Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

08 December 2010

CERITERA BULAN MADU ~ BAB 3



TERKEBIL-KEBIL mataku dikala tengah malam yang semakin dingin dan sunyi. Suamiku yang sedang berdiri diberanda sambil menghembus asap rokok membuatkan aku rasa tidak selesa. Kenapa malam ini mata payah benar untuk dilelapkan. Mengapa tidak seperti selalu, asal lentok kepala dibantal tidak sampai lima minit pasti air liur basi sudah berpeta. Hati ini semakin rasa tidak tenang. Aku mengigit jari menahan kegusaran.

Kemudian aku terdengar suamiku berdehem, mungkin petanda bahawa dia sudah menghabiskan sebatang rokok. Lalu suamiku menuju ke bilik air dan aku mendengar siraman air.

"Tak sejuk ke mandi tengah-tengah malam buta macam ni? Pelik betul... Mata aku ni apahal pulak. Time-time inilah payah pulak nak buat taik mata. Time bujang dulu tak paayh paksa pun. Eh! Mana bantal wangi aku? Takkan hilang pulak? Habislah...habislah...patutlah tak boleh tidur...alamak...habislah..habislah...habbbb...aaaaaa...."

Aku jatuh tergolek dari atas katil dan saat itu suamiku membuka pintu bilik air melihat kejadian yang memalukan itu. Lantas aku buat-buat luruskan kaki lagak seperti senaman. Suamiku menggeleng sambil tersenyum kemudian baru aku perasaan suamiku hanya bertuala berwarna hijau muda. Alangkah malunya aku tatkala ini, seolah-olah wajah disirami dengan air panas.

Ketika suamiku menjatuhkan kain tualanya aku terus memejamkan mata dan memalingkan badan. Tiba-tiba telingaku terdengar bunyi ketawa yang seakan-akan mengejek. Pelik. Apa kena dengan mamat seorang ini? Ketawa tidak tentu pasal sambil menghentak-hentak kaki. Sawan ke apa? Opsss....

"Rugilah tak nampak tadi..."

Aku mengetap gigi menahan geram. Orang serius dia buat main-main. Apa ingat sudah lepas akad nikah boleh hilang semua malu ke? Silap orang tau! Ini Intan Maisarah, gadis yang pemalu tetapi sangat agresif bila fius terbakar tiba-tiba ( datang gila-gilanya ). Jangan dicabar.

"Eleh!..."

"Rugi tak tengok abang pakai seluar pendek."

"Tak hingin pun nak tengok..."

"Lama-lama nanti hingin nak tengoklah tu...seksi apa abang pakai seluar pendek..."

"Huh! Geli! Geli!..."

"Mari sini tidur sebelah abang. Jadi bantal peluk abang."

"Erkkk!...takpe...takpe...Intan tidur dekat sofa tu aje. Dah biasa tidur dekat sofa." Aku sengaja mengelak.

"Dah biasa konon, padahal peta air liur basi dia penuh dekat atas bantal busuk ni... Ha Ha Ha..."

Berdesing telingaku mendengarkan ayat dari sidia. Eh! Bantal busuk?! Air liur basi? Peta? Macam kenal sahaja. Alamak!

"Apa ni! Merampas harta persendirian Intan! Bak balik."

"Sekarang harta sepencarian. Kalau nak mari tidur sini. Kalau tak bantal peluk ini abang punya."

"Mana ada bantal peluk orang buat harta sepencarian. Gila ke?! Tak tahu malu ke! Kalau nak pergilah cari sendiri. Bersepah-sepah dekat luar sana tu. Boleh pilih yang mana suka. Agak-agak bosan buangkan aje. Hak orang jangan nak main rampas-rampas pulak!"

Tiba-tiba suamiku bingkas bangun dari pembaringannya. Wajahnya berubah menjadi tegang. Tidak semena-mena membuatkan aku menelan air liur.

"Lagi sekali kau cakap perkataan tu, mampus perut kau aku pijak! Kau faham! Aku takde masa nak main rampas-rampas. Kalau kau nak sangat bantal hapak kau ni ambik!" Hafiz Hadi membalingkan bantal busuk kearahku dan tepat mengenai wajahku. Mataku berpinar menahan pedih akibat impak lantunan bantal yang masih gebu itu. Masih tebal dan masih padat.

"Sakitlah!"

"Pergi mampus!"

Aku mengambil bantal busukku dan terus merebahkan diri di atas sofa yang empuk itu. Airmataku mula mengalir lebat. Malam pertama aku diherdik dan dikasari sebegitu. Lain yang aku jangkakan lain pula habuan dan padah yang aku terima. Mengapa tiba-tiba dia berubah sebegitu rupa? mengapa lancang benar kata-katanya. Apa yang aku kata sehingga membuatkan dia terus menjadi panas baran.

"Mak...abah... Intan benci jadi begini... Kalau tahu, Intan ikut mak dan abah haritu..."

Esakkan yang berpanjangan akhirnya membuatkan aku terus terlena tanpa sedar. Dalam sendu aku menahan kepiluan. Pertama kali aku dikasari sebegitu. Pertama kali aku diherdik sebegitu dan pertama kali aku dimaki hamun sebegini.

Siapa kau sebenarnya Hafiz Hadi?

4 kata-kata pujaan:

asiah said...

sEdap la n0vEl ni kAk....teruskan ekkk kak...:)

DALIA NA ZA said...

asiah ; baikkkkkk ^_^V

Miss FF said...

aik.. waktu batalkan air sembahyang aritu ckp i love u intan.. tetiba jd panas baran plak? konpius.. who r u hafiz?

Unknown said...

nice share bro., bagus artikelnya

Agen Kain Tenun

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*