Followers
02 March 2012
KISAH HATI KITA - BAB LIMA
Posted by DALIA NA ZAApasal bila dengar lagu Yuna yang terbaharu "Terukir di Bintang' ini buatkan hati aku jadi gundah gulana? Kenapa nama Irfan Mikail menderu-deru ada dalam fikiran aku ketika ini? Kenapa begini pulak jadinya pada diri aku sekarang? Ini yang buatkan aku rimas dan lemas!
Syoh....syoh...pergi jauh-jauh Irfan Mikail! Bila teringatkan awak, hati saya tiba-tiba jadi lemah. Saya rimas menjadi seorang perindu!
Tetapi bila dengar lagu Aliya 'Kisah Hati' macam menyindir aku pun ada. Bait-bait lagu itu buatkan aku terngiang-ngiang tentang Irfan Mikail. Airmata tiba-tiba mengalir laju dan buatkan nafas aku menjadi sesak.
Ombak Rindu lah sangat!
Abang Ari dengan Rosie sudah membuat pengumuman tentang hubungan mereka. Rupanya Abang Ari sebagai posmen sahaja antara kawan baik dia dengan si Rosie. Cis! Mati-mati aku pikiaq depa duaorang bercinta. Rupanya masing-masing simpan cerita sebaliknya Si Rosie pun satu, berahsia-rahsia sangat dengan aku buat apa!
Abang Ari bantai gelakkan aku cukup-cukup sebab serkap jarang tidak mengena! Kuang ajaq betui!
"Irfan...saya....haihhhhhh." Fikiran aku terus melayang teringatkan Irfan Mikail yang kini sudah berada jauh beribu-ribu batu.
Aku melihat cincin dijari masih bersinar-sinar warna emasnya. Abah telah membuat keputusan mengikat tali pertunangan dahulu dan meminta keluarga Irfan memberi tempoh untuk anak daranya melunaskan cita-cita yang lama terpendam itu. Irfan Mikail pada mulanya agak keberatan tetapi setelah abah terangkan segalanya baharulah Irfan mengalah.
Abah memang best!
Sekarang ini aku kena bijak jaga hati kedua-dua pihak. Maka aku usulkan pada abah supaya lunaskan cita-cita aku dalam masa lima tahun ini. Kemudian terserah pada pihak Irfan untuk menuju ke langkah yang seterusnya. Andai jodoh aku dan dia kuat, maka memang sudah termaktub aku menjadi milik Irfan Mikail.
Kalau tidak, memang sudah suratan dari Allah kami hanya mampu merancang tetapi keredhaan Allah yang menentukan segala-galanya.
Hari terakhir nampak Irfan Mikail bergerak pulang ke Kuala Lumpur dan akan terbang ke London buatkan hati aku bagaikan mahu mengikut sama. Kalaulah Irfan tahu apa yang sedang bergejolak dalam sanubari aku mesti dia akan merasa bahagia bahawa aku benar-benar sayangkan dirinya.
**********
AKU buat-buat tak nampak kelibat Irfan Mikail yang mula munculkan diri untuk menghampiri aku. Kalaulah korang boleh nampak jantung aku berdegup laju-laju macam Datuk Lee Chong Wei smash bulu tangkis memang korang terror. Begitulah perasaan aku tatkala ini apabila Irfan Mikail mula menghampiri aku. Hendak larikan diri memang sudah tidak sempat sebab Irfan Mikail ini memang laju macam lipas kudung!
Pantang nampak aku mesti hendak melekat dekat-dekat. Dia ini memang tidak faham bahasa bila aku cakap aku rimas. Lagi aku suruh peri main jauh-jauh lagi dia makin dekat-dekat. Satgi katuk kapla baru tau!
Si Rosie ni pi mana pulak? Sejak dua menjak tinggal semester terakhir ini kerap benar menghilangkan diri. Kadang-kadang bila aku sedap-sedap buat taik mata baharu hendak telefon minta maaf tinggalkan aku. Inilah dia anak angkat kesayangan keluarga aku. Kalau marah karang, Abang Ari pula bagi silat gayung dengan aku.
Haa..korang hendak tahu apa jenis silat gayung Abang Ari? Silat gayung dia mengalahkan bebelan maut mak tau. Sekali dia buka mulut, beribu-ribu patah perkataan dia boleh dirasai dalam masa lima belas minit! itu pasal dia selalu jadi jaguh berdebat semasa sekolah dahulu. Kalahlah bertih jagung.
Syhhhhh..jangan bagitau Abang Ari ye... (eleh macamlah Abang Ari itu wujud dalam dunia realiti). He he he...
"Darl..."
"Panggil nama orang elok-elok tak boleh ke?" Aku mulalah hendak naik angin. Padahal hati sekarang tengah kembang setaman bila orang yang mula kita jatuh hati datang dekat-dekat.
"Sayang..."
"Nama saya Darlina Suraya. Bukan Darl...bukan sayang...bukan buah kepayang...bukan loyang ok." Mulut aku sudah mula membebel sebab hendak hilangkan rasa gemuruh bila dia bahasakan aku sayang. Siapa yang tidak terawang-awang bila dipanggil sebegitu? Lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah mula mendapat tempat dalam hati kita.
"Awak ini suka betul marah-marahkan saya kan? Dari semester ketiga sampai akhir semester pun masih lagi marah dengan saya. Bila hendak surut hangin awak tu? Esok kalau jadi isteri tak boleh marah-marah suami. Cakap kena lembut-lembut, tak boleh kasar-kasar tau. Kenalah belajar jadi isteri solehah."
Aduh mak macam kena tembak sahaja hati aku bila Irfan Mikail sudah mula melalut pasal isteri bagai. Tolonglah jangan tambahkan lagi sentimen perahsantan dalam lubuk hati aku yang kononnya sekeras kerikil tetapi sekelip mata sudah bertukar menjadi umbut kelapa. Errr ada ke macam itu?
"Habis mulut awak tu tak boleh diam."
"Esok kalau awak tak boleh dengar suara saya lagi baru awak tau. Saya nak tanya ni." Masih lembut Irfan Mikail berbicara. Kalau lelaki lain tak tahulah apa hadiah aku dapat. Mahu mulut yang bising ini kena soletip!
Eh..eh..kenapa Irfan Mikail cakap macam itu ye? Sajalah buat aku gabra tu. Dia memang cepat dapat tangkap kalau nampak airmuka aku mula tunjukkan wajah-wajah orang menggelabah.
"Ni awat sinetron pulak? Saya nak balik cepat ini. Kalau awak nak tanya apa-apa lekas sikit." Aku buat-buat orang steady cool. Padahal dalam hati getaran itu macam air dalam gelas tengah berkocak. Kalau korang faham, bagus kalau tidak faham sila abaikan perumpamaan aku yang entah apa-apa itu. Saja nak buat melalut.
"Saya nak tanya kalaulah satu hari nanti saya pergi jauh dari dalam hidup awak, boleh tak awak tunggu saya?"
"Ini apa punya soalan ini? Saya tak faham." Ke aku buat-buat tak faham sebenarnya? Ke sebenarnya aku sudah mula rasa takut kehilangan dia? Ke aku memang betul-betul sudah jatuh cinta? Ke aku ini sudah mula jadi gila bayang dengan lelaki yang terluku kepala aku sewaktu makan dahulu? Ke aku ni poyo? Aduh!
"Saya akan berpindah ke London. Lagi seminggu saya akan balik terus ke Kuala Lumpur kemudian terus berangkat ke London ikut family saya. Papa saya dapat tawaran berkerja dan bermaustautin disana. Saya rasa macam nak pinang awak sekarang kemudian ikut saya pergi sana. Awak setuju tak kalau saya datang pinang awak esok?"
Macam hendak pitam bila aku dengar cadangan daripada Irfan Mikail. Dia ini biar betul, ingat senang-senang mak abah aku hendak luluskan rancangan dia? Haih, silap haribulan kena semburan beracun daripada kata-kata abah.
**********
TERKETAR-KETAR aku dekat dapur bila Irfan Mikail datang dengan keluarga dia ke rumah. Memang kerja gilalah budak ini! Aku tidak beri kata putus pun semalam, pandai-pandai bertindak sendiri. Memanglah sudah mula sayang dan cinta tapi ini bukan caranya. Bukan pentingkan diri sendiri dan ketepikan penghormatan keluarga. Aku ingat lagi pesan abah supaya tidak keciciran ditengah jalan.
Tetapi hati aku pula yang keciciran sebab sudah mula jatuh hati dengan kesungguhan Irfan.
Pada mulanya abah agak tidak senang dengan rombongan mengejut ini. Kecut jugak hati aku bila nampak misai abah yang agak sedikit bergerak-gerak menahan rasa hati. Mana tidaknya, aku belum dapat segulung ijazah tiba-tiba dapat tetamu tidak diundang untuk rombongan meminang.
Nanti apa kata abah? Aku pada mulanya bercelaru rasa hendak larikan diri jauh-jauh dengan scooter aku itu. Mak pula hampir pitam bila tiba-tiba anak dara dia sudah hendak di booking orang. Abang Ari tak payah ceritalah, asyik sengih sindir bila tengok muka aku sudah mula terbias kerisauan. Adik lelaki aku yang baharu sahaja tiba dari asrama juga terkejut dengan keadaan isi dalam rumah.
Aku tengok papa dan mama Irfan berbual lembut sahaja dengan abah. Abah yang pada mulanya macam orang tidak senang hati sudah mula ternampak garisan senyuman dibibirnya. Aik! Ilmu apa Irfan pakai tambat hati abah aku? Ada ilmu jampi-jampi bagi senangkan hati abah aku ke?
"Macam ini Dato' Arshad, bukan saya tak mau terima pinangan ini. Sebagai orang tua saya kena tanya dahulu anak dara saya yang seorang itu. Kalau dia bersetuju, saya sebagai orang tua merestuilah perhubungan ini. Cuma ada satu syarat saja." Abah cuba berdeklamasi untuk berbicara dengan baik supaya tidak menyakiti mana-mana pihak.
"Tidak mengapa Komander Adnan, pihak kami pun hendak minta maaflah dengan pinangan mengejut ini. Anak bujang saya ini takut sangat kalau anak dara Tuan Komander dikebas orang. Kami sebagai orang tua tidak mahu membantah bila Irfan Mikail menyuaratkan hasrat murni begini." Lembut juga bakal papa mertua aku berbicara.
Bakal papa mentua? Amboi!
"Biasalah anak-anak muda masam sekarang. Tetapi elok juga daripada buat benda-benda tidak senonoh belakang kita. Zaman sekarang cabaran dan dugaannya kuat betul. Saya sendiri macam bermimpi bila tengok anak dara saya sudah besar sedangkan saya bagaikan baru mengendong seorang bayi perempuan."
Ada nada-nada sebak dalam abah bersuara. Aku yang kononnya ganas, tiba-tiba airmata mula mengalir. Sayangnya abah dengan aku.
Yaya sayang abah!
"Samalah kita Tuan Komander, Irfan Mikail ini sahajalah satu-satunya anak saya yang ada. Berkenaan dengan syarat Tuan Komander itu, eloklah kita panggil kedua-duanya sekali." Papa Irfan Mikail sudah mengeluarkan titah.
"Baik juga cadangan itu."
Aku rasa lutut aku sudah longgar bila mak panggil aku didapur. Kononnya dapat menyorok sekali kena panggil pula mengadap titah kedua orang tua. Irfan Mikail aku lihat tenang dan bersahaja bila berdepan dengan abah. Tanpa segan silu dia meluahkan rasa hatinya dan buatkan aku benar-benar terpanar seketika. Begitu banyak cinta dan sayangnya pada aku yang merupakan insan tidak seberapa ini. Jika dibandingkan hati aku dan Irfan, hati Irfan lebih lagi tulus menyayangi diri aku seadanya.
Abah mengangguk dan memeluk batang tubuh Irfan sambil menepuk-nepuk lembut. Eh! Abah sudah mula sayangkan Irfan ka?
"Saya sayangkan anak pakcik dan jauh dalam sudut hati saya bila dengarkan papa dan mama hendak berpindah ke London buatkan saya tidak duduk senang. Saya terima syarat-syarat yang dipinta oleh Darlina Suraya. Selepas lima tahun saya akan kembali dan terus memperisterikan Darlina Suraya, itu janji saya pakcik."
Aku terkelu.
"Saya minta maaf pada pakcik sebab terpaksa buat begini kerana kami akan berpisah jauh dan saya tidak rela Darlina Suraya disunting lelaki lain. Jadi saya mahu menyunting Darlina Suraya terlebih dahulu menjadi tunangan saya." Lembut sekali Irfan berbicara. Memang lelaki santun, kalah aku yang dilahirkan sebagai orang perempuan.
"Yaya? Macam mana?"
"Setuju..." Itu sahaja jawapan aku. Pendek dan ringkas. Ke aku tengah berangan sekarang ini?
Semua yang ada ketawa melihat keletah aku. Secara rasminya, aku sudah menjadi tunangan Irfan Mikail. Majlis memang serba ringkas, tiadak besar-besaran. Selamba aku yang memakai seluar jeans dan blouse labuh berwarna kuning menerima pinangan daripada pihak Irfan.
Memang kerja gila dari Irfan Mikail. Apa yang tertulis di dalam warkahnya tempohari benar-benar menjadi kenyataan. Aku yang selepas disarungkan cincin oleh bakal mama mentua aku terasa seperti hendak pengsan sebab macam tidak percaya dengan apa yang terjadi.
"Segalanya sudah selesai, kita mengikat tali perjanjian dalam tempoh lima tahun. Andai tiada jodoh mohon maaf dari dunia sampai akhirat. Seperti mana kita datang beradat maka bila terputus kita lakukan dalam cara beradat juga. Saya doakan jodoh anak saya dengan Darlina Suraya berkekalan." Aku hanya terkelu sambil memandang wajah Irfan Mikail.
Senyuman dia tampak bahagia. Bahagia benar dia bila mendapat kelulusan daripada abah untuk menyunting diri aku yang tidak seberapa ini. Aku kena bersiap sedia untuk mula berjauhan dengan Irfan Mikail. Kuatkah hati ini apabila berjauhan beribu batu nanti? Teguhkah cinta kami sepertimana cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah?
Ya Allah, peliharalah perhubungan ini dalam keredhaan dan rahmat-MU.
**********
BERITA yang aku dengar ini benar-benar buatkan aku rasa macam hendak pengsan. Rasa macam tidak percaya pun ada. Aku mendapat tawaran menjalani kursus latihan insentif di Tentera Udara Malaysia dekat Pulau Pinang juga. Oleh kerana aku ada kabel besar yakni abah sendiri, jadi tidak sukar untuk menempatkan aku di tempat kelahiran sendiri.
Semalam terima surat dan pesanan ringkas daripada tunangan aku memberikan ucapan tahniah. Dalam pada masa yang sama dia mengingatkan aku tentang janji yang termeterai dahulu. Maknanya lagi empat tahun lebih sahaja masa yang tinggal sebelum aku menukar status. Cis! Bikin tahap gabra aku menjadi-jadi.
Kata Irfan dia sekarang tengah menuntut bahagian Engineering di salah sebuah Universiti disana. Dia kata mahu mengambil ilmu pelajaran disana dan kemudian akan datang bawa balik ke Malaysia. Dia tidak mahu menetap disana kerana hatinya berada ditanah air Malaysia. Ke cangkut tu ada pada aku? He he he.
Ok aku berterus terang sekarang aku amat selesa dengan Irfan Mikail. Dahulu aku yang terkenal dengan sikap ganas aku kini sudah bertukar rupa menjadi gadis ayu. Emaklah orang yang paling gembira sebab tengok anak dara dia yang dahulu berpakaian separuh ala-ala lelaki kembali ke pangkal jalan menjadi wanita muslimah ayu seperti Irma Hasmie.
Selama tiga bulan duduk dalam kem menjalani kursus disini ada cabaran dan dugaan yang datang. Ada dua tiga orang senior sanggup bergaduh kerana aku. Gila ke apa? Kalau setakat berkawan ok aku setujulah kan. Tapi bila tang masing-masing hendak masuk meminang memang bikin serabutlah jawabnya.
Sekali bila aku berterus terang yang aku sudah menjadi tunangan orang, masing-masing kelu lidah untuk bertekak sana sini. Masing-masin mula menjauhkan diri kononnya menjeruk rasa. Dahulu kata hendak berkawan, jadi aku pun dengan jujur mengatakan tidak salah berkawan apa. Ini bila masing-masing sudah melalut aku kenalah umumkan status aku masa kini.
Irfan Mikail kata sanggup hendak balik ke Malaysia pergi berjumpa dengan abang-abang senior itu dan menjerit bahawa aku miliknya seorang. Amboi, aku milik ALLAH tau.
Minggu ini sudah mendapat kebenaran untuk balik ke rumah setelah tiga bulan berkurung dalam kem. Rindu dekat mak, rindu dekat abah dan rindu hendak bertekak dengan Abang Ari. Oh ya, Rosie? Dia sekarang tengah membilang hari untuk bernikah dengan kawan baik abang Ari. Romantik juga dua orang ini. Dalam diam Rosie sudah melakar masa depannya sendiri. Dia sekarang sudah berkerja pun dengan salah sebuah kilang ternama. Eksekutif lagi you.
Semua barang sudah aku pack siap-siap sebab esok pagi akan terus pulang bercuti. Rindu betul dengan masakan mak. Dalam rindu pada mak dan abah, terselit juga rindu pada Irfan Mikail. Ahaks. Ini kalau Irfan tahu aku rindu dia setengah mati, meleret-leret senyuman dia. Paling sadis akan automatik panggil aku sayang. Sudahlah perkataan itu buatkan dada aku berdebar sangat hebat.
Tengah pack barang tiba-tiba dapat panggilan daripada Irfan. Wah! Macam tahu-tahu aku sedang sebut-sebut nama dia.
"Assalamualaikum..hai sayang..." Kedengaran lembut suara milik Irfan Mikail seperti selalu sebelum ini. Aku yang macam orang terawang-awangan boleh berkhayal seketika.
"Assalamualaikum...sayang..." Kali kedua.
"Err..waalaikumsalam. Banyak duit awak call saya?" Soalku untuk menutup gugup. Padahal berkhayal seorang diri bila pantang mendengar perkataan sayang. Ceh!
"Setakat line Malaysia murah ajelah. Cepat turun, saya dah tunggu depan pagar ni. Bye."
Haaaa?! Aku rasa mahu pitam sekarang. Jangan dia buat perangai jumpa abang-abang senior itu sudah. Eleh! Bukan dia kenal pun. La la la...
**********
BERSAMBUNG...tetiba nak buat lebih sikit bab cerita KHK ni. Ho ho ho...
Sorry bersawang sikit sebab kesibukkan melanda hidupku kini. :P
Peace Yo!
Labels: MINI CERPEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kata-kata pujaan:
amboi..
tunang ekspress
may lin : hehehehe...Irfan tak nak Darlina kena kebas..hehehe
Post a Comment