." Tersekat-sekat mak mentua aku untuk berbicara.

"Kenapa dengan Hakim? Dia dah ceraikan Airin kan? Baguslah kalau macam itu." Aku menempelak. Adam datang menghampiri aku.

"Kak Airin jangan tuduh abang Hakim sembarangan tahu! Adam malu ada kakak yang perangai macam budak sekolah. Umur kakak dah nak masuk dua puluh lima tahun bukan umur lima tahun! Kalau takda abang Hakim, tak tahulah macam mana nasib Kak Airin!" Adam bersuara dan membuat aku merasa jelek. Entah apa yang hebat sangat tentang Hakim pun tak tahulah. Kenapa semua orang kuat sangat membela dia? Aku ini yang sakit bukan dia.

"Kalau Kak Airin mati pun tak mengapalah!" Adam bersuara lagi dan membuatkan aku benar-benar terkejut dan tersentak dengan kata-kata yang tajam itu. Sedihnya adik kandung sendiri berkata sebegitu.

"Adam!" Ayah bertempik. Tiba-tiba dadaku sakit. Kelam kabut mak mentuaku mendapatkan aku. Ayah dan bapa mentuaku berlari memanggil jururawat yang bertugas. Ibu yang datang bersama semangkuk bubur terkejut melihat suasana yang tiba-tiba menjadi tegang. Adam sudah terkaku.

**********************************

Bersambung ^_^

2 kata-kata pujaan:

blinkalltheday said...

x sabar nk baca...

DALIA NA ZA said...

blink : mekaseh sebab sudi jadi pembaca belog kitew tak seberapa neh...hew hew hew:)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*